Saturday, March 29, 2008

Khairy Kahwini Cucu Lee Kuan Yew?

Ramai pengunjung blog ini agak kurang puas membaca posting saya mengenai Azalina Othman Said yang saya tulis secara lambang-lambang dan kenen-kenen sahaja.

Sebenarnya, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada petang 27 Mac 2007, salah satu kisah yang disorot adalah mengenai perlantikan Menteri Besar Terengganu.

Azalina dikatakan turut bersuara mengenai perkara ini. Blog ini difahamkan, antara perkataan Azalina yang melekat di benak beberapa ahli MT adalah kisah sesetengah raja kononnya hanya tau “naik kuda turun kuda” sahaja. Kalau nak tau kisah selanjutnya, tanyalah pada Azalina sendiri.

Bagaimanapun, berikut ini adalah satu komen kiriman Azam yang baru saya terima sebentar tadi. Kisah ini mengenai Khairy Jamaluddin, sahabat baik Azalina. Komen sepenuhnya adalah seperti berikut:

Lama sudah saya tak muncul di ruang maya. Saya kecewa dengan tindakan Abdullah Badawi yang tak sensitif kepada tuntutan rakyat supaya dia letak jawatan Perdana Menteri Malaysia. Sebab itu saya malas nak bersuara lagi pasal Abdullah.

Ini satu berita pasal menantu Abdullah. Saya nak sahabat-sahabat lain tolong pastikan kebenarannya. Saya dapat info Khairy Jamaluddin dah mengahwini cucu Lee Kuan Yew di Singapura. Adakah ini betul atau fitnah? Kalau betul, bila? Kalau fitnah, mengapa tersebar kisah ini?

Saya suarakan ura-ura di sini kerna kalau betul Khairy kahwin dengan cucu LKY, ini mengesahkan hubungan intim dia dengan Singapura selama ini. Saya rasa ini bahaya bagi kita.

Saya juga diberitahu seorang rakan di Kuala Lumpur, Khairy akan menikahi akres genit yang selama ini digosipkan ada hubungan intim dengan Ahli Parlimen Rembau ini. Kata kawan saya, seorang pereka fesyen di KLCC dengan bangganya memberitahu banyak pihak yang dia sedang menyiapkan beberapa pasang baju perkahwinan aktres itu yang berharga berpuluh ribu. Sekali lagi, ini betul atau fitnah? Kalau betul, bila? Kalau fitnah, mengapa tersebar khabar ini?

Saya minta pengunjung kuda-kepang bantu saya dapatkan kepastian kedua-dua ura-ura di atas. Khairy orang penting negara. Apa terjadi pada dirinya tentu perlu diketahui semua rakyat Malaysia. - AZAM, 10:39 PM

Saya seperti Azam. Saya tak pasti sama ada kisah Khairy ini benar atau sebaliknya. – Ruhanie Ahmad

26 comments:

Garden said...

Salam Dato',

Sila Dato' lihat video ini...sejarah perjuangan PKMM sebelum UMNO amik alih kerja memerdekakan Malaya dahulu.

Cut&Paste dahulu pada notepad, jadikan satu line dengan membawa naik lain kedua. Lepas itu Cut&Paste ke URL web browser.

Saya bukan mewakili para pembuat video ini '10 tahun sebelum merdeka', tetapi saya hanya mahu berkongsi akan apa yang mereka sudah buat untuk memberitahu keadaan sebenar yang mungkin majoriti antara kita orang Malaysia tidak tahu sejarahnya.

http://vids.myspace.com/index.cfm?fuseaction=
vids.individual&videoid=19914869

Perlukah kita melakukan HARTAL UMUM satu Malaysia untuk menunjukkan kuasa rakyat Malaysia sesudah PRU12 untuk memberikan tekanan/impak maksima kepada Pak Lah untuk turun daripada 'takhta'?

Mungkin kita patut, pada pendapat saya.

Tarik said...

Saya kira kita tosah pedulikan gosip-gosip seumpama inilah, pasai tanpa gosip-gosip ini pun musuh-musuh politik KJ bisa binasakan kerjaya politiknya dan konco-konconya.

Eloklah kita jadi 'gentleman' dalam sepak terajang politik dalam negara kita ini, kerana kita ada di pihak yang benar.

Mereka yang dah reput di dan dari dalam badan tetap akan jatuh @ dijatuhkan kuasa rakyat.

Semoga Malaysia peroleh arahtuju baru.

su-kj said...

A.kum Datuk,

1. Saya ada 2 pendapat Datuk.

2. Pertama soal kahwin lagi. Jika ia pun benar kenapa pula tak boleh. Dalam Islam itu bukankah seseorang lelaki itu boleh kahwin 4jika dia mampu. Lebih baik dia kahwin daripada tidak kahwin tapi selalu bersama. Masalahnya sekarang kita saja yang memandang serong bila seseorang itu nak kahwin 2.3.4! Lebih-lebih lagi orang perempuan memang sensitif betul jika disebut nak kahwin lagi satu.

3. Keduanya, jika dia nak kahwin dengan cucu LKY, maka itu juga kena terima. Sebab mati hidup, jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Nasib baik dia tak kahwin dengan anak Bush yang kembar tu? Jika tidak every month 'red carpet' given to him. Habis takan nak bentang tikar mengkuang kot kan...!

4. Jadi dalam perkara ini saya kena beri komen yang rasional tidak memihak pada mana-mana tetapi based on boleh or tak boleh. Kebetulan pula kena pada KJ. So kali ini dia ada untung sikit...memang rezeki KJ.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Hovidpure - Kesihatan Dan Keanggunan said...

Salam Dato'

Andainya betul Khairy kahwin dengan rakyat Singapura, itu adalah hadiah untuk pemimpin UMNO.

Pada saya nyawa Khairy dalam pentadbiran Malaysia pun dah tidak lama. Biarlah dia tenggelam dengan mimpinya.

Budiman07 said...

Halo Azalina...
Lu baik-baik cakap pasal kuda..apa lagi lu cerita.."naik kuda turun kuda" Nanti lu tak balik Johor baru tau... lu jangan tak tau..kat Johor pun Tuanku Sultan yang penuh berdaulat pun naik kuda. Nanti lu kena rembat dengan kayu golf baru lu tau..wa rasa banyak lagi raja-raja yang suka naik kuda sudah panas telinga.. lu cari pasal beb.. makan boleh sebarang makan..cakap jangan sebarang cakap. Ni zaman revolusi beb... lu cakap apa pun..orang pikir lain. Wa tetap salute dan tabik Sultan Wa..Ampun Tuanku..lu jangan kata wa punya raja itu macam.. Wa punya raja dan kerabat nya memang naik kuda tapi mereka sangat berjasa kepada rakyat beb.. yang tak bagus naik kuda buat berjudi..itu lu punya geng-geng dalam UMNO la..

Apapun lu baik2 la berpolitik..kalau tak lu makan pencen awal beb...

Tabik wa kepada Allahyarham Aminuddin Baki..mati muda tapi banyak berjasa. Only the good die young. Lu pun patut itu macam. Jangan nanti lu mati muda "berhantu "

bebas said...

aku rasa benda ini mainan politik,benda ini akan berlegar di ruangan internet dan menjadi isu hangat,mgkn si azam nie orang najib tun razak yang tak suka pak lah.bagi aku ini taktik

too short said...

Quote=Saya minta pengunjung kuda-kepang bantu saya dapatkan kepastian kedua-dua ura-ura di atas. Khairy orang penting negara. Apa terjadi pada dirinya tentu perlu diketahui semua rakyat Malaysia. - AZAM, 10:39 PM

Bro. Azam aku tak setuju dengan hang bahawa 'budak hingusan' itu 'orang penting negara'. Apa takrif yang hang pakai untuk letak dia sebagai 'org penting'? aku tak heran seluruh rakyat Malaysia pun x peduli , hanya depa sebut sebab Pak Mentua dia 'PM tidog' tu saja tak lebih dari itu...kalau tidak ap aada pada budak ni, nnati Pak Mentua dia merudum dia pun sama turut merudumlah..hanya para pendokong PAKEMBAR sahaja anggap begitu, tu pun dah x tau berapa %.Bagi aku dia adalah 'org penting merosakkan negara dan BN'..
...

too short said...

Dato' Ron
Dialog Klasik dari filem "Keris Laksamana Bentan"
Ceritera yang ke ...Sejarah Melayu

Ketika Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di atas usungan hendak Sembahyang Jumaat

Sultan: Hai Laksamana basah nampaknya
Laksamana: Tiap-tiap basah musti ada keringnya
Sultan:Laksamana kenapa berkata demikian
Laksamana:Bagaimana Tuanku Menanam begitu jualah patik menuainya
Sultan: Ceh! Laksamana mengapa begitu biadap?
Laksamana: Jika kerbau mempunyai tanduk, rotan yang lembut mempunyai onak ..
Pengawal: Mengapa begitu biadap dengan Sultan?
Laksamana: aaahhh..Sultan adil Sultan ku sembah....


Renungilah bagaimana orang-orang Melayu meletakkan Sultan ditempat yang amat dihormati selagi Sultan menjalankan kewajipannya dengan baik. tAPI SEKARANG APA DAH JADI?...

DAULAT TUANKU!
JIka masih ada Laksamana Bentan habih diamuk pendokong PAKEMBAR yang dikatakan menderhaka kepada Raja membelakangkan RUKUNEGARA

Dari: Ketua Pengasuh
Bekas Fellow Kiri
Raja dan Maharaja Karangan Haron Peranchis

Berita dari gunung said...

Beratus-ratus tahun dulu adalah lumrah anak raja "negeri ini" dikawinkan dengan anak raja "negeri itu". Tujuannya ialah untuk menjamin keamanan dan melebar kuasa dan pengaruh.

Yang terpakai dulu masih relevan untuk zaman ini.

mieroc said...

jangan ingat bekas Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sudah menyepikan diri di rumah sewanya di Glenmarie,tidak jauh dari Shah Alam sejak Selangor jatuh ke tangan pembangkang.Ketika dihubungi Agendadaily petang Sabtu suara bekas Menteri Besar Selangor ini tetap bersemangat.” Dalam politik tidak ada tanda titik,”katanya.Beliau menegaskan kekalahan itu memberi pengajaran besar kepadanya untuk berusaha bangkit semula.“ I learn my lesson ,” katanya sambil mengakui beliau dulu naik cepat sangat sebagai Menteri Besar dan banyak lagi ilmu sepak terajang politik yang perlu dipelajarinya.Diminta mengulas tentang masa depan politik dan pemilihan UMNO yang akan diadakan tahun ini Dr Khir mengesahkan bahawa beliau melupakan hasratnya untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.Namun yang menjadi berita besar di sini ialah beliau turut mengintai jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

pratchai said...

Salam Dato':
Kalau betul lah si Azalina tu cakap macam tu, memang lah dia dah masuk kategori penderhaka tahap dewa dah ni.
Orang Melayu jenis apakah macamni???

Berita dari gunung said...

Naik kuda ni bukan calang-calang skill. Anwar dulu cuba-cuba jugak naik kuda, kemudian jatuh, terseliuh dan kena pakai brace leher warna putih. Itu masa dalam kabinet. Masa keluar penjara pun dia pakai brace dan duduk atas kerusi roda. Sebabnya ialah Anwar lemah!

Bekas Menteri Sukan tak pernah naik kuda kah? Masa zaman puteri dulu tak mengapa, boleh kata muda lagi. Masa zaman wanita pun tak pernah?

Naik kuda adalah riadah untuk orang kuat, cergas dan ada semangat juang. Orang yang kuat semangat juang akan sedia beradu dimana-mana saja. (beradu bukan tidur).

Untuk Azalina, bukan semua orang ada semangat juang yang tinggi. Nganga mulut luas-luas bukan bermaksud tinggi semangat juangnya..

DomingoV said...

terlalu banyak gosip pasai KJ...daun tak goyang kalau tak da angin... clik
http://www.politictoday.com

PENA WARISAN said...

Dr KT...

UMNO perlu diperbaharui secara total, selagi terdapat pemimpin yang tuli dan pekak maka ia tidak akan membawa sebarang erti.
Perubahan drastik perlu dilakukan kerana walaupun bala 8 Mac 2008 telah berlaku, namun pemimpin atasan masih juga tidak terbuka mindanya.

penawarisan.blogspot.com

mypugaloo said...

Bahaya atau tidak...sebagai Rakyat Malaysia perihatin, kita kena waspada...memang jodoh pertemuan di atur oleh Allah swt tapi sebagai 'pemerhati' yg cintakan kedaulatan negara....kena perhati betul2 perkara ni...

Kalau betul penglibatan insan berkaitan dgn apa yg berlaku kpd negara kita, maka dikhuatiri akan ada lagi kesan lain mendatang kesan dari perkahwinan ini...kalau betul lah..

Apapun, jemput datang ke http://jangankumpau.blogspot.com/

bagi memberikan komen lanjut

perwira said...

Nak jadi menantu LKY ke, nak beripar ngan PM Singapura ke, itu dia punya fasal. Itu hak dia !

Tapi kalau dengan pertalian keluarga ini, dia diambil kesempatan oleh pihak2 tertentu di negara sana yang boleh menjejaskan keselamatan negara, maka kita rakyat negara ini berhak merasa curiga dan waspada.

Dulu pernah kita dengar cerita bahawa nama budak ini tersenarai dalam "list of operatives" negara tu. Betul ke ? Harap-harap tidak.

perahukayu said...

Saya tidak akan sama sekali menerima menjadi wakil rakyat sekiranya menang tanpa bertanding.

Pengundian sepatutnya diteruskan untuk memastikan berapa ramai rakyat yang mengundi sekalipun tidak ada calon lain yang bertanding.

Prosidur menang tanpa bertanding sewajarnya dikaji semula dan harus menetapkan kuota peratusan tertentu sebelum layak digelar WAKIL RAKYAT dan sebelum layak nak komen dan merendah-rendahkan martabat Raja Berpelembagaan.

pemerhati said...

Salam Dato'

Nak kahwin empat kalau boleh adil apa salahnya. Tapi dgn siapa, kita patut sensitif. Ini bukan perkara kecil atau remeh. Kena pandang jauh. Kesannya tu nanti.Kata org, selalunya lelaki yg hebat ada perempuan hebat dibelakangnya. Kalau orang tu hebat putar belitnya, kemudian perempuan tu ada agendanya. Silap haribulan kita boleh kena jual.
Teruskan Dato menyedarkan orang Melayu.
Terima kasih.

wmu350 said...

khairy ni adalah salah satu punca kejatuhan bn hari ni sebab ligat teramat sangat.ingat cepat naik cepat jatuh

pemerhati said...

Salam dato'

Nak kahwin empat kalau boleh adil apa salahnya. Tapi dengan siapa kita patut sensitif. Kena pandang jauh. Kesannya. Kata orang bagi lelaki yang hebat, ada perempuan yg hebat dibelakangnya. Tapi kalau lelaki tu hebat putarnya, kemudian perempuan tu ada agenda jangka panjang. silap hb kita boleh kena jual.

Tahniah Dato' kerana berusaha menyedarkan orang Melayu.

Berwaspadalah. Terima Kasih.

gurkha_malaya said...

pru11 tanpa campur tangan manusia bernama kj
bn menang 199 kerusi

pru12 ada campur tangan manusia bernama kj
bn menang 140 kerusi

takot2 pru13 tggl bapa kerusi kalu manusia bernama kj masih dlm kerajaan

cuba fikir?

Budiman07 said...

I have a dream...Dr Martin Luther King Jr..

I have thousand dreams.. The PM of Malaysia.

(Sedutan drp: Kickdefella..)

lalu wa sambung dengan bait sajak Allahyarham Dato Usman Awang..
..berbuahlah pisang tiga kali..orang Melayu masih bermimpi...

Wa sambung (dengan izin daripada Dato' Nordi Kardi..wa harap wa tak kena saman pulak)..bait lagu beliau:
... kita sudah tiada perlu tidur
kerana mimpi ada di depan mata..

Maka kejutkan "orang" yang sedang bermimpi itu. kalau dia masih tak nak bangun.. simbah aje dengan air biar hilang mamai nya..

Maka..pada Dis 2008.. sekali lagi. Tangan anda sangat berkuasa..pen anda lebih tajam daripada kuasa seorang Perdana Menteri..

..wa sambung dengan satu lagu yang lu orang suka..tapi boleh dengar 5 tahun sekali je beb..

...mari marilah mari..
pergi mengundi..
tunaikanlah kewajipan..
pada negara...
SELAMAT MENGUNDI KEPADA PERWAKILAN UMNO.. Cogan kata..BIAR BUTA MATA TAPI JANGAN BUTA HATI.

HIDUP UMNO SEJATI
HIDUP MELAYU

WA PENYOKONG UMNO DATO' WALAUPUN WA BELUM MEMBAHARUI KEAHLIAN..WA PERCAYA UMNO MASIH RELEVEN..

HIDUP MELAYU..HIDUP MELAYU..
HIDUP DATO' RON.. TERUSKAN PERJUANGAN... WA TETAP BERADA DI BELAKANG DATO'

Budiman07 said...

setuju dengan berita dari gunung...yang selalu buat bising ialah TIN KOSNG beb...

cikgu said...

dear dato'

ni ada teori bodoh yg saya nak ceritakan. Tapi kena dgn keadaan semasa terutama di johor.

Ingat tak kes mas selamat di s'pore? kenapa ianya tiba-tiba berlaku dan kenapa sampai sekarang tak dijumpai lagi? seolah-olah s'pore terlalu besar untuk mas selamat bersembunyi.

dan keadaan politik di M'sia sekarang pun tengah gawat. Macam ada tangan-tangan ghaib yang membantu situasi ini untuk mengambil kesempatan atas PM serba tak tahu kita dan terlalu yakin dengan hubungan baik dengan singapura.

apa kata kalau tiba-tiba berlaku letupan yg kuat di Msia terutama johor. Tentu akan dikaitkan dengan terlepasnya mas selamat yg tak tahu masih selamat atau tidak. maka akan ujud andaian bahawa mas selamat mempunyai talian yang kuat di msia.maka dengan sendirinya pihak spore akan 'menghulurkan bantuan' untuk menjejaki beliau. maka segala agen-agen rahsia dan bala tentera elitnya akan dihantar ke msia untuk berleluasa di negara ini.
maka dengan secara tidak langsung akan terjadi palestine kedua untuk pihak yahudi menjajah. Dulu pun ada LKY kata kalau s'pore dah tak mampu untuk terus berada dihadapan, maka bercantum dengan m'sia adalah jalan terbaik ATAU S'pore akan jajah m'sia, sekurang-kurangnya sehingga melaka dan pahang.

amacam dato, logik tak teori ini. LKY dah terasa yang masanya amat sesuai ketika PM kita adalah org yg langsung tak peka dengan strategi-

pemerhati said...

BIODATA TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
NAMA PENUH : Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd. Hamzah
TARIKH & TEMPAT : 13 April, 1937
LAHIR : Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
KELAYAKAN : Universiti: Queen’s University, Belfast,
AKADEMIK : Ireland Utara dengan Ijazah B.Sc (Econ) 1959
Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-
undang di Lincoln’s Inn, London, hingga 1961
Anugerah Doktor Kehormat Undang-undang
(LLD) oleh Queen’s University, Belfast,
Ireland Utara 1982
ANUGERAH : D.K. (Darjah Kerabat) - Kelantan 1978
S.P.M.K. (Kelantan) - 1967
P.S.M. (Persekutuan) - 1973
S.S.A.P. (Pahang) - 1980
S.P.M.S. (Selangor) - 1982
TERPILIH : Presiden Dewan Perniagaan dan Industri
Melayu Malaysia 1970 – 1976
Presiden Dewan Perniagaan dan Industri
Malaysia 1973 – 1976
Presiden ASEAN Chambers of Commerce
1975 – 1976
Pengerusi Asian Development Bank
1976 – 1977
Pengerusi Board of Governors, World Bank
dan International Monetary Fund 1977 – 1978
Pengerusi Bank Pembangunan Islam – 1978


PENGLIBATAN KORPORAT:
1965 - 70 Pengarah Eksekutif, Bank Bumiputra Malaysia Berhad
1970 - 74 Pengerusi PERNAS (Mengetuai Delegasi Perdagangan yang pertama ke Republik Rakyat China pada tahun 1971)
1970 - 76 Pengerusi dan Pengarah Urusan
Bank Bumiputera Malaysia Berhad
1974 - 76 Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS (Petroliam Nasional Bhd)
5.3.76 – 1.8.84 Menteri Kewangan Malaysia
1984 - 87 Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia
PENGLIBATAN POLITIK:
1962 – 66 Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan (5 tahun)
1966 – 72 Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan (5 tahun)
1972 - 84 Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Kelantan hingga Jun 1984 (12 tahun)
1973 – 81 Naib Presiden UMNO Malaysia
1973 – 84 Bendahari UMNO Malaysia
1978 – 84 Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kelantan
1969 - 74 Terpilih jadi Ahli Dewan Undangan
Negeri Ulu Kelantan Barat
1974 - 90 Terpilih sebagai Ahli Parlimen Ulu
Kelantan di bawah tiket Barisan Nasional (kini Gua Musang)
1987 Bertanding jawatan Presiden UMNO, kalah dengan hanya 43 undi
1988 UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
1988 Dipilih sebagai Presiden Parti
Semangat 46, sebuah parti yang ditubuhkan atas cadangan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman untuk menyambung aspirasi asal UMNO.
1990 – 96 Ahli Parlimen Gua Musang (sebelum ini dikenali Ulu Kelantan) di bawah tiket Semangat 46. Terpilih semula sebagai Ahli Parlimen Gua Musang pada tahun 1995 dan terpilih sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Gua Musang di dalam pilihanraya kecil 29.8.95)
1996 Bubar Parti Melayu Semangat 46
pada 6.10.96 dan menyertai UMNO pada 8.10.96
1999 Dilantik sebagai Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Negeri
Kelantan – Jun 1999
2004 Terpilih semula sebagai Ahli Parlimen Gua Musang di bawah tiket Barisan Nasional
2008 - Dipilih sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Gua Musang di bawah tiket Barisan Nasional.

pemerhati said...

TRANSKRIP penuh teks ucapan Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan, Semasa Merasmikan Persidangan Perwakilan Khas UMNO Bahagian Gua Musang, Bertempat Di Balai Rakyat, Bukit Cekati, Gua Musang Pada Hari Jumaat 4hb April, 2008, bersamaan 27hb Rabiulawal, 1429 Jam 10.00 pagi.
KITA bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah Izin-Nya, kita semua dapat bertemu di perjumpaan ini pada ketika kita sedang menghadapi pengalaman yang sangat pahit dan membimbangkan kita semua, iaitu pengalaman buruk yang dilalui oleh UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang baru lepas.
Sejak tertubuhnya UMNO pada 11 Mei, 1946, parti kebangsaan Melayu ini tidak pernah tercabar begitu hebat – dan teruk – seperti yang berlaku padanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 itu. UMNO lahir dari semangat perjuangan kebangsaan menentang muslihat dan gagasan British untuk menghapuskan kedaulatan bangsa Melayu, negeri Melayu dan raja Melayu di tanah air mereka sendiri
Kita berjaya menumpaskan gagasan penjajah itu dan meneruskan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan hanya dengan bersenjatakan semangat cinta kepada bangsa, agama, budaya dan tanah air.
Itulah agenda kebangsaan Melayu waktu itu dan itulah sumber kekuatan yang telah menyatukan bangsa Melayu sehingga kita akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan tanpa terpaksa berperang kerana pihak British menyedari bahawa bangsa Melayu waktu itu mempunyai kekuatan sejarah dan warisan yang kuat, dan sukar ditentang.
2. Kekuatan UMNO itu terbukti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pertama yang diadakan dalam tahun 1955. Parti Perikatan yang diterajui oleh UMNO dengan dukungan rakan-rakan dari MCA dan MIC mencapai kemenangan yang cemerlang.
Daripada 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan (sekarang Parlimen) yang ditandingi, Perikatan memenangi 51 kerusi dan menguasai lebih 2/3 atau hampir 95% kerusi Majlis Perundangan Persekutuan.
Yang penting kita ingatkan diri kita semula ialah, kerusi UMNO melebihi 2/3 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan dengan memenangi 33 kerusi.
Ini bererti bahawa kuasa politik Melayu pada waktu itu cukup kuat dan itulah salah satu asas ketuanan bangsa Melayu.
3. Malangnya kita tidak bertahan dan tidak mampu memperkukuhkan kedudukan itu dalam pilihan-pilihan raya berikutnya.
Empat puluh tahun kemudian, iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 dalam tahun ini, UMNO jatuh tarafnya sebagai parti yang terkuat dan yang didukung oleh majoriti orang Melayu tiba-tiba jatuh menjadi parti yang kecil perwakilannya dalam Parlimen padahal parti ini adalah parti yang terbesar di negara ini, mempunyai 191 Bahagian di seluruh Malaysia dan jumlah anggotanya melebihi 3 juta orang.
UMNO cuma berjaya memenangi 78 buah kerusi Parlimen, menurun sebanyak 32 buah kerusi dari jumlah 110 buah kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-11.
4. Yang memeranjatkan kita ialah, parti baru, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 31 kerusi Parlimen. Dalam tahun 2004 parti ini cuma mempunyai seorang ahli Parlimen.
Daripada 31 ahli parlimen PKR itu, 18 ialah orang Melayu. PAS memenangi 23 kerusi. Dalam tahun 2004 parti ini mempunyai 6 orang ahli Parlimen sahaja. Akibatnya, BN kehilangan kuasa majoriti 2/3 majoriti dalam Parlimen
5. Dua perkembangan lain yang tidak disangka-sangka oleh UMNO (tetapi mungkin tidak memeranjatkan orang lain) ialah pertama, jatuhnya empat buah negeri – Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang - ke tangan parti Pakatan Rakyat, iaitu gabungan parti PAS-PKR-DAP.
PAS di Kelantan menjadi bertambah kuat. Dan kedua, kalahnya banyak calon MCA, MIC dan Gerakan di tangan calon DAP dan PKR.
6. Itu petanda bahawa BN dan UMNO yang telah memerintah negara ini dengan tidak putus-putus sejak Merdeka atau sejak tahun 1955 tidak lagi mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat Malaysia dari semua kaum.
Berdasarkan statistik tentang kadar jumlah undi popular seluruh rakyat Malaysia, didapati bahawa hanya 48% sahaja daripada pengundi seluruh negara yang menyokong (mengundi) BN, manakala jumlah undi popular seluruh negara yang menyokong parti-parti lawan ialah 52%.
Jadi, mesej atau isyarat pengundi agak terang dan jelas: Mereka mahukan perubahan kerajaan. Mereka mahukan kerajaan yang lebih cekap, telus, bersih, beramanah, adil dan pro-rakyat tanpa mengira kaum.
7. Beberapa perkembangan yang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 itu diadakan, memperkuatkan lagi ketidakyakinan rakyat terhadap keupayaan dan komitmen kerajaan BN untuk memerintah negara ini dengan cekap, bersih, amanah dan adil, untuk menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi, sosial, perumahan dan pendidikan rakyat miskin, untuk menghapuskan rasuah yang semakin menjadi-jadi di kalangan ‘orang atasan’ dan yang berkuasa, termasuk dari kalangan wakil rakyat sendiri.
Kita sebut satu kes sahaja, iaitu kes yang berkaitan dengan ‘rakaman video Lingam’ yang didedahkan kepada Suruhanjaya yang dilantik untuk mendengar kes ini.
Segala cerita yang disampaikan kepada Suruhanjaya kes ini memperlihatkan kepada rakyat betapa korap dan lemahnya sistem pelantikan dan cara membuat keputusan mahkamah.
Bayangkan, seorang peguam bela dalam kes tertentu boleh menulis keputusan (‘judgement’) mahkamah dan hakim yang berkenaan hanya membaca keputusan yang telah disediakan oleh peguam itu.
Bayangkan juga, para tauke atau tauke judi boleh ‘campur tangan’ dalam soal pelantikan hakim.
8. Kes seperti ini tidak sahaja mengaibkan darjat hakim – hakim bangsa Melayu beragama Islam pula – tetapi ia dengan jelas memusnahkan kredibiliti kerajaan BN yang nampaknya membiarkan perkara-perkara yang buruk dan dahsyat itu berlaku terhadap sistem kehakiman negara.
Orang akan takut untuk menghadapi mahkamah yang dikendalikan oleh hakim yang boleh dibeli.
9. Ada beberapa kes lain – ada yang masih belum selesai, iaitu masih dalam proses pembicaraan – yang juga tidak kurang besar pengaruhnya terhadap sentimen dan pola pemilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
Tidak usah saya sebutkan kes-kes itu – saudara sekalian yang membaca surat khabar tentu mengetahuinya. Apakah Respons Kita Terhadap Kemerosotan Kuasa Politik UMNO Ini?
10. Sampai saat ini, setelah hampir sebulan UMNO dan BN mengalami ‘malapetaka’ politik yang dahsyat itu, tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti untuk membincangkan sebab-sebab mengapa ‘malapetaka’ itu berlaku pada UMNO dan BN.
Tidak ada usaha untuk mengajak para perwakilan UMNO dari semua peringkat – peringkat Bahagian dan Cawangan – untuk mengadakan proses muhasabah secara terbuka, secara kritis tetapi tenang.
Matang dan rasional, tidak beremosi, dari hati ke hati sesama anggota parti sendiri, membincangkan ‘masalah rumah’ sendiri ini, dan mencari jalan yang baik dan benar dengan tujuan untuk memperbaiki diri dan menghindari berlakunya kejadian yang lebih buruk lagi baik sekarang mahu pun dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
11. Kita mendengar bermacam-macam reaksi, pandangan dan keluhan, kritik dan tuduh menuduh dari orang-orang perseorangan UMNO, yang paling banyak ialah dari beberapa orang pemimpin dan menteri UMNO.
Ada yang mengatakan bahawa kita sebenarnya tidak kalah, kita masih menang; ada yang berkata, ‘BN akan bangkit semula untuk menebus kekalahannya’; ada yang menyalahkan orang Melayu yang memilih parti lain, dan berkata orang Melayu itu ‘tidak mengenang jasa’ (tidak tahu saya ‘jasa siapa dan apa’); ada yang menyalahkan generasi muda Melayu kerana kononnya mereka ‘tidak faham perjuangan UMNO’ atau kerana mereka tidak mendapat berita, maklumat dan cerita yang sebenar tentang kerajaan, UMNO dan BN yang disiarkan dalam surat khabar arus perdana, tetapi membacanya dari blog-blog ‘anti kerajaan’ dan ‘anti UMNO’ dalam Internet.
12. Jadi, nampaknya, kita masih mengekalkan fiil dan budaya lama, fiil tidak mahu memeriksa kesalahan dan kelemahan kita secara kolektif, secara rasional, bijak dan cerdik. Kita mencari kesalahan orang lain, kesalahan pengundi, kesalahan parti lawan.
Para pemimpin parti – walaupun tidak semuanya – cuba menutup suara rakyat akar umbi UMNO, tidak mahu mendengar pandangan dan kritikan dan teguran mereka. Kita pergi ke sana ke mari menyebarkan propaganda dan dongeng bahawa parti akan rosak jikalau ahli akar umbi UMNO tidak menyerahkan segala masalah yang dihadapi oleh UMNO sekarang kepada pucuk pimpinan untuk ditangani dengan sebaik-baiknya – mereka diseru supaya memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan.
Apakah mereka tidak sedar bahawa yang menjadi punca besar kelemahan UMNO yang membawa kepada malapetaka yang tersebut itu bukan rakyat akar umbi UMNO tetapi ialah kelemahan kepimpinan UMNO, ini termasuk para menteri UMNO, yang setengah-setengahnya tidak mempunyai rekod peribadi, moral dan budaya yang baik.
Merekalah yang tidak mahu UMNO berubah; merekalah yang mahu kepimpinan UMNO yang ada dikekalkan, jangan digantikan, jangan ditandingi.
13. Masalah UMNO bukan masalah beberapa orang yang berkepentingan sahaja, tetapi masalah bersama semua ahli UMNO. UMNO bukan kelab golongan elit, golongan hartawan dan peniaga, kelab ‘eksklusif’. UMNO ialah parti politik kebangsaan Melayu.
Tugasnya bukan untuk menjaga periuk nasi anggota atasannya tetapi untuk memperjuang, menegakkan, dan memperkukuh tiga tiang kekuatan bangsa Melayu, yang saya sebut tiang Alif, Ba, Ta: Alif bererti Agama, Ba bererti Bahasa, Budaya dan Bangsa, dan Ta bererti ‘Tanah Air’.
Apabila UMNO tidak lagi mempedulikan perjuangan Alif, Ba, Ta ini, yang merupakan perjuangan Melayu yang asas, yang fundamental, alamat UMNO akan kehilangan pedoman dan petunjuk daripada Allah dan akan ditinggalkan oleh bangsa Melayu.
14. Masalah kita sekarang ialah, bagaimanakah anggota UMNO sebahagian besarnya tidak akan lari meninggalkan kapal yang sedang rosak dan bila-bila masa boleh tenggelam kerana nakhodanya lemah, dan seringkali meninggalkan kemudi atau menyerahkannya kepada anak-anak kapalnya. (Tiga Perubahan Besar Yang Harus Berlaku dalam UMNO)
15. Anggaplah masalah yang kita hadapi itu sebagai darurat UMNO. Untuk menangani sesuatu darurat kita perlu bertindak segera sebelum darurat itu merebak dan merosakkan seluruh asas tamadun dan perjuangan UMNO yang telah dibina sejak tahun 1946.
Kita perlu mengadakan sidang muhasabah dengan segera, melibatkan perwakilan UMNO yang selama ini menjadi nadi dan tenaga raksasa dalam kelangsungan hidup UMNO selama 60 tahun, untuk membincangkan kelemahan dan kesalahan UMNO selama ini dan memikirkan visi baru UMNO untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Rakyat hari ini tidak sama lagi dengan rakyat 40 atau 30 tahun yang lepas.
Harapan mereka tidak sama lagi dengan harapan ibu bapa atau nenek mereka. UMNO perlu terus relevan dengan cita-cita, harapan dan tuntutan mereka.

16. Saya hendak menyentuh tiga perkara pokok yang saya anggap menjadi punca kelemahan UMNO, terutama mulai tahun 1980-an sehingga akhirnya menyebabkan UMNO (dan BN) nyaris-nyaris terlungkup dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
Pertama: Musnahnya Demokrasi dalam UMNO.
17. Ini bermula apabila Perlembagaan UMNO dipinda dengan memasukkan peraturan baru yang menetapkan syarat bahawa anggota parti yang hendak menandingi jawatan Presiden hendaklah mendapat pencalonan sebanyak 30% daripada Bahagian UMNO. Ini bererti calon itu perlu mendapat pencalonan daripada 58 Bahagian daripada jumlah 191 Bahagian UMNO.
Tujuannya kononnya ialah untuk mengelak supaya tidak sembarangan anggota parti sahaja, sesuka hatinya dan secara bermain-main akan mengemukakan dirinya sebagai calon Presiden atau jawatan-jawatan lain.
Saya tidak fikir anggota UMNO yang tahu diri dan berbudaya dengan sesuka hati sahaja akan mencabar presiden UMNO, lebih-lebih lagi jikalau Presiden itu diketahui oleh semua anggota parti sebagai pemimpin yang baik, cekap, bijak, adil, bersih dan tegas.
Sebelum kuota itu diperkenalkan UMNO pernah juga mengenakan peraturan, iaitu calon hendaklah mendapat pencalonan daripada dua bahagian sahaja. Ini ‘peraturan’ yang munasabah dan tidak terlalu ‘undemocratic’.
18. Parti yang wujud dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidak mengamalkan demokrasi dalam partinya sendiri, bagi saya, ini adalah amalan yang bercanggah dan luar biasa.
Parti yang tidak mengamalkan demokrasi bererti parti itu menyekat atau tidak menggalakkan tumbuhnya kecekapan dan kreativiti dalam parti itu; anggotanya tidak dibenarkan bersuara untuk menegur pimpinan parti, atau untuk memilih pemimpin yang lebih baik.
Orang tidak dibenarkan dan selalunya disekat malah digertak supaya jangan menentang atau menandingi pemimpin-pemimpin parti. Akibatnya parti menjadi beku.
Pembaharuan dan kemajuan parti bantut. Kita lebih seronok mempercayai bahawa parti tidak menghadapi apa-apa masalah, parti kita kuat, anggota parti bersatu, dan pelbagai persepsi diri sendiri yang diciptakan secara emosi dan retorik.
Orang lebih taat kepada pemimpin daripada kepada parti dan perjuangan parti. Rasuah politik akan dan memang sedang berlaku dalam parti sebagai cara untuk membeli undi atau untuk mengekalkan kedudukan pemimpin yang lemah.
Maka lahirlah banyak ‘pak turut’ dan ‘tukang ampu’ dalam parti yang secara tidak bermoral dan berprinsip akan sentiasa memuji dan membela pemimpin walaupun mereka tahu pemimpin itu lemah.
19. Inilah keadaan yang berlaku dalam UMNO hingga sekarang. Setiap kali menjelang pilihan parti, ada sahaja orang dan puak yang menyeru anggota parti supaya jawatan Presiden Parti, atau Timbalan Presiden, Ketua Wanita, atau Ketua Pemuda tidak ditandingi.
Sebenarnya mereka tidak berhak berbuat demikian. Memilih pemimpin parti dari peringkat Presiden hingga ke peringkat pemimpin akar umbi adalah hak anggota parti.
20. Jadi, untuk menyelamatkan UMNO dan menjadikannya parti politik kebangsaan Melayu ini terus relevan, cekap, kuat dan maju sepanjang zaman, demokrasi hendaklah dikembalikan dalam UMNO.
Saya mengesyorkan dua perubahan: Pertama, kuota yang ada itu dihapuskan dan kedua, parti hendaklah mengawal kerajaan.
21. Ahli UMNO yang memegang jawatan kerajaan tidak boleh lebih berkuasa dari parti. Partilah yang seharusnya mengawal, memantau dan menilai prestasi mereka. Jika mereka menjalankan dasar yang bertentangan dengan dasar parti, mereka boleh dipersoalkan oleh Majlis Tertinggi UMNO.
Logik cadangan ini mudah dan jelas: Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri dari UMNO tidak akan memegang jawatan itu sekiranya mereka tidak lebih dahulu dipilih oleh perwakilan UMNO sebagai Presiden dan Timbalan Presiden parti dan oleh rakyat sebagai ahli Parlimen.
Kalau P.M yang juga Presiden UMNO menggubal dan melaksanakan dasar yang boleh menjahanamkan bahasa Melayu dan agama Islam, maka dia mesti ditegur dan didisiplinkan oleh parti. UMNO perlu mewujudkan mekanisme yang sesuai dan cekap untuk melaksanakan sistem ‘parti mengawal kerajaan’ ini.
Kedua, Dasar dan Visi UMNO hendaklah merentas sempadan kaum, dan tidak dilihat
sebagai parti untuk dan bagi pihak orang Melayu sahaja.
22. Dasar dan visi UMNO yang asal, iaitu yang berasaskan perjuangan Alif, Ba, Ta, seperti yang saya sebutkan tadi, tetap dipertahankan tetapi dalam soal untuk memajukan keadaan hidup ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya untuk rakyat, UMNO hendaklah memprojekkan dirinya sebagai parti untuk kepentingan semua rakyat tidak kira kaum.
Kita mahu UMNO menjadi parti supraetnik, parti nasional, yang adil kepada rakyat tanpa mengira kaum tetapi tetap mempertahankan ‘visi tradisionalnya’: iaitu, mempertahankan tanah air (negara ini) daripada penjajahan politik, ekonomi, ideologi dan budaya orang asing atau kuasa asing, mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara yang faedahnya ialah untuk negara, bukan untuk mana-mana kaum, dan mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan. Dasar dan perjuangan parti UMNO ini tidak menjejaskan hak dan kepentingan kaum lain.
23. Imej UMNO selama beberapa tahun ke belakangan ini dapat kita bahagikan kepada tiga jenis: Pertama, imejnya kepada orang Melayu ialah: UMNO tidak lagi memperjuangkan hak-hak yang menjadi warisan bangsa Melayu sejak dahulu kala. UMNO dilihat sebagai parti yang tidak lagi mempedulikan bahasa Melayu, budaya Melayu dan ekonomi rakyat Melayu yang miskin. Ini memarahkan orang Melayu.
Di samping ini orang Melayu juga mula risau dan khuatir melihat kurangnya komitmen UMNO untuk mempertahankan martabat dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu. Institusi Raja-Raja Melayu ialah institusi yang tertua di Tanah Melayu dengan usianya melebihi 700 tahun dan institusi inilah yang menjadi salah satu penyelamat tamadun Melayu walaupun kita dicabar oleh tiga kuasa Barat, iaitu Portugis, Belanda dan British.
Negeri Melayu dan kedaulatan Melayu kekal sampai sekarang kerana adanya institusi ini sebagai penyelamat bangsa. Imej kedua ialah imej UMNO di mata orang bukan Melayu, iaitu: mereka menganggap UMNO ialah parti untuk kepentingan orang Melayu, tidak untuk kepentingan kaum lain; UMNO dianggotai oleh orang Melayu yang ‘fanatik Melayu’, suka menjulang keris apabila memarahkan kaum lain, entah apalah sebabnya.
Imej UMNO yang ketiga ialah imejnya sebagai parti yang menggalakkan rasuah politik atau parti ‘orang kaya’ di atas dan parti orang miskin di bawah, parti yang korap, parti yang berkeliaran dengan buaya-buaya darat dan yu-yu laut yang tidak segan silu menyapu dan menelan segala projek dan kontrak kerajaan dan hak rakyat miskin tidak kira kaum. Imej ini dibenci oleh semua kaum, tidak sahaja orang Melayu tetapi juga oleh kaum bukan Melayu.
24. UMNO mesti mengubah atau kalau perlu membersihkan ketiga-tiga imej yang buruk itu. UMNO mesti dipercayai bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh orang bukan Melayu. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, kita lihat ada orang dari kaum India dan kaum Cina, misalnya, mengibarkan dan menjunjung bendera PAS, dan mereka mengundi calon PAS di kawasan kuat UMNO.
Mengapa? Apakah kerana mereka sudah dipukau atau di-Islamkan oleh orang PAS? Tidak. Mereka berbuat demikian kerana mereka percaya bahawa PAS, berdasarkan prinsip Islam, lebih adil daripada UMNO terhadap kaum bukan Islam.
Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin UMNO Kelantan.
25. Inilah cabaran yang dihadapi oleh UMNO hari ini. UMNO terpaksa menjadi parti yang boleh dipercayai oleh semua kaum. UMNO terpaksa menyaingi parti baru seperti PKR yang dilihat oleh semua kaum – termasuk orang Melayu generasi baru – sebagai parti yang dasarnya ialah keadilan kepada semua rakyat berdasarkan keadaan dan keperluan asas mereka.
Ketiga: perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang UMNO perlu diadabkan
26. Kita perhatikan dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12, kelakuan beberapa calon UMNO tidak beradab. Mereka sombong, bercakap besar, riak, dan suka menabik dada. Seorang calon Parlimen UMNO memberitahu media bahawa matlamat dia ialah untuk memastikan lawannya hilang deposit.
Calon ini mengalami kekalahan teruk, diajar oleh pengundi Melayu. Di Kelantan kita dengar bagaimana seorang calon Parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di K.L memaki hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Datuk Nik Aziz, MB Kelantan.
Bahkan seluruh jentera UMNO digerakkan untuk melancarkan semacam ‘perang salib’ terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilakukan oleh Bush terhadap negara Islam.
27. Saya faham, PAS ialah parti lawan UMNO tetapi bukan itulah caranya orang Melayu-Islam cuba mengalahkan pihak lawan sesama bangsa dan sesama agama.
Kita adalah bangsa yang berbudaya, beragama Islam, beradab. Orang Melayu – bahkan orang bukan Melayu dan bukan Islam pun – meluat dan menyampah dengan fiil dan kelakuan sombong bongkak itu. Kita tidak diajarkan cara bagaimana hendak memikat hati pihak lawan. Kita seolah-olah menggunakan budaya dan taktik samseng.
Akhirnya, kita kalah – kalah lebih teruk daripada dalam tahun 2004, bukan kerana dasar UMNO tidak baik tetapi kerana orang UMNO itu yang tidak baik, dan merekalah yang merosakkan imej parti.
28. Saya rasa kelakuan yang semakin biadab itu timbul daripada beberapa sebab, antaranya dapat kita sebut: (a) kerana terlalu yakin pada kekuatan parti – dan tidak nampak apakah kelemahannya – lalu orang-orang seperti itu berasa megah, berani bercakap besar dan memberi tahu pengundi ‘Aku akan menjadi Menteri Besar’ atau akan menjadi menteri jika dipilih; (b) ekonomi pasaran atau ekonomi kapitalisme sudah menjadi alat politik UMNO untuk memperkayakan orang-orang tertentu dalam UMNO untuk kepentingan kepimpinan, tidak untuk kepentingan rakyat dan anggota akar umbi UMNO. Jiwa dan roh Melayu orang UMNO mulai digantikan dengan ‘roh perut’. Wang menjadi alat permainan politik dan kuasa dalam UMNO.
29. Jadi, untuk menyelamatkan UMNO, kita kena buang segala anggota UMNO di atas itu yang jahat, yang korap, yang tidak berbudaya dan berakhlak tinggi, dan yang tidak bijaksana.
Ada orang boleh jadi geliga otaknya, lulusan dari Oxford, Harvard dan sebagainya, tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya. Orang ini tidak layak diangkat oleh UMNO untuk menjadi pemimpin mereka.
Mengapa? Sebabnya mereka tidak mempunyai ‘roh atau semangat Melayu’ yang cukup dalam dadanya, tidak bijak, tidak pandai bercakap dan berhujah dengan rakyat.
Mereka mungkin layak menjadi penyelidik akademik, tetapi tidak layak menjadi pemimpin bagi bangsa Melayu-Islam yang mempunyai nilai-nilai ketimurannya yang tersendiri, yang perlu difahami oleh sesiapa yang hendak menjadi pemimpin orang Melayu.
30. Mungkin banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan oleh UMNO yang menjadi punca kelemahan UMNO. Kita tidak boleh menyerahkan semua perkara ini kepada beberapa orang pemimpin sahaja untuk memikirkannya.
Mereka boleh jadi tidak mempunyai ‘feed-back’ yang cukup, yang benar, yang ikhlas dari bawah, dari anggota akar umbi UMNO, untuk mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku dalam UMNO yang menyebabkan parti nyaris-nyaris tersungkur dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
31. Inilah sebabnya mengapa saya menggesa supaya Perhimpunan Agung Khas itu diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO diadakan.
Kita tidak mahu nanti perwakilan yang datang ke persidangan pemilihan itu datang seperti fiil lama, tidak mengetahui apakah kelemahan dan masalah UMNO, lalu mereka memilih atau disuruh memilih calon-calon yang sama, yang lemah untuk memimpin parti.
32. Kalau begitu gayanya, saya khuatir kita akan mengalami malapetaka yang lebih buruk lagi.