Wednesday, March 05, 2008

Segolongan Anggota Tentera Ada Dua IC?

Sumber-sumber memberitahu Suara bahawa kini segolongan anggota angkatan tentera dikatakan mempunyai dua kad pengenalan – satu kad pengenalan tentera, satu lagi kad pengenalan awam.

Lagi: http://maisuara.blogspot.com

7 comments:

Berita dari gunung said...

Sebilangan tentera ada dua kad?

Dalam filem, sebelum James Bond bergerak untuk sesuatu mission, beliau akan dibekalkan dengan peralatan canggih dan pelbagai passport. James sentiasa berjaya, walau tertangkap akan lepas juga.

Kalaupun ada tentera dengan dua kad, tentulah dengan misi tertentu. Misi tentera selalunya RAHSIA.

mn said...

Assalamualaikum Datuk,

1. Sebagai seorang bekas tentera, saya rasa perkara ini tidak benar. Tidak mungkin begitu mudah sekali anggota tentera diberi kad pengenalan awam kerana ia boleh memakan diri ATM sendiri.

2. Namun sebagai bekas tentera juga saya ingin memaklumkan bahawa pihak pembangkang tidak perlu risau kerana majority bekas tentera dan juga yang masih berkhidmat nafas mereka berbau 'pembangkang'.

3. Pengundi-pengundi tentera mahupun bekas tentera, mereka ibarat seperti pengundi rakyat Kelantan..."diberi habuan hamba ambik tapi pangkah demo belum tentu lagi"

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Kamalkamal said...

Datuk,

Pucuk pimpinan BN semakin tertekan. Datuk Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Najib Razak begitu sibuk menjelajah seluruh Malaysia berkempen habis-habisan menjelang PRU kali ini.

Semalam SPR telah membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal dikuku semasa PRU kali ini. Ini mengguatkan maklumat yang diberikan oleh "Suara". Bila terdesak manusia sanggup melakukan apa saja asalkan matlamatnya tercapai.

Sabtu dan Ahad lepas saya berada di Kedah dimana saya akan mengundi disana. Apa yang jelas perasaan tak puas hati ahli-ahli parti adalah mengenai calun-calun yang tidak berwibawa diletakkan bertanding di banyak kawasan di Kedah. Jentera Pilihan Raya BN bergerak tetapi agak perlahan. Ahli UMNO lebih fokus kepada pemilihan UMNO yang bakal diadakan selepas PRU ini berbanding dengan persiapan menjelang PRU yang tinggal beberapa hari lagi.

Nampaknya BN agak sukar untuk mempertahankan kerusi Sik dan Baling walaupun di kedua-dua kawasan ini orang kuat AAB dan KJ bertanding. Malah di Pendang PAS akan terus menguasai kerusi tersebut. Realitinya Kedah adalah kawasan panas kerana kepimpinan BN Kedah tidak dapat menghayati kehendak pengundi dan rakyatnya.

Islam Hebat said...

pembatalan dakwat kuku menunjukkan demokrasi di malaysia semakin tidak terurus.... gusar hati saya melihat fenomena sebegini... di mana ketelusan sistem pemerintahan kita.... Datuk sila beri komen

Habil said...

Benar, Malaysian Army mempunya dua ID dalam rekod SPR.

Sebagai bukti, go to website SPR http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp


kemudian masukkan no IC tentera ni: T719756
kemudian , masukkan no IC "org awam" ni plak: 750909035727

Bukan kah mereka adalah orang yang sama? tetapi mengapa satu undi pos di Penang, dan satu lagi ke Kelantan atas nama "Orang AWAM"???

No wonder BN begitu "confident" untuk merampas Kelantan dan lain2..sungguh jahat, dan tak amanah pemerintahan BN. Saya sungguh kecewa...teramat sedihh....

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ said...

Assalamualaikum.

Segolongan Anggota Tentera Ada Dua IC?

Points to ponder!!!

1. Apabila seseorang itu memasuki perkhidmatan tentera atau perkhimatan polis, kad pengenalan awamnya (kp/mykad) akan diambil oleh ATM/Polis dan digantikan pula dengan kad pengenalan tentera/polis sebagaimana kehendak Akta Angkatan Tentera dan Akta Polis.

2. Kad Pengenalan Tentera/Polis TIDAK mencatatkan rujukan silang kad pengenalan awam yang dikeluarkan oleh JPN sebelumnya kepada anggota/pegawai tentera/polis itu.

3. Semasa dalam perkhidmatan tentera/polis, orang itu mendaftarkan dirinya sebagai pemilih dengan SPR dengan menggunakan kad pengenalan tentera/polis. Lokaliti pemilih ini dalam Daftar Pemilih adalah di kawasan dia bertugas/berkhidmat.

4. Apabila orang itu tamat/berhenti dari perkhidmatan tentera/polis, kad pengenalan tentera/polis diambil balik oleh pihak berkuasa tentera/polis dan dikeluarkan pula surat pengesahan tamat/berhenti perkhidmatan tentera/polis untuk orang itu memohon semula kad pengenalan awamnya daripada JPN.

5. Oleh kerana bekas tentera/polis itu tidak lagi layak sebagai pemilih tentera/polis kerana dia tidak lagi mempunyai kad pengenalan tentera/polis, dia telah mendaftar semula sebagai pemilih dengan menggunakan kad pengenalan awamnya di kawasan dia menetap selepas berhenti dari perkhidmatan tentera/polis.

6. Jadi, dalam Daftar Pemilih namanya terdapat 2 kali (duplicate), iaitu di 2 lokaliti pengundian yang berlainan, dengan 2 no. kad pengenalan yang berlainan tetapi nama tetap sama.

7. Mengatakan seorang tentera/polis itu mempunyai dua kp tentera/polis dan kp awam dalam masa yang sama, dan boleh mengundi dua kali di tempat berlainan hanyalah satu bayangan fakta (bagi orang yang sebenarnya tidak mengetahui hakikat) ataupun mainan politikus yang hendak mengkaldaikan pengikut-pengikut taksubnya.

8. Oleh kerana terdapat 'missing link' hingga menyebabkan berlakunya 'duplikasi' pemilih bekas tentera/polis ini, jalan penyelesaian terus dibuat untuk mengatasinya. Usaha ini melibatkan JPN, ATM dan Polis dan juga pindaan kepada Akta ATM dan Akta Polis mengenai pengeluaran kad pengenalan khas kepada tentera dan polis.

9. Undi Pos tidak bermakna kertas undi dihantar kepada tentera/polis secara pos dan mereka pula mengeposkan kertas undi yang dipangkah itu secara individu!!! Anggota tentera/polis masih lagi perlu beratur di tempat pengundian yang ditetapkan dengan penyerahan kertas undi kepada pemilih yang layak di mana pengundian disaksikan juga oleh pegawai SPR, pegawai tentera/polis petugas serta wakil-wakil calon yang bertanding. Karung, bukan peti undi, digunakan untuk dimasukkan kertas undi oleh pemilih-pemilih.

10. Soalan Cepu Mas:

"Pernahkah anda mendapati Daftar Pemilih orang awam terdapat juga pemilih yang menggunakan kad pengenalan tentera/polis?", atau "Pernahkah anda mendapati Daftar Pemilih tentera/polis terdapat juga pemilih yang menggunakan kad pengenalan awam?" - Jawapannya: MUSTAHIL ada.

Terima kasih.

MuLuTMeLaYu - amat takut melakukan dosa memfitnah

canang said...

kami mana ada 2 IC. Yang terbaru BAT C 10 (Kad pengenalan lama) telah digantikan dengan MyTentera macam MyKad. Tujuan adalah untuk anggota tentera menikmati apa jua faedah dari penggunaan MyTentera. Contohnya berkaitan dengan subsidi minyak yang memerlukan MyKad. Memandangkan warga tentera tidak memiliki MyKad maka adalah tidak adil bagi kami mendapatkan faedah subsidi minyak tersebut. Maka kerajaan telah memperkenalkan MyTentera dengan kerjasama Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) bagi kemudahan warga tentera. Warna bagi MyTentera adalah warna kelabu dan didaftarkan oleh JPN dan bukan lagiBSPP. Ia juga sebagai satu usaha memodenkan angkatan tentera. Walau bagaimanapun segala urusan masih menggunakan no tentera asal.