Thursday, March 13, 2008

Gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Mahathir?

Kiriman Zeme

Gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Anwar sesuatu yang tidak mustahil namun dalam konteks sebagai pemuafakatan ahli UMNO (kerana Anwar masih bukan ahli UMNO). Kiranya gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Mahathir adalah paling bersesuaian untuk memulihkan dan merawat UMNO - Satu gandingan mantap dan berpengalaman dibentuk umpama mewakili suara akar umbi ahli UMNO di bahagian Selatan-Timur-Utara.

Di bahagian Selatan, Muhyiddin boleh memainkan peranan mengukuhkan dan menguatkan lagi keteguhan ahli UMNO, di bahagian Timur pula Tengku Razaleigh menggunakan pengalaman lampau untuk menyatukan dan mengembalikan kepercayaan sokongan ahli UMNO terhadap parti, dan di bahagian Utara Tun Dr Mahathir masih relevan untuk memupuk kembali semangat pemuafakatan dan sayangkan UMNO di kalangan ahli UMNO yang makin pudar.

Sekiranya dari sekarang gandingan kuat ini di bentuk mewakili seluruh suara ahli UMNO Selatan-Timur-Utara, nescaya kita akan melihat sesuatu yang menarik semasa Perhimpunan Agung UMNO 2008 nanti dan UMNO akan kembali menjadi suatu keluarga yang bermuafakat dan mantap. - 13 Mac 2008, 11:57AM

13 comments:

Anonymous said...

Dato.saya sudah tidak mengharap lagi kepada Najib dan Hishamudin untuk mendesak Pak Lah berundur bagi saya mereka semua adalah hampeh,sokongan saya pada kedua pemimpin ini adalah kosong.

Saya berharap Tun M dapat membantu Ku Li megembalikan kegemilangan Umno dan BN.Saya sedia memberikan apa2 bantuan yang diperlukan demi untuk mengembalikan maruah Umno dan bangsa melayu yang telah mula hendak dipijak2 oleh bangsa asing.

Cilaka Pak lah,Khairi dan sidang wazirnya kerana telah menjahanamkan BN dan bangsa melayu.

Zainal A. Kasim said...

Apa sahaja formula yang mampu untuk membina kembali kekuatan Melayu/UMNO perlu dilaksanakan. UMNO adalah perjuangan mengukuhkan ekonomi dan kuasa Melayu. Jangan tersasar daripada matlamat ini.

Slyders said...

Salam

Dalam akhbar Berita Harian hari ini... atau juga dikenali sebagai akhbar kerajaan.... boleh juga dikenali sebagai akhbar KJ..., ada seorang pembaca yang menulis di ruangan pendapat yang menyalahkan pengundi Melayu atas apa yang berlaku sekarang.... Beliau merujuk akan kekuasaan DAP.

Inilah masalahnya... kalau nak kata pembaca yang menulis tu cerdik, ketaranya macam bangang. Kalau nak kata macam bangang, memang sah pun bangang! Menulis macam kena upah ngan kerajaan.

Ketika rakyat berdemonstrasi, Pak Lah kata ikut saluran yang betul kalau nak bersuara. Bila Tun Dr Mahathir nak ikut saluran yang betul dengan merendahkan diri untuk menjadi perwakilan... beliau di'sekat' oleh Bro Jo. Bila rakyat marahkan kerajaan, depa kata kalau nak tukar kerajaan... hanya melalui pilihanraya. Bila rakyat dah pilih... depa salahkan rakyat pula.

Aikk... apa ke bangang ke Pak Lah dan balaci-balacinya tu? Dah tu, semua salah rakyat... kerajaan jadi apa? Raja?

Harga barang naik macam tak terkontrol... kerajaan suruh rakyat boikot. Kita undi dia untuk selesaikan masalah kita. Dah dapat kuasa, depa suruh kita pulak settlekan! Cerdik ke tu?

Tak pernah terjadi, harga minyak naik sampai 3 kali setahun... Dalam kerajaan Pak Lah... terjadi ia.

Hal yuran sekolah, sangatlah jelas kerajaan tipu rakyat. Tarik yuran RM5.00, kena bayar pula RM 30.00. Cerdiknya kerajaan. Zaman Pak Lah je berlaku camtu.

Tahun 1997, kerajaan mengalami kegawatan ekonomi. Namun, kerajaan Tun Dr Mahathir masih sudi untuk memberikan bonus pada kakitangan awam. Tak banyak, sedikit pun jadilah. La ni... duit habis dibawak ke bulan. Sebab tu ramai yg undi bulan.... Kata ekonomi berada dalam keadaan yang paling kukuh... tapi kedekut nak mampus.
Cerdik le tu kot....

Malas nak ulas bebanyak. Yang pasti Pak Lah letaklah jawatan tu cepat sikit. Jemu... meluat dah aku tengok muka dia.

Eh,... korang terperasan tak... Senyap je Khairy sejak habis PRU12 ni.... Takut le jembalang hitam tu. Rakyat menyampah dengan dia. Dia je perasan rakyat suka. Pigidah...

Sal said...

Sewaktu menjadi PM, Mahathir memperbodohkan rakyat dengan kes mahkamah Anwar Ibrahim. Dia adalah punca kejatuhan BN. Masih nak dia lagi??? Rakyat mahukan social justice. Adakah Mahathir telah menegakkan social justice sewaktu dia menjadi PM. Bukankan ISA semakin berleluasa sewaktu dia menjadi PM? Orang UMNO tidak faham dengan kehendak rakyat. By the way, Mahathir and Tg Razaleigh dah expire. Salah satu sebab UMNO tandus pemimpin muda adalah kerana politik wang. Pemimpin tulen tidak ada peluang untuk bersuara kerana semua nak kena ada duit. Memalukan.

mie said...

Semua perlu bergading bahu dalam mencapi satu persefahaman dan kata putus agar kita semua bersatu dan jangan lupa perjuangan kita.

Pinkwatch said...

saya berpendapat formula nie relevan untuk keadaan UMNO skrang..gandingan yang menarik dan relevan. moga2 paklah dengar rintihan rakyat bawahan ini.. tp buat sementara waktu, saya rasakan, apa2 yang di tulis dan rata2 artikel yang boleh kita baca, seolah-olah tiada satu pon tulisan pengkritik2 untuk memajukan kembali UMNO, di ambil kira oleh pak lah?? macam mane lagi cara nak sampai kan pekara2 ini pada telinga beliau??

spycatcher03 said...

Amat berat bagi sesaorang yang sedang menikmati kuasa yang obsolute, kadang2 berperanan seperti demi-god, untuk menerima hakikat bahawa beliau tidak lagi di senangi, diperlukan dan dihormati sebilangan besar rakyat. Ada2 saja alasan yang diberi untuk menegak benang basah. Orang seperti ini hanya sedar apbila dilanggar bulldozer!!!
Dan tidak mungkin Najib dapat melakukan sebarang desakan kerana pak lah 'is holding him by the balls"!!! Berkemungkinan golongan vetran Umno dapat bersatu dan beri petunjuk kepada pemimpin kontemporari Umno untuk melakukan tekanan tertentu agar Pak Lah berundur secara terhormat. Sehingga kini saya fikir Pak Lajh mendapat semangat yang kental dari KJ, Kamal dan Nori, sudah tentu tidak ingin melihat bapa dan bapa mertuanya hilang kuasa yang bolih memberi impak yang besar kepada mereka. Saya pasti anak2nya, ketika ini pon, sedang memberi kata2 semangat seperti ' we'll battle on ', Kita masih mendapat sokongan majoriti rakyat' dsb nya. Apatah lagi tiap2 saat Pak Lah di sondol dengan cucu (anak KJ), maka semangat untuk tidak tunduk kepada tekanan makin bertambah!!
Semua orang tahu bahawa BN dilanda tsunami yang maha besar bukan kerana parti2 pembangkang kuat atau boleh diterima rakyat, tetapi sebagai protes dan pernyataan meluat terhadap Pak Lah dan menantu dan anak2nya. Yang menjadi mangsa ialah pemimpin2 BN yang masih relevan dapat berbakti kepada rakyat. Ledakan tsunami kemarin tidak dapat dibendung lagi walaupon rakyat diumpan dengan serba kemewahan.
Adalah lebih mulia kalau pak lah memilih untuk berundur secara sukarela dan sejarah akan melakarnya sebagai pejuang tanah air yang bermaruah!!!

PAKCIK said...

ketig-tiga pemimpin tersebut adalah amat disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan. kewibawaan mereka tidak boleh dipertikaikan lagi. namun sayangnya, pemimpin umno kini yang sememangnya begitu bersemangat menunjukkan bahawasanya mereka boleh berdiri dengan kaki sendiri telah mula dijauhi oleh kawan dan juga lawan.

telah dinyatakan oleh saya bahawasanya YM Tg Razaleigh adalah lebih berpengalaman dalam membawa rakyat kelantan agar menyertai umno . kepimpinan yang ada padanya disegani oleh rakyat. begitu juga dgn tun dan tan sri muhyiddin. mereka adalah orang lama dalam umno yang telah matang dalam segala segi percaturan.

semoga pemimpin2 umno sekarang dapat membuka mata dan sekaligus meperbetulkan akan kesilapan dan kelemahan yg lalu.

nasa said...

inilah akibat tidak berkata benar.Maklumat yang disampaikan kpd Paklah semua maklumat mengampu, kena pulak paklah tu tak ada ketokohannya sendiri, tak macam Tun M. Paklah lebih berwibawa sebagai ayah/atuk tapi bukan PM. Maaf,..saya hanya berkata benar.

Berita dari gunung said...

Dato,

Sebarang usaha untuk keluar dari kemelut ini adalah dialukan. Asalkan usaha itu dengan tujuan yang murni.

Kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa; keyakinan rakyat mesti dipulihkan, kepimpinan hendaklah berkesan, kerajaan hendaklah matang, adil dan bertimbang rasa.

Yang disebut hanyalah sebahagian prasyarat untuk bergerak kedepan dengan halatuju yang jelas.

Sesiapa jua yang ingin menjadi atau terpilih sebagai "power broker" hendaklah berpengaruh, diterima dan ada unsur pengecualian.

Kita yakin, kerajaan boleh keluar dari kemelut ini.

Unknown said...

apa kata Dato Shahril Samad

Kamalkamal said...

Datuk,

Walaupun pelbagai formula yang kita cari, penyelesaian sebenar amat sukar bagi UMNO. Ini adalah kerana dalam barisan kepimpinan tertinggi UMNO sendiri pun masih sukar untuk kita temui pemimpin yang benar-benar berwibawa. Sindrom politik wang, bodek membodek cukup ketara dalam UMNO.

Masa depan UMNO sebenar masih samar-samar. Sekiranya ahli-ahli UMNO seluruh negara mampu menolak politik wang, menolek budaya bodek membodek, menolak semua bentuk penyelewengan, maka dalam masa sepuluh tahun akan datang mungkin kiita akan temui pemimpin yang benar-benar berwibawa, bermoral dan mampu membawa UNMO kepuncak kegemilangan.

Pengajaran daripada PRU kali ini seharusnya di ambil iktibar oleh barisan kepimpinan UMNO semua peringkat. Luruskan barisan, InsyaAllah kita akan temui jalan yang lurus.

apartisan said...

Dato'. Kenyataan yang menyebut bahawa pemimpin yang ada sebelum ini tidak mendapat tentangan, yakni bolehlah dikatakan disukai segolongan besar rakyat, adalah tidak tepat.

Secara retrospektif, rakyat ketika itu sebahagian besarnya ada yang tidak menyokong pemimpin yang ada dalam parti pemerintah pada waktu itu, cumanya mereka tidak sebegitu lantang dan segan (maklumlah Melayu)untuk meletakkan pangkah pada lambang roket.

Masa telah berubah, tak kiralah apa muka yang diletakkan mewakili parti pembangkang bagi menentang parti pemerintah pada PRU12, calon BN pasti kalah.

Kalaulah pandangan terhadap BN termasuk UMNO secara keseluruhan adalah pada grade c, masakan ada ahlinya yang lain mengaku lebih baik dari grade berkenaan!

Rakyat sedang memerhati tindak tanduk kesemua ahli UMNO, walaupun mereka bukan ahli UMNO.