Monday, March 10, 2008

Reaksi Abdullah Angkat Sumpah Jawatan PM:
Adakah Suara Rakyat Benar-Benar Keramat?

Kamalkamal, 10 Mac 2008, 12:10 PM: Kalau ikut sejarah, tahun 1969, Perikatan kalah teruk di empat buah negeri. Kemudian tercetus peristiwa 13. Kemudian Allahyarham Tunku meletakan jawatan. Tahun 2008 BN kalah di lima negeri, tidak termasuk di Wilayah Persekutuan yang menerima tamparan yang amat hebat.

Maknanya BN kalah teruk.

1. Kalau kalah kerana pemilihan calun tidak tepat, AAB mesti bertanggungjawab kerana finalis pemilihan calOn ditangan AAB

2. Kalau kalah kerana ekonomi negara tidak stabil, AAB patut dipertanggungjawabkan kerana beliau PM dan Menteri Kewangan.

3. Kalau kalah tidak pandai mengambil hati pengundi bukan Melayu, AAB patut dipersalahkan kerana AAB Pengerusi BN.

4. Kalau kalah kerana undi UMNO beralih kepada pembangkang, AAB patut dipersalahkan kerana beliau Presiden UMNO.

5. Kalau kalah kerana tidak pandai memilih barisan kabinet, AAB patut disalahkan kerana beliau PM.

Kesimpulan: AAB mesti meletakkan jawatan sebagai tanda beliau bertanggungwajab atas kekalahan BN. Kalau Tan Sri Sanusi sanggup letak jawatan kerana Kedah menang tipis pada tahun 1999, AAB pun mesti mengikut jejak Tan Sri Sanusi dan Allahyarham Tunku sebagai insan yang bermoral tinggi sanggup memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

1 comment:

hantu raya said...

Hei Lah! Tak tau malu ke...tahulah pipi kau tu tak cantik, berlubang-lubang, tapi ni soal maruah. Pakailah otak kau tu sikit, jangan biar menantu kau tu cucuk hidung kau aje. Kau tu manusia, tuhan anugerahkan akal, bukan kerbau, paham..?