Friday, March 07, 2008

Bingkisan Jiwa Di Ambang Hari Mengundi (4)

Gurindam Sepuluh Budak Hitam (1)
[buat komrad-komradku pejuang pertiwi]

sepuluh budak hitam duduk putrajaya
satu jadi imam yang mencari damai abadi
budak hitam ini hebat orangnya
dia boleh tidur berdiri kalau duduk apatah lagi.
romantis orangnya budah hitam ini
dalam majlis dia ramas bahu perempuan seksi
tak tahan sunyi dia kahwin orang gaji.
naik jet peribadi berbulan madu sana sini
kerja tadbir negeri dia bagi pada proksi.

makanya,
tinggallah sembilan budak hitam.

sembilan budak hitam duduk tingkat empat
satu jadi lanun kerjanya jual negeri
budak hitam ini cerdik orangnya
otaknya macam pengarah filem hindustan
nak dapat bini dia langgar bontot kereta heroin
cita-citanya tinggi budak hitam ini
sebelum empat puloh nak jadi perdana menteri
budak hitam ini perangainya macam beruk makye
terjerit sana terlompat sini tersengih gitu terlondeh gini
tak lama lagi youTube buat tayangan perdana filem macam chua solek
heronya budak hitam ini tapi kita pergi tak boleh bawak anakbini, sori!

makanya
tingallah lapan budak hitam.

lapan budak hitam duduk diam-diam
satu jaga karung kerjanya kumpul harta qarun
ayahnya kata budak hitam ini tak berniaga dalam negeri
tapi rakyat tahu dah berbilion dia dapat projek yang ditentukan sendiri
budak hitam ini, ada sedara belah bini jadi juru kiranya
macam-macam kepandaiannya si malim balaci ini
buat jambatan pandai, buat lumba ribut pandai
beli rumah kat luar negeri lagilah pandainya
dia beli kat tempat takde penangkap khalwat

makanya,
tinggallah tujuh budak hitam.

tujuh budak hitam jadi doktor putar
satu jaga surat khabar kerjanya tiap-tiap hari autar
budak hitam ini dulunya tak lulus vetting
tapi hari ini dia menang betting
tulis kolum macam pakcucing

makanya
tinggallah enam budak hitam

enam budak hitam duduk kat angkasa
satu jaga lagu main drama swasta siar berita cacamarba
mulutnya celupar budak hitam ini, kepakarannya mengampu
kata orang goblok tapi aljazerra londehkan dia sampai bogel togel
seantero dunia tahu dialah menteri terbangang dalam sejarah tamaddun alam
sang kelembai kata dia hanya layak jadi mamak cendol

makanya,
tinggallah lima budak hitam.

satu dan dua dan tiga dan empat dan lima
si budak hitam
enam dan tujuh dan lapan dan sembilan dan sepuloh
sambung bulan depan.


yassinsalleh
Taman Saujana Impian Kajang
11 Januari 2007


Gurindam Sepuluh Budak Hitam( 2)
[buat komrad-komradku pejuang pertiwi]

satu dan dua dan tiga dan empat dan lima
si budak hitam
enam dan tujuh dan lapan dan sembilan dan sepuloh
sambungan bulan lepas:

lima budak hitam duduk putrajaya
satu jaga spr jadi barua imam mengantuk
sang tamat tempuh tarikh guna jadi ketuanya
budak hitam ini raja kepada segala tukang silap mata
orang dah mati dia boleh bagi hidup beratus tahun
beribu para soldadu dia boleh ciptakan kembarnya
alamat tak berumah boleh ada berpuloh pengundi terdaptar
dakwat dibeli berjuta-juta dia boleh buat kejap ada kejap takde.

sang budak hitam ni, agaknya,
tak pernah dengar sabda nabi junjungan kita:
“ada tiga tanda bagi orang MUNAFIK:
bohong bila ia bicara.
mungkir bila ia berjanji.
khianat bila ia dipercayai.”
dan
di tangan orang-orang MUNAFIK inilah
pilihanraya umum ke duabelas negara tercinta disilapmatakan.

“biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya!”

dan semua rakyat Malaysia yang bangang, bahalul, tolol dan bacul
akan menyambutnya beramai-ramai
“biarkan!
biarkan! biarkan!
biarkan! biarkan! biarkan!
biarkan! biarkan! biarkan! biarkan!”

makanya
tingallah empat budak hitam

empat budak hitam duduk dalam mahligai
jadi ahli korporat kayaraya hasil kerja keparat
pemurah hatinya budak-budak hitam ini
macam airterjun dia orang curah duitringgit
tolong politik wang
calon-calon timbang berat yang senget
untuk beli undi makcik pakcik sorang limapuloh ringgit.
beri kain pelikat kain batek kena sembelih macam itek.

makanya,
tinggallah tiga budak hitam

tiga budak hitam duduk atas pagar
ramai takde batu takut kena ugut
banyak takde akal otak penuh sabut
berduyun jadi lembu tertib sopan letak kat bontot
demikianlah aras pemikiran orang melayu jiwa macam kayu

makanya,
tinggalkan dua budak hitam

dua budak hitam duduk dua alam
kerjanya jadi barua melacur maruah jadi talibarut
sana makan sini cekup situ jilat sinun celup
naik pentas pembangkang pidato garang berang
semua rahsia dia korek simpan dalam kocek
kejap-kejap masuk toilet sms kat bos rahsia pembangkang
orang-orang begini kalau perlu emak nya pun dia suruh kangkang.

makanya,
tinggallah satu budak hitam.

satu budak hitam duduk pura-pura
dia jadi dalang yang cemerlang, gemilang, terbilang
makanya,
malaysia negaraku
melayu bangsaku
sudah nasibmu sedemkian malang
kerana rakyatmu
adalah orang-orang tongong yang teramat bangang.

yassinsalleh
7 Mac 2008
Taman Saujana Impian Kajang

Nota penulis: Sekadar inilah sumbangan yang termampu saya hulurkan untuk pertimbangan rakyat Malaysia dalam membuat keputusan muktamad sebelum mengundi esok. Selamat menjadi rakyat Malaysia yang kita sendiri pilih. selamat mengundi. - yassinsalleh

2 comments:

MODERATOR said...

LIPUTAN TERKINI:

Foto-Foto Perhimpunan Malam Terakhir BARISAN ALTERNATIF Sebelum Hari Mengundi Esok ( Lokasi : TAMAN PERMATA, LEMBAH KERAMAT / Masa : 9.30pm - 12am )

FOTO-FOTO EKSKLUSIF HANYA DARIPADA:

http://theindiestory.blogspot.com

CHECK IT OUT!

ken said...

Prof Dr Yassin Salleh?