Wednesday, March 26, 2008

Hilang Gelap Timbul Terang!

Syukur Alhamdulillah. Tanda-tanda awal menunjukkan bahawa gerhana siasah yang kita lalui mutakhir ini mungkin segera berlalu menjadi satu titik sejarah malang yang akan kita wariskan kepada generasi mendatang supaya menjadi iktibar dalam perjuangan mereka di hari muka demi agma, bangsa dan negara.

Nampak gayanya, angan-angan blogger Hamizi yang diluahkan menerusi blog ini kira-kira sembilan bulan yang lalu, mungkin jadi kenyataan. [sila rujuk kepada siri Tengku Razaleigh Muncul Sesudah Gerhana yang saya ulang siar dua tiga hari yang lalu untuk merincikan angan-angan Hamizi yang saya maksudkan.]

Mudah-mudahan, hilang gelap timbul terang. Dan seluruh rakyat jelata pun akan menginsafi serta menghayati erti yang terselindung di sebalik kelima-lima prinsip Rukunegara, dan juga menginsafi serta menghayati erti demokrasi dalam konteks Malaysia tercinta.

Semoga gerhana yang kita lalui baru-baru ini akan mendewasakan kita selaku rakyat dan pemimpin bahawa perjuangan kita biar selamanya jujur, ikhlas dan kerana Allah. Mudah-mudahan cahaya terang yang akan kembali bersinar juga akan memandu kita ke arah perjuangan yang sentiasa lurus dan diredhai Allah SWT. Insya Allah.

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!!! – Ruhanie Ahmad

15 comments:

zeme said...

Salam Datuk,

Teringat ucapan lampau Almarhum YM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa ucapan YM Tunku dalam kempen Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada PRU 1990 berbunyi "kalau RAHMAN ditukar menjadi RAHMAT maka bertuahlah Malaysia, rahmatlah Malaysia". InsyaAllah.

Wasalam.

Anonymous said...

Semoga tilikan dan impian Dato' menjadi kenyataan. InsyaAllah

THE PUREHADHARIST said...

APAKAH KU LI SATU-SATUNYA PENYELESAIAN ?

Salam Datuk,

Pertanyaan di atas terpacul dari mulut sahabat saya ketika sama-sama cuba merungkai permasalahan politik Melayu ketika ini.

Yang ditolak rakyat bukan individu sebenarnya, tetapi sistem pemerintahan yang diterajui UMNO. Oleh yang demikian, walau Ku Li pun muncul, rakyat akan tetap tolak UMNO, katanya.

Apakah UMNO akan berubah kalau Ku Li yang memimpin? Apakah UMNO akan berubah kalau Mahathir kembali memimpin? atau apakah UMNO akan berubah jika Anwar Ibrahim kembali ke UMNO dan memimpin UMNO? Apakah jika Pak Lah yang berubah dan insaf, UMNO akan berubah kepada yang lebih baik?

Datuk, sebahagian pemimpin UMNO diperingkat bahagian telah mengadakan "brain storming" sesama mereka dan kebanyakkannya berkesimpulan, selagi UMNO (orang Melayu) berTUHANKAN duit dan tidak merasa jijik dengan rasuah politik, maka UMNO tidak akan berubah.

Kita jangan lupa Tun Mahathir sampai menangis kesal akan perihal politik wang dalam UMNO dalam perhimpunan Agong dulu.

Apakah itu air mata biasa? Apakah KU LI pernah menangis memikirkan rasuah politik? Apakah Anwar Ibrahim tidak pernah terlibat dalam rasuah politik? "Knowing UMNO, tidak ada seorang pemimpin pun yang tidak terlibat dalam rasuah politik, kata sahabat saya lagi.

So Datuk,

APAKAH UMNO BOLEH DIPULIHKAN UNTUK MEMULIHKAN KEPERCAYAAN RAKYAT?

DATUK PERLU MEMBUKA SUATU SOAL SELIDIK ATAS PERTANYAAN INI DALAM BLOG DATUK INI. Kemudian boleh kita analisakan.

Bila boleh jumpa? esok saya di KL.

T.kasih.

Anonymous said...

berita terkini......deris jusoh,rosol wahid,din adam ditarik gelaran datuk oleh istana terangganu....hehehe rasakan...derhaka lagi..kan dah kena...kecik2 lagi mak bapak dah bilang jangan derhaka pada raja...ni lah akibatnya

Kapak Batu said...

betul ke mereka sudah ditarik gelaran datuk tu, sumber yg sah ke?

Unknown said...

Salam Datuk,

Harap-harap impian kita menjadi kenyataan.Diharapkan 'RAHMAT' bakal memberi rahmat yg melimpah-ruah di bumi Malaysia.

Akhir-akhir ini kita sering mendengar ucapan dan idea-idea Ku Li yg bernas
dan tepat pd masanya.Sudah tentu ini tidak disiarkan dalam media massa kerajaan.Cadangan saya apa kata kalau Datuk ketengahkan kpd Ku Li agar dibuat satu laman web blog peribadi beliau sendiri agar semua rakyat berbilang bangsa dan golongan tidak kira disemua peringkat lapisan masyarakat agar dapat mendengar atau membaca isu-isu atau apa2 idea
yg bernas dr Ku Li sendiri bukan itu sahaja malah ianya juga dapat menonjolkan imej Ku Li memandangkan masyarakat pd hari ini
kebanyakkannya golongan muda tidak mengetahui jasa-jasa dan sumbangan
beliau pd negara serta ianya juga dpt menonjolkan ketokohan yg ada pd ku Li sendiri.Blog kini merupakan senjata yg utama dalam politik negara sejak akhir-akhir ini.Ini terbukti bahawa Anwar Ibrahim dan beberapa ahli politik lain mempunyai blog termasuk datuk sendiri.Semoga datuk
boleh ketengahkan dan berbincang dgn Ku Li mengenai perkara ini.Tq.

Unknown said...

Salam Datuk,

Saya bersama Datuk didalam kemelut siasah ini. Kita perlu berbalik kepada hakikat yang telah kita jalinkan iaitu rukun negara. Kita kata kita kotakan. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

KEJAWEN said...

Kalau saya Sultan Terengganu, saya buang daerah orang-orang tu..Sebagai DYMM Agong pula, saya FREEZE semua asset, akaun dan harta SEMUA AJK UMNO atau sesiapa juga dalam politik agar mereka insaf dan tahu tinggi rendah langit..... By the way Datuk, berapakah gaji sebulan seseorang menteri dan timbalan menteri....??... rakyat kampong nak tahu...!!!...

luaskanmata said...

AMWW DATUK DAN SAHABAT SEKALIAN:

Di sebalik kesedihan dan rasa kesal apa yang berlaku di Terengganu, berita terkini ni membuahkan juga harapan.

Kepada rakyat terengganu khususnya dan Malaysia amnya, marilah:


MUNAJAT PERDANA RAKYAT TERENGGANU
MEMOHON KEBERKATAN DAN KEDAULATAN
KDYMM TUANKU AL-SULTAN DAN NEGERI TERENGGANU

Dipimpin Oleh;
YBhg. Datuk Sheikh Ismail Mohamad Al-Hafiz

Pada : 27 Mac 2008 (Khamis Malam Jumaat)
Masa : 8.30 Malam (Solat Isya' Berjemaah)
Tempat : Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)


DAULAT TUANKU...

mamatrim said...

assalamualaikum, mama yang tak pandai ni nak cakap sikit. Apasal yang umno ni pelik sangat perlembagaan dia. Ada ke dalam dunia yang mana-mana organisasi ada perlembagaan serupa umno?? Sampaikan Presidennya begitu berkuasa sekali. Apa dah jadi?? Mama rasa, orang umno yang merosakkan umno sendiri. Kalau organisasi, perlembagaannya pincang, maka pincanglah organisasi tersebut. Ini yang terjadi pada umno. Cuma yang mama cuba fikirkan apa yang menyebabkan umno begitu takut untuk menggunakan perlembagaan yang biasa digunapakai...(selain dari menjaga kedudukan/jawatan masing-masing)-mungkin ada sebab-sebab lain?

THE PUREHADHARIST said...

Salam Datuk,

Saya buat survey siapa yang paling layak jadi Presiden Umno. Tolong war-warkan Tok.

Layari http://pure-hadhari.blogspot.com

ini sure takde politik wang.

Thanks.

Unknown said...

Memang wajar gelaran ditarik balik. Jangan derhaka pada sultan. Deris ni cakap ego, angkuh sangat. Bukan pembangkang jer yang tak suka. Ramai ahli Umno yang menyampah. Orang macam ni menyusahkan Umno sahaja.

-------------------------
http://semasa.pdniaga.com

pak tam said...

salam semua

di sini saya melihat jalan penyelesaian bagi umno ialah ahli2 umno sendiri... dari akar umbi perlu dibersihkan, bermula dari peringkat cawangan, bahagian dan negeri..

Pemilihan pemimpin berdasarkan kepada kredibiliti dan intergriti, yang mampu membawa kepada tiada politik wang...

Tidak kira siapalah yang akan menjadi Panglima kepada reformasi UMNO, pucuk pangkalnya jika UMNO tidak dibersihkan dari politik wang , maka perkara ini akan berulang kembali pada masa akan datang

Dicadangkan agar tiada lagi menang tanpa bertanding bagi semua peringkat pemilihan, kerana ini akan menjadikan ahli2 UMNO lebih berani manyatakan pendapat dan hak masing2.

Jadilah seperti Hang Jebat sanggup mengorbankan diri untuk menegakkan keadilan dan menghapuskan kebatilan demi untuk bangsa Melayu.

salam ta'zim

Aim6382 said...

Assalammualaikum Datuk,

Dibawah ni adalah petikan berita dari Utusan Online hari ni.

[Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib semalam berkata, para pemimpin badan perhubungan UMNO negeri yang bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini mencadangkan supaya pemilihan parti itu ditunda ke Jun tahun depan bagi mengelakkan berlaku ‘malapetaka’ politik negara.

Pergerakan Puteri UMNO dan beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu menolak saranan supaya pemilihan UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan MT ditangguhkan lagi.

Di SEREMBAN, ahli MT UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga mahu pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun ini diteruskan demi masa depan parti.

“Kalau agenda peribadi mengatasi perjuangan, tangguhkan sampai bila pun, ia tidak akan menyelesaikan masalah,’’ jelas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Seorang lagi ahli MT, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, cadangan menunda pemilihan UMNO ke tahun depan tidak membawa sebarang makna kerana akhirnya pemilihan itu akan tetap dijalankan.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Ahmad Faizal Azumu berkata, ahli-ahli UMNO di peringkat mana sekalipun telah mempunyai kematangan dalam politik.

“Pemilihan parti adalah peluang untuk ahli-ahli UMNO mencari pemimpin yang terbaik untuk memimpin parti. Jika ia terus dilewatkan, kita akan terus berhadapan dengan masalah terutama dari segi persepsi rakyat,’’ katanya.

Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Mohd. Idham Yasser berkata, ramai pemimpin UMNO tidak bersetuju pemilihan parti ditangguhkan.

“Pemuda UMNO sendiri berhadapan dengan sekatan had umur jika pemilihan ditunda. Akan ada ramai yang terlepas peluang memimpin pergerakan Pemuda kerana melewati had umur,” jelasnya.]

Pertanyaan saya, siapa sebenarnya yang mahukan penangguhan ni? Mana satu kenyataan yang betul? Kita ahli UMNO bawahan ni pun dah naik bengang dengan kenyataan-kenyataan dari pihak atasan yang agak bangang sejak akhir-akhir ni.

zeme said...

Salam Datuk,

Berkenaan saranan saudara dino boleh layari blog YBM Tengku Razaleigh di sini.

http://mykuli.blogspot.com/

Wasalam