Wednesday, March 12, 2008

BN Perlu Muhasabah Kembalikan Keyakinan Rakyat, Kata Muhyiddin

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Tsunami politik yang melanda negara ini pada pilihan raya umum ke-12 Sabtu lepas merupakan pengajaran yang menuntut semua pihak termasuk kepimpinan negara bermuhasabah dan mencari pendekatan sesuai untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat.

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ibarat "mengubati barah yang kronik", kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno perlu bersikap lebih terbuka dalam mencari penyelesaian terbaik.

Beliau berkata keputusan rakyat menidakkan majoriti dua pertiga BN, buat pertama kali sejak negara merdeka 50 tahun lalu, bermakna ada sesuatu yang dekat di hati rakyat tetapi tidak tercapai oleh kerajaan.

"Kita perlu berfikir secara terbuka, mengaku kesilapan dengan sifat rendah diri yang luhur dan kita perlu terima hakikat kerana rakyat dah beri mesej yang jelas," katanya kepada Bernama di pejabatnya di Wisma Tani di sini hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas kegagalan BN mempertahankan majoriti dua pertiga kerusi pada pilihan raya umum lepas yang menyaksikan parti itu menguasai 140 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan dengan selebihnya dikuasai parti pembangkang.

Bagaimanapun, BN yang dipimpin Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno masih boleh membentuk kerajaan melalui kemenangan majoriti mudah.

Sungguhpun BN masih berkuasa, Muhyiddin berkata kehilangan beberapa negeri kepada pakatan pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta Kelantan yang masih kekal di bawah penguasaan PAS merupakan satu tamparan hebat kepada BN khasnya Umno yang menunjangi parti itu bersama MCA, MIC dan Gerakan.

"Ini waktu genting dalam sejarah Umno," katanya mengingatkan kepimpinan parti menyedari sokongan sebilangan Melayu kepada pembangkang sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS atau DAP, pada pilihan raya lepas boleh menggugat survival politik bangsa itu di negara majmuk ini.

"Dalam hal ini, kita kena terus terang. Saya tidak mahu buat ramalan tapi kenyataan bahawa kita (Umno) tak mungkin tumbang mungkin akan jadi mitos kalau kita tak bertindak," katanya menegaskan pengalihan sokongan Melayu kepada PKR dan PAS bukan sesuatu yang patut dipandang mudah.

"Undi protes polanya tidak cenderung untuk menyokong PAS atau PKR. Mungkin buat seketika dengan tujuan untuk ajar kita. Contoh, orang Cina yang sokong PAS untuk ajar kita (Umno).

"Sama ada pola itu kekal ia perlu dilihat. BN dan Umno perlu ubah cara kerja, cara pelaksanaan dasar-dasarnya dengan menggunakan pendekatan baru yang mengikut kehendak rakyat," katanya.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=320263

7 comments:

Hovidpure said...

Salam Datuk,
Alhamlulilah. Andainya kesedaran ini timbul dan dilafaskan atas landasan keikhlasan.

Saya amat yakin peralihan undi daripada BN kepada PKR, PAS dan DAP adalah lantaran kebencian mereka terhadap beberapa kerat pemimpin UMNO dan BN serta sikap dan cara pengurusan yang tidak telus oleh kerajaan BN.

Rata-rata pemimpin UMNO dan BN yang dibenci rakyat telah tewas dalam PRU-12. Kalau masih ada baki pun mungkin Abdullah Badawi, Khairy, Rafidah, Shahidan, Adnan, Ali Rustam dan Nazri.

Kalau dalam Perhimpunan Agung UMNO akhir tahun ini dan seterusnya musim pentadbiran BN selepas PRU-12 ini tidak dapat menambat dan menawan hati Melayu, maka kebarangkaliannya amat besar UMNO bakal menjadi sejarah.

Sekiranya ini berlaku, maka kesilapannya bukan kerana orang Melayu menderhaka kepada UMNO tetapi kerana pemimpin UMNO GAGAL menjalankan tanggungjawab mereka dan merekalah yang sebenarnya menderhaka kepada UMNO.

Sofi Yassin

Da Real Deal said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Berita dari gunung said...

Dato... of course Mahyudin, the guy from Johor. Now he is talking. He can always shout loud and clear to AAB.

When AAB dismissed the perception of Khairy's influence the other day, then i suppose talking to him is useless.

The real action is to press for AAB resignation. Now is the time for UMNO inner circle to do something. The Malays at large has shown their displeasure in election.

Sorry Mahyudin. Remember, Malays at large has done their bit, its your turn now.

Unknown said...

Kita wajar terima baik kenyataan Muhyiddin. Dia kata “tsunami politik yang melanda negara ini pada pilihan raya umum ke-12 merupakan pengajaran yang menuntut semua pihak TERMASUK KEPIMPINAN NEGARA bermuhasabah dan mencari pendekatan sesuai untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat.”

Kita harap, lepas ni Muhyiddin beritahu PUCUK KEPIMPINAN NEGARA, IAITU ABDULLAH, MENGUNDURKAN DIRI DENGAN SEBERAPA SEGERA. KALAU TIDAK, SAYA KHUATIR MUHYIDDIN SEKALI AKAN DIHANYUTKAN OLEH GELOMBANG UMNO.

Unknown said...

MAHYUDDIN JANGAN HANYA BUAT KENYATAAN UNTUK SEDAPKAN TELINGA RAKYAT. MAHYUDDIN KENA PIMPIN LAIN-LAIN PEMBESAR UMNO YANG ADA CONSCIENCE MENDESAK ABDULLAH MENGUNDURKAN DIRI SEBELUM KAMI ORANG UMNO MULA MESYUARAT CAWANGAN BULAN DEPAN.

Berita dari gunung said...

Kembalikan keyakinan rakyat.

Lim Kheng Yaik telah bersuara tempuh hari, betapa penasihat AAB gagal melaksanakan tugas. Beliau selanjutnya memberi nasihat supaya penasihat-penasihat AAB ditukar.

Mukhriz mengingatkan AAB supaya melakukan sesuatu yang betul dalam menangani kemorosotan kepercayaan rakyat.

Samy tidak mahu apa-apa jawatan. Ong Ka Ting pun begitu. Maksudnya mereka tidak kemaruk jawatan dan sedia ke tepi gelanggang. Namun AAB masih belum bersedia.

Johari dan Shahrir mengunakan platform media utama untuk menangkis teguran Tun dengan bersahaja, seolah Tun tidak relevan dan seolah rakyat sudah lama membenci Tun.

Musa Hitam tidak berupaya mengembalikan kepercayaan. Tidak ada siapa pun yang kenal dengan dia. Yang kenal dan ingat hanyalah mereka yang tahu peristiwa beliau merajuk untuk "test market" di London hingga Ramli Ngah talib perlu terbang untuk memujuk. Selebihnya adalah mereka yang masih ingat harumnya pusara di Memali.

Dalam pada itu, AAB masih merasakan perlu untuk memberitahu rakyat bahawa Khairy tidak ada pengaruh keatasnya. Padahal semua orang tahu bagaimana media digunakan seolah milik Khairy.

Barangkali dengan tersungkurnya Selangor, Khairy puas hati. Namun Khir masih terpacak teguh! Media gagal digunakan untuk menterjemahkan arahtuju kerajaan, sebaliknya untuk membelasah orang-orang tertentu.

Saya masih ingat suatu masa dulu ada gambar Khairy dalam akhbar dengan caption "bakal pemimpin". Dalam hati saya berkata "Bull shit, kerja gila, melampau... and very bad taste".

Morosotnya kepercayaan rakyat kepada kerajaan bukan satu puncanya. Terlalu banyak. Ianya berlaku sikit sikit. Seawal-awal dulu battle cry Islam Hadhari gagal diterjemahkan dengan baik. Masjid Kristal dan perkampungan hadhari yang dijadikan maskot Islam Hadhari, menjadikan rakyat tidak faham, dan seterusnya rakyat percaya bahawa AAB pun tidak faham.

Media gagal membina keyakinan rakyat. Ketelusan yang merepek dan gila, hanya menyampaikan mesej bahawa kerajaan kita juga merepek dan gila.

Tidaklah salah untuk melutut depan Tun memohon maaf dan meminta nasihat. Tun sudah melalui pelbagai krisis dalam tempuh 22 tahun, dan dengan minda beliau yang tajam, sesuatu yang baik boleh diutarakan. Tengku Razaleigh pun apa kurangnya.
Rakyat jelata sudah pun bersuara dalam pilihanraya, selebihnya adalah tanggungjawab Bendahara, Temenggung dan Laksamana. Raja, saya yakin akan ikut saja.

Islam Hebat said...

kesatuan Ummah perlu dipupuk kembali... pemimpin melayu perlu bersatu, bukan bersatu untuk suka2 tapi untuk kepentingan rakyat... tak ada jalan lain selain Islam untuk menguatkan diri kita... jemput balik PAS dalam UMNO, pemimpin2 melayu yg berpendidikan agama dan mempunyai semangat jati diri perjuangan yg kuat tanpa meminta2 habuan harta dan dunia terus terang saya katakan berada dalam PAS... bentuk balik kesatuan melayu dan Islam... jemput semuala ulamak yg berada dalam PAS... UMNO meminggirkan mereka sejak sesekian lama... mereka melayu juga, mereka Islam juga... bersatu lah wahai ummat Islam melayu