Tuesday, March 25, 2008

Percaturan Politik Malaysia Terkini:
Adakah Sesuatu Sedang Menggelegak?

Saya mendapat berita bahawa mulai tengahari semalam, pada dua tempoh waktu tertentu sebelah petang hari ini, dan dijangka bersambung lagi esok, terdapat beberapa percaturan aktif yang berlaku terhadap siasah dan kepimpinan negara yang mungkin membabitkan BN dan UMNO.

Bagaimanapun, saya rasa wajar untuk mentawakufkan dulu penyiaran apa jua info yang saya ketahui setakat ini. Saya sekadar boleh kongsikan dengan seluruh pengunjung blog ini bahawa segala-galanya adalah demi masa depan dan demi kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia seluruhnya.

Kalau anda ingin tahu siapakah yang terlibat dengan percaturan ini, jawab saya adalah: semua pihak yang seharusnya terlibat, katanya, memang sudah dilibatkan. Matlamatnya? Untuk menjernihkan suasana, untuk meleraikan kekusutan dan paling penting lagi utama, semoga aspirasi rakyat jelata menerusi PRU12 dihormati selaras dengan tuntutan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan!

Sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya dengan penuh sabar. Sama-samalah juga kita panjatkan doa ke hadrat Illahi semoga segala-galanya beroleh restu, hidayah dan petunjuk menuju ke arah perjuangan yang lurus dan diredhaiNya. Insya Allah! – Ruhanie Ahmad

18 comments:

Kamalkamal said...

Datuk,

Pemilihan UMNO patut di tangguhkan kerana bagi mengelakkan `mala petaka’ kepada politik negara kerana dalam keadaan sekarang semua orang tidak boleh berfikir dengan waras,’’ kata Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Berdasarkan kenyataan ini apakah pemimpin UMNO/BN masih menganggap keputusan yang dibuat oleh rakyat/pengundi semasa PRU baru-baru ini kerana rakyat tidak berfikir secara waras, maka lima negeri berpihak kepada pembangkang. Amat dangkal pemikiran pemimpin UMNO masa kini.

Pemilihan UMNO wajar diadakan tahun ini juga. Semasa pemilihan ini pembersihan wajar dilakukan. Virus di dalam tubuh UMNO harus dibuat/dihapuskan sama sekali. Kalau tidak dihapuskan virus-virus ini akan terus menular dan bahananya PRU ke-13 nanti, UMNO akan hanya dikenang di dalam lipatan sejarah.

Sekarang masanya Datuk Abdullah Ahmad Badawi(AAB) perlu berundur, terlau banyak kecelaruan dalam kerajaan pimpinan AAB ini. Jangan hancurkan masa depan negara demi kepentingan peribadi. Ingatlah amanah rakyat perlu dipikul sebaik-baik dan kita akan dihitung di akhirat nanti.

"Masa untuk berubah" pesanan DiGi

Unknown said...

Kubur itu ada 6 kaki dalam...

UMNO nampaknya sudah gali 2 kaki dalam, 1 kaki sebelum PRU12, 1 kaki lagi sekarang.

4 kaki lagi dalam masa 4 tahun. Jika tiada apa juga bentuk 'cleansing' yang dibuat sekarang dalam UMNO. Percayalah, 4 tahun lagi 4 kaki itu akan complete.

Maka betul kata kamalkamal, UMNO hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

Pak Lah masih enak dibuai mimpi tidur lagi...'Tak pa Laaaah'.

Budiman07 said...

Assalamualaikum Dato'
YB Dato' Rais Yatim dipetik sebagai berkata nasib YAB Dato' Ahmad Said boleh jadi umpama nangka masak.

Pada saya nasib YB lain konco-konco Derih Jusoh pun akan jadi nangka masak kalau DYMM Tuanku Sultan terus tidak beri perkenan.

Maka suruhlah memanda menteri di Putrajaya saja beri perkenan kalau memanda menteri tu rasa dia layak dan ada kuada beri perkenan.

Beriya-iya sangat mika-mika ni nak berebut jawatan MB dan lain-lain. Ada apa ye sebenarnya?? " Ada udang di sebalik batu kot? "

Kalau terbakar padang..nanti akan terbakarlah belalang. Jong pecah nescaya yu yang kenyang.

Isu kain rentang yang jika ditafsirkan sebagai menghina DYMM Sultan Terengganu..sangat menghiris perasaan orang Melayu seluruhnya ( tak termasuk Derih Jusoh dan konco-konconya).. cubit peha kiri..peha kanan akan terasa. Perasaan DYMM Raja-Raja Melayu lain juga pasti akan terhiris..

Sangat hina politik Derih Jusoh dan konco-konconya. Bawaklah berubat banyak2..pegi jumpa dukun atau singseh.. Hidup UMNO sejati.. Hidup Melayu..

mn said...

A.kum Datuk,

1. Nak kearah Kerajaan campuran ka?

2. Nak istihar darurat ka?

3. Atau pun terus nak 'republik' ka? Jika yang ini saya berminat. Ini kerana Presiden Sudan Omar Al Bashir merampas kuasa sekembali beliau dari Malaysia. Semasa beliau 'Lt Kol', beliau ada menghadiri satu kursus ketenteraan di Maktab Turus Angkatan Tentera(MTAT). Jadi pada suatu hari, beliau bertanya kepada kawan saya(dah bersara) bagaimana caranya untuk kita 'merampas kuasa'?. Jadi kawan saya seorang ini pun beritahulah...ok u buat macam ini..macam itu...macam ini !. Dengan tidak disangka-sangka, bila beliau pulang ke Sudan akhirnya beliau buat sungguh ! ingatkan lawak rupanya betul dia dah jadi Presiden dengan illmu yang kawan saya beritahu tu. So ilmu ini saya masih ada ni Datuk! Nasib baik saya dah tak ada dalam ATM...jika tak saya ni 'Gregorio Honasan' macam kat Philippine tu Datuk ? Apa pun Raja tetap dikekalkan, cuma kita mahu kikiskan semua petualang-petualang dan pengkianat negara sahaja.

antubiul said...

Dengan tertangguh nya pemilihan UMNO kali ini nyata dan teranlan bahawasenya Timbalan Presiden,Naib Presiden,Majlis Tertinggi, Ketua dan Naib Ketua UMNO adalah bacul dan penakut. Mereka ini sebenarnya takut dicabar. Mereka ini sebenarny takut kehilangan Jawatan Parti dan amnya 'KUASA". Mereka ini sebenarnya memberitahu kepada rakyat Malaysia amnya dan ahli UMNO khas nya bahawasenya mereka adalah masahadapan Malaysia dan merekalan yang menentukan hala tuju Malaysia dan ahli UMNO bukannya rakyat dan bukan nya Ahli UMNO itu sendiri. Baki mereka, walau pun menang tipis, mereka mengagap RAKYAT MEMBERI KUASA MUTLAK PADA MEREKA. Nyatalah bahawa bahtera UMNO yang dikemudi oleh Kapten AAB dan di bantu oleh penolong nya NTR dan anak anak kapal nya MT UMNO dan injin nya tenaga muda dimana sarjan nya yang suka menhunus keris HTHO dan penolong yang yang suka menghulurkan keris pada ketua nya KJ aka menantu PM sedang menuju lautan bergelora dan anak kapal nya bertungkus lumus menimba air yang melimpah masuk dalam bahtera. Makin di timba keluar makin banyak yang masuk akhirnya bahtera UMNO itu akan tengelam juga dan dilupai ramai.

straycat's strut said...

Dato'

Whatever development in the next few days is not good enough if it does not include PL's resignation.

umno 4ever said...

BERUBAH LAH!!
SUDAH SEKIAN LAMA KAMU-KAMU WAHAI PARA PEMIMPIN UMNO TIDAK KIRA DARI BAWAH SAMPAI KEATAS, TIDAK MEMERAH AKAL UNTUK MELAYU!
MASA KAMU DIPENUHI DENGAN MEMIKIR KEDUDUKAN!
MASA KAMU PENUH DIISI DENGAN PERBINCANGAN UNTUK KEDUDUKAN KAMU.
DEB UNTUK KAMU
EKONOMI UNTUK KAMU
PANGKAT UNTUK KAMU
KERUSI UNTUK KAMU
Dan masa untuk kami rakyAt ni..?
hanya lah sapaan di dikedai kopi..
tepuk bahu untuk menyedapkn hati..
Tanya lah diri kamu wahai yb2 dan yab2..brape tanah yg telah kamu bg selain dr kroni?
brape bank loan yg telah kamu sokongi selain dr yg kamu kenali?
Kamu cari lah julat antaranya dan bezakan dengan usaha tunku,tun razak,tun husein,tun m?
kamu-kamu ini adalah pengkhianat kepada bangsa sendiri.
Melayu Johor sudah mula sedar!!
Melayu Johor sudah mula rasa diabai!!
Tiada tanah untuk dipijak..hanya langit yg belum runtuh

Unknown said...

bila sakit cepat-cepat jumpa doktor dan cepat makan ubat.(itu namanya merawat).
tapi pelik, bila ahli melayu umno/bn sakit tangguh nak jumpa doktor dan lambat makan ubat, bila nak sembuh penyakit..?
kan ramai ahli melayu umno/bn sakit sekarang ni ....!
setiap masalah perlukan penyelesaian. tapi puak haprak melayu umno/bn tak belajar sejarah, maka mu ikut suka hati mu lah, tak ada masa nak layan lagi, beri nasihat, mereka kata mereka dah pandai. bila minta nasihat, memusnahkan dan kehancuran yang di beri. apa jenis manusia yang perangai seperti ini.....?

ipanna said...

UMNO4ever.. melayu johor belum sedar lagi la.. sebab tu BN menang lagi..

asalbayu said...

Datuk,
Saya setuju sangat dengan gesaan kamalkamal seperti keyataan berikut:

"Sekarang masanya Datuk Abdullah Ahmad Badawi(AAB) perlu berundur, terlau banyak kecelaruan dalam kerajaan pimpinan AAB ini. Jangan hancurkan masa depan negara demi kepentingan peribadi. Ingatlah amanah rakyat perlu dipikul sebaik-baik dan kita akan dihitung di akhirat nanti."

Tetapi nampaknya Imam Islam Hadhari tersebut liat untuk mematuhi tekanan banyak pihak.

Saya percaya Dato Mukhriz Mahathir telah sampaikan mesejnya kepada golongan muda demi untuk menyelamatkan UMNO. Sementara Ku Li di kalangan orang-orang lama juga khabarnya sudah mendapat sokongan di Johor. Masakan Pergerakan Wanita berpeluk tubuh?

Kapak Batu said...

aku cuma nk bertanya apakah ahli umno boleh buat jika pak lah tidak mahu meletakkan jawatan atau mengadakan perhimpunan agung umno!!!!!!?,

mungkin kerana pak lah merasakan kebanyakkan MT UMNO mrnyokongnya sbb itu dia merasa selesa, maaf ckplah kebanyakkan pemimpin yg naik bukan berdasarkan merit ( tentu anda faham maksud sy )

umno 4ever said...

UMNO Johor sudah sedar.Janganlah kita cepat mengalah.Bacalah yang tersurat.Ungkapkan yang tersirat.Pandanglah dengan mata dan tafsirkan dengan hati.

mengkuang said...

A'kum Dato.

Dengan menangguhkan AGM UMNO pada tahun ini, sekali lagi mereka ini Pak Lah dan semua ahli MT bertindak bodoh!

Mereka masih lagi berfikiran saperti sebelum kalah. Mereka ingat mereka boleh sumbatkan setiap perkataan mereka ke mulut semua ahli UMNO.

Siap Dato' semua ahli MT tahun ini ke tahun depan ke kita ganti dengan semua muka baru. Biar tsunami ke 2 melanda mereka yang dah jumut dari segi pemikiran ini.

zeme said...

Salam Datuk,

UMNO Bahagian Cheras sebulat suara telah pun menyatakan sokongan supaya jawatan Presiden, Timbalan Presiden serta pemilihan UMNO diadakan pada Perhimpunan Agung akan datang setelah selesai mengadakan mesyuarat khas bahagian. UMNO Bahagian Cheras juga mengusul agar sistem kuota dimansuhkan pada pemilihan parti akan datang.

Agak mengejutkan, pandangan dan pendapat peribadi MB Negeri Sembilan yang juga Ahli MT UMNO turut mahukan pemilihan UMNO pada tahun ini diteruskan.

Jelas masih ramai ahli UMNO yang waras dan kenyataan bahawa takutkan ketidakwarasan ahli UMNO boleh mengugat keteguhan parti adalah kisah dongeng ciptaan bekas menantu raja. Jadi tepuklah dada tanya selera, pupuklah minda tanya bicara.

Wasalam.

Islam Hebat said...

Datuk
saya cadangkan parti melayu perlu ditukar kepada parti baru atau wujudkan semula semangat UMNO lama atau dikenali sbg semangat 46, yg mengusai UMNO baru pimpinan Pak Lah sekarang sudah tidak relevan untuk bangsa melayu lagi... kalau pemilihan dan perhimpunan Agong UMNO di Tangguh2 lagi...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

Unknown said...

Salam Dato' & para pembaca

Semakin hari, semakin nyaring suara-suara yang mentertawakan keletah ahli-ahli UMNO. Walaupun yang buat hal adalah para pemimpin yang tidak sedar diri, ahli-ahli marhaein turut merasa malu dan kesal.

Para pemimpin sibuk menyuruh ahli-ahli agar berani menyahut cabaran, glokal, lantang, tegas dan sebagainya; tetapi mereka sendiri takut untuk menghadapi pertandingan dalam PAU. Pelbagai alasan merepek diberikan atas nama perpaduan dan penyatuan. Saya berpendapat bahawa ia hanya akan lebih membangkitkan rasa loya berbanding rasa cinta terhadap kepimpinan sedia ada.

Saya ada terbaca komentar dari laman lain (maaf, saya terlupa urlnya) bahawa jika begini pendekatannya,lebih baik diharamkan terus pemilihan ini. Saya bersetuju dengan pendapat tersebut kerana untuk bangun dari kekalahan ini, sesuatu yang pantas dan drastik perlu dibuat. Ibarat bermain bola, kalau tewas teruk di separuh masa pertama, jurulatih tentu membuat perubahan drastik di separuh kedua. Jika pemain dan rentak yang sama juga digunakan, mustahil boleh menang kembali melainkan pasukan lawan kena kad merah semuanya!

Saya kira sudah sampai masanya UMNO berani membuat pemilihan pada setiap waktu yang telah ditetapkan. Sudah sampai masanya undi bonus dilupuskan. Sudah sampai masanya semua ahlinya mengundi dan bukan lagi wakil-wakil bahagian sahaja. Jika benar UMNO ini telah matang, nescaya tiada sedikit pun perpecahan yang berlaku. Malah, selepas pertandingan, mereka yang kalah menerimanya dengan tenang dan sedia menyokong calon yang menang untuk meneruskan perjuangan. Jika fenomena sebegini gagal dilakukan oleh UMNO, maka janganlah kita bermimpi bahawa UMNO akan gagah kembali. Sebaliknya UMNO akan makin tumbang, kian dilupai dan besar kemungkinan dimuziumkan.

Unknown said...

Pak Lah memang takkan meletak jawatan kalau dilihat dari segi percakapan dan tindak tanduknya akhir-akhir ini. Memang menyusahkan orang tua ni. Saya jangkakan jika Pak Lah masih kekal selepas Perhimpunan Agung nanti, BN akan jadi pembangkang buat kali pertama dalam sejarah Malaysia.

Dan negeri saya, Negeri Sembilan bakal jatuh pada Barisan Rakyat !!! Tinggal 4 kerusi sahaja nak tumbang !!!

-------------------------
http://semasa.pdniaga.com

aba said...

Dalam hal PRU12 MAKE IT EASY AND SIMPLE.
AAB IS EQUIVALENT TO A CEO RUNNING A BIG CORPORATION.IF A CEO DOES NOT MAKE MONEY FOR THE COMPANY THE SHAREHOLDERS(UMNO MEMBERS-VOTERS) WILL VOTE TO REMOVE AND OR REPLACE WITH A AN APPROPRIATE CAPABLE CEO.HTH HAS TELAH BERJAYA MEMPERKUKUHKAN PEMUDA,TAPI RESULT TAK BAIK JUGA.BLOIH JADI MISCOMMUNICATE KUT,KUAT:MINTA PROJEK DAN JUAL PASAL NAK BELI KERETA KUAT SUPAYA CEPAT SAMPAI NAK JUMPA BOSS DI PJ.