Raja Dr Nazrin Minta Pemimpin Ambil Iktibar Kisah Silam Kejatuhan Sesebuah Negara
IPOH, 20 Mac (Bernama) -- Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah meminta pemimpin negara ini untuk mengambil pengajaran dan iktibar daripada punca yang menyaksikan banyak kejatuhan empayar, kerajaan malahan raja dan pemimpin sesebuah negara seperti yang tercatat dalam sejarah dunia.
Baginda bertitah melalui sejarah, umum mengetahui bahawa ramai yang telah diberi peluang untuk menjadi pemimpin, namun hanya segelintir sahaja individu yang muncul sebagai pemimpin yang berjaya mencipta sejarah dan membina tamadun bangsa.
"Keadaan ini berlaku kerana ramai yang ketika diberi peluang untuk memimpin kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa.
"Ada antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan.
"Demikian terdapat himpunan sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin yang sewajibnya dijadikan asas rujukan untuk ummah hari ini mempelajari dari kesalahan dan menjauhi dari mengulangi kesilapan yang sama," titah baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul dan penyampaian hadiah hafazan peringkat negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan di sini hari ini.
Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=321629

7 comments:
A.kum Datuk,
1. Tokoh Maulidul Rasul 2008 telah diketahui.
2. Jika nak tahu 'Tokoh Pemantun 2008' sila layari blog saya
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
3. Kemudian renung dan fikirlah sendiri.
Negara kita akan jadi macam filem hindustan atau tamil. Hero (kita) kena lawan dengan pemimpin jahat dan juga POLIS YANG BERSEKONGKOL dengan pemimpin jahat tersebut.
Jahatlah macam mana pun. Sekongkollah macam mana pun. Bawalah bukan setakat POLIS, malah HAKIM, PEGUAM, SPR, BPR dan sebagainya sekali bersekongkol, NAMUN HERO DALAM FILEM HINDUSTAN DAN TAMIL TIDAK PERNAH KALAH.
Tapi kita bukan HERO hindustan atau tamil. Kita HERO MALAYSIA yang lebih kental.
A'kum Datuk'
1.Rakyat telah menghukum dalam RRU 12.
2.KDYMM Raja Perlis telah membuat keputusan!
3.Raja Dr. Nazrin telah mengingat dan berkias
4. KDYMM Sultan Selangor telah mensihat!
5. Datuk Mukhriz dah suruh berhenti
6. Tengku Razaleigh menawarkan diri,
7. Kabarnya 19 Bahagian UMNO Selangor meminta Pak Lah berhenti
HANYA
1. Ahli MT yang masih lena
2. Mana dia Pemuda harapan negara?
3.Mana dia wanita yang menggoncang dunia?
Sekarang hanya masa untuk bertindak!
Raja Nazrin mengingatkan perkara-perkara asas tentang kepimpinan dan kenegaraan.
Dalam kemelut politik negara hari ini, peringatan itu kena pada masanya. Bukan pemimpin saja yang perlu ambil perhatian, rakyat jelata pun sama.
Rakyat masih ada tanggungjawab mengingatkan barisan kepimpinan dari masa kemasa mengikut saluran yang diizinkan. Selain pilihanraya, ada lagi ruang-ruang yang boleh digunakan.
pemimpin yang sensitif akan beri perhatian kepada peringatan dari Raja dan juga rakyat jelata.
Tahniah je laa dulu
A.kum Dato'
Apabila air pasang di sebuah tasik, orang tak pernah pedulikan apa yang ada di bawah permukaan. Tapi apabila air surut, semua keladak dan daki kelihatan. Itu lah politik Dato'. Kalau kita dah bankrap berniaga, akuilah sahaja kesilapan kita. Janganlah dok jaja kehebatan kita pada masa lalu. Itu kenangan saja. Asal kapas jadi benang, Dari benang dibuat kain. Barang lepas jangan dikenang..dah jadi hak orang lain..mengapa dirindu. Apa dipeduli musuh..musuh tetap musuh. Apabila Dato Sri Anwar nak "beli" MP barisan..apa nak hairankan.. itu lah politik. Inilah politk yang orang cina namakan - loot a burning house. Orang Nalaysia dah tak nak makan mi Dato'.. buatlah mi paling sedap pun orang tak kan makan. Harap Dato' lebih mengerti yang tersirat di sebalik kata-kata saya. Saya masih ada rasa hormat kepada Dato' yang berani bersuara walaupun saya tahu Dato' sebenarnya takut dalam hal lain..Maaf Dato'..saya kawan Dzulkefli Shariff..sahabat Dato' masa di BBC dulu..saya pernah dengar ceramah Dato' yang berani dan berterus terang..hingga hari ini sikap Dato' masih begitu.. mudah=mudahan Allah beri Dato kekuatan hati dan sokongan dari sahabat-sahabat melayu sejati. Teruskan perjuangan..Anak GPMS Tanjung Puteri..JB.
A kum Dato'
Selama ini kita baru cuba lempar batu ke rumah orang untuk menakutkan tuan rumahnya. Pusingan kedua ialah kita kumpul data dan bukti penyelewengan. Injuring a man's ten finger is not effective as chopping of one'. Beat the grass to frighten the snake.
Post a Comment