Thursday, March 13, 2008

Kembalikan Keyakinan Rakyat

Kiriman Berita Dari Gunung

Lim Kheng Yaik telah bersuara tempOh hari, betapa penasihat Abdullah gagal melaksanakan tugas. Beliau selanjutnya memberi nasihat supaya penasihat-penasihat Abdullah ditukar.

Mukhriz mengingatkan Abdullah supaya melakukan sesuatu yang betul dalam menangani kemorosotan kepercayaan rakyat.

Samy Vellu tidak mahu apa-apa jawatan. Ong Ka Ting pun begitu. Maksudnya, mereka tidak kemaruk jawatan dan sedia ke tepi gelanggang. Namun Abdullah masih belum bersedia.

Johari dan Shahrir menggunakan platfom media utama untuk menangkis teguran Tun Dr Mahathir dengan bersahaja. Seolah-olah Tun Dr Mahathir tidak relevan dan seolah-olah rakyat sudah lama membenci Tun Dr Mahathir.

Musa Hitam tidak berupaya mengembalikan kepercayaan. Tidak ada siapa pun yang kenal dengan dia. Yang kenal dan ingat hanyalah mereka yang tahu peristiwa beliau merajuk untuk "test market" di London hingga Ramli Ngah Talib perlu terbang untuk memujuk. Selebihnya, adalah mereka yang masih ingat harumnya pusara di Memali.

Dalam pada itu, Abdullah masih merasakan perlu untuk memberitahu rakyat bahawa Khairy tidak ada pengaruh ke atasnya. Padahal semua orang tahu bagaimana media digunakan seolah-olah milik Khairy.

Barangkali dengan tersungkurnya Selangor, Khairy puas hati. Namun Khir masih terpacak teguh! Media gagal digunakan untuk menterjemahkan arahtuju kerajaan. Sebaliknya, untuk membelasah orang-orang tertentu.

Saya masih ingat suatu masa dulu ada gambar Khairy dalam akhbar dengan caption "bakal pemimpin". Dalam hati saya berkata, "Bull shit, kerja gila, melampau... and very bad taste".

Morosotnya kepercayaan rakyat kepada kerajaan bukan satu puncanya. Terlalu banyak. Ianya berlaku sikit demi sedikit. Seawal-awal dulu battle cry Islam Hadhari gagal diterjemahkan dengan baik. Masjid Kristal dan perkampungan hadhari yang dijadikan maskot Islam Hadhari, menjadikan rakyat tidak faham, dan seterusnya rakyat percaya bahawa Abdullah pun tidak faham.

Media gagal membina keyakinan rakyat. Ketelusan yang merepek dan gila hanya menyampaikan mesej bahawa kerajaan kita juga merepek dan gila.

Tidaklah salah untuk melutut depan Tun Dr Mahathir memohon maaf dan meminta nasihat. Tun Dr Mahathir sudah melalui pelbagai krisis dalam tempuh 22 tahun, dan dengan minda beliau yang tajam, sesuatu yang baik boleh diutarakan. Tengku Razaleigh pun apa kurangnya.

Rakyat jelata sudah pun bersuara dalam pilihan raya. Selebihnya adalah tanggungjawab Bendahara, Temenggung dan Laksamana. Raja, saya yakin akan ikut saja. – 13 Mac 2008, 10:06 AM

5 comments:

cakapsiang said...

Kita di alam Maya ini telah memulakan gelombang siber untuk menidakkan 2/3, kini masanya kita membersihkan UMNO itu pula supaya UMNO terus releven membela bangsa Melayu dan menjunjung Agama Islam. Di mana kita patut bermula?

pijoe said...

assalamualaikum...

sudah lama saya membaca blog Datuk dan setiap point yang Datuk sampaikan memang jelas dan bermakna.

walaupun saya bukan ahli UMNO tetapi saya penyokong setia UMNO dari era pengharaman UMNO, reformasi sehinggalah munculnya seorang yang bernama khairi jamaludin yang dijulang tinggi. Malah lebih tinggi dari Tun Dr Mahathir.

Keputusan PRU ke 12 ialah satu keputusan yang tak dijangka. Tetapi bagi saya ianya sudah dijangka apabila melihat mejoriti rakyat di forum menyatakan kekecewaan terhadap kepimpinan sekarang. Dan apabila melihat ceramah² yang diadakah oleh parti DAP, PKR, dan PAS, sokongannya amat diluar jangkaan. Malah saya sendiri memberi undi saya kepada parti tersebut bukannya kerana marahkan UMNO tetapi sebagai undi protes danmengharapkan kekalahan besar BN ini akan mengubah kepimpinan masa mendatang.

Tetapi semua harapan saya meleset apabila Abdullah Haji Ahmad tanpa rasa malu mengangkat sumpah sebagai PM malaysia. Bagaimana lagi saya ingin lakukan supaya beliau berhenti???

DAP, PKR, PAS bukannya parti yang kuat. Yang membuatkan mereka menang adalah kerana undi protes termasuklah saya. Saya masih ingat Abdullah HJ ahmad dengan yakin mengatakan BN akan menang mejoriti 2/3 beberapa hari sebelum pilihanraya tetapi apabila melihat jentera kempen parti BN seperti terdesak untuk meraih undi. Sehinggakan menggunakan semua media cetak, electronic, email, billboard , artis-artis dan sebagainya. Begitu terdesak sekali.

Rakyat sekarang berfikiran matang dan boleh menilai sendiri. Kami bukannya tidak mengenang budi seperti kata sesetengah ahli BN. Bagi saya pembangunan pada hari ini adalah hasil usaha pemimpin sebelum abdullah HJ ahmad. Apakah pembangunan semasa negara diperintah oleh Abdullah Hj Ahmad? Pembangunan keluarga dan menantu Abdullah Hj Ahmad adalah.

Berhntilah Abdullah Hj Ahmad kerana orang ramai tidak hormat lagi kepada anda seperti mana anda dan sebilangan pembodek anda tidak menghormati pemimpin sebelumnya. Janganlah sampai BN jadi pembangkang baru anda tau kelemahan anda.

pak tam said...

masih menunggu permohonan MAAF dari YAB PM dan penasihat2nya di atas kekalahan yang teruk ini....

Semangat Naning 74 said...

PAK LAH MESTI LEBIH TULUS...MANA-MANA MENTERI YG TERLIBAT DALAM RASUAH PERLU DIDAKWA DAN JGN DISELAMATKAN......."LAWAN TETAP LAWAN", REFORMASI3X... MAKKAL SAKHTI3X...MALAYSIA MALAYSIAN....

Slyders said...

Salam.

Dalam tv, dah berhari-hari siri wawancara bagi mengulas perihal keluar biasaan PRU12. Namun saya agak mual dengan huraian punca kekalahan BN oleh panel-panel yang dilantik. Tah hapa-hapa tah yang diulasnya. Macam serba tahu.... Analisis itu, analisis ini... tapi yang utamanya tidak disebut. Sukar betul bagi mereka untuk menyebut atau mengakui antara punca utama BN tergolek ialah disebabkan oleh Beruk Hitam kesayangan tampuk pimpinan kita tu.

Namun saya memuji Agus, yang berani mengkritik secara terbuka tindakan berlebihan media (RTM & TV3) yang berkempen untuk BN. Agus menyebutnya secara live dalam wawancara dengan RTM. Syabas Agus... Malah pada malam keputusan PRU12, Agus juga telah meramalkan UMNO akan tersungkur di Kelantan. Namun panel yang sorang lagi (Datuk Johan) agak sinikal terhadap kenyataan Agus. Akhirnya, Agus boleh tersenyum lebar... beliau lebih realistik berbanding Johan. Ini adalah contoh ahli panel yang lebih adil dan terbuka tanpa perlu untuk membodek pemimpin. Tahniah Agus!