Azalina, Kuda Dan Air Mata Buaya
Dalam sehari dua ini, sesiapa sahaja antara kita yang ketemu dengan Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said, harap minta dia ceritakan semula kisah penglipur laranya berjodol “naik kuda turun kuda.” Tanya juga kepadanya, sama ada dia menyaksikan babak-babak seorang tua mencucurkan air mata buaya kerana kononnya si tua itu sedang dilanda duka nestapa.
Saya pasti Azalina akan terkejut monyet. Dia pasti akan jadi begitu kerana baru petang semalam dia bercerita mengenai kisah “naik kuda turun kuda” tersebut dengan penuh semangat yang meletus daripada roh dan jiwanya.
Azalina pasti akan terkejut monyet kerana baru semalam juga dia menyaksikan babak-babak air mata buaya bercucuran!
Jika Azalina tak mau bercerita mengenai kedua-dua kisah ini, beritahu dia bahawa ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya sudah tau mengenainya.
Kalau Azalina tanya, dari mana kita tau mengenai kedua-dua kisah di atas, kita beritahu dia: “kami tau apa yang anda ceritakan kepada sekumpulan manusia pada petang 27 Mac 2008.”
Sendainya Azalina terus mendesak kita mengenai hal berkenaan, beritahu dia bahawa kita tahu apa yang dia ceritakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang semalam. Dan, tanya dia lagi, betul atau tidak dia ada bercerita mengenai kisah “naik kuda turun kuda”?
Akhir sekali kita bacakan kepada Azalina sekerat daripada posting blogger Ketua Perusuh seperti berikut:
Bagi kes MB Terengganu, yang mana Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) bukanlah cuma Sultan bagi Negeri Terengganu Darul Iman, namun Bagindalah juga YDP Agong Malaysia. Oleh yang demikian, bagi tindakan menghina atau menderhaka, bolehlah dikenakan mana-mana satu daripada berikut:
1. Hukuman Mati Mandatori
2. Buang Negeri (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Pemerintah Negeri Terengganu)
3. Buang Negara (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah YDP Agong Malaysia)
Jika Azalina buat-buat tak faham mengapakah dia mesti mengetahui akan wujudnya hukuman-hukuman di atas, tanya dia semula, benar atau tidak semalam dia bercerita tentang kisah “naik kuda turun kuda” dalam konteks apa yang telah terjadi di Terengganu baru-baru ini? Kalau dia insaf akan hakikat ini, waspadalah!
Buat orang tua yang mencucurkan air mata buaya petang semalam, kita harap dia juga baca keratan posting Ketua Perusuh seperti diatas. Dan, tanya juga kepada orang tua terrbabit, adakah hukuman-hukuman di atas yang akhirnya merobah pendirian banyak pihak sehingga YAB Ahmad Said diterima sebagai Menteri Besar Terengganu?
Dalam sehari dua ini, sesiapa sahaja antara kita yang ketemu dengan Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said, harap minta dia ceritakan semula kisah penglipur laranya berjodol “naik kuda turun kuda.” Tanya juga kepadanya, sama ada dia menyaksikan babak-babak seorang tua mencucurkan air mata buaya kerana kononnya si tua itu sedang dilanda duka nestapa.
Saya pasti Azalina akan terkejut monyet. Dia pasti akan jadi begitu kerana baru petang semalam dia bercerita mengenai kisah “naik kuda turun kuda” tersebut dengan penuh semangat yang meletus daripada roh dan jiwanya.
Azalina pasti akan terkejut monyet kerana baru semalam juga dia menyaksikan babak-babak air mata buaya bercucuran!
Jika Azalina tak mau bercerita mengenai kedua-dua kisah ini, beritahu dia bahawa ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya sudah tau mengenainya.
Kalau Azalina tanya, dari mana kita tau mengenai kedua-dua kisah di atas, kita beritahu dia: “kami tau apa yang anda ceritakan kepada sekumpulan manusia pada petang 27 Mac 2008.”
Sendainya Azalina terus mendesak kita mengenai hal berkenaan, beritahu dia bahawa kita tahu apa yang dia ceritakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang semalam. Dan, tanya dia lagi, betul atau tidak dia ada bercerita mengenai kisah “naik kuda turun kuda”?
Akhir sekali kita bacakan kepada Azalina sekerat daripada posting blogger Ketua Perusuh seperti berikut:
Bagi kes MB Terengganu, yang mana Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) bukanlah cuma Sultan bagi Negeri Terengganu Darul Iman, namun Bagindalah juga YDP Agong Malaysia. Oleh yang demikian, bagi tindakan menghina atau menderhaka, bolehlah dikenakan mana-mana satu daripada berikut:
1. Hukuman Mati Mandatori
2. Buang Negeri (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Pemerintah Negeri Terengganu)
3. Buang Negara (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah YDP Agong Malaysia)
Jika Azalina buat-buat tak faham mengapakah dia mesti mengetahui akan wujudnya hukuman-hukuman di atas, tanya dia semula, benar atau tidak semalam dia bercerita tentang kisah “naik kuda turun kuda” dalam konteks apa yang telah terjadi di Terengganu baru-baru ini? Kalau dia insaf akan hakikat ini, waspadalah!
Buat orang tua yang mencucurkan air mata buaya petang semalam, kita harap dia juga baca keratan posting Ketua Perusuh seperti diatas. Dan, tanya juga kepada orang tua terrbabit, adakah hukuman-hukuman di atas yang akhirnya merobah pendirian banyak pihak sehingga YAB Ahmad Said diterima sebagai Menteri Besar Terengganu?
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!!! – Ruhanie Ahmad
23 comments:
datuk..
cerita la lanjut lagi..
kureng paham..
terlalu bnyk yg tersirat ni..
Semua orang yang bernaung dibawah DYMM Sultan Negeri Negeri Melayu bukan Negeri Negeri Selat mesti menjunjung duli dan tidak menderhaka semasa setengah orang sedang melatah. Banyakkan beristighifar dan berselawat.
Datuk,
Azalina ghairah dalam hujahnya, lalu terkeluar kata-kata yang keterlaluan. Azalina bukan puteri, bukan wanita tapi "budak".
Budak-budak suka cakap yang bukan-bukan. Entahlah.
Sebenarnya walaupun saya tidak memahami sepenuhnya undang-undang dalam konteks perlembagaan Malaysia tapi jiwa ini mengatakan bahawa Pak Lah, Idris Jusuh dan UMNO telah melakukan pengkhianatan dan penderhakaan.Hairan seolah-olah mereka tidak nampak kesalahan besar yang telah mereka lakukan didepan rakyat terutama bangsa melayu dan tidak kah mereka mahu insaf?. Saya tidak pasti sama ada permohonan maaf dari UMNO dan BN telah dikemukan atau tidak Kepada pihak istana berkaitan dengan peritiwa demontrasi menuntut Idris Jusuh berkuasa semula? Dan apakah kesalahan itu berat di sisi undang-undang Malaysia?
Rakyat telah cuba menyedarkan dengan undian pada PR12 dan apakah mereka yakni UMNO ingin agar rakyat kebanyakannya menyaman dan mengheret mereka ke jurang yang lebih dalam lagi agar terhina.
A.kum Datuk,
1. Aitt Datuk sebut monyet..takut ka nak sebut beruk !
2. Naik kuda turun kuda tu main polo ka atau pertandingan kuda lasak?
3. Nasib baik saya bukan Agong atau Sultan T'ganu. Jika tidak penjara Sg Buluh tu masih kecil bagi Beta.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
Hmm....
Kalau geng Maunah tu boleh dicaj macam tu, takkanlah mereka-mereka ni Peguam Negara tak boleh caj? Oh ya, Sapa pula nak caj Peguam negara kerana statement dia tempoh hari?
Pening..... Ni lah bahananya mempunyai Pemimpin yang 'tido'.
Emmm...apa ye? Tuanku Agong memang suka naik kuda. In fact he represents the country. Aza tau naik,turun kuda ke?
air mata buaya? oh, u mean crocodilo tears...p.lah ke? Whoever that was, should have done on tv, baru gempak.
Datuk...
Saya pun macam ipanna..kurang pahem apa yang tersirat dalam cerita datuk ni...cerita le dengan lebih terang lagi..
Berita dari gunung said...
Datuk,
Azalina ghairah dalam hujahnya, lalu terkeluar kata-kata yang keterlaluan. Azalina bukan puteri, bukan wanita tapi "budak".
Budak-budak suka cakap yang bukan-bukan. Entahlah.
7:25 AM
=============
kerana sikap... "ahh.. budak-budak... bukan jahat.. nakal sikit je..." yang sebabkan kita berdepan dengan masalah mat rempit, anak-anak gadis melayu telanjang dalam talipon, diratah ramai-ramai, budak perempuan pun ada yang jadik gangster menyamun... belum cerita pasal dadah lagi tu...
Banyak blog dah kulayari tp blog ini yg paling membosankan.......apa cerite sebenor Aza ni? not everybody has a twisted or intellectual mind to understand what is tersirat or hidden. Can we have the full story please.........
Datuk,
Biasalah orang UMNO kalu dah depan Boss, bukan Datuk tak paham...Tak pe lah, saya rasa dia pun tahu dia tak akan ada tempat kalau selain Flip Flop yang jadi PM.
Salam dato'
Maaf, saya slelau buat atau cover cerita sukan. Akhir-akhir ni baru berminat dengan perkembangan politik.
Bolehkah dato' terangkan dengan lebih lanjut.
Saya bacara bicara negara, buletin 3 kali sebulan. banyak yang patut umno belajar kat situ.
Dengan khabar keluaran akan datang lagi hebat. katanya apakah dosa Idris hingga Sultan Mizan murka. Benarkah Lembaga Pungutan Zakat Selangor kutip RM212 juta tahun lalu tapi antara RM60j hingga RM70j juta lesap.
Benarkah isteri seorang ahli politik kanan di Terengganu mempunyai akuan RM768j.
Sekadar ini tahu
A kum Dato'...
Pada saya "jembalang tanah" dan monyet yang berkaitan dengan kes menderhaka kepada Tuanku Sultan Terengganu baru-baru ini bukan setakat diberi ampun atau kena "sound" je..tapi kena beri "penampar Jepun" sesekali. Betul lah kata TDM...Melayu mudah lupa. Dato' tengoklah tak lama lagi bila sejuk...semua akan buat muka sposen...semua akan bercakap balik pasal perpaduan..silaturrahim..dan apa-ap lagi..inilah lakonan orang-otrang UMNO yang tak lagi releven pada zaman ni. Bagi je sekali macam ada bekas menteri kabinet yang mukanya " ada cap penumbuk".
Menarik untuk disingkap. Datuk Azalina harus mengetahui taraf beliau terlalu jauh untuk mengkritik institusi beraja
penawarisan.blogspot.com
If you give peanuts..you will ger monkeys..
Nowadays.. so many "monkeys" because someone keep giving peanuts.
Agree with some bloggers said.." in UMNO nowadays..so many "bangkai bernyawa dalam alamari" yang tunggu masa untuk reput.
Come on "KU LI".. U are our only hope untuk memulihkan maruah UMNO dan orang Melayu.. I hope..if you success.. then Kelantan also will be back to UMNO. Nowdays there are too many "pekong leaders" ini Kelantan..get rid of them..Clean the UMNO Kelantan. Hidup KU LI.. Hidup UMNO SeJATI.. HIDUP MELAYU.
saya amat berminat untuk tahu tentang perkara ini dengan lebih lanjut.boleh datuk bagi penjelasan lebih lanjut?
Lama sudah saya tak muncul di ruang maya. Saya kecewa dengan tindakan Abdullah Badawi yang tak sensitif kepada tuntutan rakyat supaya dia letak jawatan Perdana Menteri Malaysia. Sebab itu saya malas nak bersuara lagi pasal Abdullah.
Ini satu berita pasal menantu Abdullah. Saya nak sahabat-sahabat lain tolong pastikan kebenarannya. Saya dapat info Khairy Jamaluddin dah mengahwini cucu Lee Kuan Yew di Singapura. Adakah ini betul atau fitnah? Kalau betul, bila? Kalau fitnah, mengapa tersebar kisah ini?
Saya suarakan ura-ura di sini kerna kalau betul Khairy kahwin dengan cucu LKY, ini mengesahkan hubungan intim dia dengan Singapura selama ini. Saya rasa ini bahaya bagi kita.
Saya juga diberitahu seorang rakan di Kuala Lumpur, Khairy akan menikahi akres genit yang selama ini digosipkan ada hubungan intim dengan Ahli Parlimen Rembau ini. Kata kawan saya, seorang pereka fesyen di KLCC dengan bangganya memberitahu banyak pihak yang dia sedang menyiapkan beberapa pasang baju perkahwinan aktres itu yang berharga berpuluh ribu. Sekali lagi, ini betul atau fitnah? Kalau betul, bila? Kalau fitnah, mengapa tersebar khabar ini?
Saya minta pengunjung kuda-kepang bantu saya dapatkan kepastian kedua-dua ura-ura di atas. Khairy orang penting negara. Apa terjadi pada dirinya tentu perlu diketahui semua rakyat Malaysia.
Datuk...
Saya budak entah ni tak berapa pahamlah pasal cerita naik kuda turun kuda ni...kalau Datuk tak keberatan boleh cerita lebih lanjut? Satu perkara yang semua pemimpin kena faham...tak kiralah 'kerajaan' atau 'pembangkang'....mereka kena sedar diri apa beza 'Raja' dan 'Pemimpin Parti Politik'....Kalau sikap menentang ditunjukkan pada Raja derhaka namanya tapi kalau menentang pemimpin parti normal hukumnya dah memang adat berpolitik ada pengikut dan penentang. Tapi kalaulah ahli politik sendiri yang kononnya hebat mentadbir negara pun tak boleh faham benda asas macam ni...balik mengaji semula lebih baik. Apa pun berlaku rakyat tetap takkan lupa walau sesaat pun penderhakaan mereka-mereka yang terlibat. Bagi mereka yang dulu pernah melakukan perkara yang sama janganlah pula buat-buat lupa....Kami takde hati lagi untuk melihat penderhaka bertapak di bumi bertuah ini...
Blogger Pa'chik said..
....kerana sikap... "ahh.. budak-budak.....
Azalina mungkin yang budak sekali dalam kumpulan MKT. Tapi ada ramai lagi yang tua-tua dalam kumpulan itu. atau yang tua-tua pun dah nak jadi budak2?
nak kata dia budak pun tak jugak... mengikut usianya, dia dah mewewati usia puteri... nak kata wanita pun, ramai ketua wanita tak ngaku dia wanita... tak kan kita yang jantan nak kata dia wanita... ada ka sapa-sapa dikalangan kita yang boleh kompom kata dia wanita...
kalau dia dah kawin (ada laki) dan ada anak tu lain lah...
inilah zaman islam hadhari... benda simple macam ni pon dia tak leh control... mana elok sebangsa seagama tidak mengaku saudara. kakak kata bukan adaik kata ya...
dalam islam hakiki, benda macam ni tak patut berlaku... tak tau LAH pulak, kalau islam hadhari kata ok...
tetapi apa yg saya paham islam hadhari berbeza dgn islam hakiki... kerana islam hadhari membenarkan seseorang itu gila kuasa, walaupun orang tak suka.. membenarkan anak menentu makan suap, walaupun islam hakiki kata tak boleh... islam hadhari memilih pemimpin dikalangan mereka yg telah menyusahkan rakyat, dah jadi memteri luar bandar pun..
islam hadhari membenarkan pembukaan aurat nak isteri... itu LAH yg cari Al-Ghazali dan Al-Shafie...
Datuk,
Saya rasa saya faham apa yang Datuk maksudkan.Kalau tak betul,harap Datuk dapat betulkan.
Pertama,Naik Kuda Turun Kuda tu tentu tentang perlantikan MB T'ganu.Kalau betul,saya harap Azalina kena berhati-hati.Jangan cakap sebarang cakap.Makan boleh sebarang makan (cuma sup terompah aje yang tak boleh makan).Ingatlah sama yang awak tu tak diterima oleh
persatuan Makcik-makcik UMNO sebagai mewakili mereka.Mungkin mereka anggap anda sebagai budak-budak.Suka bercakap yang bukan-bukan dan akhirnya memakan diri sendiri.
Mengenai air mata buaya tu rasa-rasanya tu mesti yang menangis minta simpati ler tu.Minta belas kasihan supaya tak dicadangkan undi tidak percaya. Oleh itu,lebih baik undur diri secara terhormat.Dah tua-tua ni,tak elok sangat menangis tu.Nasi sudah hampir menjadi bubur.Banyak negeri dah terlepas.Takut-takut nanti,banyak lagi negeri akan terlepas dan panglima-panglima yang akan berpaling tadah pun makin ramai.
Amww Datuk dan rakan-rakan.
Sedap juga cerita ni yer..
Saya ada sikit pengalaman di Kelantan. Suatu masa, ada seorang pimpinan yang telah terjejas sokongan ahli terhadapnya.
Dalam suatu majlis, beliau memberi ucapan betapa perlunya bersatu etc. Hadirin dan ahli yang hadir mendengar ucapan tersebut tersentuh dan terharu sakan.
Sama ada atau tidak sokongan diraih, itu tidak penting untuk blog ini.
Setelah habis berucap, rakan-rakan beliau bertanya sambil keterperanjatan..
"Eh, demo teghiak (menangis) sengoti (sungguh-sungguh) ko? biso!"
pimpinan tersebut menjawab...
"Weh, kawe buak-buak jah tu. Ni politik.."
Tak tahulah air mata dalam MT tu macam mana. Apa pun, cubalah tengok ayat Al-Quran, surah An-Nisa' ayat 59:
ulama mentafsirkan ayat ini sebagaimana berikut:
1. Ketaatan kepada Allah dan Rasulnya adalah mutlak dan muktamad.
2. Ketaatan kepada pemimpin adalah selama mana pemimpin itu taat akan Allah dan Rasulnya.
3. Apa jua masalah dan pertelingkahan, rujuklah Al-Quran dan Hadith, ijmak ulama dan qias.
**tahniah kerajaan Johor yang mengadakan sukatan kelas agama dari kelas 1-4 untuk pelajar-pelajar. Kalau boleh dipertingkatkan lagi, itu yang terbaik**
Bagi orang Islam, saya mengharapkan pemimpin kita contohilah Rasul Allah dan sahabat baginda yang diperakui kehebatannya.
Bacalah ucapan Abu Bakr misalnya ketika dilantik menjadi khalifah.
Mengesakan Allah termasuklah memperakui Allah sebagai tuhan yang disembah (rob); alana'am 164, tuhan yang hanya kepadanya tempat kita bergantung dan bukan kepada makhluk; alana'm 14, dan Allah lah tuhan yang wajib dituruti segala hukum hakamnya; alana'm 114.
Selaku seorang rakyat, saya rayu dengan penuh takzim agar pertamanya YAB PM yang dikasihi agar terus kembali ke pangkuan Allah. Sama ada yang lepas itu suatu kesilapan atau sebaliknya bukanlah persoalannya di sini. Ramai yang telah memperkata dan ramai juga yang memberi pandangan.
Imam-imam Shafie, Ghazali etc tidak perlu lagi dicari, khazanah mereka telah terbentang di hadapan mata kita. Terpulang pada kita sahajalah untuk meniti tiap butir ajaran dan pandangan mereka atau pejamkan mata rapat-rapat agar tidak kelihatan dan berteriaklah untuk mencari itu dan ini.
Saya menuli sini dalam keadaan sedar yang apa jua saranan dan cadangan, saya sendirilah yang utama perlu berpegang kepadanya.
Moga Allah memberi kita semua hidayah dan petunjuk.
Daulat Tuanku, Tegaplah Islam.
.."Khairy orang penting negara. Apa terjadi pada dirinya tentu perlu diketahui semua rakyat Malaysia. - AZAM,"
Penting macam mana tu? Nak fikir apa lagi tentang kepentingan dia yang telah merosakkan Pak Lah dan BN. Andainya ia mentadbir negara lebih buruk mungkin akan berlaku pada negara kita.Buat apa nak promosikan KJ sebab dia " contagious" antara parasit UMNO yang boleh merosakkan minda.Tanya Pak Lah apa keadaan dia sekarang ni? K.J mungkin pernah tanya.
"Bapak tengah pikirkan apa tu"
"tengah dok pikir, bala apa pulak nak datang.."
Jangan sampai dia kena jual sudah!
Aktiviti agresif ketika ini yang berlaku di timur tengah dan dengan selat melaka menjadi laluan armada nuklir U.S atas ehsan Pak Lah serta amaran kejatuhan mata wang dunia terutamanya USD oleh pakar-pakar ekonomi bakal melibatkan negara kita ke dalam kancah yang lebih rumit.Dengan keadaan politik negara yang tidak stabil tidak memungkinkan negara bersedia menghadapi kegawatan yang mungkin atau bakal akan berlaku. Negara tidak perlu untuk menanti pak lah dengan suka rela meletakkan jawatan dan dia mungkin akan berbuat demikian kiranya gelaran Tun di perolehinya.Ahli-ahli UMNO kiranya sayangkan bangsa agama dan negara perlu segera dan tegas melakukan sesuatu bagi merubah senario yang tidak selesa ini. Andainya UMNO masih lagi bersabung dalam gelanggan politik sesama sendiri tanpa ada tanda penghujung maka BR perlu mendatangkan impak yang kuat bagi melontar setiap mereka keluar dari gelanggang tersebut. Masa adalah suntuk untuk dibazirkan dan jangan kita turut tenggelam dengan tari yang melalaikan bangsa dan negara.
Post a Comment