Perkembangan Mutakhir
Mungkin Menggemparkan?
Sumber-sumber memberitahu blog ini sebentar tadi bahawa beberapa perkembangan politik menggemparkan mungkin berlaku di Malaysia dalam tempoh sehari dua ini.
Perkembangan ini dikatakan mungkin membawa impak besar kepada status Barisan Nasional (BN) dan juga Barisan Rakyat (BR) di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.
Bagaimanapun, buat setakat ini saya dapati tidak wajar untuk membuat apa-apa spekulasi mengenainya. Lantas, wajar kita ikuti perkembangan selanjutnya dengan cermat, sabar dan tenang.
Sementara itu, sumber-sumber lain pula memberitahu blog ini bahawa Majlis Tetinggi UMNO Malaysia akan bermesyuarat jam 3.00 petang ini. Agenda dijangka berkisar sekitar perkembangan politik semasa yang membabitkan UMNO secara khusus dan politik negara secara umumnya.
Tengku Razaleigh Hamzah pula dijangka menghadiri satu majlis makan tengah hari bersama sekumpulan pemimpin UMNO di Kuala Lumpur. – Ruhanie Ahmad
Mungkin Menggemparkan?
Sumber-sumber memberitahu blog ini sebentar tadi bahawa beberapa perkembangan politik menggemparkan mungkin berlaku di Malaysia dalam tempoh sehari dua ini.
Perkembangan ini dikatakan mungkin membawa impak besar kepada status Barisan Nasional (BN) dan juga Barisan Rakyat (BR) di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.
Bagaimanapun, buat setakat ini saya dapati tidak wajar untuk membuat apa-apa spekulasi mengenainya. Lantas, wajar kita ikuti perkembangan selanjutnya dengan cermat, sabar dan tenang.
Sementara itu, sumber-sumber lain pula memberitahu blog ini bahawa Majlis Tetinggi UMNO Malaysia akan bermesyuarat jam 3.00 petang ini. Agenda dijangka berkisar sekitar perkembangan politik semasa yang membabitkan UMNO secara khusus dan politik negara secara umumnya.
Tengku Razaleigh Hamzah pula dijangka menghadiri satu majlis makan tengah hari bersama sekumpulan pemimpin UMNO di Kuala Lumpur. – Ruhanie Ahmad
24 comments:
Salam Datuk,
Pengkhabaran bahawa Datuk Abdul Ghapur Salleh, antara pemimpin veteren UMNO di Sabah meletak jawatan timbalan menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Apakah ini satu lagi penangan buat kepimpinan dan politik Pak Lah? Atau Pak Lah juga akan membuat kejutan meletakkan semua jawatan semasa mesyuarat bersama MT UMNO nanti petang?
Andai tersurat seperti doa rakyat Malaysia maka Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan TERANG Malaysia.
Wasalam.
salam datuk
apakah berita yg mengemparkan itu!!!?
Demi perpaduan Melayu, PAS telah bersetuju menyertai UMNO menubuhkan satu pakatan bagi memastikan ketuanan Melayu berterusan di bumi bertuah ini. Walaupun bersyarat, UMNO tiada pilihan lain selain menerima segala syarat yang dikemukakan.
Datuk,
Berkisar kepada YBM Ku Li hendak bertanding jawatan presiden UMNO pada pemilihan UMNO kali ini, dikhabarkan lebih 60 Bahagian UMNO bersedia untuk mencalunkan YBM Ku Li ke jawatan tersebut.
Ahli UMNO mula sedar akan kemelut yang semakin meruncing akibat kedegilan Datuk Abdullah Ahmad Badawi(AAB) untuk meninggalkan Seri Perdana. Mungkin juga penasihat serta pembodek-pembodeknya bimbang sekiranya AAB tidak lagi berkuasa, mereka juga akan menerima kesannya.
Pembesar UMNO (pinjam istilah Datuk A.Kadir Jasin) seharusnya bertindak dengan lebih rasional dan matang dalam menghadapi mala petaka ini. Sekiranya pembesar UMNO gagal bertindak dengan sewajarnya, besar kemungkinan ahli-ahli UMNO pun akan menzahirkan kebenciaan mereka terhadap parti UMNO pada satu hari nanti. Jangan biarkan ahli-ahli parti sendiri membenci pemimpinnya.
A.kum Datuk,
1. Beruk memang suka membuat kita terkejut tergempar Datuk.
2. Suspen ni..sama ada teori RAHMAT ka atau teori R A H M (A N)yang relevan.
3. Kita sama-sama nanti tengok ya Datuk.
http//www.penyokong-kj.blogspot.com
Assalamualikum wkt. Datuk,
saya rajin jugak bukak blog Datuk tgk isu dan celoteh Datuk..hari hari saya nak tergelak bila cara datuk menceritakan bahawa sumber-sumber berwibawa.. setiap teks mesti ade sumber-sumber datuk..hehehe..Sya sgt suka tgk perkataan sumber-sumber dalam teks datuk ni.. kalau tidak ada perkataan sumber-sumber datuk ni..memang sy kurang nak percaya gak lah.. tp Datuk jangan buat sy tertanya-tanya pulak dengan cerita datuk ni.. mcm x boleh nak sabar dengar cerita datuk ni..geram pun ade.. x puas hati baca.. nak cerita-cerita jelah.. kami yng buat keputusan boleh percaya atau tidak.. kita dah boleh agak dan tahulah keadaan semasa..Apepun datuk so sory. wassalam
salam Datuk,
Era Pak Lah ini memang tidak sunyi daripada kejutan. Yang belum menerima kejutan lagi cuma posisi Pak Lah sebagai PM dan Presiden Umno.
Kelemahan Pak Lah ialah mengawal suasana sekelilingnya dan membaca signal dari pelbagai penjuru berkaitan sokongan orang terhadap kepimpinannya.
Apakah hubungan umno-istana akan bergelora zaman Pak Lah juga? Dah lah rakyat sudak menunjukkan protes mereka ini pula Pak Lah cari hal dengan istana.
Pak Lah jangan tersepit dengan menjaga hati semua orang. Kalau perlu hilang Idris Jusoh demi memperbaiki keadaan, hilang pun tidak mengapa sebelum Pak Kehilangan kawalan atas negara ini.
uMNo hadapi krisis kepimpinan terburuk sekarang ini.
Assalamualaikum.
Insaf & Kembalilah Ke Pangkal Jalan.
Wahai Ahli Kelab Elit Melayu (konon) insaflah.
5 tahun tak lama, anda semua kena kerja kuat-kuat untuk memenangi hati rakyat yang sudah begitu parah lukanya.
Kembalilah berjuang seperti pejuang-pejuang melayu terdahulu.
Berjuang bukan kerana pangkat, wang ringgit mahupun harta tetapi berjuang demi bangsa dan agama.
Ingatlah kita semua akan ditanya dan pertanggungjawabkan nanti.
3 minggu sudah berlalu selepas Tsunami PRU 12, tetapi anda semua masih tidak mahu faham / saje-aje buat tak faham apa yang rakyat jelata mahukan.
Masih lagi berebut pangkat, berdendam, cakar mencakar, dan macam-macam lagi.
Rakyat bertambah muak, makin nak muntah melihat aksi dan telatah anda semua.
Jangan sampai marah ini bertukar menjadi benci........
Drpd kabinet baru, perlantikan MB, tangguh pemilihan ""UMNO"", sampaikan DERHAKA KEPADA SULTAN...
Apa dah jadi.....
Media yg terus - menerus menipu dan membodohkan rakyat..sama macam anda semua yang masih ingat kami semua ini bodoh.....
Kami ingat anda semua dah insaf, tapi semakin menjadi-jadi ketamakan dan kesombongan serta keegoaan.
Ada yg adakan Majlis Keinsafan....
Tapi bukan keinsafan tapi lebih kepada dendam dan hasad dengki.
Berubahlah Demi Anak Bangsa & Agama
Berubahlah Demi Janji Anda KepadaNYA
Berubahlah Demi Kasih & SayangNYA
datuk,
memang sungguh mendebarkan. agaknya apa yg DSAI khabarkan dulu mengenai MP lompat ke BR akan jadi kenyataan? harapan kita BN akan jadi pembangkang di Parlimen.
Ketuanan Melayu Tercabar?
Datuk Ron,
Jangan lah bagi banyak berita terkejut tergempar, adoooh!
Anyway, RAHMAT theory is also OK...blessings. We need lots of blessing. God Bless!
Mana mungkin PAS join dgn UMNO?? Tapi kalau UMNO nak masuk PAS dialu-alukan..
Gawat betul BN sekarang? Harap2 lepas ni lebih ramai yang terbuka minda untuk tidak menafikan keupayaan Parti selain UMNO/BN dalam era pemerintahan di bumi malaysia tercinta ini.
Media terutamanya TV3 janganlah bengong sangat membodoh2kan rakyat dengan hidangan berita yang memualkan...
kepada cakap siang,
ketuanan Melayu hanya dapat di satukan dalam islam, bila kuat islam insayyalah melayu pun kuat,
tapi kita kena nilai sejarah yang pernah di jerut oleh umno semasa pas berjuang bersama mereka, pakah bila tersepit baru memikirkan cara nak bersatu dengan PAS. apakah ini langkah yang terbaik, tentukan sekali tidak.....UMNO yang menjahanamkan ketuanan melayu...
idealogi yang di bawa umno seperti barat, pembangunan yang di canang hanya berpandukan nafsu. pembangunan insan di biarkan, remaja di biarkan berpeleseran, artis di biarkan telanjang..apakah ini yang dikatakan ketuanan melayu yang di perjuangakan umno.
ya..teori rahmat semakin menjadi kenyataan, beberapa pemimipin UMNO telah berani bersuara waalupun beberapa kerat sahaja...sekiranya ini berterusan...kekemilangan UMNO akan bersinar kembali dengan kebangkitan KU LI.
Pak lah akan letak jawatan, kawan kata dia dapat berita dari sumber MITI, Tak yakin sangat tapi mesti bagus punya
Harap ada sesiapa yang akan mencadangkan kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pelan pengunduran yang paling selamat.
Saya menulis dari Islamabad. Setiap hari saya melayari internet untuk mengetahui apa yang berlaku di tanah air tercinta. Apa pun perancangan, dan siapa pun yang merancangnya, saya berdoa semoga Malaysia tidak akan menjadi sebuah lagi Pakistan. Tinjauan rambang saya dengan masyarakat awam di Pakistan, semuanya bersetuju bahawa punca kacau bilau di Pakistan sekarang adalah kerana 99.9 peratus pemimpin politik mereka adalah "corrupt"
Apa komen Tok Kudakepang?
Apologise, Karpal urges Dr M in open letter
By ROYCE CHEAH
PETALING JAYA: Bukit Gelugor MP Karpal Singh has asked former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad whether he would be prepared to tender an unqualified and unconditional apology to former judges Tun Salleh Abas, Datuk George Seah and the late Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh.
In an open letter to Dr Mahathir, Karpal Singh said, in his view, it was Dr Mahathir who had single-handedly destroyed the judiciary which has yet to regain its equilibrium after the 1988 crisis.
He said if there was no response within a week, he would raise the matter when Parliament sat next month.
“It is my view that you abused the provisions of Article 125(3) of the Federal Constitution leading to the setting up of the two tribunals which found the three judges guilty of misconduct,” Karpal Singh said in the letter.
“These three judges were unfairly removed from office.
“It is not the present Government which should apologise, but you (Dr Mahathir) yourself personally.
“The necessity for you to apologise cries to high heaven. Your acts caused the judges concerned and their families untold pain and suffering.”
Karpal Singh added that it was the least Dr Mahathir could do to atone for what transpired 20 years ago.
assalamu'alaikum Datuk,
Terdapat byk bukti sejarah bahawa umur sebuah organisasi itu akan menjadi lemah apabila menjangkau separuh abad.
UMNO tidak akan menjadi relevan lagi kecuali pembesar2 UMNO insaf dan sedar bahawa masa depan UMNO terletak kpd generasi baru yang ikhlas untuk memperjuangkan nasib bangsa dan agama.
wassalam.
waaa..
gaya dan isi tulisan datuk lately ni makin mengancam la!
memang gempak! dgn spekulasi, fakta, teori dll..
hari2 sy bukak website ni nak tau perkembangan..
pasal tajuk post nih.. about perkembangan politik yg mengemparkan mungkin ada banyak spekulasi yang boleh di listkan
dengan tahap..
1.tahap kuning
a)abdullah letak jawatan
b)ahli kabinet letak jawatan
c)najib buat kenyataan terbuka supaya abdullah letak jawatan
d)dymm agung mendesak abdullah letak jawatan
2.tahap oren
a)anwar sertai umno utk cabar abdullah
b)penghijrahan ramai MP BN ke BR
c)ahli umno beramai2 mengugut keluar parti jika paklah tak letak jawatan
3.tahap merah
a)dymm agung mengarah tentera merampas kuasa
b)ahli umno bawahan bersama ahli BR membuat perhimpunan 1juta rakyat menarik abdullah dari takhtanya..
well.. ni spekulasi je..
TY!
Kalau lah benar apa yang akhbar perdana laporkan. PM, Idris, 22 wakil rakyat Terengganu dah boleh dikatakan durhaka kepada sultan. Pantang anak melayu durhaka seperti tu. Kalau tak setuju pun pergilah mengadap sultan, berikan pendapat secara senyap-senyap. Kenapa bermati-mati nak pastikan idris sebagai mb? Apa apa yang nak diselindung??? Dahlah ketua-ketua bahagian tidak dicalonkan. Tidakkah ketua bahagian tu pilihan ahli UMNO?
Dalam kes di terengganu ni, percayalah rakyat lebih percayakan Sultan terengganu daripada ahli politik. Kalau tak percaya bubarkan dewan negeri dan adakan pilihanraya lagi. Kalu UMNO menang besar ramai yang sokong kalu idris hendak diketengahkan sekali lagi sebagai calon MB. Berani tak?
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamuakaikum warahmatullahi wabarakatuh
AKHIRNYA MUNCUL LAH PENYELAMAT NEGARA TERCINTA?
petikkan sebahagian dari blog shabandarmalakat.
[Saya merujuk blogger "kudakepang" yang memperkatakan keadaan panas mengelegak akan berlaku dalam masa terdekat. Selepas itu diramalkan akan berlaku terang sesuadah gelap..
Maksud “kudakepang” sudah sampai masa kedatangan penyelamat bangsa dan negara yang selama ini dinanti nantikan?
Al kesah selepas zaman antah berantah itu menurut hikayat sampai lah pada riwayat Hang Tuah akan mencampakkan keris itu kedalam Sungai Duyung maka bersumpah akan dia :-
“ wahai Keris Tamin Sari, kau timbul lah dari dasar Sungai Duyung ini di mana tempat aku bermain main zaman kanak kanak ku bersama sama sahabat karib ku ,Jebat, Lekir, Kasturi dan Lekiu,,..kau timbul lah bila ada huru hara dimana keadaan anak cucuku akan tergugat tanah airnya. kerana kerenah pembesar pembesarnya berebut kuasa dan lebih mementingkan perut mereka sendiri dari nasib rakyat jelata. seperti firasat ku ini akan datang di satu zaman lepas hilangnya aku ini akan keadaan tatakala itu lebih dashat dari keadaan di Melaka sekarang ini....Dengan izin Allah aku akan kembali bila kau (wahai Keris Tamin Sari) timbul untuk menyelamatkan Negara dan Raja ku..”
Hatta, adapun setelah di campakkan keris itu, maka Hang Tuah menyelam akan ia dalam air sungai itu maka tatakala itu ghaib lah Tuah dari pandangan dunia ini yang fana ini..
Hatta maka adanya keadaan huru hara dan kucar kacir pembesar pembesar Negara ini tatakala ini tak ubah macam bayangan FIRASAT Tuah sebelum ianya ghaib maka banyak lah yang tertanya bila agaknya Keris Tamin Sari akan timbul bersama Tuah.
Bahawasanya hikayat Hang Tuah itu ada meriwayatkan akan pulang dia kepangkuan anak cucunya bila terjadi nya malapetaka seperti yang dia dapat firasat di Sungai Duyung maka di tafsirkan orang orang pandai lagi bijaksana di zaman ini. Bagaimana pulangnya Tuah..?. Tafsiranya berbeda beda akan tetapi ada satu tafsir hampir semua yang ada di kalangan bijak pandai bersetuju dengan tafsir itu, iaitu bahawa mustahil Tuah akan menjelma dengan batang tubuhnya tetapi Tuah akan muncul sebagai “semangat yang ada pada Tuah ”.
Adapun kisah Keris Tamin Sari itu pula mustahil akan dia muncul dengan batang tubuhnya oleh kerana lamanya berendam dalam air di sungai duyung akan hancurlah dia ..hatta di tafsirkan oleh orang bijaksana tadi ianya jatuh kepada gelaran; ada juga yang kata keturanan ;.maka di fikirkan adapun keturunan itu adalah anak raja ...semuanya boleh jadi. Sebab kalau di hukum ikut akal bijaksana lagi arif Keris Tamin Sari itu adalah raja pada semua keris keris ... Maka sah lah tafsirnya jatuk kepada keturunan yang ada darah raja adanya.
Shahadan rupanya tatakala Hang Tuah ghaib , negeri Melaka itu luasnya jajahan takluknya meliput hampir seluruh semenanjung dan bila mana Tuah (mengikut tafsir, “semangat Tuah”) akan muncul kembali tiada pula termaktub dalam hikayat itu..maka jadi lah tanda tanya rakyat jelata bila dan di mana tuah akan timbul .
Hatta dalam banyak tafsir di mana ‘semangat Tuah’ akan timbul, ada pula yang dapat firasat dan banyak pula yang setuju akan muncul di sebelah mata hari terbit …
Maka itu lah agaknya yang nak di perkatakan dan disebut sebut oleh “kudakepang” dalam blognya dua tiga hari ini ,.kemunculannya tak dapat di tahan tahan lagi .
Shahadan sebagai menutup riwayat..maka akan muncul lah seorang penyelamat Negara dari kalangan Anak Raja dari negeri terbit matahari yang dapat menyatu padukan semua rakyatnya jelata dimana dapatlah ia membagi bagi hasil Negara bersama sama menikmati ertikata kehidupan yang pernah di idam idamkan selama ini…Itu lah Dia orangnya akan membawa semangat Hang Tuah adanya Amin]
Wassalam..Shahbandarmalakat http://siraltalmustaqim.blogspot.com/
Spill the beans, Datuk! True or false, let us and time be the judge. But if it's a 'fitnah' or 'back back biting' story, please refrain yourself.
KALAU ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI
Salam,
Desas desus yang mengatakan Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi semakin hangat diperkatakan. Bagi yang menyokong, itulah yang dinanti-nanti namun bagi yang tidak menyokong, hidup bakal diselubungi gerhana.
Pakatan Rakyat telah diumumkan. PKR, PAS dan DAP. 3 buah parti yang berlainan ideologi dan idealisme perjuangannya. Bila sebut pakatan, maka ada persetujuan untuk bersama dalam hal-hal yang ditentukan uuntuk bersama. PKR, PAS dan DAP masing-masing memerlukan antara satu dengan yang lain.
Anwar Ibrahim akan lambat laun juga membuat atau menerima kunjungan pembesar-pembesar negara lain termasuk Presiden Amerika Syarikat Bush atau pengantinya kelak. Kita dapat bayangkan Pak Lah ketika itu akan menempelak Anwar," hang dulu kata aku kawan Bush, la ni camna? Hang dah jadi kawan dia lah la ni. Aku dulu PM mestilah ada hubungan diplomatik bukan hubungan lain. Hang tu memang kawan baik sebab ianya bukan hubungan berdasarkan diplomatik tetapi lebih kepada perhubungan peribadi. So la ni hang kena pulak dan baru hang rasa." Agaknya itulah kata Pak Lah kepada Anwar.
Ust Hadi akan cuba mendakwahkan matlamat mendirikan Negara Islam. Anwar Ibrahim pula secara terangan menolak dengan cara diplomasi ide Negara Islam ini. Maka keluarlah dari mulut Anwar istilah maqasid syariah atau tujuan daripada syariah. Maknanya yang penting ialah sesuatu yang disepakati bersama dahulu yang juga merupakan ajaran Islam seperti anti-rasuah, penyalahgunaan kuasa, keadilan dan sebagainya. Secara amnya, saya telah menyatakan dalam tulisan saya yang lepas bahawa setiap kewajipan perlukan persyaratan. Apa yang diutarakan Anwar sebenarnya boleh juga dikatakan kita belum cukup syarat untuk Negara Islam tetapi beliau menggunakan istilah maqasid syariah. Di mana letaknya nilai syariah di sini? Yang ada ialah nilai-nilai positif yang universal. Nilai syariah mesti dinyatakan dengan jelas sebelum mendakwa ianya adalah maqasid syariah.
Sebagai kesimpulan, ramai orang termasuk Anwar sendiri tidak pernah terfikir akan adanya langkah-langkah awal yang perlu dilakukan dahulu yang merupakan sebagai persyaratan untuk melaksanakan hudud misalnya. Oleh yang demikian, mereka merasa berdosa dan cuba mencari sesuatu untuk alternatif atas perkara membentuk Daulah Islamiyyah sedangkan jika mereka menyedarinya, mereka tidak perlu khuatir untuk merasakan dosa tidak mendirikan Negara Islam.Pada hakikatnya taklif belum terkena pada mereka kerana tidak cukup syarat tetapi taklif yang lain pula timbul iaitu bergerak untuk mempercukupkan persyaratan yang dikehendaki untuk sebuah negara Islam.
Maknanya, dengan Pakatan Rakyat ini, selagi DAP atau PKR tidak setuju dengan pembentukan Negara Islam, maka PAS tidak boleh membentuk sebuah Negara Islam. Tetapi saya percaya negari-negeri yang majoritinya beragama Islam, maka hudud akan dilaksanakan di sana dan tidak di negeri lain. Maka Negara Islam yang hakiki tidak terlaksana. Negara Islam yang hakiki ialah di mana Islam hanya mempunyai seorang pemimpin yang memimpin dunia yang tidak terikat dengan batasan geografi dan negara.
Sekian, tunggu komentar pembaca dahulu sebelum dilanjutkan lagi.
Aba
Akum Datuk...........
PRU12=UMNO SHAREHOLDER'S AGM AS CALLED BY THE "CEO" TO VOTE AND OR COMMENT FOR HIS PERFORMANCE IN THE LAST4 YRS IN BUSINESS.THE RESULT WAS A NEGATIVE,THAT IS UNDER NORMAL CIRCUMSTANCES THE CEO WILL TENDER THEIR RESIGNATION.
Post a Comment