Wednesday, March 12, 2008

Nik Aziz Dilantik Menteri Besar Kelantan Untuk Penggal Kelima

KOTA BAHARU, 11 Mac (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima watikah pelantikan Menteri Besar daripada Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra di Istana Negeri, di sini, malam ini.

Nik Aziz, 77, kekal menjadi Menteri Besar Kelantan untuk penggal kelima, sejak PAS menerajui negeri pada tahun 1990.

PAS terus menguasai Kelantan buat penggal kelima berturut-turut setelah ia bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 39 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum minggu lepas.

PAS mencatatkan kebangkitan mengejutkan dengan pencapaian jauh lebih baik berbanding pilihan raya umum lalu apabila memperolehi 38 daripada 40 kerusi yang ditandingi manakala PKR memenangi satu daripada lima kerusi yang ditandingi.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=320084

2 comments:

Unknown said...

Padan muka BN. Asyik duduk mengutuk PAS je tgk2 backfired. Tak pernah terfikir ke org2 BN mengapa org2 Kelantan tak termakan janji2 manis dari BN. Thank you come again je lah.

saxo69 said...

Kempen2 melampau yg di'mastermind oleh KJ, Anuar Musa, Najib Razak sepjg PRU 12 telah melukakan hati rakyat Kelantan. Akibatnya rakyat Kelantan telah bersatu hati mempertahankan kerajaan PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz.
Kempen samseng yg dilakukan oleh KJ amat menyirat hati kami. Malah kempen Balik Mengundi yg diaturkan memakan diri UMNO Kelantan. Anuar Musa sudah dianggap liabiliti kepada UMNO Kelantan. Beliau sendiri gagal menyatupadukan saf UMNO Kelantan yg terkenal dgn budaya "CAH KETING". Kegagalan Nuar telah menyebabkan PM yg tidak sedar diri sudah tidak popular turun beberapa kali ke Kelantan untuk membantu jentera BN.
Saya tak tau apa yg Najib nak rawat di Kelantan. Jgn datang sini berucap menghina rakyat Kelantan. Balasannya seorang bergelar Timbalan Perdana Menteri diboo dalam satu sessi perjumpaan dgn kakitangan agensi kerajaan. Rakyat Kelantan dah selesa, aman sejahtera dibawah pimpinan Tok Guru. Rakyat Kelantan tidak nafikan tau pentingnya kemajuan tetapi yg penting bagi mereka ialah segala keperluan makan minum kehidupan dipenuhi dan dapat mengerjakan amal ibadah seharian sudah mencukupi. Itulah cara hidup mereka yg simple yg mungkin dipandang sinis oleh umat Melayu di luar Kelantan.
Malah Tok Guru sendiri mengamalkan hidup bersederhana. Tinggal di rumahnya sendiri, tidak mementingkan protokol dan pintu rumahnya sentiasa terbuka utk sesiapa kunjungi tanpa memerlukan appointment. Ini berlawanan sekali kalau dibanding dengan Menteri2, MB2 dari UMNO yg selesa mendiami banglo mewah yg kos pembinaannya mencurigai dengan gaji pendapatan mereka.
YB2 PAS juga amat senang ditemui oleh penduduk setempat lantaran mereka bermaustautin di DUN masing2. Di samping itu mereka juga mampu mengendalikan tazkirah, kuliah2 agama kepada qariah setempat. Tak dinafikan ada juga yg tinggal di KB kerana terikat dengan jawatan dalam kerajaan Negeri. Ini amat berlawanan dengan pemimpin2 UMNO kerana sebagai contoh majoriti 22 orang bekas YB UMNO pada sessi DUN yg lalu ada yg menetap di KL atas urusan perniagaan.
Saya rasa Najib patut rawat dulu peel isterinya yg terkenal dengan keborosan. Jangan rakyat nanti pandang jelek dengan kenyataan mereka berdua yg menyuruh rakyat berjimat cermat tetapi lifestyle isteri beliau...MASYAALLAH! Takut ada yg menyamakan dengan Imelda Marcos. Jangan bila turun ke Kelantan ikut Najib barulah isterinya kelam-kabut mencari tudung utk menutup aurat rambutnya. Samalah juga dengan pemimpin Wanita/ Puteri luar setiap kali turun ke Kelantan atas urusan parti.
Kempen2 melampau yg dilakukan oleh insan2 ini menyumbang kepada kempunannya jentera BN menawan Kelantan. Terimakasih kepada 3 serangkai ini kerana BN Kelantan hilang 6 kerusi Parlimen dan 16 kerusi DUN.