Thursday, March 20, 2008

BN Siasat Cubaan Beli Anggota Parlimennya

PUTRAJAYA, 20 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan menghantar pasukan risikannya ke Sabah dan Sarawak tidak lama lagi bagi menyiasat dakwaan kononnya parti pembangkang cuba membeli anggota parlimennya bagi menggulingkan kerajaan.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata langkah itu penting bagi membolehkan BN mendapat maklumat yang tepat dan sahih ekoran terdapat pelbagai maklumat mengenai perkara itu kebelakangan ini.

"Maklumat yang diterima setakat ini ada yang sahih dan tidak sahih. Ada kata gini, ada kata gitu," katanya kepada pemberita di sini.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=321669

9 comments:

lamandau said...

Sekurang2nya SU Agong UMNO yang baru amt perihatin tentang pergolakan di Sbh dan S'wk. Saya saran kan siasatan tersebut dipercepatkan sebelum orang lain menrealisasikan inisiatif mereka! A kudos for YBM.

Telah menjadi 'open secret' bahawa usaha untuk memujuk AP Sbh dan S'wk telah dibuat sendiri oleh pemimpin defacto PKR pada 10 Mac 2008 dan saya sendiri telah mendapt tau dari teman2 di sana bahawa beberapa AP telah ditemui secara individu (seramai mana tak diketahui, pokoknya usaha tersebut ujud!). Risikan yang diterima menyatakan bahawa usaha tersebut berkemungkinan berjaya memandangkan bermacam inisiatif telah dipelawakan. Sekiranya pelawaan sogokan wang yang tak termimpi oleh sesetengah AP bukan saja di Sbh dan S'wk bahkan semenanjung juga, adalah amat atraktif. Apatah lagi dengan ujudnya rasa tidak puashati kerana kedua2 negeri tersebut tidak mendapat layanan istimewa dari segi pengagihan jawatan kabinet oleh pak lah. Sbh masih mengekalkan status quo nya walhal sumbangan 24 kerusi parlimen sudah tentu menyelamatkan BN. Saya perturunkan sms yang saya terima dari orang Sbh :-

(Quote) Sabah dan Serawak sumbang RM26 billlion per yr hasil minyakdan gas kpd Fed Govt, 54 MP kepda BN dpt 5 menteri tmasuk 1 saja UMNO. UMNO johor saja (unquote)

Bayangkan Datuk, mungkin dengan hanya membelanjakan RM400 juta,pembangkang akan berjaya melenyapkan kuasa pemerintahan BN!!!! It is considered very cheap. Tidak mustahilkah kemungkinan ini berlaku? Umum mengetahui kebolihan pemimpin defacto PKR untuk mengumpul wang sebanyak itu dari 'sahabat2nya' di luar negara. Politic is an art of possible !!!!!

Olih itu tindakan SU Agong UMNO amat bertepatan tetapi harus di percepatkannya agar tindakan effektif dapat diambi segera!! Saya tak rela tampok pemerintahan negara ini jatuh kepada proksi kuasa besar asing!!!

si_pahu said...

Pada pendapat saya, ini juga adalah satu propaganda politik. Apa lagi BN tak puas hati dengan BA? Bagi saya, BN kini takut dengan bayang-bayang kehancuran sendiri. Banyaknya duit BA untuk beli ahli Parlimen? Sedangkan duit masuk bertanding pun guna modal sendiri. Setahu saya BN jer yang terkenal dengan politik wang. Biasalah. Saya kalau main badminton pun bila kalah akan kata yang bukan-bukan. Maklumlah.. sifat amarah yg semulajadi. Bila dah kalah, macam-macam yang timbul. Setiap pemimpin ada pengikutnya sendiri. Perlu di ingat bahawa Dato Sri Anwar juga pernah menjadi Perdana Menteri untuk 3 bulan. Cuma segelintir pemimpin sahaja yang pro kepada beliau keluar parti atau mengabil langkah berani. Yang lain mementingkan kepentingan peribadi. Walaupun sebagai pemimpin, pemimpian juga ada kuasa demokrasi. Mereka berhak untuk memilih siapa yang bakal menjadi pemimpin atasan mereka. Jadi tak perlu timbul tentang membeli ahli parlimen. Andaikata ada pemimpin yang menyatakan bahawa beliau di beli oleh sesuatu parti, ini bermakna pemimpin berkenaan seorang yang tidak mempunyai pendirian yang baik. Samalah macam talam dua muka. Abis tu kalau pemimpin BA jadi ahli BN, maka kira BN telah beli pemimpin berkenaan lah. Mungkin SUPP, S46 tu dah di beli oleh BN. Yer lah. Parti yang banyak duit. duit rakyat rasa macam duit sendiri. Guna dacing elektronik untuk menimbang. Orang dah tak guna dacing takal lagi sekarang. Wassalam.

Islam Hebat said...

saya tak merasa bimbang wakil rakyat dan ahli parlimen di semenanjung untuk melompat parti tetapi saya dapat merasakan ahli2 parlimen dan wakil rakyat Sabah dan Sarawak akan berbuat demikian kerana sejarah banyak membuktikan perkara tersebut seperti perpindahan PBS ke BN dan wakil rakyat Bebas yg suka melompat2..

AB said...

Saya masih teringat bekas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri berada di dalam CCC IPK Sabah Kota Kinabalu sepanjang malam/siang nak membeli ADUN PBS yang dikurung oleh Datok Pairin, manakala Datok Pairin terpaksa tinggal di dalam kerita Mercerdisnya sehingga airconnya hangkang di hadapan pintu Istana TYT beberapa hari untuk mengangkat sumpah sebagai CM Sabah.Pintu Istana dikunci konon TYT 'sakit'.Akhirnya gagal 'membeli'dan TYTpun 'pulih' Datok Pairinpun mengangkat Sumpah sebagai CM Sabah.......selepas itu hanya sejarah sahaja menjadi hakim, sekarang sejarah itu menghantui....

Zainal A. Kasim said...

Dato',

Bagaimana hendak kita takrifkan cubaan membeli ini?

i. Membeli bermakna kena bayar. Bayar kepada siapa? Yang menerima dikira rasuah ke? Kalau rasuah bagaimana pula yang membayar?

ii. kalau ada yang membeli dan terbeli - apa status mereka? Adakah mereka wakil rakyat yang "betul" atau wakil rakyat yang sudah tidak ada kreadibiliti?

iii. Kalau betul ada kes jual beli ini, elok jugalah orang yang rasa teraniaya membuat laporan polis. Saranan YAB Lim Guan Eng berkaitan dengan perkara ini saya rasa ada logiknya.

lamandau said...

datuk ada sikit kesilapan teknik , quotation sms dari sbh tak penuh spt yang saya post kan' it shld read:-

(Quote) Sabah dan Serawak sumbang RM26 billlion per yr hasil minyakdan gas kpd Fed Govt, 54 MP kepda BN dpt 5 menteri tmasuk 1 saja UMNO. UMNO johor saja dpt 6 menteri? selain sumbang mahram, apa sumbangan Johor?(unquote)

Siapa kata PKR tak ada duit? mungkin pemimpinnya dok kemut nak tunjukkan bahawa petugas PKR berkorban apa saja!!!! Tanya Anwar dari mana dia dapat duit.

Berita dari gunung said...

Apa salahnya kalau tak nak guna lagi lambang Barisan Nasional. Bagus atau sebaliknya, itu kena tanya YB Dato Shahrir Samad dari Johor. Dia pernah lari dari payung BN sebab nak rasa payung Bebas. Hari ini YB Shahrir dapat merasa balik jawatan Menteri.

Cuma saya terfikir, macam mana cara Shahrir nak curi limelight bila bergelar menteri. Dia amat selesa masa pegang PAC, boleh selongkar sana sini. Apa salahnya kalau orang lain pulak selongkar dia.

Ringkasnya tidak ada apa yang pelik disebalik MP beralih ke parti lain. Pairin suatu masa dulu menang dalam pilihanraya tapi kalah dalam permainan licik. Tengku Adnan, MM Taib, Mahyiddin dan PM sendiri tentu ingat.

Dato Ron sendiri tentu ingat. Kan? Masakan kita lupa.

Wakmasnoor said...

BELI (bought) here not the LITERAL MEANING OF MONEY. Although the main-stream medias translated it to such meaning, the majority knows that ITS NEAR IMPOSSIBLE for the BA (and DSAI) to have such monetary capability to do so. Some experts (including Chandra Muzaffar) tried to connect some overseas businesses and businessmen whom were related personally to some prominent BA's figures, and putting it into FACTS without fair knowledge of what really transpired in those business contexts. For eg if Nik Aziz went to Afghanistan, they would had him connected (in some ways) to the Al-Qaeda. To these few ignorants, the FACT OF BEING THERE IS GREATER/CLEARER THAN WHAT IS THERE. Benefit of the doubt is secondary. The prime and primary objective IS TO PUT INFORMATION AND GATHERS MOMENTUM FROM THERE. Some would had BEEN FOOLED by it. And that SOME is something. Because human in nature, ALWAYS BUY RUMORS AND SELL ON FACTS.

In being HONEST to myself and in staying true to my principles, THE ACT OF BETRAYING VOTES GIVEN BY THE RAKYAT ON THEIR BEHALF AND TO JUMP SHIP TO ANOTHER PASTURE, IS WRONG. For whatever GIVEN EXCUSES, they are there (Yang Berhormat) for a reason. They SHOULD NOT BETRAY that reason EVEN IF THEY THINK THEY ARE RIGHT IN HAVING TO PROVE SOMETHING. The people (Rakyat) voted them for what they think of him and his banners. NOT BECAUSE OF WHAT THE YB's THOUGHT OF THEMSELVES.

(my personal thought)

Unknown said...

Salam Dato'

Sdr lamandau,
Siasatan mmg perlu, jika benar ada 'belian' cuba dibuat. Tapi bagi saya la, kalau ada AP yang boleh dibeli dengan wang...itu bermakna..TIADA nilai perjuangan dan keikhlasan dalam niat untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Bahasa yang lebih mudah...jenis orang yang tak beguna untuk rakyat..sebab pentingkan kantung sendiri.

Tapi kalau ada yang 'bersedia' untuk dibeli..."secara percuma" atas kesedaran telah salah landasan selama ini dan benar2 ingin bangkit berbakti kepada rakyat. Saya ingat tiada salahnya. Biarkan lah mereka.

Apa pun niat kena betul. Rakyat pun sebenarnya dah MENYAMPAH tengok kaki2, pengekor2 dan penyangak2 yang kononnya baik...tapi menyalahgunakan wang rakyat. Eloklah itu difikirkan.

Saya bersetuju dgn sdr Zainal,
pendapat KM P.Pinang, agar minta siasat dan buat laporan jika benar2 ada usaha membeli. Tapi, satu perkara yang kena fikir sebelum lapor....laporlah benda yang nyata ada bukti BUKAN lapor benda yang akan disediakan bukti.

Itu saja...seadanya.