Thursday, March 20, 2008

Ahli Parlimen BN Sarawak Anggotai PKR?

Ahli Parlimen BN daripada Serian, Sarawak, Datuk Richard Riot Anak Jaem, hari ini diberitakan sebagai telah menganggotai PKR.

Richard adalah daripada parti PBB, komponen utama BN Sarawak, pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Tindakan ini bermakna PKR kini mempunyai kerusi parlimennya yang pertama daripada Sarawak. Tindakan ini juga menjadikan jumlah perwakilan PKR di Dewan Rakyat kepada 32 kerusi.

Tindakan Richard juga menyebabkan BN Sarawak kehilangan dua kerusi parlimen, termasuk satu yang dimenangi oleh DAP menerusi PRU12 baru-baru ini.

Pada waktu yang sama, tindakan Richard - ahli parlimen yang sudah beberapa penggal berada di Dewan Rakyat - juga menyebabkan jumlah keseluruhan kerusi BN di parlimen berkurangan daripada 140 kepada 139 kerusi.

Sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa tindakan Richard adalah permulaan kepada beberpa lagi tindakan di seluruh negara yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat ini.

Oleh itu, mungkinkah Barisan Rakyat yang bertulangbelakangkan PKR mungkin berjaya menubuhkan kerajaan di peringkat pusat tidak lama lagi, dan sekaligus menyebabkan BN pula menjadi parti pembangkang? Sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya! – Ruhanie Ahmad

3 comments:

sahari said...

Pembetulan. YB Richard Riot daripada Parti SUPP bukan PBB. Bagaimana pun kedua -dua parti merupakan komponen parti BN yang kuat di Sarawak. Sama sama kita tunggu sama ada YB lain dalam parti komponen BN sarawak akan mengikuti jejak langkah YB Ricard Riot. Mengikut sejarah pergolakan politik di Sarawak pembentuken kerajaan campuran di permulaan era Tun Rahman pada tahun 1970 adalah bermula dengan perlompatan beberapa tokoh politik yang memenangi pilihan raya daripada satu parti politik ke satu parti politik yang lain. Nampak gaya YB dari Sarawak akan memulakan percaturan politik untuk menggegarkan kepimpinan Pak Lah. Apakah bekas TPM mendapat ilham semasa kunjungan mengejut ke Sarawak baru -baru ini?

YES MINISTER said...

Datuk, Richard Riot Jaem adalah ahli Parti SUPP keturunan Bidayuh, bukan ahli PBB parti pimpinan Taib yang membuatkan ramai MP BN Sarawak tak puashati kerana memilih anaknya sendiri iaitu Sulaiman Abdul Rahman sebagai ahli kabinet Abdullah sedangkan ramai lagi ahli MP BN yang lebih layak dan berpengalaman. Abdullah dan Taib memang terkenal mengamalkan 'nepotisme'.

Hamizi said...

bagus juga jika BN menjadi pembangkang... mana tahu lepas tu UMNO (bukan BN) baru insaf...