Sunday, March 09, 2008

Tiada Tekanan Untuk Letak Jawatan, Kata Abdullah

PUTRAJAYA, 9 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tidak timbul soal beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana beliau masih mendapat sokongan padu terutama daripada pemimpin Umno.

Malah, kata Abdullah, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara esok untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di kediaman rasmi Perdana Menteri, Sri Perdana di sini, sebagai mengulas desas-desus kononnya beliau ditekan untuk meletakkan jawatan.

"Saya tidak akan meletakkan sebarang jawatan kerana tidak berasa tertekan," katanya sehari selepas memimpin Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada pilihan raya umum semalam.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=319589

22 comments:

Zakariya said...

Salam untuk semua. Saya sebenarnya bersetuju jika PM Dato' Sri Abdullah Badawi terus kekal memerintah dengan Khairy sebagai salah seorang menteri kanannya, sehinggalah Parlimen dibubarkan menjelang tahun 2012 atau 2013.

Bukanlah bermaksud untuk merestui segala kezaliman, kebongkakan, melindungi perasuah, belibelah di Istana Keadilan atau sebagainya. Tetapi sebagai satu cara untuk beri peluang beliau memperbetulkan segala kerosakan yang telah beliau lakukan. Namun jika beliau masih "tidur dan lena" dan meneruskan serta menambahkan kerosakan biarlah rakyat beri beliau satu pukulan TKO kepada beliau dan BN dalam pilihanraya akan datang. Itulah sebaik-baiknya.

Sekian. Salam.

Anonymous said...

Pernah kah terfikir oleh pemimpin Umno yg berterusan membodek Pak Lah walau pun petunjuk sudah jelas yang rakyat tidak mahukan Pak Lah.Pemimpin MCA masih belum menyatakan sokongan lagi kepada kepimpiman Pak lah,bagaimana kalau Mca mengugut pak lah untuk keluar dari BN dan menganggotai Barisan Alternatif silap haribulan Anuar yg akan menjadi PM.Janganlah kerana hendak menjadi menteri kabinet pemimpin terus memberikan sokongan dan membodek Pak Lah.Kita kena fikirkan juga kemungkinan ahli2 umno bawahan yg akan membuat demonstrasi menolak Pak Lah ,dapat kah Pak Lah bertahan sekiranya berlaku demonstrasi jalanan menuntut Pak Lah meletak jawatan.Fikir2kan lah saya masih lagi sayangkan Umno dan BN jgn lah kerana seorang dan mereka2 yang gila jawatan rosak semuanya.

hanya ahli Umno sahaja yg boleh menyelamatkan Umno

Unknown said...

biar betul zakariya ni..

dah 4 tahun wasted, takkan nak kasi lagi 4 tahun sampai 2012 nak kasi pak lah warm up. total 8 tahun malaysia jadi static. bukan saja static, mungkin silap hari malaysia go backwards lagi kalau kasi pak lah lagi 4 tahu.

cukup lah tu petunjuk dari rakyat dah jelas. kalau tak letak jawatan jugak, nanti pilihanraya utama 2012 habis bn kena kick out. takkan nak kasi barisan alternatif perintah malaysia.

orang kena paham, faktor bn kalah bukan kerana rakyat sokong pembangkang, tetapi kerana rakyat dah fed up dengan government. kalau dibaca sesetengah analisis pilihanraya, orang mengundi bukan untuk calon, tetapi untuk parti. asalkan bukan BN, pangkah aja. nampak aja simbol dacing, pangkah simbol lain yang ada dekat kertas undi.

ingat tu, bottomline is orang tak sokong pembangkang, tetapi disebabkan malaysia jadi porak peranda bawah pak lah sebagai pm, maka mereka terpaksa memberi undi protes.

Unknown said...

saya berpendapat bahawa pak lah tidak akan meletakkan jawatan anytime soon. pak lah akan stay on as prime minister, tapi hanya sehingga umno general assembly in august.

semasa umno general assembly, beliau akan give way to hopefully najib. jangan muhyiddin yassin jadi pm cukup.

najib sahajalah harapan umno buat sementara ini. walaupun umum diketahui ahli ahli keluarga najib banyak di kedudukan yang penting samada dalam private atau government sector, namun najib seorang yang visionary. IQ najib tinggi sikit.

tidak ada sesiapa yang akan dapat perform lebih bagus daripada tun dr mahathir, namun najib berpotensi untuk lead malaysia menjadi a developed country menjelang 2020. najib ni dari luar nampak business savvy. polisi najib tentu business friendly. malaysia akan menjadi competitive sekali lagi, dan tidak lah kita akan duk tunggu dan goyang kaki saja sementara gap antara kita dan singapore semakin melebar.

Ismail Ibrahim said...

sdr zakariya, umno is already becoming irrelevant esp with current leadership. Inii bukan main pondok2 boleh cuba2 sekali lagi. If we still believe in UMNO, pls change.

Nora Awal said...

terlalu awal untuk menilai. biarlah perkara ini tenang dulu. kita yang sepatutnya merelaxkan diri kita dari emosi yang mbelenggu diri ekoran dari PRU. tak dinafikan, PRU kali ini banyak mengusik jiwa dari segi sudut psikologi. sedikit sebanyak mmberi effect..

buat masa, kita beri peluang kepada PM untuk memperbetulkan semula apa yang berlaku. janganlah mudah untuk menghukum seseorang diatas apa yang berlaku.setiap yang berlaku mesti ada penjelasannya..jadi kita tunggu dan lihat.

Muhammad Khairul Azrin said...

zakariya..sy risau makin banyak kesilapan2 yg akan dilakukan & akan mengunakan kesempatan jangka masa tersebut untuk mengkayakan anak beranaknye..

Muhammad Khairul Azrin said...

Saudara zakariya,saya kurang setuju pak lah masih diberi peluang..Tempoh mase yg diberi sebelum ini sudah terlalu lama dan sepatutnye pak lah sudah mengambil langkah-langkah tertentu untuk membetulkan keadaan sesudah mendengar kritikan dan nasihat Tun..
Namun pak lah masih lagi degil malah bertambah derhaka kepada Tun..Segala kritikan dan nasihat tidak diendahkan..Mungkin pak lah masih lagi percaye kepada menantunye sendiri..Jadi sudah sampai masenye untuk pak lah letak jawatan secara terhormat..

Sekian

pemerhati said...

Salam kpd pembaca.

Pendedahan siri Toyol Code ternyata benar kesilapan menantu Pak Lah. Hasilpenyelidikan berdasarkan kandungan Toyol Code, membuktikan calon muda pilihan menantu Pak Lah telah tewas.

Terima kasih kpd penulis Toyol Code demi kedaulatan negara.

The Reluctant Writer said...

"tak rasa tertekan untuk berundur?"

sudah tentu! kenapa? tak percaya?

sesungguhnya beliau konsisten. beliau logik tidak rasa apa=apa. selama 3 tahun rakyat merintih, beliau tak rasa apa-apa. Rakyat berarak, beliau tak rasa apa-apa.

hinggakan rakyat buat keputusan. dengan penuh harapan, sambil mengatakan, "Nah, rasakan!"..

namun, beliau masih..

tak rasa apa-apa..

dah gitu gamaknya, nak diapakan???
:)

pak tam said...

Bagi PELUANG???

Paklah dah dpt peluangnya selama 4thn, kenapa pulak nak dibagi lagi pada org yang tidak mampu menjalankan tugasnya...beliau telah meninggalkan kepahitan yang amat sangat pada UMNO, yang akan menjadi sejarah besar UMNO di masa akan datang...
Ahli2 UMNo kena berfikiran matang dan realistik di dalam memilih pucuk pimpinan kelak nanti, jgn takut or setia membuta tuli...lakukan seperti mana pengundi yang beralih kepada BA...

ingatlah kuasa pemutus ditangan anda semua

"kalau BN menang PRU13, parut lama akan kelihatan biar pun di buat pembedahan plastik"

kuda kengkang said...

Abdullah perlu letak jawatan... semua bencana yang terjadi kerana salahnya. Kalau nak tengok Malaysia macam sedia kala, undurlah secara terhormat... akar umbi dah beri signal... majoriti di Kepala Batas pun dah merosot, takkan tak faham lagi.Melayu dah berpecah. Cina dan India dah berpaling tadah... Abdullah jangan cuba-cuba nak menjerumuskan Malaysia ke kancah kacau-bilau pulak. Cukup-cukuplah tu. Kalau lepas ni dia terus jadi PM dan ditambah lagi dia lantik budak Rembau tu jadi ahli kabinetnya... pilihanraya seterusnya... UMNO akan jadi pembangkang... DAP akan jadi kerajaan... Berikanlah peluang kepada najib pulak.

alexo said...

mati hidup balek pun Dollah tak akan letak jawatan.. kalau di Jepun dan Korea PM sudah tentu letak jawatan punya ...ni sampai hilang 5 negeri ke tangan pembangkang pun masih lagi mau berpaut ke jawatan nya..maanusia tak bermaruah ni lah dia..

Zainal A. Kasim said...

Salam Dato'

Bagaimanakah bentuk tekanan yang dimaksudkan oleh Pak Lah itu? Bukankah sudah ada dua bentuk tekanan yang jelas?

i. Peralihan undi kepercayaan rakyat daripada BN kepada BR;

ii. Kenyataan TDM;

Saya sayang kepada pemimpin. Tetapi saya sayang lagi kepada UMNO/BN. Pemimpin sekiranya sayang kepada ahli-ahlinya dan juga pengundi-pengundinya kenalah segera melepaskan diri daripada "state of denial" pada setiap masa.

Saya rasa message rakyat/pengundi jelas. Kupasan lanjut di blog saya di:

http://c-bok.blogspot.com

puterakembara said...

Salam.
Pak Lah ni masih belum bangun dari tidurnya lagi, masih kemamai. Agaknya kena hantuk kepala baru tersedar yang BN sebenarnya dah tewas. Yang terhormat ialah dia letak jawatan. Najib pun sebenarnya tak boleh jadi PM. Yang eloknya kena serah pada barisan BR untuk bentuk kerajaan Malaysia baru. Kalau Pak Lah berkeras mahu terus jadi PM akan parah lagi nasib dia. Kalau di step down, Najib ambil alih BN akan kena sapu juga akhirnya. Oleh kerana Pak Lah, KJ, Najib masing ada kes berat, kalau letak jawatan beri kuasa pada rakyat, mungkin rakyat boleh maafkan.

Sekian.

Malaysia Boleh! said...

Inilah yang dikatakan tak sedar diri (Bukan tidur waktu bekerja).

First step dah implement. Masih nak bertahan

Langkah Kedua - Isi borang UMNO dan jadi Ahli Umno.

Dalam Mesyuarat bahagian/cawangan/Agung Umno kasi vote sama Najib jadi Presiden party.

Sal said...

Saya sarankan UMNO ikut cara Gerakan. Buat pilihanraya parti secepat mungkin. Buat apa suruh dia berhenti. UMNO perlu buat keputusan dengan cara demokrasi. (Dah habis duit kat pilihanraya, mana nak cari duit untuk sogok perwakilan di perhimpunan UMNO?). Selepas kes Altantuya, rakyat biasa tidak senang dengan Najib. Dia perlu menjawab samada betul atau tidak dia mendapat Rm500 juta komisen. Oleh itu saya sarankan Muhiyuddin Yassin bertanding untuk jawatan Presiden UMNO.

Malaysia Boleh! said...

Umno masih dibuai mimpi dari RTM/\TV3 \ Utusan \ Berita Hairan.

Media ini masih cuba mengelabui mata masyarakat dan memberi signal yang masyarakat masih menyayangi dan mengundi Barisan Nasional.

Sepatutnya ia untuk propaganda menipu rakyat terutama di luar bandar (apa diorang ingat orang kampung bodoh!)

Tetapi terjadi sebaliknya. Presiden termasuk ahli Unmo terpedaya yang percaya dan akhirnya mereka ditolak dalam banyak kawasan.

Masih tak mengakui rakyat menolak mereka!

Dah la tertipu - denial lagi...
Maka lahirlah Bodoh - Sombong!

Kamalkamal said...

Datuk,

Kalau ikut sejarah, tahun 1969 Perikatan kalah terukdi empat buah negeri, kemudian tercetus peristiwa 13, kemudian Allahyarham Tunku meletakan jawatan. Tahun 2008 BN kalah dilima negeri tidak termasuk di wilayah persekutuan yang menerima tamparan yang amat hebat.

Maknanya BN kalah teruk.

1. Kalau kalah kerana pemilihan calun tidak tepat AAB mesti bertanggungjawab kerana finalis pemilihan calun ditangan AAB

2. Kalau kalah kerana ekonomi negara tidak stabil...AAB patut dipertanggungjawabkan kerana beliau PM dan Menteri Kewangan.

3. Kalau kalah tidak pandai mengambil hati pengundi bukan Melayu AAB patut dipersalahkan kerana AAB Pengerusi BN.

4. Kalau kalah kerana undi UMNO beralih kepada pembangkang AAB patut dipersalahkan kerana beliau Presiden UMNO.

5. Kalau kalah kerana tidak pandai memilih barisan kabinet, AAB patut disalahkan kerana beliau PM.

Kesimpulan AAB mesti meletakkan jawatan sebagai tanda beliau bertanggungwajab atas kekalahan BN. Kalau TS Sanusi sanggup letak jawatan kerana Kedah menang tipis pada tahun 1999, AAB pun mesti mengikut jejak Allahyarham Tunku dan TS Sanusi sebagai seorang insan yang bermoral tinggi sanggup memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Sal said...

Dan saya juga mencadangkan Mukhriz bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Tidak payahlah bertanding untuk Ketua Pemuda UMNO. Jawatan itu khas untuk kaki-kaki bodek UMNO. Orang yang boleh bersuara dan bekerja harus memegang jawatan tertinggi UMNO. It is high time Shahrizat takes over dari Kak Fidah. Dah tak larat dengar Kak Fidah memberi komen di TV. Apa, dia ingat rakyat ni bodoh sangat ke sampai tak reti membuat pemilihan. Wanita UMNO need to change their image dari kumpulan "makcik-makcik" kepada image yang lebih professional.

Islam Hebat said...

saya rasaelok gak bagi pak lah memerintah lagi sehingga perhimpunan agong UMNO nanti, pandai2 lah org UMNO akan tendang dia dengan secara pengundian ahli2 UMNO pula... saya perhatikan pak lah betul2 tertekan sekarang sehingga beliau menyatakan tiada tekanan... khairi pula.. buat muka poyo dia tak sudah2... buat muka x bersalah... saya setuju dengan pendapat profesor mahmud zuhdi di tv1 mlm tadi yg menyatakan perpaduan Ummah perlu dippupuk semula... PAS dan UMNO perlu bersatu atas dasar Islam melayu...
formulanya mudah... UMNO menukar dasarnya kepada pendekatan Islam...

Unknown said...

`Masih tak bangun dari tido rupe nyer Pak Lah ni.. Patut la dgn muka tembok yg tak tau malu pegi mengadap Agong angkat sumpah.. Mati kene sumpah la jawap nyer lepas ni Pak Lah..