Friday, March 07, 2008

Suasana Mutakhir Penuh Seribu Satu Negativisme
Abadikanlah Undi Untuk Agama, Bangsa, Negara

Esok kita akan keluar mengundi. Kita akan memilih calon yang serasi dengan jiwa, tuntutan dan senario mutakhir yang penuh dengan seribu satu negativisme serta kepincangan dan kepura-puraan.

Oleh itu, gunakanlah sepenuh kebijaksanaan bila membuang undi supaya kita dapat abadikan undi kita demi kebaikan masa depan agama, bangsa dan negara yang kini seolah-olah hampir tergadai kedaulatannya dan rakyat jelata yang jelas terhimpit kesejahteraannya. – Ruhanie Ahmad

3 comments:

Unknown said...

Tidak pernah berlaku sebelum ini di Malaysia, rakyat didustai berulang-kali dalam jangkamasa singkat oleh pemimpin tertinggi negara yang sentiasa menonjolkan imej penuh keislaman ketika bertutur tetapi berbeza apabila melaksanakan sesuatu terutamanya membabitkan kepentingan diri, keluarga dan rakan-taulan.

Tidak pernah terjadi di bumi yang kaya dengan sumber asli ini, pemimpin tertinggi negara tidak mengetahui langsung perkara-perkara asas mengenai ekonomi dan kewangan tetapi masih berani terus melancarkan banyak projek berprofil tinggi tetapi tidak realistik dan pada masa yang sama mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan kejahilan diri.

Tidak pernah dibayangkan di tanahair tercinta ini, pemimpin tertinggi negara akan secara terbuka mengakui sesuatu daya usaha yang dianggap unik itu adalah cetusan ideanya semata-mata dan menghebahkannya dengan begitu kerap kepada khalayak umum.

Tidak pernah didengari dahulu, pemimpin tertinggi negara memiliki tahap pemahaman, tumpuan serta ingatan yang begitu terbatas dan mempunyai kecenderungan yang luar biasa mengulangi perkataan-perkataan tertentu sehingga ke tahap yang amat membosankan.

Tidak pernah dilihat sejak merdeka, para “penasihat pakar” kepada pemimpin tertinggi negara menjadi begitu berkuasa mencampuri urusan pemerintahan negara walaupun tidak pernah dipilih oleh rakyat dan tidak mempunyai sebarang pengalaman mentadbir mana-mana organisasi utama dan ternama.

Dan tidak pernah dirasakan sebelum ini, keinginan untuk mengundi begitu menghantui diri dan pilihan undi begitu terang lagi bersuluh!

Berita dari gunung said...

AAB sudah melahirkan kegusaran tentang undi kaum Cina dan India. Mungkin ada petunjuk bahawa kedua-dua kaum tidak mahu memangkah BN.

AAB tidak cermat dalam banyak hal. Itulah sebabnya.

Fique Fique said...

Keputusan kali ini amat mengejutkan saya Dato'. Rata-rata yang ahli-ahli UMNO di kuala lumpur yang saya kenali tidak memangkah BN. Bila ditanya kenapa. adakah tidak puas hati dengan Paklah? rata-rata mereka tidak puas hati dengan cara paklah mentabir negara lebih-lebih lagi dengan isu KJ yang membuatkan mereka mual dan loya dengan BN. Inilah akibat jika derhaka pada Agama, Rakyat & tidak mahu mendengar nasihat & pesanan Dr.M.