Thursday, March 06, 2008

Rentak Pengundi Tiga Kaum

Menilai kekuatan parti yang bakal menjadi pilihan rakyat pada hari pengundian 8 Mac ini, Barisan Nasional (BN) sememangnya diakui mempunyai dasar yang kukuh dalam mengekalkan sokongan rakyat.

Kesungguhan pembangkang mencuri majoriti pengundi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah apatah lagi melihat kepada isu semasa yang disensasikan.

Menjadikan keputusan pilihan raya kali ini sesuatu yang lebih sukar untuk dijangkakan, maka rentak sokongan pengundi Cina dan India kepada BN turut dibangkitkan.

Tidak seperti penggal pilihan raya terdahulu terutamanya pada 1999 dan 2004, pengundi kaum Cina dan India kali ini memainkan pengaruh yang besar dalam menentukan kemenangan sesebuah parti.

Melihat orientasi dan bentuk sokongan kaum Cina dan India itu secara keseluruhannya, beberapa penganalisis politik berpendapat, keyakinan di kalangan pengundi kedua-dua kaum itu masih berasaskan kepada kekuatan sesebuah parti.

Meskipun mengakui sentimen etnik masih menjadi kriteria utama, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Rohanas Harun bagaimanapun berkata, pengundi akhirnya akan tetap meletakkan harapan kepada parti yang diyakini mampu membela nasib kaum mereka. - Mohd. Khuzairi Ismail [Wartawan Utusan)

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

2 comments:

su-kj said...

Assalamualaikum Datuk,

1. Bagi saya, salah satu perkara yang paling menarik dalam setiap kali PRU ialah untuk melihat calun yang sensasi dan berprofile tinggi kalah dalam PRU ?

2. Siapakah mereka dalm PRU-12 ini?

3. Bagi saya yang menang Tahniah dan yang kalah mesti ada hikmahnya !

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Berita dari gunung said...

Dato, tiga kaum penentu kerajaan akan datang.

Orang Taiping tidak selesa untuk mengundi dengan sebab-sebab tertentu. BN tidak urus agihan kerusi dengan baik.

Orang India terkilan dengan aftermath insiden Hindraf. Nampak macam tidak ada apa-apa, tapi orang India juga ada harga diri. Kepimpinan gagal meleraikan Hindraf dan India. Menghentam Hindaf dilihat menghentam orang India. Orang India akan beralih.

Orang Cina selalunya bebas dalam memilih. Keadaan ekonomi mereka membolehkan mereka bebas dan tidak terikat dengan mana-mana.

Saya masih hairan dengan strategi mengembar-gembur Koridor dengan angka billion. Sejak bila orang Melayu yang umum terpesona dengan umpan billions?.. Hanya segelintir yang tahu dan berebut-rebut. Mereka itu adalah regu kepimpinan. Rakyat umum akan bekerja, mengisi minyak kereta, mengurus keluarga dan membeli barang. Mereka sedar makna harga yang semakin naik.

Melayu umum akan melihat hidup dalam bentuk yang lain. Kesejahteraan keluarga dan kelangsungan kehidupan adalah fokus utama. Kepimpinan AAB tidak menyentuh tentang itu.

BN saya rasa akan mengalami kemorosotan undi. Bukan salah rakyat yang pelbagai kaum.