Wednesday, March 19, 2008

Terkini 1.00 Tengahari
Radzi Letak Jawatan SU Agong UMNO Dan BN

Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Radzi Sheikh Ahmad, hari ini meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Tempatnya diisi oleh Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya dan bekas Menteri Pelancongan, yang pernah menjadi Setiausaha Kerja UMNO di era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berikut adalah berita BERNAMA pada jam 11:05 pagi, 19 Mac 2008, mengenai isu yang sama:

Radzi Sheikh Ahmad Letak Jawatan Sebagai Setiausaha Agung UMNO dan BN

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang digugurkan dari barisan kabinet yang baru dibentuk mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini.

Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu berkata beliau tidak dapat bekerja secara efektif sebagai Setiausaha Agung kerana tidak lagi berada dalam kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

"Saya rasa saya tidak boleh lagi bekerja. Pertamanya saya tidak lagi berada dalam kabinet jadi saya tidak boleh bekerja dengan berkesan sebagai Setiausaha Agung ... saya tak boleh kerja," katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Radzi berkata keputusannya itu telah dimaklumkan kepada Abdullah yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN melalui telefon pagi ini dan menerusi sepucuk surat rasmi.

Perdana Menteri telah menerima perletakan jawatan beliau, katanya.

Sementara itu, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, diberitakan telah meletakkan jawatannya sebaga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Keputusan mengenai hal ini dijangka diumumkan dalam satu sidang media hari ini. – Ruhanie Ahmad

8 comments:

su-kj said...

A.kum Datuk,

1. Saya simpati dengan Datuk Radzi. Atas semangat sama-sama ex 'Royal Military Colledge-RMC).

2. Begitu juga semasa isteri saya nak beli rumah di Sg Petani dulu..isteri Datuk Radzi yang bertindak sebagai Peguam(Lawer) dilantik untuk urusan jual beli tersebut. Jika tak salah namanya Datin Mahani.

3. Don wori Datuk, ini lah erti kehidupan orang politik...ada naik...ada turun. Salam hormat dari saya Datuk.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Fikir Tajam said...

Tahniah Radzi! Anda telah buat keputusan yg tepat!

Kamalkamal said...

Datuk,

Pembentukan kabinet yang disifatkan berwibawa oleh Datuk Abdullah Ahmad Badawi ternyata mendapat bantahan dari pemimpin UMNO. Maknanya keputusan AAB kurang tepat.

Walaupun AAB terpaksa mengorbankan sahabat-sahabat baiknya ini, pengorbanan ini masih belum mencukupi. AAB sendiri ternyata tidak peka dengan kehendak rakyat dan pemimpin UMNO/BN yang mahukan beliau turun dari takhta sebelum takhta tersebut direbut oleh orang lain yang bukannya dari kalangan pemimpin UMNO.

Kata orang utara AAB sekarang ni tengah "gelabah biawak"

yadi said...

good job datuk.sudah sampai masanya datuk mengambil keputusan yang berani demi menyelamtkan maruah diri.semuga ALLAH akan membuka hati PM untuk turun.rakyat cukup menderita sekarang.sana sini orang mengutuk dia.dah takda yang baik.

maskadove said...

saya rasa kalau mamat tua ni chaw tak dak sapa yg rugi... malah ianya membawa rahmat kepada ahli UMNO... si mamat ni adalah pembelot yang membawa keruntuhan... tang mana yg dia telah bantu UMNO atau pun Malaysia...
tak habih habih dengan amalan kalut malut dia tuh... sini dia kacau...sana dia usik... loncat pi parti sana... lompat mai balik.. ingat kut dah insaf... rupa-rupanya bertambah teruk...

semoga UMNO bertambah efektif selepas balaci-balaci Pak Lah dan Kahiry gugur satu persatu....

ismail said...

Salam Datuk,

1.Saya langsung tak bersimpati dengan Datuk Radzi. Meletak jawatan sebab tajk dapat jawatan menteri adalah keji!! Tak ada keikhlasan langsung

2. Sepatutnya Datuk Radzi sama-sama mengambil tanggungjawab bersama Pak Lah meletak jawatan lebih awal pada 9/3/08 kerana menyebabkan kekalahan teruk UMNO & BN. Lebih teruk gagal mendapat perkenan DYMM Raja Perlis mengenai perlantikan MB dari calon Presiden parti.

3. Elok lah balik ke Perlis dan berbaik-baik dengan Shahidan kurang sikit dosa sesama hamba Allah.

UMNO JOHOR said...

Radzi meletak jawatan hanya kerana tak dapat jawatan menteri. Dia patut dipersalahkan atas kebanjiran pendatang asing semasa menjadi menteri. Malah Radzi terlalu cuba menunjukkan kuasa terutama semasa krisis dengan shahidan yang akhirnya semua umno perlis tak dapat jawatan.

mamat said...

Assalamualaikum Datuk dan semua,
Perletakan jawatan Radzi memang menjadi tanda tanya orang-orang kecil semacam saya.
Apa tidaknya, timbul dibenak fikiran saya.....kenapa beliau meletak jawatan HANYA selepas kabinet diumumkan bukan sebelumnya?. Kenapa tidak sebaik sahaja keputusan PRU 12 diumumkan?.
Mungkin Datuk boleh bagi jawapannya?