Friday, March 07, 2008

Tiada Wakil Atau Agen Parti Politik
Menghadiri Proses Buang Undi Pos?

Seorang pengunjung blog ini, Saudara Zainal A. Kasim, mengirimkan komen kepada posting saya - Penyelewengan SPR Kendalikan Undi Pos? - seperti berikut:

Bukankah semasa undian pos ini dijalankan ada wakil/agen daripada parti-parti yang bertanding? Kenapa mereka tidak membantah? Kenapa perlu ada pihak ketiga yang membuat panggilan kepada Datuk pula?

Berikutan komen di atas saya pun hubungi beberapa sumber kerajaan dan sumber parti politik. Jawapan mereka adalah seperti berikut:

Tidak ada wakil/agen parti politik hadir sewaktu proses pembuangan undi pos.

Saya tanya mereka mengapa begitu? Mereka tidak mempunyai jawapan yang pasti. Pokoknya, tidak ada wakil/agen parti-parti politik menghadirinya!

Saya kurang pasti jawapan di atas benar atau tidak. Tapi, mana mungkin tidak benar kalau saya perolehi jawapan di atas dari tiga sumber berlainan.

Bagaimanapun, di bawah ini saya siarkan sepenuhnya berita NST yang disiarkan dalam Malaysia Today seperti berikut:

No EC staff at voting area

GEORGE TOWN: The Malaysians For Free and Fair Elections (Mafrel) want the state Election Commission to explain their officers’ absence during the postal voting exercise for police and army personnel.

Its northern region co-ordinator Ong Boon Keong said yesterday that instead of supervising the exercise, the EC had tasked uniformed police officers and soldiers to do it.

“The EC should assume full control of the postal voting instead of asking police and army personnel to monitor it.

State EC officer Ahmad Shafee said the commission had appointed police and army officers to co-ordinate the process in accordance with the provisions of Election Regulations (Postal Votes) 2003.

“There are only 24 full-time EC officers in the state, so we have to outsource manpower to monitor the vote casting,” he said.
- NST

http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3924/84/

Dengan itu, terserahlah kepada pembaca blog ini untuk membuat kepastian. Dan, sewajarnya SPR juga mengeluarkan kenyataan untuk mengelakkan keraguan awam seperti Saudara Zainal dan lain-lainnya. – Ruhanie Ahmad

1 comment:

Hovidpure said...

Suara yang tidak kedengaran.
Selagi mampu ku pendam.
Memberontak dalam diam.
Dalam sepi hati ku bicara.

Aku ditipu, dinafikan.
Aku dimalu, difitnahkan.

Hak bangsa ku dicuri, dihampurkan.
Hak bangsa ku dicicir, dimusnahkan.
Hak bangsa ku digadai, dilupuskan.

Agama ku dipermudah, dipermainkan.
Agama ku diremeh, dirobak-rabikkan.

50 tahun lamanya kepada kau ku gantung harapan.
50 tahun lamanya kepada kau sanjungan ku berikan.

Kau hancurkan segala harapan.
Kau musnahkan segala sanjungan.

Esok tanggal 8 haribulan Mac 2008.
Akan ku tuntut hak ku dikembalikan.

Harapan ku bukan kepada kau lagi.
Sanjungan ku tidak untuk kau lagi.
Undian ku jangan kau tagih lagi.

Wahai ALLAH aku mohon pertunjuk.
Wahai ALLAH aku mohon bantuan.
Wahai ALLAH aku mohon segalanya.

Dengan kebesaran dan kekuasaan Mu wahai ALLAH.
Dengan rahmat dan keredhaan Mu wahai ALLAH.

Aku bermohon dan bermunajat kepada Mu wahai ALLAH.
“Wahai maha Pencipta dan Penguasa seluruh alam ini.
Gagalkanlah cita-cita zalim Barisan Nasional untuk
memenangi pilihanraya kami yang ke 12 ini”
Amin Ya Rabbal alamin.