Siri Ketiga:
Tengku Razaleigh Hamzah
Muncul Sesudah Gerhana?
Posting saya mengenai Tengku Razaleigh Hamzah siri kedua semalam terus menerima respons warga maya Malaysia. Seperti posting siri satu, ia juga menerima komen yang majoritinya menyokong penuh Tengku Razaleigh bertanding jawatan Presiden UMNO Malaysia demi agama, bangsa dan negara. Bagaimanapun, saya dapat khabar bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kini dikatakan dalam keadaan serba salah, mungkin akan menundakan proses pemilihan UMNO hingga ke tahun depan. Mungkinkah begitu? Apakah kita semua akan berdiam diri jika Abdullah dan MT UMNO mengambil tindakan sedemikian? Fikir-fikirkanlah secara bijaksana!
Di bawah ini ikutilah siri ketiga mengenai Tengku Razaleigh yang pernah saya siarkan pada 25 Jun 2007. Semoga posting ini terus menggodak minda kita semua ke arah yang positif.
Blogger Hamizi mengirimkan angan-angannya ke blog ini mengenai kepimpinan tertinggi negara. Menerusi angan-angan itu, Hamizi mencadangkan Tengku Razaleigh Hamzah atau Tan Sri Muhyiddin Yassin “mengambilalih jawatan” Perdana Menteri Malaysia.
Angan-angan Hamizi sepenuhnya adalah seperti berikut: “Saya mengharapkan salah seorang daripada dua tokoh ini untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri (angan-angan)... Pertama, Ku Li. Kedua, Muhyiddin Yassin. Insya-Allah.”
Komen di atas mengusik perasaan saya. Lantas, saya jawab: “Banyak perkara bermula dengan angan-angan. Macam mana agaknya jika angan-angan anda jadi kenyataan? Boleh diterima oleh rakyat Malaysia?”
Hamizi menjawab: “Bagi masa sekarang, saya rasa rakyat Malaysia boleh menerima mereka. Cuma persoalan besarnya, adakah UMNO boleh menerimanya kerana ada orang lain yang sudah lama mengintai kedudukan nombor satu dan dua ini akan mula menggunakan taktik cantas-mencantas.”
Saya tidak memberikan reaksi lanjut kepada komen tersebut. Ini kerana saya tidak termampu untuk menjawab pertanyaan beliau sama ada angan-angan beliau itu akan diterima oleh orang-orang UMNO.
Lantaran itulah saya poskan angan-angan tersebut ke blog ini untuk dikongsikan oleh seluruh warga maya Malaysia. Moga-moga anda dapat membantu untuk menjawab kemusykilan hati kecil Hamizi seperti di atas.
Angan-angan yang dicetuskan oleh Hamizi mendapat sambutan hangat dan menarik. Ramai warga maya Malaysia pun membicarakan semula ‘teori’ R.A.H.M.A.N yang selama ini dikaitkan dengan susunan keperdanamenterian Malaysia.
‘Teori’ R.A.H.M.A.N wujud daripada singkatan nama-nama Perdana Menteri Malaysia sejak 1957 hingga sekarang, termasuk nama bakal Perdana Menteri yang dijangka menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, suatu hari kelak.
Inilah huraian ‘teori’ tersebut: R (Tunku Abdul Rahman Putra) A (Tun Abdul Razak Hussein) H (Tun Hussein Onn) M (Tun Dr Mahathir Mohamad) A (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan N (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) yang dijangka menggantikan Abdullah bila tiba waktu dan ketikanya.
Banyak pihak yakin ‘teori’ R.A.H.M.A.N ini, jika dimakbulkan oleh Allah SWT, akan jadi kenyataan. Lantaran itu, teori inilah yang sering diulas dan dipolemikkan bila soal pengganti Abdullah dibicarakan secara terbuka.
Biarpun begitu hakikatnya, hari ini ada pula blogger Malaysia yang menggelarkan dirinya sebagai Harlim, memperkenalkan satu ‘teori’ baru – ‘teori’ R.A.H.M.A.T.
Harlim membuat beberapa posting mengenai ‘teori’ baru ini di dalam portal berita Malaysia Today, sebagai reaksi kepada tulisan saya berjodol Ku Li Sebagai PM, Mahyuddin DPM? Menurut Harlim, bezanya R.A.H.M.A.N dengan R.AH.MA.T adalah pada huruf N dan T.
Beginilah kata Harlim ketika memperkenalkan ‘teori’ R.A.H.M.A.T:
“Teori R.A.H.M.A.N kini bertukar jadi teori R.A.H.M.A.T, di mana T adalah PM kita yang terkhir bagi pusingan pertama sejarah Malaysia. T tersebut adalah Tengku Razaleigh Hamzah. Memang kurniaan Allah kepada rakyat Malaysia melimpahkan RAHMAT NYA sentiasa. T juga merupakan kelompok pertama negarawan ulung yang telah sama-sama banyak menaburkan jasa kepada bangsa Malaysia selama ini. Jadi, sudah sewajarnyalah beliau dinobatkan sebagai PM tanpa soal jawab. Kerana itu, N ataupun Najib, tidak wajar berada dalam kelompok pertama PM Malaysia. Seterusnya teori N.A.J.I.B akan menyusul pula dalam era pusingan kedua PM Malaysia. Yang ini semua orang boleh memasang angan-angan.”
Sebagai respons kepada komen seorang blogger lain, Harlim pula menyatakan seperti berikut:
“Malaysia memerlukan Tengku Razleigh sebagai kuasa pengimbang dan memperbetulkan apa yang telah disongsangkan sekian lama. Kerana itu juga Ku Li tidak perlu bertanding bagi merebut jawatan tersebut kerana beliau adalah layak dan merupakan pewaris jawatan tersebut. Dalam tempoh peralihan ini, Ku Li diperlukan bagi memperbetulkan semula susunan pentadbiran politik dan kerajaan yang nampaknya semakin terumbang-ambing hilang pedoman dan tenggelam punca.”
Begitulah perkembangan angan-angan yang mula-mulanya dicetuskan oleh Hamizi. Sebagai penutup, ikutilah komen anonymous yang diposkan kepada blog ini seperti berikut:
“Melihat keadaan sekarang ini, saya amat bersetuju Ku Li tampil menerajui negara. Saya juga sangat-sangat bersetuju TS Mahyuddin jadi TPM. TS Mahyuddin akhirnya akan jadi PM. He is the right material. Evidently, look at the ministeries he headed, all became successful. He got brain. A very sober person dan tidak suka diampu. He measures a person by his merit.”
AMARAN: Apa yang sedang dipolemikkan di sini hanya angan-angan blogger Hamizi. Tidak lebih dan tidak kurang daripada itu. Jadi, anggaplah ini sebagai angan-angan Mat Jenin, mengenai seekor burung yang sedang terbang, tetapi sudah dipipiskan lada! – Ruhanie Ahmad ,Saturday, June 30, 2007
Nota terkini: Posting di atas sudah berusia lebih sembilan bulan. Nampak gayanya, angan-angan Hamizi seperti di atas mungkin jadi kenyataan tidak lama lagi. Insya Allah. Buat sementara waktu, saya dapat tahu bahawa seluruh Ahli Parlimen Malaysia yang memenangi PRU12 baru-baru ini akan mengangkat sumpah tidak lama lagi. Majlis itu dijangka berjalan selama dua hari berturut-turut. Pada hari ketiganya pula, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dijangka berangkat merasmikan sessi Parlimen yang baru. Kata sesetengah kaul, sesuatu yang menarik dijangka berlaku pada hari perasmian tersebut. Apa dia, saya kurang periksa. Jadi, kita tunggu dan lihatlah sama ada info ini benar adanya! - Ruhanie Ahmad

17 comments:
A.kum Datuk,
1. Berdasarkan situasi politik terkini, saya masih yakin teori RAHMAN masih relevan.
2. R A H M (A N)
3. Anwar Ibrahim on the line now. Tetapi hanya Tuhan yang lebih maha bijaksana.
saranan terbuka kepada penulis...ape kata tuan bincangkan masalah dalam pelantikan MB terengganu..dikatakan 23 adun BN menolak pelantikan ahmad said untuk menjadi MB.kesemua 23 adun tersebut memberikan undi tidak percaya kepada a.said.
ini berikutan tuduhan mereka bahawa ahmad said pernah melakukan suatu corruption dlm projek di kijal...kalau ini benar,ini bermakna,UMNO tidak telus dalam memilih calonnya sebagai representative rakyat.Tidak lah adil bagi rakyat berwakilkan org yang pernah melakukan corruption.Minta perhatian kepada pemimpin UMNO supaya selepas ini memilih calon yang lebih telus.
-penyokong UMNO dulu,kini,selamanya-
Kuasa dan pengaruh keatas pengikut adalah jelas, menjalar dan berakar dengan mandat yang diberikan oleh sekitar 2000 perwakilan setiap kali ada pemilihan.
Kuasa sebegini walaupun kuat dan gagah tetapi ia bersifat superficial, mudah direntap jika cengkaman mulai longgar. Kuasa yang unggul pula terjalin sebaik pengaruh kuasa itu menembusi dinding yang superficial, bila hati rakyat dimenangi.
Apatah lagi jika rakyat merasai kehidupan yang bermakna dengan naungan pemimpin-pemimpin itu. Kuasa dan pengaruh terjalin dengan kerencaman perancangan yang strategik dan ketelusan yang berpada-pada.
Ini adalah kuasa yang diberikan oleh rakyat. Disinilah kekuatan Anwar. Penjelmaan kuasa disebalik pengaruh keatas rakyat beliau merupakan contoh terbaik.
Walaupun begitu Anwar sentiasa berjaya melebarkan pengaruh yang tidak kekal. Sebabnya, Anwar menarik rakyat dengan mengocak isu yang panas. Anwar mahir bermain dalam gelanggang begitu. Kelangsungan kepimpinan memerlukan lebih dari isu yang panas.
Dato Seri Abdullah selepas 4 tahun berkuasa, gagal mengekalkan momentum pengaruh. Ada masa-masa pula, rakyat merasa beliau mempamirkan ciri-ciri lemah dan ada masanya dengan sifat degil tidak tentu hala yang berterusan.
Tanggapan sebegini bukan datang dari jalinan kuasa rasmi UMNO, yakni dari perwakilan, tetapi dari rakyat biasa yang setiap penggal turun mengundi.
Kerajaan terlalu bergantung dengan koridor sebagai maskot kejayaan negara. Itu silapnya. Rakyat tidak nampak apa kejayaan koridor. Mana mungkin orang berkeyakinan hanya dengan melihat perancangan dalam kertas sedangkan buktinya adalah 10 tahun dihujung jalan yang kabur.
Dengan UMNO dilihat lemah dan tidak berpengaruh, adalah malang jika kita masih mahu bersandar dengan pemimpin yang tidak kuat. Tengku Razaleigh telah melalui perjuangan sebenar dan beliau masih kental dan berwibawa. Beliau adalah calon berwibawa.
Pun begitu, akan ada lagi yang sudi turun dengan keris terhunus atau dengan gerambit tajam dicelah lipatan samping songket.
Saya bukan ahli perwakilan tetapi pengundi. Gelanggang saya ialah pilihanraya umum. Terima kasih.
Akum Datuk,minta maaf kerana saya tak dapat nak halang diri saya dari buat komen .Pada fikiran saya Teori Rahman sebenarnya tak menepati.tidak beberapa betul.
Kita mesti ambil kira juga di era Malaya di ambang mencapai kemerdekaan. seingat saya sebelum merdeka dalam tahun 1956 Perdana Menteri Malaya pertama yang di Lantik Bristish ialah Almalhum Tunku Abd Rahman, kemudian sesudah itu Tunku melepaskan jawatan PM dan melantik Tun Abd Razak jadi PM.Ini kerana Tunku nak tumpu kepada kempen Pilihan Raya (PRU1?) !Ini di lakukan kerana mungkin tak mahu di tuduh menyalah gunakuasa.Beliau berkempen waktu itu atas tiket President UMNO semata mata bukan atas tiket PM Malaya.Ini lah saya katakan PM yang paling "demokratik dan jantanman"(Sila layari blog http:/siraltalmustaqim.blogspot.com/ tajuk POSTING 'PM YANG PALING DEMOKRAKTIK DAN BERHATI MULIA")
Selepas MENANG atas parti PERIKATAN cop Kapal Layar,Tunku jadi PM balik. jadi bermakna pangkal huruf PM PM yang lepas ialah RARAHMA..Abd Rahman,Abd Razak,Hussein ,Mahathir,Abdullah....
Mungkin saya tersalah faktar, sebab saya menulis ikut ingatan saya saja, di waktu itu saya baru darjah satu nak naik derjah dua, umur dalam 7 tahun pada 1956 .Saya ingat waktu itu, Tunku stepdown sebagai PM dan di ganti oleh Abd Razak..Saya minta orang lebih tua dari saya mengesahkan nya.Mungkin Tan Sri Aziz Tapa boleh confirm.
Wassalam
Samada Ku Li berjaya atau tidak didalam misi merawat UMNO, sama-samalah kita nantikan. Cukup berat tanggungjawab yang hendak beliau pikul untuk mengembalikan UMNO kepada kegemilangan spt tahum 46. Pada masa itu, pemimpin UMNO sungguh ikhlas dalam perjuangan untuk seluruh kaum Melayu. Mereka bekerja keras demi orang-orang Melayu. Tapi kini.....
Saya tertarik dengan satu buku (tajuknya saya tak ingat) yang ditulis oleh seorang Cina yang mengatakan bahawa pemimpin Melayu terdahulu bekerja keras hingga penampilan kelihatan kurus; tapi pemimpin UMNO sekarang berpenampilan gemuk dan lembab, akibat kurang berkerja keras. Mungkin ada kebenaran kata penulis tersebut.
Saya ada dua soalan:
1. Betul ke TDM tak support Ku Li untuk lawan Pak Lah? Saya memang dari dulu lagi support Ku Li for PM...
2. Link dibawah pasal bakal MB Teganung, ada betul ke posting ni?
http://apakhabarganu.blogspot.com/2008/03/mad-said-tak-layak-memimpin-umno.html
Datuk,
Kemampuan Datuk Abdullah Ahmad Badawi amat terhad. Krisis perlantikan MB Perlis selesai tetapi Terengganu belum lagi. Mengapa AAB yang sepatutnya bertindak tidak mampu mengatasi masalah ini. Kalau zaman Tun Mahathir, masalah sebegini beliau selesaikan sendiri dengan apa cara sekali pun. Ini membukti bahawa kelemahan AAB semakin terserlah. Beliau wajar memberi laluan kepada pengantinya.
Kalau YBM Ku Li bertanding jawatan presiden UMNO, itu pun kalau pencalunannya mencukupi, ianya adalah cukup baik bagi warga UMNO. Manakala barisan kepimpinan terutama perwakilan yang dipilih nanti akan membuat satu keputusan yang amat dinantikan. Kalau perwakilan masih dibelenggu politik wang, bodek membodek, etc, maka AAB akan menang. Kalau semua budaya tersebut diabaikan InsyAllah, YBM Ku Li akan menang.
Sama-sama kita tunggu, apakah ahli UMNO terutama yang bergelar pemimpin telah bangun dari tidur ataupun masih dalam igauan mimpi-mimpi ngeri yang melanda lima negeri.
Sdr hazwan,
Saya bukan nak respons bagi pihak Datuk, tp pandangan saya la...
kebanyakan orang UMNO (sekarang ni)..bukan nak bekerja untuk rakyat...bekerja untuk perut sendiri. Tu la, asyik nak cari kesilapan dan kesalahan orang...salah sendiri..pekung, sopak yang dah berkulat...tak sedar-sedar.
Insaflah.
Mereka bukan pejuang bangsa melayu..!!
Yakinlah..
Tiada masa depan yang cerah bersama mereka..!!
Salam datuk
Bg saya Ku Li adalah calon yg sesuai untuk menggantikan Pak Lah tetapi masalahnya mampukah Ku Li mendapatkan pencalonan yg secukupnya untuk bertanding Presiden UMNO
Kini Menteri dan timb.menteri 'pengampu dan pembodek' sedang menyerang Ku Li bukan itu sahaja bahkan akhbar-akhbar kerajaan rata-rata juga sedang attack Ku Li dari setiap arah penjuru
Somoga Ku Li berjaya menjadi PM walaupun banyak halangan yg melanda..Amin
saya setuju dengan teori RAHMAT, saya harap ketua-ketua bahagian UMNO seloroh negara tidak perlu mendengar komen-komen seperti NOH Omar, ia adalah pengampu Pak Lah..dan semua orang yang menghalang KU LI betanding Presiden adalah buta mata dan hati,saya bekerja dengan syarikat Cina, kebanyakkan orang-orang cina yang saya temui mengakui Pak Lah bukan seorang PM yang berwibawa.
Mereka hairan mengapa orang-orang UMNO tidak tukar Pak Lah dengan pemimpin yang lebih berwibawa seperti Ku Li dan Mahyuddin Yassin. Perlu diingat kedua-dua pemimpin ini pernah memegang jawatan menteri perdagangan dan industri pada 80an,ketika itu Ku Li menteri dan Mahyuddin Timbalan Ku Li,memang mereka berdua layak untuk membela nasib melayu dan memperbetulkan UMNO.Seingat saya KU LI dan Mahyuddin buka seorang yg suka mengampu dan membodek.
Saya sebagai ahli UMNO mengharap ada perubahan drastik untuk menukar presiden UMNO. Selagi UMNO selalu mendengar orang atasan sahaja tanpa mendengar keluhan akar umbi, selagi itu UMNOakan berkubur.
Salam,
Teori Rahman ni masih relevan cuma kita lupa nama tu juga dipinjam dari nama ALLAH swt Yakni ar RAHMAAN ( MAAN - dua harakat ) maknanya lepas Abdullah tentu nya Anwar, lupakan apa wadah perjuangan nya, yang lebih oustanding sekarang ini siapa lagi.
Lupakan hasrat ini kalau ada yang mengatakan Najib selepas Anwar, kerana ada seorang lagi bintang yang bakal menyerlah, kalau dikabarkan sekarang tentunya dikatakan exegerate.
Amww Datuk.
Selaku seorang rakyat Malaysia biasa yang memerhatikan apa yang sedang berlaku, saya beranggapan UMNO tak mampu berbuat apa-apa sekarang.
Di sebalik pengaruh barisan pembangkang di peringkat parlimen yang kian mengukuh, penyakit yang sekian lama di dalam UMNO masih tiada tanda-tanda sembuhnya.
Penyakit itu tidak lain tidak bukan ialah tiada kejelasan dari sudut perjuangan di kalangan ahli-ahli termasuk YB UMNO sendiri dan tidak kurangnya masalah politik wang.
Dari pemerhatian dan pergaulan saya, sindrom di atas telah berakar umbi di dalam UMNO. Api semangat yang membara akibat tiupan angin akan lemah bila tiadanya angin. Semangat yang membara perlu disertai pemahaman tentang perjuangan dan seumpamanya. Dalam UMNHO, jika ada ingin yang beruapa wang, projek dsb, naik dan membaralah api semangat dan begitulah sebaliknya.
Bagi saya, apa yang perlu sekarang ialah penilitian dan muhasabah seluruhnya oleh umat Islam. UMNO dan PAS diterajui oleh orang Islam. Mungkin yang berbeza ialah dasarnya. Jika kedua-duanya ikhlas untuk berkhidmat bagi agama, apa salahnya duduk bersama cari formula agar air sejak boleh diminum bersama.
Sama ada YBM Ku LI atau YAB AAB, saya berpendapat keadaan UMNO sukar untuk dipulihkan berdasarkan momentum yang tidak sedia untuk berubah dalam organisasi UMNO itu sendiri.
Sekian, majulah negara tercintaku.
saya masih lagi yakin pada teori asal, cuma dalam bahasa arab jika diterjemah secara nahu-tajwidnya ialah AL-RAHMAAN, ini bermakna anuar ibrahim, ali rustam, adnan yaakob masih relevan utk gantikan paklah sebelum najib bersihkan diri pelbagai fitnah..
Salam Datuk,
Pengkhabaran bahawa 80 ketua cawangan UMNO Bahagian Muar mendesak pemimpin bahagian mengadakan mesyuarat agung khas bahagian Muar untuk menuntut Pak Lah berundur. Kumpulan tersebut mendapatkan pandangan Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman berkenaan tuntutan terbabit dan mengambil keputusan untuk memberikan sokongan kepada usaha Ahli YBM Tengku Razaleigh Hamzah memulihkan maruah UMNO. Tuntutan ini juga berikutan kekecewaan dengan kekalahan UMNO di DUN Maharani dalam PRU12 yang lepas.
Sekiranya Datuk dapat menyelidik pengkhabaran ini dengan lebih lanjut tentunya lebih menarik.
Wasalam.
Tuan telah menulis dengan berhati-hati.Tuan membuat banyak analisis daripada sumber yang ada dengan berkesan.TAHNIAH.
Tepat sekali! Kalaulah TR menang pada 1987 senarionya, UMNO tidak seteruk dan selemah ini. Maksud saya selepas tarikh itu UMNO telah hilang jati diri.TM telah mengikat RAJA, menjadikan orang melayu PENAKUT, menjadikan UMNO tempat mencari KEKAYAAN dan dalam masa yang sama ahlinya menjadi SETIA tak tentu pasal!.
Post a Comment