Wednesday, March 19, 2008

Rafidah Akan Terus Terajui Wanita

KUALA LUMPUR 19 Mac - Datuk Seri Rafidah Aziz yang digugurkan daripada Kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam berkata, beliau akan terus memegang jawatan Ketua Wanita UMNO selagi dikehendaki pergerakan itu.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu yang telah berada dalam UMNO selama 42 tahun akan mengadakan pertemuan dengan Exco pergerakan tersebut pada Jumaat ini untuk menyusun semula aktiviti bagi mengukuhkan parti.- Utusan, 3:31pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

6 comments:

Pak Ma'on said...

satu lagi pertunjukan sarkas yang memualkan sedang dipertontonkan kepada rakyat malaysia :)

misan said...

Ngapa Rafidah nak juga pimpin Wanita UMNO? Merajuklah lagi....Macam tak ada orang lain..Letaklah semua jawatan macam Radzi dari Perlis tu....Ha apa jenis pejuang macam ini? Orang dah tak nak, terimalah hakikat, adalah hikmahnya...Allah s w t maha mengetahui.....

Unknown said...

masa akan menentukan....fakta atau auta.

Kapak Batu said...

mungkin ada buah tangan dari pak lah kot, tunggu dan lihat je

den said...

Seperti komen saya bertarikh 10 Mac lalu yang menjangkakan Tengku Razaleigh akan bangkit mencabar jawatan Peresiden Umno jika Najib masih berdiam diri, hari ini jangkaan saya itu menjadi kenyataan bila Tengku Razaleigh telah mengumumkan akan bertanding jawatan itu dalam perhimpunan agong Umno nanti.

Bahkan beliau nampaknya akan berganding dengan Dato Mukhriz dalam tindakan itu. Dan pastinya Tun Dr Mahathir akan memberi restu selayaknya.

Dan jika berlakulah pertandingan tersebut dan ditakdirkan beliau menang, maka Najib akan menjadi korban, melainkan terdapat persefahaman antara Ku Li dengan Tun Dr Mahathir untuk menyelamatkan Najib.

Wakmasnoor said...

With 1.3mil members in UMNO and NONE appointed to ministries top posts; Wanita UMNO will be sidelined in many Govt agendas and if not properly checked, would condemned them as irrelevant to main-stream UMNO.

Frankly, i felt hugely shocked and upset with this PM Abdullah's decision because Wanita UMNO have been working very...very hard to ensure victories for BN candidates in the recent PRU12. Not to award them ministerial post is not just a humiliation to 1.3mil Wanita, but also a degrading of one of the best and largest UMNO and BN machinery.

Wanita UMNO and its leaders should do more to voice out this unfairness and idiocy. As it is seen now, without strong statement and interference from the wing, they shall be the next laughing stock other than the PM himself.