Friday, March 07, 2008

Penyelewengan SPR Kendalikan Undi Pos?

SPR sentiasa mendabik dada bahawa ia bertindak bebas dan telus. Adakah ini benar? Kalau benar, mengapakah wujud beberapa kedolak-dalikan dalam pengendalian PRU12?

Peraturan mengenai penggunaan setem untuk kertas penamaan calon, berdolak-dalik. Penggunaan dakwat untuk menceluo jari bagi membuktikan seseorang itu sudah membuang undi, juga berdolak-dalik. Dolak-dalik, dolak-dalik, dolak-dalik!

Hari ini saya menerima satu lagi kisah menggemparkan mengenai tindakan SPR. Beberapa anggota tentera dan polis menghubungi saya mengenai taktik terbaru SPR dalam mengendalikan undi pos.

Kata mereka, setibanya di bilik pengundian, mereka diberikan kertas undi dan sekeping sampul surat yang sudah bertulis nama penuh dan nombor servis masing-masing.

Sesudah mengundi, kertas undi mereka mesti dimasukkan ke dalam sampul surat berkenaan, digam, dan sesudah itu barulah dimasukkan ke beg pos berkunci yang disediakan.

Mereka yang menghubungi saya berkata bahawa amalan seperti ini tidak pernah terjadi dalam PRU yang dulu-dulu.

Kata mereka, dalam PRU11 dan sebelumnya, kertas undi yang sudah mereka pangkah terus dimasukkan ke dalam beg pos yang sudah berkunci, tanpa dimuatkan ke dalam apa-apa sampul surat.

Menerusi cara tersebut, kata mereka, bolehlah mereka mengundi calon pembangkang, jika mereka memilih untuk berbuat demikian.

Kali ini, mereka mendakwa tidak ada pilihan melainkan mengundi calon BN. Ini kerana pihak yang membuka kertas undi itu pasti akan tahu jika mereka mengundi pembangkang berasaskan nama, pangkat dan nombor servis mereka tercatat pada sampul surat yang mengandungi kertas undi masing-masing.

Lantaran itu, mereka yang menghubungi saya medakwa bahawa apa yang dilakukan oleh SPR kali ini sebagai satu bentuk “ugutan halus” terhadap mereka jika cuba-cuba memilih pembangkang.

Soalnya, adakah ini benar? Kalau tidak benar bagaimana pihak-pihak yang tidak puas hati ini menghubungi saya mengenai perkara di atas?

Jadi, inikah bentuknya kebebasan untuk melaksanakan hak demokrasi? Inikah namanya ketelusan yang didakwa oleh SPR? Atau, inikah salah satu cara terbaru pihak tertentu untuk menghalakkan matlamat, iaitu mengekalkan kuasa? – Ruhanie Ahmad

3 comments:

the indie story said...

Liputan Terkini : Anwar Ibrahim Turun Pasar Minggu Kampung Baru, KL (Khamis 6 Mac, Masa : 9.30 - 11 pm) JALAN DITUTUP !

FOTO-FOTO EKSKLUSIF HANYA DARIPADA :

http://theindiestory.blogspot.com

CHECK IT OUT!

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Bukankah semasa undian pos ini dijalankan ada wakil/agen daripada parti-parti yang bertanding? Kenapa mereka tidak membantah? Kenapa perlu ada pihak ketiga yang membuat panggilan kepada Datuk pula?

Konspirasi ada banyak bentuk dan rupa. Kerajaan boleh mencipta konspirasi. Pembangkang juga mampu mencipta konspirasi!

Datuk pernah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kedua-dua belah pihak. Tentu Datuk lebih tahu.

Eloklah konspirasi didedahkan dengan bukti dan dokumen sokongan tanpa merujuk pihak ketiga.

mn said...

Assalamualaikum Datuk,

1. Kepada warga tentera yang terlibat dengan undi pos, saya nasihatkan agar saudara tidak perlu takut atau bimbang sekiranya saudara telah, sedang dan akan mengundi pembangkang.

2. Sepanjang saya dalam perkhidmatan ATM, saya sempat mengundi sebanyak 4 kali iaitu 1990(Pengkalan Chepa), 1994(Grik), 1999(Sg Petani) dan 2004(Sg Petani). Untuk maklumat saudara-saudara semua, dalam 4 kali p/raya itu saya pangkah 'pembangkang'. Semasa saya mengundi ada no. siri jadi jika tak percaya anda boleh semak no. Tentera saya ketika itu T3003562 .

3. Kenapa harus kita takut. Selepas undi pembangkang tidak ada apa-apa tindakan yang dikenakan ke atas saya seperti sangkaan sesetengah anggota lain. Percaya dan yakin pada diri sendiri bahawa ini dalah pilihanraya umum. Kita bebas memilih mana-mana calun. Jika kita disekat lebih baik tidak ada pilihan raya.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com