Thursday, March 13, 2008

Muhyiddin-Razaleigh-Anwar Perlu Bertindak Demi Malaysia Dan Rakyat Jelata Seluruhnya

Kiriman Nakhoda

Selepas keputusan PRU 12 diumumkan, Malaysia dilanda krisis, BN dilanda krisis. UMNO dilanda krisis, rakyat jelata dilanda krisis. Seluruh krisis ini berpunca dari hilangnya keyakinan rakyat terhadap Abdullah selaku pemimpin kerajaan, pemimpin BN dan pemimpin UMNO. Krisis yang sedang melanda adalah krisis keyakinan.

Vote of no confidence yang diberikan oleh rakyat menerusi PRU 12 nyata dan benar. Tapi, Abdullah masih terus berkata, kerajaan masih kuat. Krisis yang sedang berlaku adalah hakikat, tapi para pemimpin UMNO dan BN terus beri sokongan kepada Abdullah. Rakyat jelata mahu Abdullah berundur, tapi ada lagi pihak yang menyakinkan Abdullah supaya terus bertahan di kerusi PM.

Kita semua sedia maklum, Najib pun tak boleh diharapkan untuk menyelesaikan krisis ini. Najib bukan tidak mahu bertindak. Dia juga boleh kita ketengahkan dan beri sokongan. Tapi dia ada masalah besar yang dijadikan senjata oleh Abdullah dan Khairy untuk menyekat apa juga usaha yang mahu Najib lakukan.

Dalam keadaan seperti ini, terpaksalah Najib pun perlu diketepikan. Apa guna kita beri dia sokongan bila akhirnya Najib juga akan terus akur pada kehendak Abdullah dan Khairy. Jika Najib engkar, dia pasti akan diugut dengan “kebenaran” yang menyelubungi kes Altantuya. Abdullah dan Khairy akan membunuh Najib secara politik menerusi kes Altantuya. Kalimullah di NST dipercayai sudah stand-by untuk “memadamkan” karier politik Najib menerusi media, jika Najib cuba bertindak menurut kehendak majoriti rakyat ketika ini.

Sekarang terserahlah kepada Muhyiddin dan Tengku Razaleigh. Muhyiddin perlu ke depan dengan berani dan tegas kerana dia Naib Presiden UMNO. Muhyiddin terpaksalah “menderhaka” untuk kebaikan UMNO, BN dan Malaysia. Dia kenalah merintis perundingan dengan Tengku Razaleigh kerana Tengku Razaleigh boleh menyumbangkan peranan berkesan menyelesaikan krisis yang kita semua hadapi.

Kalau Muhyiddin hanya mahu terus bercakap-cakap sahaja menerusi media, kita harap Tengku Razaleigh ambil dayausaha paling utama untuk berunding dengan Anwar Ibrahim. Kita suka atau tidak suka, Anwar masih kuat lagi pengaruhnya. Anwar boleh mengawal DAP dari kalangan pembangkang. Anwar juga boleh diterima dan disokong oleh segolongan orang UMNO. Anwar sentiasa dihormati oleh komuniti dunia.

Mana-mana kumpulan yang prihatin terhadap krisis ini wajar memikirkan formula terbaik untuk membolehkan Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan Anwar bergabung minda dan bergabung tenaga demi negara.

Pemimpin Islam di Sabah dan Sarawak juga perlu berusaha menyumbangkan peranan masing-masing untuk membantu Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan Anwar menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Begitu juga dengan para intelek. Mereka jangan jadi mandul dan dangkal untuk terus jadi pemerhati dan hanya berpolemik sesama sendiri. Mereka semestinya rasa terpanggil untuk berbuat sesuatu secara segera dan berkesan. Sekurang-kurangnya mereka juga perlu bersuara secara kolektif bagaimanakah kemelut semasa ini boleh diselesaikan secara berhemah, damai dan efektif.

Kita persetankan Khairy, Kalimullah, Annuar Zaini dan lain-lainnya. Kita beri kata dua kepada mereka, jangan masuk campur lagi dalam urusan menyelesaikan krisis ini. Kita dengar Khairy sedang menyusun usaha untuk mengerahkan orang-orang tertentu membuat kacau-bilau. Kalau ini terjadi, Ketua Polis Negara terpaksalah tahan Khairy secepat mungkin.

Kita juga dengar desas-desus kononnya segolongan elemen asing kini sedang membantu untuk menimbulkan kacau-bilau tersebut. Elemen asing ini dipercayai dari seberang tambak. Mereka sudah menguasai “under world” Malaysia sejak Abdullah memimpin Malaysia.

Bayangkan kalau group yang dikatakan anjuran Khairy bergabung kekuatan dengan elemen asing berkenaan. Bayangkanlah apa yang akan terjadi.

Saya yakin Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan Anwar pun sudah dapat angin-angin pasal hal ini. Abdullah tak payah kita risaukan. Dia hanya bertindak mengikut rentak dia sendiri dan mungkin juga ikut rentak irama yang sudah didendangkan ke kalbunya oleh pihak-pihak tertentu, waima luaran atau dalaman!

Apa nak ditunggu lagi? Muhyiddin pimpinlah lain-lain pembesar UMNO untuk mendesak Abdullah berundur dengan segera. Tengku Razaleigh, pimpinlah ahli-ahli UMNO untuk memperbaiki UMNO. Anwar carilah jalan terbaik untuk manfaat negara.

Setelah Abdullah berundur, Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan Anwar segeralah berpakat dengan PAS serta lain-lain pemimpin politik Malaysia. Fikirkanlah formula perdamaian politik untuk kedamaian negara dan kesejahteraan rakyat jelata. Saya yakin, rakyat jelata akan menyokong jika apa yang dilakukan adalah secara ikhlas dan jujur meliputi minat serta kepentingan seluruh etnik Malaysia.

Bagaimanapun, dalam apa juga usaha yang akan diambil, Tun Dr Mahathir mestilah dirujuk untuk mendapatkan nasihat dan pandangan. Jangan sekali-kali diketepikan Tun Dr Mahathir dalam usaha ini. – 13 Mac 2008, 3:13 AM

10 comments:

mn said...

A.kum Datuk,

1. Bagi saya Malaysia kini sedang menuju kearah 'sistem 2 parti'

2. Jika melihat senario politik di negeri Perak sekarang ternyata DAP tetap tidak boleh terima PAS. Begitu juga mungkin hakikatnya yang sebenar PAS juga tidak boleh menerima DAP.

3. Jika masalah DAP/PAS masih berlarutan sewajarnya kedua-dua parti ini dibubarkan dan menyertai PKR sebagai jalan penyelesaiannya.

4. Jadi sudah sampai masanya Malaysia hanya mempunya sistem 2 Parti, satu diketuai BN dan satu lagi BA.

5. Berbalik kepada masalah UMNO pula, saya berpendapat UMNO juga perlu dibubarkan dan terserahlah kepada ahli2nya samada memilih BN atau BA. Begitu juga orang-orang cina, india dan lain-lain bangsa termasuk dari Sabah dan Sarawak mereka semua boleh membuat pilhan samada menyertai BN atau BA. Maka dengan ini tiada lagi parti politik di Malaysia yang berpaksikan kepada agama dan bangsa.

6. Adalah sukar untuk Malaysia maju bila terlalu banyak parti politik yang bercakaran sesama sendiri. Kita hanya menghabiskan masa untuk berpolitik walhal sepatutnya kita perlu memfokus bagaimana untuk memajukan negara bagi faedah seluruh rakyat tak kira apa kaum dan agama.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Hovidpure said...

Salam Dato'

Pandangan 'Nakhoda' adalah satu pandangan yang ikhlas, matang dan berterus terang.

Walau apa pun, UMNO perlu bersihkan tubuhnya dahulu sebelum duduk berunding dengan Anwar dan PAS.

Anwar dan PAS telah diterima oleh majoriti masyarakat Melayu dan Islam.

Pemimpin UMNO yang bergelumang dengan najis rasuah, sifat membodek, merompak hak rakyat, menyalahguna kuasa dan culas dalam tanggungjawab mesti membersihkan tubuhnya sendiri dahulu.

Secara peribadi saya kurang yakin bahawa UMNO dapat menyucikan tubuhnya dalam masa terdekat ini. Malahan saya telalu berprasangka dengan beberapa kerat pemimpin UMNO yang memenangi PRU-12 yang baru berlalu ini. Kenyataan mereka selepas pilihanraya menjelaskan lagi bahawa mereka sebenarnya tidak membuat 'homework' yang baik dan tidak ikhlas kepada rakyat. Lebih dari itu mereka tidak ikhlas kepada ahli UMNO sendiri.

uda said...

Dato,

UMNO sepatutnya respon bilamana institusi Istana dicabar dan diperlekehkan oleh mna-mana pihak,khasnya oleh DAP.

2. IGP juga sepatutnya juga terus memberi respon dan menegur mana-mana pihak yang mencabar institusi istana dan bermain api kerana ianya akan menyemarakkan api kemarahan orang melayu.

zeme said...

Salam Datuk,

Gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Anwar sesuatu yang tidak mustahil namun dalam konteks sebagai pemuafakatan ahli UMNO (Kerana Anwar masih bukan ahli UMNO) kiranya gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Mahathir adalah paling bersesuaian untuk memulihkan dan merawat parti UMNO. Satu gandingan mantap dan berpengalaman di bentuk umpama mewakili suara akar umbi ahli UMNO di bahagian Selatan-Timur-Utara.

Di bahagian Selatan, Muhyiddin boleh memainkan peranan mengukuhkan dan menguatkan lagi keteguhan ahli UMNO, di bahagian Timur pula Tengku Razaleigh menggunakan pengalaman lampau untuk menyatukan dan mengembalikan kepercayaan sokongan ahli UMNO terhadap parti dan di bahagian Utara Tun Dr Mahathir masih relevan untuk memupuk kembali semangat pemuafakatan dan sayangkan UMNO di kalangan ahli UMNO yang makin pudar.

Sekiranya dari sekarang gandingan kuat ini di bentuk mewakili seluruh suara ahli UMNO Selatan-Timur-Utara, nescaya kita akan melihat sesuatu yang menarik semasa Persidangan Agung UMNO 2008 nanti dan UMNO akan kembali menjadi suatu keluarga yang bermuafakat dan mantap.

Wasalam

Semangat Naning 74 said...

BERANI KE MEREKA YG BERKAITAN BERTINDAK KERANA SETAHU SAYA BUDAYA DALAM AMNO SEMUANYA YES MAN!!! ANGUK-ANGUK & GELING-GELING......TAK MCM DALAM PAS JAWATAN PRESIDEN DIPERTANDINGKAN. KNAPA UMNO JAWATAN PRESIDEN & TIMBALAN TAK BOLEH PULAK????

leje said...

adalah sukar untuk membersihkan umno pada masa ini. terlalu banyak pemimpinnya yang bergellumang dengan najis rasuah. umno sudah tidak relevan lagi di mata orang melayu islam, bukan kerana umno tetapi kerana pemimpinnya. saya mengharapkan dsai untuk mengetuai gelombang baru di malaysia. buat masa ini pas lebih dominan untuk menyuarakan hak melayu islam.
apa kata dsai memasuki parlimen melalui pr kecil. pujuklah pemimpin umno yang lain seperti kuli dll serta pemimpin islam lain di sabah srawak untuk mengumpulkan 30 kerusi lagi kepada barisan rakyat untuk membetulkan balik halatuju malaysia. pada masaini pengaruh singapura dan yahudi sedang meresap ke malaysia. hati2lah semua..

Warga Desa yang berfikiran terbuka said...

Datuk,

Golongan melayu kini sudah terpecah kepada byk kumpulan:-
1) Penyokong setia Umno/BN & keluar mengundi hrtu.
2) Penyokong Umno/BN tp was2 dengan hala tuju Paklah & tidak keluar ngundi @ bt undi rosak.
3) Penyokong Pembangkang & menyokong usul DAP utk mansuh DEB di Penang.
4) Penyokong Pembangkang tp tidak menyokong mansuh DEB di Penang.

Persoalan kini kenapa terlalu byk kumpulan melayu pada masa ini? Kenapa di zaman TDM majoriti melayu hanya di kumpulan 1?
Melayu kehilangan pemimpin yg berkarisma, karektor, leadership.
Saya amat merindukan saat TDM berucap di PBB yg ditayangkan diDunia Jam 10 dulu.

Johari said...

Askum Datuk,

1. Saya fikir orang yg paling sesuai memegang tampuk pemerintahan sekarang adalah bukan orang politik tetapi pilihan tuhan kerana orang ini semestinya yang paling bertaqwa dan amanah.

2. Orang ini ada diisyaratkan dalam Hadis Ibnu Majah yang terkenal dengan Hadis Panji-Panji.

3. Sistem politik yang kita lagang sekarang berdasarkan ism atau acuan barat.Maknanya bersumberkan akal bukan roh.Model acuan kapitalisma yg dianuti sedang menuju era kehancuran tak lama lagi.Bukankah Nostradamus meramalkan abad 21 akan dikuasai oleh kumpulan Blue Turban(Muslim)

4. So, lebih baik kita cari orang pilihan tuhan yang di isyaratkan dalam Hadis untuk kembali kepada sistem Khalifah.Maklumat lanjut sistem ini, pse go throu www.mykhilafah.com

5. Sejak jatuhnya Turki dan sistem khalifah pd tahun 1924(rencana Yahudi),umat islam hilang Leader yang bolen menyatukan semua negara Islam.

nampak macam leader said...

Assalammuaikum semua ,

Saya tak yakin yang DSAI akan bekerjasama dgn Tun Dr Mahathir setealah apa yg Tun buat kepada beliau . Merengkuk didalam penjara selama 8 tahun termasuk 2 tahun dalam ISA bukanlah satu masa yang pendek . Namun saya berharap agar semua pemimpin Melayu?Islam bersatu demi kebaikan ummah . Cukuplah sudah perpechan yg terjadi dalam dunia Islam .

dceptcon said...

Askm Datuk
Datuk adalah kaum sebangsa dgn saya...banggala jugak sbb ada jugak org Jawa yg masih ada pendirian kat Batu Pahat ini. Cuma satu saya nak tegur. Kalau boleh datuk tolongla highlight benda kepada pucuk pimpinan UMNO seluruhnya. Masih ingatkah Datuk kepada motto UMNO iaitu Dulu Kini Dan Selamanya. Wahai Datuk...motto ini adalah motto yang boleh membawa kesesatan kepada umatnya. Tahukah Datuk bahawa yang layak untuk SELAMANYA dalam dunia ini hanya ALLAH s.w.t. Yang kekal hanyala DIA. Motto inilah yang membawa kehancuran UMNO sebenarnya. Dari segi TAUHIDNYA dan AKIDAHNYA, pengikut UMNO adalah SESAT SESESATNYA. Sebab itulah mereka merasakan UMNO sahajalah yang layak memerintah Malaysia. Jika parti lain yang memerintah Malaysia akan berlaku huru hara. Sebenarnya kenyataan2 seperti ini telah amat MENGHINA orang2 terpelejar seperti saya. Hanya orang yang BODOH lagi JAHIL sahaja boleh menerima ayat2 seperti itu. Tolonglah Datuk...sampai message ini kepada pucuk pimpinan UMNO jika mereka merasa mereka masih orang ISLAM.