Sunday, March 02, 2008

Hak Melayu Terjamin -- Janganlah Berasa Kurang Selamat – PM

PRAI 1 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan hak dan kepentingan orang Melayu akan terus dipelihara walaupun kerajaan membantu kaum-kaum lain.

Oleh itu, tegas Perdana Menteri, orang Melayu jangan berasa kurang selamat hanya kerana bantuan-bantuan yang diberikan kepada bukan bumiputera.

“Kalau kita membantu mereka (kaum lain) ia dilaksanakan atas asas-asas bahawa setelah dipertimbangkan ada kewajaran untuk membantu. Namun ini tidak bermakna ia mengurangkan apa juga bantuan yang dinikmati oleh bumiputera dan kita tidak berhajat berbuat demikian,’’ katanya.

Lagi:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

5 comments:

sniper said...

yang ini org johor kena insaf diri sendiri ..apa cerita johor sekarang, apa cerita WPI sekarang dan apa masa depan anak johor di masa akan datang .. sesekali anak-anak johor perlu 'ajar' orang yang mudah sangat gadaikan tanah melayu .. jangan nanti anak johor seperti anak penang.. dulu stamford raffles dan pekena sultan, takkan nak biar pak lah & co. pekena sultan ???

Unknown said...

cakap-cakap abdullah dan orang sekeliling dan juga menantunya memang tak leh saya percaya kerana kata nak cari As-Shafie dan Al-Ghazali, memang tak jumpa. kan bohong tu.
kata tak nak harta bertimbun tapi kemewahan macam Qarun.
kata nak bongkar kitab suci yang jumpa islam HADHARI.
tulah bila ada ilmu tapi tak ikhlas walau ia anak ulama', maka takut Allah tak redha, itu yang kita bimbang.
dalam Al-Quran pun diceritakn bahawa anak Nabi pun engkar tak mahu ikut seruan Allah dan Nabi.mati dalam keadaan kafirun. itu satu pengajaran bagi orang yang berfikir kecuali 'orang utan'.

Unknown said...

Datuk, ada desas-desus yang mengatakan bahawa di Cempaka, Tok Guru Nik Aziz sepatutnya menang tanpa bertanding. Sebabnya, calon BN/UMNO terlampau 'cerdik' sangat hinggakan tidak menandatangani satu pun borang pencalonan. Tetapi memandangkan budi pekerti Tok Guru yang begitu tinggi jika dibandingkan dengan orang-orang UMNO, maka Tok Guru membiarkan sahaja orang UMNO yang cerdik itu bertanding. Orang ramai yang hadir boleh menjadi saksi pada hari itu.

Soalan saya kepada Pak Lah, cakap dah tapis betul-betul, begini punya qualiti pun mau bagi jadi pemimpin rakyat? Pak Lah, please be a man and resign with honor. You are a disgrace to the nation and to UMNO.

Unknown said...

I think the people of Malaysia should read this. I challenge those in UMNO to top this one man. None of you can challenge him in any way. Not Pak Lah, not Najib, not KJ, not even the whole lot of UMNO. Ummmmm...No! We had enough.

This link is taken from HarakahDaily:

Terserlah keperibadian Nik Aziz, minta calon BN 'sign' borang

http://www.harakahdaily.net/index.php?option
=com_content&task=view&id=12893&Itemid=28

Unknown said...

Datuk, ada saya diberitahu oleh kawan saya (yang dengar daripada pak mentua dia orang UMNO), yang "mengatakan" (fitnah) bahawa Tok Guru Nik Aziz pun tidak tandatangan borang calon semasa penamaan itu hari.

Mengapakah begitu mundur sangat akhlak orang UMNO sampai sanggup reka cerita? Walhal kebodohan adalah di pihak mereka sendiri? Sungguh tidak layak orang UMNO itu diangkat sebagai pemimpin rakyat. Jika mereka boleh mereka-reka cerita, apa gerenti yang mereka juga tidak akan mereka-reka cerita berkenaan pemerintahan mereka kelak? Bak kata pepatah Melayu (saya petik di sini sebab UMNO bangga sangat dengan perjuangan Melayu mereka)...Bapak Borek, maka Anak Rintek. Wassalam.

Hidupkan perjuangan orang-orang yang amanah serta beriman!!!