RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Nota: Saya harap ramai-ramai kita downloadkan dokumen di atas dan kirimkan kepada seluruh pihak yang terbukti sedang menderhaka kepada Raja-Raja Melayu pada ketika ini. DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU! – Ruhanie Ahmad
16 comments:
Assalamualaikum Datuk,
Dahulunya sebelum merdeka UMNO adalah pembela kepada raja dan sultan apabila British hendak memperkenalkan Malayan Union.
Kata Mantan PM Melayu Mudah Lupa perlu ditukar kepada UMNO Yang Lupa.
Derhakanya Hang Jebat kerana mempertahankan saudaranya Hang Tuah yang dijatuhi hukuman mati tanpa usul periksa oleh Sultan.
Derhakanya UMNO kerana pertahankan Idris Jusoh... Sungguh memalukan kalau dimasukkan di dalam lipatan sejarah tanahair. Sepatutnya ahli UMNO yang menderhaka itu perlu masuk PLKN- khusus bagi menghayati Prinsip Rukun Negara dan ianya perlu diketuai oleh Pak Lah.
Mungkin Datuk boleh kumpulkan semua rakyat Malaysia untuk kita sama-sama menyokong keputusan Raja dan Sultan.
Assalamualaikum,
Daulat Tuanku!!! Daulat Tuanku!!! Daulat Tuanku!!! Moga Allah s.w.t. kuatkan iman Tuanku dan moga rakyat Terengganu semua berdiri di belakang Tuanku!!! Amin.
Daulat Tuanku!!!
Saya Menyokong Tindakan Tuanku !
Saya juga memohon agar Tuanku dan MB yg baru ini MEMBUBARKAN saja DUN Terengganu supaya dapat MANDAT yang baru dari Rakyat.
Mandat yg akan menentu kan sama ada rakyat akan bersama RAJA atau Umno !
PRU-12 yang lepas konon nya nak pilih Pentabiran yang sesuai. PRU (snap Election) yang ini antara RAJA Rakyat dan parti(umno)!
Ini lah gelangang yang paling sesuai!!
Assalamu'alaikum,
Bandingkan dan fikirkan wahai orang yang berfikir...
1) DAP biadap kerana cuba boikot majlis angkat sumpah MB Perak...tapi UMNO tak biadap bila nak boikot majlis angkat sumpah MB Tganu?
2) Datuk Ahmad Said (Tganu)akan dipecat kerana langgar watikah Presiden UMNO...tapi Md. Isa (Perlis)tak dipecat kerana isu yang sama?
3) Zam (Kedah) diselar oleh pemimpin UMNO kerana komen yang dikatakan tidak benar pasal pembaziran wang dan usaha keras untuk menawan Kelantan...tapi Ku Li disuruh rampas Kelantan sebelum cabar Presiden UMNO kerana dikatakan banyak wang dan usaha yang telah digunakan untuk menawan Kelantan tapi gagal. Bazir dan guna...macam sama je maksudnya?
4) Kerajaan baru Perak dikatakan tiada muafakat kerana bertelagah untuk memilih Exco...tapi kerajaan Tganu nak dapat MB pun payah?
Bila DAP di Perak nak boikot pemilihan MB, ada yang melenting kata Lim Kit Siang derhaka. Ni di Terengganu bila orang Melayu sendiri cuba nak menderhaka kepada Istana, kenapa tak melenting? Dimanakah pendirian UMNO dalam hal ini apabila ahlinya sendiri menderhaka? Beza sungguh UMNO dahulu dengan UMNO sekarang. Pemimpin UMNO dahulu ikhlas dalam perjuangan; Pemimpin UMNO kini berjuang untuk kepentingan peribadi. Memang tak guna satu sen pun.
Amat memalukan Bangsa Melayu bila UMNO menderhaka kepada Sultan semata mata kerana pemimpin yang gila kuasa dan tiada budi bicara.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku !!! Daulat Tuanku !!!
Daulat Tuanku !!! Nampak nya UMNo dan pemimpin nya semakin kurang ajar dan Derhaka kepada Sultan Dan Raja Raja Melayu.
Pemimpin UMNo bukan lagi pejuang bangsa dan agama tetapi adalah penderhaka kepada Raja dan Rakyat Malaysia, insyallah dengan izin allah tak lama lagi UMNo akan terkubur dengan sendiri nya.
Assalammualaikum Datuk , sebenarnya sy konfius gambar kat sini http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8033
boleh Datuk terangkan!!!
tula..
dulu DAP nak pulau marah semacam!
sekarang kene kepala sendiri..
lagi melampau!! cakap sultan natang.. cilaka UMNO!!
bubar la UMNO baru nih..
buat UMNO yg betul2 ada prinsip..
kata jaga ketuanan melayu..
hipokrit!!!
tanah johor ko jual kat warga cina singapore!!
ko marah DAP buat pe??
Datuk, buat parti baru la! sy sokong punya!! sy duduk area datuk.. peserai..
Ni apa dah jadi? Rukunegara dah tak mau pakai lagi?
mari sama-sama tolong bagitau sahabat-sahabat pasal wilayah pembangunan iskandar. bolg ni saya baru buat utk bantu orang johor. baru belajar guna blog. kelam kabut skit:
http://wilayahpembangunaniskandar.wordpress.com/
terima kasih
Fikirkan wahai orang yang berfikir....
Jawatan MB Tganu tahun ini mungkin yang terhebat di Tanah Melayu kot?....dan yang menyokong tidak berbelah bagi pula mungkin menjeling jawatan exco negeri...agaknya?....kerana yang berkehendakkan jawatan2 ini sampai sanggup hilang maruah, hilang hormat, hilang malu, hilang pedoman, hilang ikrar, tak cukup rukun atau mungkin boleh hilang kerakyatan negeri....DAULAT TUANKU
siapalah UMNO kalau nak dibanding dengan Raja : Rukun negara pun tak ada sebut UMNO. Jangan kerana masalah ini orang melayu lagi meluat tengok UMNO , British dulu pun hormat pada raja-raja melayu.
Assalamualaikum,
Sedih, Sayu kerana masih dikuasai seorang PM yang tamak. Mengapa perlu derhaka pada Sultan?Mengapa mesti ada benci kepada SULTAN yang ingin melihat rakyat tidak ditindas sewenang-wenangnya.
Yang jelas... ketamakan menguasai diri.. Iman Lari kerana dikelilingi oleh pengampu-pengampu yang masih berbisik bahawa dirinya masih di kehendaki sebagai pemimpin. Yang masih menyokomg yang realitinya membawa rebah.
Sedarlah wahai PM... dalam diri awak ada seketul daging yang dah hitam sehitam-hitamnya, dimuka awak sudah hilang sinar iman.. dalam diri awak hanya ada sifat bongkak , sombong dan tamak ... dan awak tidak sayang lagi pada melayu dan jenerasi nya yang berkehendakkan awak muhasabah diri.. dan
Janganlah jadi melayu yang derhaka lagi.
TURUNLAH PAK LAH..BASUHLAH MUKA DARI TIDUR YANG MELALAIKAN... JADILAH PAK LAH YANG CLEAN . BERILAH JAWATAN PM KEPADA YANG DAPAT MENJALANKAN NYA DENGAN BAIK. KERANA PAK LAH DAH JAUH SESAT DAN DIMURKAI ALLAH.
TURUNLAH PAK LAH.. CUCU CICIT KAMI SEDANG MEMBENCI AWAK DAN AKAN TERUS MEMBENCI AWAK KERANA AWAK -CUCU ULAMA SEDANG MENDERHAKA KEPADA SULTAN.
Pulanglah ke Pangkal jalan setelah jauh tersesat. Disesat dan menyesatkan.
TURUNLAH SEBAGAI HERO YANG MENGAKUI KESILAPAN WALAUPUN PAHIT SEBENARNYA DEMI MARUAH BANGSA DAN AGAMA.
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU
Post a Comment