Tuesday, March 11, 2008


Abdullah Undurlah Sebelum Jadi Huru-Hara

Politica

Sepanjang tempoh kempen PRU 12, saya membisu. Saya membisu kerana saya terkedu dengan keputusan Abdullah Badawi, Imam Islam Hadhari, adakan pilihan raya umum ikut fatwa feng-shui, ahli nujum Cina!

Nah, sekarang apa sudah jadi? Terbukti amalan khurafat Imam Besar Islam Hadhari mendengar nasihat ahli nujum sudah membawa padah kepada Malaysia. Sebab itulah BN jadi tunggang-langgang – majoritinya di parlimen amat tipis sekali, tak dapat tebus Kelantan, kalah pula di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Di Negeri Sembilan pun pembangkang kurang lagi tiga kerusi untuk tubuhkan kerajaan!

Inilah yang orang tua-tua kata, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran! Atau, inilah prinsip niaga Nakhoda Buluh Kasap, dapat hujung, pangkal lesap!

Semua orang tau ini semua angkara Imam Besar Islam Hadhari dan menantunya Khairy Jamaluddin. Mereka berdualah punca utama BN kalah teruk dalam sejarah Malaysia merdeka. Tak ada orang lain, tapi mereka!

Dah kecundang macam tu, Abdullah masih buat muka tengek. Dia tak mahu berundur. Menantunya himpun beribu-ribu orang ke Sri Perdana di Putrajaya. Kononnya untuk desak Abdullah berundur. Tup-tup, Khairy maklumkan kepada media, orang-orang tu datang untuk minta mertuanya jangan letak jawatan!

Haru-biru betul budak ni! Tapi, budak ni jugalah yang main peranan susun calon. Kata Datuk Kamal Amir, Khairy sama-sama Annuar Zaini, Kalimullah Hassan, Kamaluddin Abdullah dan Shagul Hamid yang buat kerja memuktamadkan senarai calon. Saya rasa, ini semua mungkin kehendak yang dituntut oleh pihak kuasa asing, macam kata Datuk Ron dalam buku The Toyol Code!

Sekarang, apa nak buat? Dah kalah tak mau undur. Rakyat dah tak ada keyakinan pada dia, tapi Abdullah mahu terus jadi Perdana Menteri. Saya tak pernah jumpa manusia mabuk kuasa macam ni!

Tapi, inilah Abdullah, Imam Besar Islam Hadhari! Dan, inilah juga Khairy, Tok Noja Islam Hadhari yang orang kata, pun dah buat DVD seks macam Dr Chua Soi Lek! Para pengundi Rembau tau hal ini. Tapi, diundi juga Khairy. Bukan pasal dia orang tak marah pada Khairy, tapi ikut cerita orang, pasal duit Khairy melempah ruah untuk beli undi!

Saya tak pasti kalau BPR memantau Khairy tabor duit di Rembau baru-baru ni. Tapi, takkanlah BPR pun tak syak dari mana Khairy dapat duit untuk sewa pesawat ringan kibarkan bendera BN di ruang angkasa Rembau waktu hari penamaan calon! Dari mana Khairy dapat duit? Dari Temasek, pasal dia anak angkat Temasek dan Singapura? Dari mana? Cuba BPR cari jawapannya untuk rakyat Rembau dan kita semua.

Gitulah kisah Abdullah dan Khairy. Manusia-manusia inilah yang menyebabkan BN kucar-kacir sekarang. Manusia-manusia inilah yang orang Johor suspek pajakkan bumi Johor kepada Singapura menerusi WPI. Manusia-manusia inilah juga yang fikir kita semua tongong, bodoh, baghal dan tolol!

Sekarang pengundi Malaysia sudah menunjukkan kemarahan, kekecewaan dan protes mereka kepada Abdullah dan Khairy. Tun Dr Mahathir dah bersuara, Abdullah patut berhenti. Tun Dr Mahathir juga kata, Khairy menyumbang peranan besar kepada nasib amat malang yang menimpa BN.

Macam ni keadaannya, pun kedua-dua manusia ni masih nak perdayakan kita semua. Abdullah sampai keluarkan kenyataan, konon menantunya tak pernah nasihati beliau apa-apa. Betulkah kenyataan ni? Kita bukan bangang. Kita bukan bahlol. Selama mana lagi pembohongan ini boleh kita terima?

Oleh kerana kita semua dah jelak, dah muak, dah loya, dah fed-up dengan kisah Abdullah dan Khairy, saya ulangi di sini gesaan saya supaya Abdullah berundur, yang saya poskan dalam blog ini pada November 23, 2007.

Gesaan saya (ulangan): Abdullah wajar mengundurkan diri dari persada kuasa Malaysia. Kosongkan jawatan Perdana Menteri dengan segera. Kosongkan lain-lain jawatan dalam kerajaan dengan serta-merta. Lepas itu panggil perhimpunan agung luar biasa UMNO untuk letak jaratan presiden parti.

Khairy dan Patrick Lim jangan sekali-kali masuk campur. Ini urusan Abdullah dengan rakyat. Ini masalah Abdullah dengan negara.

Rakyat makin derita berketuakan Abdullah. Negara tambah kucar-kacir dipimpin Abdullah. Demi rakyat dan demi negara, Abdullah kenalah korbankan jawatannya yang sedang jadi sumber rezeki seluruh lintah darat di sekelilingnya.

Setelah tak ada apa-apa jawatan, baca semula puisi Ku Cari Damai Abadi. Abdullah kena tanya diri sendiri, benarkah selama jadi Perdana Menteri, yang dicarinya bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya; bukan wang berjuta-juta untuk hidup bergaya; dan bukan kawan-kawan untuk hidup berfoya-foya?

Sesudah itu, Abdullah jawablah pertanyaan suara hati sendiri, benarkah yang dicari selama jadi Perdana Menteri, adalah Al-Ghazali dan A-Shafie? Benarkah yang mahu dibongkar oleh Abdullah selama ini adalah kitab suci untuk cari pedoman dan sunnah nabi untuk jadi panduan semoga dapat menikmati hidup yang damai abadi?

Untuk pengetahuan Abdullah, apa yang saya suarakan di sini hanya tuntutan saya sendiri kepada pemimpin yang sudah tidak lagi saya yakini. Tapi, janganlah Abdullah terkejut kalau tuntutan saya ini sama dengan tuntutan gelombang rakyat di seluruh negara. [Kini, tuntutan saya ini sudah jadi tuntutan sebilangan besar pengundi Malaysia dalam PRU 12 yang memilih untuk menjerumuskan BN jadi pembangkang di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor!]

Abdullah, berundurlah segera sebelum Malaysia jadi huru-hara, kacau-bilau dan haru-biru. Contoh haru-biru ini adalah indeks BSKL yang meredum sebaik saja Abdullah dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada 10 Mac 2008!

Kiriman Politica (http://politica-net.blogspot.com) 11 Mac 2008, jam 3:45pagi

19 comments:

mn said...

Assalamualaikum Datuk,

1. Saya juga sependapat dengan pandangan umum bahawa salah satu faktor kekalahan BN adalah kerana faktor Pak Lah dan KJ.

2. Tetapi kita perlu fikir juga siapakah yang mula-mula mahu membawa KJ masuk umno khasnya sayap pemuda?

3. Saya masih teringat bila Pak Lah pernah memberitahu bahawa suatu hari, Datuk Hishamuddin datang berjumpa beliau dan berkata.."Pak Lah! ini soal pemuda dan Pak Lah tak boleh masuk campur ini urusan pemuda yang tetap mahukan Khairy masuk bertanding sebagai calun Naib Ketua Pemuda, Pak Lah tak boleh kacau". Maka Pak Lah pun mengalah dan bersetuju dengan kehendak Datuk Hishamudin.

4. Jadi sekarang yang terbaik ialah terimalah kekalahan itu bukan kerana individu tetapi kerana kelemahan parti itu sendiri.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

The Eugenist said...

Salam Tok..

Pak Lah akan terus dikenali sebagai pemimpin gentleman, seandainya, SEANDAINYA dia letakkan jawatan dan menerima secara total kekalahan BN pada PRU 12 lalu antara sebab lain ialah kerana DIA..

Pak Lah akan terus dihormati oleh kalangan pemimpin BN, SEANDAINYA dia mengakui bahawa antara sebab kekalahan teruk BN ialah kesilapan DIA di dalam mengatur pencalonan,

Pak Lah akan terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa seandainya DIA, berundur dengan penuh bermaruah dari terus didesak dan mungkin, barangkali diusir dan disingkirkan dari kerusi Presiden UMNO, menjelang PAU UMNO yang akan menjelang, yang mana telah ditangguhkan tarikhnya oleh DIA,

Persoalannya adakah Pak Lah sedar atau pura-pura tidak sedar atau bodoh sombong??

HESMEL FAZNEE FAISAL

Kamalkamal said...

Datuk,

Saya mendapat berita menyatakan bahawa KJ akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dalam susunan kabinet nanti.

Sekiranya Datuk Abdullah Ahmad Badawi masih berdegil tidak mahu melepaskan jawatan sebagai PM dan melantik menantunya sebagai Timbalan Menteri Kewangan...percayalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti Malaysia akan diperintah oleh BA bukan BN lagi!!!!

zeme said...

Salam Datuk,

Umpama memekakkan telinga, menutupi mata dan terusan mendabik dada itulah lagak gaya insan degil yang bernama Pak Lah bila tekanan untuk beliau bertanggungjawab dan secara terhormat berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO atas kekalahan teruk BN dalam sejarah PRU sejak parti Perikatan menerima nasib serupa tapi tak sama dalam PRU 1969. Mungkin Pak Lah tidak menjenguk apa lagi merenung sejenak sejarah lepas sebagai panduan untuk dijadikan sempadan, terusan memperjudikan nasib orang Melayu UMNO serta rakyat Malaysia dengan sikap angkuh beliau. Jikalau Mantan PM Allahyarham Tunku Abdul Rahman boleh bersikap professional lagi terhormat atas kegagalan parti Perikatan dalam PRU 1969 dengan memberi laluan kepada Tun Abdul Razak sebagai penganti bagi menyelamatkan parti UMNO dan negara selepas tragedi 13 Mei 1969, mengapa Pak Lah masih berkeras untuk mengikut jejak langkah yang sama.

Mungkinkah Pak Lah sendiri berhasrat ingin menguji kewibawaan beliau sekali lagi, tapi kali ini dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2008 dengan mencabar mana-mana pihak atau ahli yang tidak berpuas hati dengan pimpinan beliau sebagai PM dan Presiden UMNO agar beradu di gelanggang pada pemilihan PAU 2008. Mungkin cara ini fikir Pak Lah adalah langkah terbaik untuk menaikkan kembali moral dan sokongan kepada beliau selaku orang nombor satu negara kini andai masih mendapat mandat atau beliau lebih rela tewas mahupun tersungkur di pentas gelanggang pemilihan PAU pucuk pimpinan UMNO sebagai pejuang bangsa yang tulen.

Merasakan untuk Pak Lah melepaskan jawatan PM adalah sukar dengan mengundur diri, adalah lebih elok kiranya ahli-ahli UMNO membuat perhitungan terakhir di gelanggang pemilihan PAU 2008 nanti. Agak tidak memeranjatkan andai kita akan menyaksikan satu fenomena regu (Presiden-Timbalan Presiden-Ketua Pemuda) iaitu Abdullah-Najib-Khairy, Najib-Ali Rustam-Hishamuddin atau mungkin lebih menarik dan tidak mustahil gandingan Tengku Razaleigh-Shahir-Mukhriz atau Tengku Razaleigh-Muhyiddin-Mukhriz pada pemilihan PAU 2008 nanti. Mungkin ramai beranggapan ia mustahil tapi yang mustahil itulah yang telah menyebabkan BN pimpinan Pak Lah kehilangan 5 negeri kepada pakatan pembangkang pada PRU12 yang baru ini disebabkan faktor Abdullah Ahmad Badawi. Pokok pangkalnya ahli-ahli UMNO kini perlu bangkit seperti mana rakyat malaysia telah buktikan bagi menyelamatkan parti Melayu terbesar di Malaysia kerana pengorbanan diperlukan untuk UMNO terus mencapai matlamat perjuangannya.

Wasalam.

tipulagi said...

Saya masih samar-samar lagi tentang keupayaan kerajaan BN yg telah membentuk kerajaan kerana ia diketuai oleh orang yang rata-rata tidak mendapat tempat dihati rakyat. Hanya pengampu-pengampu di atas yg tidak berani menyatakan sokongan.

Apa akan terjadi pada rakyat malaysia? Sehingga kini ekonomi pada mata kasar tidak pulih, hanya pada blue print je yg dikatakan meningkat. Tapi standard of living rakyat malaysia masih ditakuk yg sama malah seperti jatuh kebawah.

Kerajaan negeri yg dibentuk oleh BA seperti Kedah, Perak, Penang, dan Selangor adakah mereka akan mendapat peruntukan dari kerajaan Malaysia seperti sediakala? atau adakah mereka akan suffer untuk terus bertahan disebabkan kebongkakkan BN berkuasa?

mail said...

saya amat bersetuju dengan pandangan datuk terhadap PM. dia mesti bertanggunjawab sepenuhnya.

dalam jangka masa satu penggal. atau empat tahun memerintah prestasi paklah sebagai pemimpin negara dan parti bn menunjukkan beliau telah tewas dalam pilihanraya ini, lima negeri kalah jatuh ke tangan pembangkang..

jadi kalau dibayangkan untuk jangka masa penggal kedua empat tahun akan datang jika paklah masih lagi berdegil dan memerintah negara ini.. berkemungkinan BN akan kalah lebih teruk lagi atau lingkup ke tangan pembangkang.

jika difikirkan BA hanya ingin mendapatkan 30 sahaja lagi kerusi untuk bentuk simple majoriti pada PRU13 akan datang..jadi dalam masa empat tahun amat cukup untuk BA bt persiapan bagi menghadapi pru13 aan datang.
harap PM dapat pertimbangan yang wajar dan fikir baik-baik masa depan UMNO dan BN..jangan kerana pangkat dan kuasa, maka semua kritikan rakyat tdak dipedulikan..

negara malaysia adalah negara yang bermaruah.. rakyat malaysia adalah yang berdaulat.. jangan cemarkan lagi image negara dan rakyat malaysia hanya dengan tindak tanduk bodoh ini.. fikirlah untuk masa depan parti UMNO dan BN dan rakyat seluruhnya..slogan HIDUP UMNO. tidak akan kedengaran lagi..

Slyders said...

Assalamualaikum...

Pak Lah memang patut step down... Namun bersama-sama pak lah, khairy juga wajar disingkirkan. Beberapa orang2 kuat pak lah yang kuat mengampu tu juga wajar direject. Antaranya, Rapidah, Nazri, Sheikh Radzi, Hishamudin, Khalid nordin, Johari Baharom... dan beberapa lagi. Muka pengampu macam tu, jangan diberi pegang jawatan dlm pucuk pimpinan lg. Rosak UMNO.

Pak Lah sebenarnya jadi buduh sebab mendengar nasihat tun Musa Hitam yang mengajarnya 'elegance silence'. Mendengar nasihat memang bagus. Masalahnya mendengar nasihat Tun Musa Hitam tu... spatutnya ada pengecualian sket. Sebabnya, Tun Musa Hitam tu adalah politician yang gagal... failure... or loser! Nasihat loser tak boleh pakai. Hancur jadinya. Nak dengar nasihat, biar dari orang yg berjaya... mcm Tun Dr Mahathir. Tapi yang buduhnya, nasihat TDM tu lah yang dia taknak dengar. Bongkak pak lah ni. Hasilnya, dia pun pegang prinsip elegance silence semanjang masa... harga barang naik, minyak masak habis bekalan, melayu tersinggung, habis dia dok diam je... elegance silence kot. Sudahnya, silence voters bagi dia swing satu kali sama macam itu tsunami. Padan muka. Lain kali dengar nasihat Tun Dr Mahathir... bukan Tun Musa Hitam. Janganle buduh sangat....

Berita dari gunung said...

Berundur adalah satu opsyen .

Langkah mengenengahkan Musa Hitam dengan tujuan menenangkan keadaan tidak memberi sebarang makna. Rakyat tidak lagi kenal siapa Musa. Hanya orang Memali saja yang dapat mengecam mata, kulit, bau dan sisik beliau.

Itulah sebabnya di Baling, rakyat menolak Abd Azeez ke tepi. Semua orang tahu, Baling adalah gelanggang untuk ustaz dan ustazah.

UMNO perlu melihat semula siapakah yang memberi nasihat dan petunjuk dalam kekaburan ini. Jadikan UMNO, parti yang relevan dan berpijak dibumi nyata.

AAB berundur tetap opsyen yang munasabah.

nasa said...

assalamualaikum
kekalahan BN memang disebabkan kelemahan parti, tetapi apakah kelemahan2 parti tersebut?

salah satunya adalah kerana terlalu banyak campurtangan dari KJ, disamping faktor bodek yang menebal dalam UMNO. Maka disebabkan 'bodek' tersebut, maklumat yang benar tidak sampai kepada PM, apatah lagi PM pula seorang yang lemah.

terimalah kekalahan ini sebagai kifarah dari Allah.

Unggal said...

PakLah masih menunggu "ilham"...
Aduhai....minah tertipu lagi..

pemerhati said...

Salam kepada pembaca budiman.

Saya mengambil kesempatan di ruang ini merakamkan terima kasih kepada kaum bukan melayu khasnya kaum Cina kerana undi mereka telah meyelamatkan maruah negara ini dari tergadai. Tekad dari kaum Cina ini patut kaum lain contohi demi untuk mempertahankan maruah negara. Saya meyeru semua rakyat Malaysia agar berpegang teguh prinsip "Rukun Negara". Negara kita menolak isu perkauman dan berharap kita dapat menolak provokasi pihak tertentu mewujudkan huru hara.

Kesempatan ini juga saya berharap semua bangsa Melayu harus sedar dari kesilapan memilih ketua pemimpin.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Salam Perjuangan kepada semua rakyat Malaysia demi kedaulatan negara.

pemerhati said...

Salam Dato ( bkn siaran)

Inform D 307/ Ger++ W/Egle= Qza 0152/JN -Q150. Chalie GF Hitam & RV 30. Urgent to IN rpt. commucation out-rgr/ hotel orange.

RaisYJ said...

salam,

Bagai ada yg tidak kena PRU 12, negara dilihat tiba-tiba menjadi `suram', bermacam-macam fikiran bermain di kepala masing-masing. Paling menakutkan sejarah hitam 1969..terbaru, Prof. Diraja Ungku Aziz berkata, PRU12 disifatkan bukan new chapter but a new book...

Apa yg dapat dirasakan apabila bukan parti melayu dilihat seolah-oleh bagai ada pakatan tidak rasmi dengan pembangkang - hingga kalah teruk tidak membantu parti BN.

Dalam konteks bangsa Melayu, sudah tentu kita tidak sanggup melihat negeri Perak..bagai `dijajah' semula.

Ayat saya agak terbatas tetapi kita kena faham petikan lagu ini;

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
- lagu, warisan.

PRU12 semua kena muhasabah diri...kepada pemimpin teruslah cita-cita murni memimpin rakyat dan bangsa

JANGAN jadi pemimpin untuk mencari kekayaan dengan jawatan, apabila rakyat marah inilah padahnya.. Pemimpin besar pun tumbang.

Kepada rakyat terutamanya generasi fahamilah lagu warisan itu.. JGN 1969 berlaku...kerana anda tidak berada di zaman itu dan tidak mengerti apa yang berlaku...

Memang meremang bulu roma bila fikir2 agenda tersirat yang kita tidak tahu apabila `kawan tidak menolong kawan' dan`Kawan tikam kawan'

Di dalam BN jagan anggap perkara ini tidak berlaku...bukan nak tiup sebarang unsur lain, tetapi hayatilah lagu itu..

Dalam kita saling bergaduh dan menyalah masing, di pihak lain mereka mentertawakan kita...ada ambil kesempatan...

Unknown said...

Selama hampir dua bulan saya tak mau hantar komen ke blog kuda kepang Saya bimbang, saya khuatir, saya merasakan sesuatu yang menggerunkan berlaku kalau Abdullah terus bertindak macam hari ini.

Bila keputusan PRU 12 diumumkan, saya tidak terkejut. Saya sudah jangka kejutan ini akan berlaku. Sebab tu sejak gelombang kuning pada 11 Oktober 2007, saya agresif minta Abdullah berundur diri demi agama, bangsa, negara.

Tapi Abdullah ingat desakan itu perbuatan rakyat yang jahil dan separuh gila. Sekarang siapa yang yang jahil mentafsir jiwa, perasaan dan citarasa rakyat? Sekarang, mana Abdullah berani sebut slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang? Sekarang rakyat pula tempelak Abdullah dengan slogan Temberang, Terbuang, Terbongkang!!!

Kenapa jadi begini? Abdullah pura-pura tak tau kenapa jadi begini? Dalam dia pukul tak tau, dia buat kenyataan lagi pasal menantunya yang merosakkan negara dan BN. Katanya, menantunya tidak masuk campur urusan negara dan parti. Dalam keadaan BN kalah teruk di lima negeri, keutamaan Abdullah masih lagi kepada menantunya. Dalam keadaan BN yang lemas, Abdullah masih lagi dijangkiti penyakit penafian. Dia nafi itu, dia nafi ini, dia nafi semuanya. Dia nafi kerajaan BN tak lemas…

Saya dapat berita, Abdullah kena ganyang oleh beberapa ahli MT UMNO dalam mesyuaratnya semalam. Seorang dari mereka, walau tak sebut nama, merujuk kepada menantu Abdullah sebagai satu punca utama bencana yang menimpa BN. Lepas kena ganyang, Abdullah kata dia take note. Lepas tu, dalam sidang media, Abdullah nafi menantunya masuk campur urusan parti dan kerajaan! Dolak-dalik tak sudah-sudah, dulu, kini, selamanya!

Saya juga dapat berita, kalau Abdullah masih nak duduk kerusi PM, beberapa individu BN akan “memberontak” tak lama lagi. Ikut berita yang saya terima, “pemberontakan” ini mungkin boleh menyebabkan BN kehilangan kuasa di peringkat pusat. Saya tau Abdullah tau hal ini. Tapi, saya percaya Abdullah akan terus pukul tak tau!!!

Saya ahli UMNO. Saya minta pemimpin-pemimpin UMNO bersatu, bukan untuk sokong Abdullah terus jadi PM, tapi desak Abdullah segera mengundurkan diri dari kerusi PM hari ini. Apa anda semua takut? Kalau tak ada rakyat, anda semua tak akan ke mana. Kalau tak dengar desakan rakyat, rakyat tau anda semua akan berakhir di mana.

Tak lama lagi akan ada mesyuarat cawangan-cawangan UMNO. Lepas tu mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian UMNO seluruh negara. Saya akan cadang di cawangan saya supaya kita buat usul undi tak percaya kepada Abdullah kalau dia enggan berundur sekarang. Saya harap UMNO di seluruh negara buat usul yang sama. Jangan takut, tak ada suara cawangan, tak ada peluang Abdullah nak jamah kerusi Presiden UMNO. Kita desak ADUN dan Ahli Parlimen UMNO pimpin gerakan ini. Jangan bimbang. Ini untuk kebaikan UMNO tulang belakang BN.

Tokoh-tokoh UMNO yang nak selamat, silalah bersuara dari sekarang. Tunjuklah keberanian anda semua demi kebenaran dan manfaat agama, bangsa, negara. Ini masanya untuk kita semua berjuang memulihkan UMNO yang dah dihancurkan oleh menantu Abdullah dan konco-konconya.

Ingat, UMNO parti kampung, kata Musa Hitam. Kalau tak ada orang kampung, tak ada UMNO yang kuat. Menantu Abdullah mana tau jiwa orang kampung? Mana dia tau pengorbanan orang kampung bergolok bergadai harta benda, gelang, subang, kerongsang, untuk derma supaya Tunku Abdul Rahman dan rombongannya pergi England tuntut kemerdekaan negara? Yang menantu Abdullah tau cuma berlagak, sombong dan bongkak. Pergi Kelantan lancarkan slogan “pade doh” untuk menawan Kelantan. Sekarang, “pade doh mertua demo”!! Ini semua sebab jiwa orang kampung dan orang Melayu dihiris oleh kesombongan menantu Abdullah.

Marilah kita semua pakat-pakat desak Abdullah undur diri dari kerusi PM sekarang. Kalau dia berdegil, kita gunakan kuasa kita menerusi UMNO. Demi agama, demi bangsa, demi negara, mari kita bertindak dengan tekad yang jitu.

Berita dari gunung said...

Dato..mengutuk Tun sedikit sebanyak menghiris perasaan sebahagian masyarakat Melayu.

Baru-baru ini Johari dan Shahrir telah diberi slot dalam media perdana untuk mengkritik Tun. Johari masih segak berlapik cakapnya. Shahrir tidak sempat mengunggu kiraan 1,2,3, untuk terus menembak Tun dengan kata-kata pedas.

Masih ada rakyat Malaysia yang sayang pada Tun dan menerima perspektif kritikan dari Tun. Selepas 22 tahun, rakyat terbiasa dengan perancangan kemajuan bangsa dan negara.

Sebarang usaha mengkritik Tun bukannya menarik penyokong Tun, malah menjadi rakyat semakin benci kepimpinan kini.

Siapa tidak kenal Shahrir.. manusia yang terkinja-kinja mencari ruang untuk melonjak diri dengan sekecil isu. Bukan sikit dihentamnya Samy Vellu dengan isu jambatan. Nah... Samy sudah kecundang.

Media perdana berterusan membongkar kepincangan yang ada di Selangor..., Nah, Selangor sudah tumbang ke kaki pembangkang.

Apa salahnya, esuk dan lusa selama 4 tahun, media perdana berkunjung ke Johor untuk menyelongkar setiap Majlis Perbandaran atas nama KETELUSAN.... dan rakyat Malaysia bersedia SABAR selama satu penggal untuk menyaksikan sama ada kubu terakhir UMNO mampu berdiri tegak atau tumbang dan ranap bersama Shahrir dan Musa.

Ada perkara sensitif yang terus menerus tidak difahami oleh kepimpinan. Kepimpinan terus dilihat tidak peka, dan rakyat terus memberi reaksi secara senyap.

Unknown said...

Assalamualaikum wbt Dato' dan sdr pembaca,

Tahniah BA atas kejayaan mengekalkan negeri Kelantan di bawah kekuasaan mereka-mereka yang menghargai rakyatnya. Syabas juga sebab berjaya tawan 5 negeri lain termasuk KL. Tahniah juga rakyat2 Malaysia yang Matang & memahami makna demokrasi.

Apa pun tahniah juga kepada BN sebab berjaya kekal sebagai parti pemerintah...walaupun hakikatnya kalah kepada kehendak rakyat.

Kalau 'Dia' tak nak letak jawatan tak pe lah. Tapi ingat, jutaan mata memandang, ramai ilmuan memerhati...dan mereka sentiasa membuat penilaian.

yang paling penting, penuhi keperluan rakyat...bukan untuk keperluan 'poket' sendiri...ingat tu wahai YB-YB BN yang menang.

Dunia Ini Bukan Ana Yang Punya.

mr KA said...

Saya sependapat bahawa Pak Lah perlu bertanggungjawab atas kekalahan BN pada PRU kali ini, siapa yang perlu bertanggungjawab jikalau tidak ketua sendiri, ini adalah satu sejarah pilihanraya paling teruk bagi BN kerana tidak mendapat majoriti 2/3. Jikalaulah salah satu negeri Sabah atau Sarawak jatuh ke tangan BA maka terciptalah secara bahawa Malaysia jatuh ke tangan pembangkang buat kali pertama.

Nampaknya suara rakyat kali ini memang digunakan sepenuhnya oleh rakyat, bagi saya sudah lama dah perlu ada semangat sebegini oleh rakyat Malaysia. Kita perlu sedar dengan cepat bahawa kita tidak boleh berdiri dibelakang nama parti UMNO yang dikatakan kuat sebelum 07/03/08 walaupun ahlinya rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai perkara2 negatif yang dilakukan oleh ahli UMNO sendiri. Orang melayu tidak menolak parti UMNO tetapi menolak calon UMNO yang mempunyai pelbagai masalah. Sebenarnya ahli UMNO yang akan memusnahkan bangsa melayu, bukanlah seperti mana kata-kata bapa mentua aku daripada UMNO Johor mengatakan anak-anak muda sekarang tidak mengenang jasa pemimpin2 terdahulu yang susah payah mendapatkan kemerdekaan negara dan membangunkan negara ini, anak2 muda ingin memusnahkan bangsa melayu sendiri. Aku tidak setuju sama sekali, kita perlu berfikir sejenak, anak2 muda sekarang suara mereka tidak didengar oleh orang2 UMNO sendiri, org2 UMNO lebih gemar mengumpul harta untuk diri sendiri, menyalahgunkan kuasa, berlagak, rasuah dan bermacam-macam lagi. Platform anak-anak muda masa kini memilih berpolitik ialah di PKR ataupun PAS yang lebih berterbukaan. Lantas mereka dapat memperjuangkan apa selama ini terpendam di jiwa.
DEB salah satu contohnya, dibuat untuk meningkatkan ekonomi org melayu tetapi disalahgunakan oleh org UMNO untuk membolot kekayaan sesama mereka, Org UMNO diatas bertambah kaya tetapi org UMNO dibawah masih lagi seperti dulu, bersorak, bergaduh sesama org melayu kerana perbezaan parti tetapi mereka pernah sedar tidak, SIAPA YANG KENYANG? .... Orang-orang melayu dan hak-hak orang melayu yang termaktub di Perlembagaan akan terhapus oleh tangan orang melayu sendiri.PERCAYALAH. Selagi ada perasuah, salah guna kuasa, pilih kasih dan peribadi melayu yang suka mendengki, kianat, dengan rempitnya, lebih suka hiburan keterlaluan dan dadah. Jangan salahkan bangsa lain kalau kita lemah, tidak maju atau sebagainya. Kadang2 aku terfikir kita menjadi manja, lalai bila kita tahu kita dilindungi oleh haka-hak orang melayu.

Berbalik kepada Pak Lah, Presiden MCA sanggup tidak mahu menjadi menteri kabinet kerana hendak bertanggungjawab kekalahan banyak kerusi oleh MCA. PAK LAH TAK PAHAM LAGI??

Dr Koh, Pemangku Presiden GERAKAN sanggup meletak jawatan kerana bertanggungjawab terhadap kekalahan GERAKAN di kebanyakkan kerusi. PAK LAH TAK PAHAM LAGI?

Sekarang aku samakan Pak Lah dan Samy Vellu gak, Samy Vellu walaupun kalah di Sungai Siput dan ditolak sepenuhnya oleh orang India tetap nak pertahan jawatan Presiden MIC. Pak Lah Tak Paham Lagi?

PAK LAH DAN KHAIRY JALAN KELUAR SUDAH DIBERI, SEKARANG BUKAN SEMUA RAKYAT MELAYU YANG SUKAKAN ANDA KERANA ORANG SABAH DAN SARAWAK KEBANYAKKAN BUKAN MELAYU JADI BERAPA PERATUS ORANG MELAYU DIA MELAYSIA SOKONGKAN ANDA.

LETAK JAWATAN WAHAI PAK LAH. KALAU DULU 2004 ANDA KEREK MENGATAKAN PASAL ANDA BN MENANG BESAR JADI ANDA KENA TANGGUNGJAWAB BILA BN KALAH BESAR KALI INI.

hantu raya said...

Tahniah Pak Lah kerana mempertahankan muka tembok anda. Mungkin anda masih tidak mahu berundur kerana menantu anda dan kroni-kroninya masih memerlukan kepimpinan anda demi untuk perjuangan menyapu segala projek jutaan ringgit mereka. Teruskan perjuangan tanpa sempadan anda walaupun terpaksa menggadai bumi Malaysia ini ke seberang tambak. Ingatlah, anda boleh melakukan pembohongan besar terhadap rakyat tetapi Allah jua yang maha mengetahui dan sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya.

tipulagi said...

Kamalkamal said...
Datuk,

Saya mendapat berita menyatakan bahawa KJ akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dalam susunan kabinet nanti.

Saya minta rakyat malaysia akan membuat bantahan sekeras-kerasnya jika apa yg dikatakan oleh saudara KamalKamal benar, tidak kira KJ dilantik sebagai apa pun didalam kabinet, ini tidak patut terjadi.

Mana boleh bapa dan menantu memegang jawatan didalam satu kabinet!! Dalam institusi kewangan (bank)tidak membenarkan anak-beranak atau pertalian keluarga duduk dalam satu bumbung, inikan pula organisasi lebih besar iaitu sebuah negara.

MOHON BANTAHAN SEKERAS-KERASNYA SUPAYA MALAYSIA TERCINTA TIDAK TERGADAI.