Friday, March 14, 2008

Abdullah Akan Berhenti Dengan Syarat Khairy Jadi Menteri?

Beberapa parti komponen BN kini mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi segera mengosongkan kerusi Perdana Menteri tanpa sebarang syarat, demikian maklumat yang disampaikan oleh sumber-sumber berwibawa kepada blog ini sekitar jam 11.30 malam tadi.

Abdullah dikatakan akur dengan desakan tersebut, tetapi dengan syarat komponen-komponen BN terbabit merestui Khairy Jamaluddin menjadi menteri penuh.

Malangnya, syarat Abdullah ditolak tanpa kompromi. Beliau pun dikatakan terus dirundung dilemma kerana komponen-komponen BN berkenaan boleh menyebabkan BN diganggang bara hanya menerusi manipulasi korum di Dewan Rakyat, khususnya bila pengundian perlu dijalankan untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang.

Lebih serius lagi, Abdullah tidak boleh mengenepikan sikap tanpa kompromi di atas kerana komponen-komponen tersebut juga boleh menjejaskan status BN sebagai parti pemerintah jika mereka memilih untuk berkelana ke gelanggang pembangkang.

Mungkin mustahil untuk komponen-komponen berkenaan menyeberang ke pihak pembangkang. Bagaimanapun, Abdullah tidak boleh mengambil risiko melantik Khairy sebagai seorang menteri penuh jika tindakan tersebut boleh menyebabkan BN kehilangan kuasa sebagai parti pemerintah.

Jadi, apa kesudahannya kepada dilemma ini? Adakah Abdullah akan berhenti sebagai Perdana Menteri dan menantu kesayangannya terkontang-kanting tanpa jawatan menteri?

Moga-moga parti-parti komponen berkenaan terus bertegas dan tidak akan berganjak dengan pendirian dan ultimatumnya. Rakyat Malaysia pula perlu menyokong penuh pendirian ini.

Kepada Abdullah, insaflah bahawa pada saat dan ketika ini, anda adalah seorang pemimpin yang disanggah oleh majoriti rakyat jelata. Pilihan yang ada pada anda hanyalah: segera berundur tanpa sebarang syarat demi nusa tercinta! – Ruhanie Ahmad

40 comments:

Slyders said...

Aiiyooh! Letak jawatan dengan syarat Khairy jadi menteri penuh... ?? Buat tabiat ke orang tua tu. Khairy tu kalo jadi tukang sapu kat Jabatan Perdana Menteri pun tak layak, tauuu! Dajal macam tu patut kerjanya korek jamban tersumbat aje. Menteri penuh? Ha ha ha geli hati aku.... Pak Lah ni sejak-sejak buat taik dalam UMNO ni, makin pandai buat kelakar. Cubit kang!

Hamizi Hamdan said...

perkembangan yang menarik... saya percaya orang politik ni biasanya ada strategi masing-masing...

di depan rakyat umum lain, di belakang buat lain (atas pelbagai sebab)...

kalau betul tu... al-hamdulillah... selamat malaysia tercinta...

mungkin kita halau saja pm anak-beranak... buang negara...

merantikota said...

Hukum Nafsu ATAU Hukum Syariat

Apa dah jadi dengan PAS Kedah? Sebelum memerintah Hukum Hudud adalah imperitif, bila dah ada kuasa Hukum Hudud bukan keutamaan pulak? Masa kempen orang-orang PAS janji dengan sapa? Janji dengan rakyat saja bukan dengan Allah ke? Sama pulak dengan Pemerintah lama! Bila di Padang Mayshar nanti apa jawapannya? Jadi cerita Hukum Hudud ini retorik sajalah untuk menumbangkan Kerajaan yang lepas, guna menegakkan Hukum Nafsu Pemimpin PAS kan? Inilah dia Illah baru – Lil Nafsu bukan LilAllah! Berani mempersenda Allah samalah macam Namrudz dan Firaun!

Jawatankuasa Tertinggi PAS kenalah ada dasar yang konkrit. Janganlah jadi bahan lawak macam ni; Kelantan cakap lain; Terengganu cakap lain dan Kedah cakap lain jugak. Matangkan fikiran jangan merapu macam tidak bersedia nak pimpin Negara. Rakyat dahlah jahil tak belajar agama. Adalah puak-puak yang tahu sikit, mengeksploit Hukum-hukum agama. Siapkan dahulu Norma-norma yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh setiap ahli/pemimpin parti. Tengok dari luar macam establish, rupa-rupanya secular jugak! Jadi....... greddy nak kuasa ajalah, bukan menegakkan syiar Islam?

Sapa yang tak nak gelak apabila ada pulak Syariat yang membolehkan orang mengumpat, dan ada Syariat boleh mencapai kehendak melalui Demonstrasi! Dah hilanglah apa yang digembar-gemborkan tentang Konsep Mesyuarah? Apa ni Pak Aji? Islamik ke ni? Cuba tanya Maulana Shikh Anuar. Mesti jawapanya – The Ends Justifies The Means. Dulu Khulafah ArRashidin buat demonstrasi macam itu ke? Ini macam cara Babarian di Padang Rumput Asia Tengah saja, itupun dulu; sekarang mereka dah beriman!

Sebelum itu ada pulak yang menyamakan Zat Allah dengan sifat samseng manusia! Bukankah sifat Allah itu…“ Bersalah-salahan Zat Allah dari segala yang baharu?” Macam mana Tauhid ni? Mana Dalil Naqli? Tauhid taklid ke mana kita pergi ? Neraka kan? Benda asas macam ini budak mentah di Johor sana dah belajar melalui Kitab Risalah Tauhid. Slehuddin Ayub kan belajar dekat sekolah ugama masa kecik-kecik dulu? Perbuatan Mungkar kena tegurlah….. kalau tak shubahat! Mana kita pergi? Nerakalah jugak! Tapi …. Pelikkan? Macam mana Tauhid asas pun boleh lari kan? Yalah kalau kita tengok dari segi penampilan, MasaAllah! Kok koyo cerito Jowo ono guru tarap wali, moso urip muritte ewon-ewon, lungo kaji mabur …tapi mati melebu neroko! Agakee iki podo koyo kue? Atau Salehuddin pun tak sekolah ugama?

Masa PAS perintah Terengganu adalah cerita tentang Kerajaan Langit. Allah cabar Kerajaan PAS Terengganu. Kerajaan Terengganu tidak perasaan adanya orang-orang murtad. Boleh jawab tak perassan aja di Padang Mashar nantike? Cakap berdegar-degar, rakyat murtad buat tak tahu saja. Apa Pemimpin PAS Terengganu tak mumaizke? Apa ni….. ya Amirulmukminin?

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Khairy masih muda. Kalau dia berminat untuk jadi Menteri - ada banyak masa lagi. Sekiranya beliau menyertai kabinet sekarang sebagai Menteri, Timbalan Menteri ataupun Setiausaha Parlimen, akan membawa padah kepada orang-orang Melayu.

Saya harap kemungkinan ini tidak akan berlaku.

Quantum Metal Consultant said...

Undian kepada pembangkang dari rakyat untuk menghantar isyatat kepada paklah supaya berundur masih tidak berkesan kerana masih ada sikap bodoh sombong bukan sahaja dari paklah tetapi juga dari pembesar UMNO yang masih hidup dengan bodek dan ampu. Rakyat harus mula memingggirkan UMNO dan mengorak langkah untuk menjadi ahli PAS atau PKR.

Biarkan UMNO dengan sindrom pekak dan banganggnya mentadbir negara untuk penggal terakhir mereka, PAS dan PKR harus mula mengorak langkah ke strategi menawan Malaysia untuk dekat akan datang.

Rakyat sudah bosan untuk bercakap. Kita hanya perlu tunggu dan lihat UMNO menunggu rebah dan mati.

Said Al Jefri said...

PEMBAHARUAN & PEMBETULAN

UMNO PERLU LAKUKAN PERUBAHAN & PEMBETULAN DRASTIK SECEPAT MUNGKIN.

4 TAHUN TERLALU SINGKAT UNTUK UMNO PERTAHAN BUMI MELAYU INI. BERMULA DARI PERINGKAT CAWANGAN HINGGA KE PERINGKAT KEBANGSAAN.

PEMIMPIN - PEMIMPIN YG PUNYA KEPENTINGAN SENDIRI PERLU MENGUNDUR DIRI.

TANYALAH DIRI ANDA ..ADAKAH ANDA BENAR - BENAR NAK JADI PEJUANG MELAYU ATAU UMNO SEBAGAI BATU LONCATAN ( JGN TIPU DIRI SENDIRI, KERANA TUHAN ANDA DAN TUHAN SAYA SEDANG MEMERHATIKAN KITA SETIAP SAAT).

LAHIRKAN DAN JELMAKAN SEMULA PEMIMPIN MELAYU YANG BENAR-BENAR BERJUANG DEMI BANGSA BUKAN DEMI PANGKAT DAN WANG.

JIKA INI TIDAK DILAKUKAN UMNO YANG TERKENAL BUKAN SEBAGAI PARTI ORANG MELAYU LAGI INI ATAU HANYALAH KELAB ELIT ORANG UMNOPUTRA INI MENJADI SALAH SATU LIPATAN SEJARAH.

SEDIH DAN MALULAH KITA TERHADAP PEJUANG-PEJUANG UMNO DAHULU..............

BAPA SAYA DAN BERATUS - RATUS LAGI PEJUANG UMNO SEJATI SUDAH LAMA MENINGGALKAN KITA...

TAPI PERGI DENGAN MENINGGALKAN KITA BEGITU BANYAK HARTA.....
DIANTARANYA : ITM / UKM / ILMU / KESEDARAN


TAPI APAKAH INI YANG KITA AKAN TINGGALKAN KEPADA ANAK CUCU KITA.

MALULAH...... BAPAK KITA BELI TANAH DENGAN AIRMATA DARAH.... KITA BERGADUH / BERPECAH / BERCAKAR ADIK BERADIK BEREBUT TANAH YG SEKAKANG KERA INI..

JANGAN DISALAHKAN RAKYAT YG DAH TAK PERCAYA. TAPI SALAHKAN KITA YG TAK MALU.... BERGADUH & BERCAKAR DI BUMI SENDIRI .

dhomirhahs said...

WTF ? dalam keadaan ni pun masih nak bermanja dengan menantu ? P.M ku yang tersayang, fahamilah bahawa yang anda sayang tu bukan anak menantu, lebih kepada anak ha**u ..

nazrida said...

memang patut pun pak lah berundur kerana rakyat jelas tidak sukakannya! Lembap, dan tak ada vision! apa yang dia buat selama ini untuk negara? habuk pun tak ada, asyik menjaja islam hadhari yang tah ape-ape! Cuba la pak lah dan khairy tu baca-baca sikit blog-blog kat internet ni, baru la tahu orang suka ke tak dengan dua beranak ni!.... kalau masih lagi pak lah jadi PM dan khairy jadi menteri, PU akan datang, saya dan kawan-kawan akan kempen berabis undi PKR!!

Kamalkamal said...

Datuk,

Rakyat dan pengundi sudah meluat dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi(AAB) dan menantunya. Sekarang ini juak-juak KJ sedang berusaha menyekat usaha Dato' Mukhriz(MM) yang mahukan AAB turun takhta.

Rupa-rupanya AAB dan KJ masih belum insaf atas perbuatan mereka menyerahkan lima negeri kepada pembangkang dan masih mahu menegakkan benang basah.

Usaha awal MM di Bandar Sunway, Seberang Jaya dihalang oleh kuncu-kuncu KJ hinggakan MM terpaksa berpindah ke tempat lain. Group Pemuda Kedah telah turun bersama dengan yang lain untuk terus menyokong MM.

Usaha berterusan mesti dilakukan hingga AAB turun takhta dan KJ terus menjadi YB Rembau sudahlah!!!

An~Nahli said...

demi negara, pak lah patut undur. khairy ikutlah bawah ketiak pak lah ke mana pun dia pergi.

tapi, kalau kedua-duanya kekal bagus untuk BR kerana lebih mudah untuk menang pru13 nanti dan melenyapkan terus BN.

di selatan kita terus berzapin lagi ke?

sementara ada peluang buat perubahan, bila lagi....!

mn said...

Assalamualaikum Datuk,

1. Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak.

2. Bagi saya, jika kita jatuh dan lemas dalam sungai jangan salahkan sungai tetapi salahkan air.Jika air itu yang telah melemaskan kita, maka cubalah cari dari mana asal usul punca air itu.

3. Bagi saya juga, BN(umno,mca,mic,gerakan,ppp dan lain2 komponan) merupakan AIR. Manakala Pak Lah hanyalah Sungai.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

ishak said...

Salam,
Pak lah jangan undur ..macam shahidan kata Pak Lah kena baiki kerosakkan kapal yang dah nak tenggelam ni...untung sabut timbul, untung batu tenggelam

kututul said...

Mengapa mesti menyalahkan Pak Lah sampai sekarang? Tidakkah BN sendiri yang melakukan kesilapan di mana dasarnya sendiri yang ditentang rakyat. Soal presiden (Pak Lah) dan KJ jatuh tempat kedua dan mereka hanyalah faktor pemangkin. Tidakkah kita mengaku kelemahan dasar yang kita bawak selama ini yang membebankan rakyat. Sampai bila nak menunding telunjuk kepada pemimpin atasan..... hanya kita tak nak mengakui kesilapan kita. Dalam AGM semua nak memuji. Sebelum AGM berapi-api nak mengusulkan agenda yang berapi-api.

ZanKX said...

kebanyakan pemimpim UMNO kini tidak bermaruah!!!

contoh 1: zahid hamidi
yg pernah mendedahkan kronisme & nepotisme semasa perhimpunan agung hingga menitiskan airmata mahathir mendakwa ianya telah disuruh oleh anuar ibrahim setelah anuar ditangkap.

contoh 2: nazri aziz
yg satu ketika dulu menjulang mahathir bagai nak rak tapi kini lihatlah apa yg dilakukan oleh beliau. hinanya manusia kerana sifat. boleh sesiapa jelaskan kategori apakah manusia jenis ini?

contoh 3: shahidan kassim
pada satu ketika di era akhir mahathir merayu agar diberi peluang sekali lagi untuk melaksanakan dasar yg belum tercapai! kemudian pd PRU 11 sekali lagi merayu pd abdullah agar diberi peluang lagi. kononnya dasar masih belum tercapai. dan akhirnya kekal hinggalah PR 12!

dan banyak lagi contoh2 lain seperti melompat parti. kalau setakat sekali masih ok tapi kalau dah berkali2..!
pemimpim sekarang juga tidak bermaruah kerana mulut berkata lain tapi lain pula di hati seperti kata2 biasa didengar, "kami menyokong penuh kepimipinan... atau kami berdiri teguh dibelakang..." sedangkan hanya menanti waktu yg selamat utk bertindak...

bagaimanapun masih terdapat segelintir pemimpin rasional sejati yg berani menegur pucuk pimpinan, menongkah arus seperti shahril samad & mukhriz!

Islam Hebat said...

saya masih berpendirian.. PAS dan UMNO perlu bergabung dan menukar dasar kepada dasar Islam... umat Islam perlu bersatu atas dasar Islam... Islam sesuai di mana2 walaupun berada dalam masyarakat majmuk... Islam untuk manusia bukan untuk untuk melayu sahaja... UMNO segera tukar dasar... perjuangkan ISlAM automatik perjuangkan melayu islam, cina Islam, India Islam dan semua ummat manusia... saya tetap yakin PAS masih dengan pendiriannya dengan negara Islam... cumanya kuasa di negeri2 yg di perintah pakatan pembangkang hanya Kelantan yg melebihi 2/3 dan PAS memegangnya...

Andaikata setiap negeri BR berbeza pendapat itu lumrah... saya merujuk pendapat meranti... tentang PAS kedah... kerajaan BR Kedah masih dalam pembentukan... kenalah buat step by step jgn gelojoh2... PAS saya yakin dan percaya masih meneruskan dasarnya... iaitu membentuk negara Islam...

pak tam said...

syarat yang amat tidak munasabah, apa sebenarnya yang berlaku pada paklah sehingga sanggup mempertahankan menantunya, kalau anak sendiri lainlah ceritanya. Makin mengelirukan paklah , makin bertambah kebencian rakyat malaysia kepada paklah dan seluruh ahli keluarganya...makin berkuranganlah nanti sokongan rakyat kepada umno pada pru13. Kepada Umno inilah dia barah yang kronik seharusnya dibuang dgn segera sebelum Umno terus hilang sokongan.

Unknown said...

Susah kalau jadi pemimpin bebal. Kalau rakyat dah tak suka, berhenti je la. Suara rakyat dah jelas... so apa lagi?..

Apa?..khairy?... kalau PM yang dah bertahun pun memerintah tak betul...ni kan pulak budak separuh umur tuh...

Nak tunggu UMNO jadi Ketua Pembangkang ke baru nak sedar?...

ummisara said...

Alamak....syarat yang Pak Lah mcm tuh ka? Awat lagu nih jadiknya? Pak Lah nih pasai apa pi buang tabiat nih...

Bukan Pak Lah tak tau perangai menantu...tapi dia bagi syarat lagu nih...ini lebih kepada mengekalkan kesinambungan pemerintahan.

Akan berlaku lagi banyak kerosakan kepada rakyat Malaysia...

Ya Allah, hanya Engkau lebih mengetahui.....Bantulah hamba-hamba MU yang lemah ini.

asalbayu said...

Panas kusangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari

Kelantan kusangka mudah ditawan, rupanya kuhilang lima negeri

Sungguh malang nasibku ini, tiada kampung dan tiada negeri

Penang negeriku ditawan DAP

Tak tau ke mana nak bawa diri

Ada baiknya kuundur diri

Bagi peluang kepada Khairy

Sambil kutumpu kepada isteri

Manalah tau kot dapat baby.

Berita dari gunung said...

Pak Lah, please do the right thing.

Kama Irahsa said...

assalamualaikum datuk,

sekarang ni terlalu banyak khbar angin..harap negara ini tak musnah kerana khabar angin.

tapi kalau betul apa yang datuk tulis tentang perkara ini, maksudnya memang PM sudah berada di hari-hari terakhir di atas kerusi empuknya.

pak tam said...

Apa yang sudah berlaku di perlis, adakah ini akan terjadi di terengganu...

Ini adalah peringatan yg sgt signifikan kepada Paklah supaya anda meletak jawatan sebagai PM secara terhormat atau mungkin kejutan besar akan berlaku di dalam ahli2 UMNo memberi undi tidak percaya kepada presiden UMNO. UMNO perlu di reformasikan agar UMNO terus relevan pada masa akan datang.

Ahli2 UMNO seharusnya bersedia untuk memilih pucuk pimpinan yang baru bagi semua jawatan tertinggi UMNO termasuk Pemuda dan Wanita.

Menang tanpa bertanding seharusnya diharamkan langsung di dalam UMNO kerana ini merupakan titik tolak kejatuhan UMNO , yg menyebabkan suara2 ramai di tolak secara total , di mana hak2 mereka dinafikan secara langsung....

Huzainy said...

AAB perlu mengambil tanggungjawab atas kekalahan yang paling buruk dalam masa 50 tahun pemerintahan BN. KJ nak jadi Menteri, Timbalan Menteri ataupun Setiausaha Parlimen? KJ sendiri tahu samaada dia menang secara sah atau tidak. Orang-orang Rembau malah diluar Rembau tahu semasa pengiraan undi pusingan pertama hingga ketiga telah ketinggalan berbanding calon PKR tetapi diisytiharkan menang pada pengiraan akhir. Jadi kemenangannya masih diragui. Adakah KJ layak memegang jawatan dalam parti jika kemenengannya boleh diragui?

Unknown said...

Dato'

setuju dengan sdr zainal, betul la..khairy tu masih muda...biarpun dia bijak... bijak ni tak cukup untuk menjadi leader...pengalaman dan nilai keinsanan tu tetap kena ada....
minta khairy timbalah dulu pengalaman...bina nilai2 keinsanan... InsyAllah, ada rezeki kurniaan Allah...jadi lah Pak Menteri. Lagipun jadi Y.B ni besar amanahnya...dan bukan tempat buat harta.

Begitulah gamaknya....

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Tuan Blog yang budiman... tahniah dengan blog ini...saya pertama kali, dah terus terpaut. Tentang Pak Lah... khatam saya mmbaca komen2 yang bernas. Menguja minda. Cuma satu yang terkesan kalau kita lihat perbezaan media ini dengan media arus perdana. TIADA ayat2 LAZIM pihak BN seperti mana dlm media BN. Contoh ayat2 LAZIM mereka, "Kami akan sentiasa berdiri teguh di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, sokongan yang tidak berbelah bahagi... dan tidak akan berpaling tadah!"

Alahai...dangkalnyer! Mcm bunyi nak selamatkan bontot jerk!!!

tokku said...

sdr MERANTI & SAID AL JEFRI... alhamdulillah. ada juga yg sayang...

sdr BOSAN...
jika itu doa anda, saya ucapkan moga selamatlah anda dari sumpah seranah anak cucu kemudian...

ISLAM HEBAT...
masih PAS kah PAS sekarang??
atau semakin PKR kah PAS sekarang???

Anonymous said...

KJ usah bermimpi..sesudah merosakkan BN dan Umno beliau nak jd menteri pulak...

Berita dari gunung said...

Dato,.. Akan ada yang tegur dan tak suka kalau kita ungkit hal sejarah.

Tahun 1969 adalah berketepatan dengan kemelut hari ini. DAP menang dengan berjaya ketika itu. Perarakan kemenangan dengan batang penyapu dikatakan pencetus 13 Mei. Dr Mahathir sudi bersikap jujur dan memberontak dengan warkah untuk Tunku. Dan akhirnya Razak keluar sebagai Perdana Menteri dan beberapa tahun kemudian ambil semula Dr Mahathir.

Suasana hari ini, mirip yang dulu. BN hilang 5 negeri. Yang kalah biarlah kalah. Apa nak kata. Tapi yang menang pun jadi bola. Shahidan dibuat macam bola. Idris belum tentu lagi, mungkin jadi bola jugak.

Penggal lalu, penuh dengan peristiwa "kecewa dan kecil hati". Rakyat yang sayangkan Tun Dr Mahathir rasa kecil hati. Rakyat yang mahu terus hidup kecil hati dengan kenaikan kos hidup. Masyarakat India rasa kecil hati dan kecewa dengan peristiwa Hindraf.

Pengundi 2004 kecewa dengan MP Jasin dan Kinabatangan. Rakyat meluat dengan gelagat Pemuda "belum sunat".

Ibubapa melonjak suka, bila PM kata "La ni yuran sekolah tak payah bayar, percuma". Kemudian terkejut kerana kena bayar lebih dari dulu-dulu pada awal tahun. Orang rasa kecil hati dengan benda kecil-kecil.

Untuk pengetahuan Abdullah dan Hishammudin, jumlah ibubapa yang hantar anak sekolah awal tahun baru-baru ini, berjuta-juta jumlahnya.

Penggal lalu, adalah penggal malang. Kerajaan tidak sensitif. Sedikit mirip kepada Bongkak.

Perdana jangan pulak kecil hati kalau didesak berhenti. Rakyat sudah dijadikan begitu. Sebab kerajaan lalu tidak peka. Dan penasihat2 pulak busuk hati.

Kalau Abdullah masih ingat, dulu Tun Dr Mahathir ambil masa sikit untuk runding dengan masyarakat China, sampai pujuk Kuan Yew turun KL ikut lebuhraya. Itu cara layan tuntutan. Bukan "Politic is an art"? Hindraf kita layan macamana? Rakyat kita layan macamana? Khir kita layan macamana? Khairy kita lonjak macamana? Ibrahim Ali kita layan macamana?

(Bukankah Ibrahim Ali sama saja dengan Shahrir yang cakap pandai. Kedua-dua dah test market, dan pengundi kena turun calit kertas undi, untuk tenguk nganga mulut Shahrir dan Ibrahim yang luas. Musa pun dah test market sebelum 1987)

Saya minta maaf kalau terkasar. Orang bila kecil hati, dia boleh cakap yang bukan-bukan. Bukan itu lumrah?

Islam Hebat said...

kembalilah kepada Islam... suruh Pak Lah turut pendirian nenda dan yahanda beliau... pergi belajar agama semula, ajar Jeans tentang Islam... ajar isteri sendiripun susah apatah lagi nak memimpin Malaysia...

masalah dalaman UMNO semakin meruncing... masalah dalaman PAS.. tiada, PKRpun tiada kedengaran, begitu juga DAP... tetapi UMNO.. masyaAllah... bila mahu selesai... rosaklah bangsa melayu macam ni...
masalah berbeza parti itu biasa... tetapi lagi dahsyat sesama ahli parti... rawatlah semula umno ni...

chua habag mai said...

Dari kutukul
Mengapa mesti menyalahkan Pak Lah sampai sekarang? Tidakkah BN sendiri yang melakukan kesilapan di mana dasarnya sendiri yang ditentang rakyat. Soal presiden (Pak Lah) dan KJ jatuh tempat kedua dan mereka hanyalah faktor pemangkin. Tidakkah kita mengaku kelemahan dasar yang kita bawak selama ini yang membebankan rakyat. Sampai bila nak menunding telunjuk kepada pemimpin atasan..... hanya kita tak nak mengakui kesilapan kita. Dalam AGM semua nak memuji. Sebelum AGM berapi-api nak mengusulkan agenda yang berapi-api
-----------------------------------
FAKTOR PEMANGKIN BENDE?, FAKTOR PEMANGKIN PENJAHANAM SAHAJA.BERANI KERAT "TELOG" KALAU SI KJ TU BUKAN MENANTU, ADA KAH SAMPAI BOLEH TOPPLE JAWATAN NAIB KETUA PEMUDA?,MELANGKAH ORG LAIN SETELAH PAK MENTUA NAIK JADI PM.
..POLITIK KITA MASIH BODOH TAK MACAM NEGARA MAJU. CONTOH AUSTRALIA EKONOMI KUKUH,KADAR MATAWANG CUKUP TINGGI KETIKA HOWARD TERPAKSA MELEPASKAN JAWATANNYA KEPADA RUDD, TAPI KITA MASIH DIBELENGGU RETORIK HANYA BN SAHAJA YANG BOLEH BAGI KESEJAHTERAAN, TAHNIAH! KPD LIMA NEGERI YANG BUAT DAN TERUS BUAT PERUBAHAN. TAK GITU DATO' RON, JOHOR MASIH BERJOGET LAMBAK DAN ZAPIN WALAUPUN SEBAHAGIANNYA TELAH BERZANJI DAN MARHABAN.
..APALAH PENTING SANGAT SI KJ TU KEPADA MALAYSIA?PEMUDA UMNO BODOH! TIDAK SEPERTI PEMUDA DI ZAMAN SENU-HARUN IDRIS DI ZAMAN KAPAI LAYANG, BODOHNYA PEMUDA DI ZAMAN DACING NI..TIDAK MENYANGGAH, HANYA AKU PERDANA MENTERI..BOLEH LANTIK MENANTU AKU, BERANI KERAT TELOG, DIMANA TELOG PEMUDA?
..SYABAS KEPADA DATO' MUKHRIZ YANG LAIN TAK DAK TELOG. NEGERI SENDIRI PAK LAH TERGADAI KEPADA DAP?,APA LAGI TUNGGU, DAH MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI, MACAM PAK KADUK!

..tak gitu dato' ron

MD said...

Kita tak mahu juga UMNO berkubur. Kedua-dua PAS and UMNO kuat, baru dapat the best. "Perfect competition" katakan.

Saya berpeluang melawat booth-booth PAS dan UMNO di kawasan Jeli masa kempen baru ni. Di booth PAS saya dapat makan ayam bakar free. "Nak pangkah apapun tak apa, makanlah ayam ni. Iapun didermakan oleh seorang penternak ayam di kawasan ini" Di booth UMNO lain pula halnya. Saya kena dengar sungutan penjaga booth itu sendiri. Katanya "upah potong buluh untuk buat tiang bendera sebanyak 200 batang (RM200) pun tidak dibayar. Saya nampak ketua cawangan dibayar dengan bergulung duit RM50 tapi tak bagi kat kita. Ini celaka punya parti. Tunggulah hari undi ni" Gula dan teh pun tak ada, rokokpun suruh hisap rokok daun. Tapi suruh kita berjaga sepanjang malam.

Sorang lagi orang kuat UMNO bising, "Kita di suruh datang perjumpaan kempen - Tapi baju parti tidak diberi kerana nama tidak ada dalam senarai. Orang yang ada dalam tiga senarai diberi tiga kali, tiga helai baju"

Apalah sangat dengan RM200 untuk bayar batang buluh atau sehelai baju parti jika dibandingkan dengan trillion ringgit untuk eatern corridor. Tapi eastern corridor tidak mengundi. Penjaga booth dan penyokong parti yang mengundi. Untuk UMNO tidak berkubur - betulkan ini dulu.

Slyders said...

Sebentar tadi dalam Buletin 1.30 TV3, Hishamudin... (salah seorang yang paling pandai mengampu...) berkata akan mengambil tindakan terhadap datuk Mukriz atas tersebarnya surat mendesak Pak Lah berundur. Katanya lagi sewajarnya Mukriz menyatakan ketidak puasan hati melalui UMNO Bahagian, yang seterusnya akan dipanjangkan ke pucuk pimpinan. Begitulah lebih kurang maksudnya....

Mari kita gelak ramai-ramai... Gelak tang apa? Gelakkan tang 'menyatakan rasa tak puas hati melalui UMNO Bahagian yang kemudiannya akan di sampaikan ke orang atas'....

Kalaulah perkara itu benar2 boleh berlaku, aku tak rasa tragedi PRU12 akan berlaku. Berpunca dari enggan mendengar katidak puas hatian orang bawah le yang menyebabkan BN tersungkur dalam PRU12. Sedangkan tokoh sehebat Tun Dr Mahathir pun boleh dinafikan hak untuk bercakap, kritikannya, nasihatnya, ketidak puasan hatinya... apalah sangat pacal2 hina rakyat bawahan macam kita ni.

Jadi kata-kata Hishamudin tu bolehlah kita anggap tidak lebih kepada macam buat lawak. . . lawak bodoh. Tapi bukan lawak tu yang bodoh. . . sebaliknya yang bercakap tu bodoh.

Ketua Pemuda patut ditukar kepada Ketua Buduh UMNO. Harap2, datuk Mukriz akan cabar Hishamudin tu dan ubah status Ketua Buduh UMNO tu kepada yang lebih waras... dan cerdik.

teropong said...

Bukalah mata, dengarlah dengan betul wahai Pak Lah...

Keputusan PRU12 secara terang telah membuktikan suara rakyat menolak kepimpinan Pak Lah dan menantu kesayangan.

Adakah Pak alh sanggup melihat kepincangan ini berkekalan sehingga ada ahli umno terpaksa pelakon wayang opera untuk mamastikan mereka tidak tersingkir.

Walhal, jauh di dalam hati mereka (baisan pemimpian atasan Umno) juga tidak berpuas hati dengan keputusan PRU12 dan "marah" terhadap Pak Lah serta budak hingusan.

wimborne road

tourman53 said...

Is better for Abdullah Badawi to step then to fall down!!! and pack along with him his son in law KJ

lambunau said...

Pak lah memang patut bertanggungjawab dengan kejatuhan prestasi BN. nak tunggu apa lagi, letak jawatan tanpa syarat adalah pilihan terbaik yang ada. semakin lama pak lah tunggu, semakin parah UMNO dan BN menanggung padahnya.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Memang kacau bilau sungguh kepimpinan Pak Lah. Paling lama ramalan saya pak lah leh bertahan = perhimpunan agung umno nnti. PASti goyah juga dia.

nak promo skit, click : www.udadara.com/keris

Berita dari gunung said...

Dato.., sukar meramal apa ada dalam minda orang. Sebagaimana melesetnya jangkaan BN dalam PRU baru-baru ini berkaitan dengan minda pengundi.

Demikian jugalah, sukarnya meneka apa ada dalam minda Perdana Menteri. Mungkin juga Perdana Menteri tengah berkira-kira untuk mengundur diri. Tetapi beliau mungkin berfikir bagaimana laluan keluar paling selamat.

Perdana Menteri mampu menjana sendiri idea hebat untuk NCER (Iskandar sekarang) seperti mana yang disebut dalam media perdana suatu masa dulu. Tentunya Perdana Menteri juga mampu bercongak-congak mengenai "safest exit".

Oleh yang demikian, penasihat-penasihat PM bolehlah ketepi, beri ruang kepada beliau untuk bertindak sendirian.

Said Al Jefri said...

PERUBAHAN & PEMBETULAN

SEHARI DUA INI SELEPAS KEPUTUSAN YANG TELAH RAMAI JANGKA PEMIMPIN UMNO (KONON) MASIH DITAKUK YANG SAMA.

BAIK YG DIATAS ATAU DI CAWANGAN.

NAMPAKNYA MEMANG SUSAH NAK DIPERBETULKAN.

MALAH INILAH BUDAYA ORANG UMNO 9KONON) YANG TELAH DITERAPKAN OLEH PEMIMPIN ALAF BARU (KONON)

JOIN UMNO / JADI PEMIMPIN KECIL......BESAR KERANA NAK JADI KAYA RAYA ......

UMNO YANG DIPERJUANGKAN OLEH PEJUANG-PEJUANG DAHULU SUDAH JAUH TERCEMAR........

DAH HABIS PLIHANRAYA PUN TAK SEDAR - SEDAR

KONON DAH INSAF SAMPAI BUAT MAJLIS INSAF........

TAPI TYPICAL MALAY BAD ATTITUDE MASIH TEBAL...

MASIH KUAT BERDENDAM DAN NAK JATUHKAN MELAYU SENDIRI...

TAK MALU KE ATOK, NENEK, MOYANG, BAPAK KITA BERMANDI DARAH NAK & PERTAHANKAN & BELI TANAH...

SAMPAI MASA KITA ....

GADUH / BERBALAH / BERCAKAR / BERPECAHBELAH ...

NAK REBUT HARTA / TANAH YG DITINGGALKAN...

MALU............

RAKYAT SAMPAI MENANGIS SAMBIL MEMANGKAH YANG TAK SEPATUTNYA...

PUN PEMIMPIN UMNO (KONON) MASIH TAK SEDAR & TAK PEDULI...

APA NAK SAMPAI UMNO JADI LIPATAN SEJARAH.....

KALAU INILAH UMNO HARI INI SELEPAS TERGADAI 5 NEGERI (TERMASUK KL) ......

MASIH SOMBONG DAN MEMBODOHKAN KAMI SEMUA......

4 TAHUN TAK LAMA

RAKYAT AKAN TERJEMAHKAN KEMARAHANNYA SEKALI LAGI

TAPI MASA ITU DAH TAK ADA MAAF LAGI.........

UMNO BAKAL JADI LIPATAN SEJARAH...

MAAF SEBELUM ITU TERJADI

SEBENARNYA KORANG SEMUA BUKAN

BUKAN / BUKAN / BUKAN

ORANG UMNO

TAPI HANYALAH AHLI - AHLI KELAB BANGSAWAN MELAYU

ATAU THE MALAY ELITE GROUP (KONON)

YANG TELAH MENIPU / MEROMPAK / MEROGOL / DAN MEMBUNUH ORANG MELAYU SENDIRI.....

KORANG TAK LAYAK

GUNAKAN NAMA UMNO.......

BAPA SAYA DAN PEJUANG UMNO TANG DAH LAMA PERGI....TAK RELA KORANG PAKAI NAMA UMNO

JADI DARI HARI INI SAYA AKAN MEMANGGIL KORANG SEMUA SEBAGAI

PEMIMPIN KELAB ELIT (KONON) MELAYU

BUKAN AHLI UMNO

MULAI HARI INI KORANG DAH DIGUGURKAN.....

5 TAHUN LAGI KALAU KORANG KECUNDANG (AKU TAK DOAKAN... TAPI KORANG SENTIASA BERDOA KEARAH ITU)

UMNO MASIH ADA DALAM JIWA ORANG MELAYU

KERANA KORANG TAK LAYAK JADI ORANG UMNO...........

AMPUN DAN MAAF KALAU KORANG TAK TERIMA

TAPI .......INI HANYALAH MIMPI NGERI AKU MALAM TADI....


MIMPI AKU DI MALAM TADI.........

merantikota said...

Keris Pusaka – Tidak Melayu Hilang Di Dunia


Wahai orang-orangan UMNO get to the root cause! Get focused! Wahai orang-orangan UMNO janganlah asik bercakaran sahaja. Panjatlah Gunung Ledang linatlah ke bawah! Lima Negeri kita telah berlumuran darah, mana Keris Pusaka Hang Tuah untuk penyelamat Tidak Hilang Melayu Di Dunia? Bukan nak kecoh nak salahkan pucuk pimpinan. Fahamilah Realiti Bahawa Opera tidak menyokong kita. Rama pun tidak lagi merapai kita lagi. Itu yang patut ditanya! Kalau tidak dipersalahkan! Ada pula yang mengunakan kusa pilihanraya sebagai pentas penyerahan kuasa dari satu opera kepada satu opera yang lain! Berfikirlah di luar kotak wahai orang-orangan UMNO!


Selintas terkenang pula kepada sebuah Tablur yang dipersembahkan oleh pelajar –pelajar Tingkatan 6 Atas di SAS lebih 30 tahun dulu: Tajuk Tablur ialah “Tidak Melayu Hilang Di Dunia!” Mengkisahkan Perjalanan Sejarah Orang Kita sejak era Kesultanan Melaka dengan Keris Terhunus; terus ke era colonial dan diakhiri dengan episode anak-anak muda kita mempersembahkan Tarian Melayu di hadapan pelancong-pelancong Barat! Dan….. ketika tarian ini dipersembahkan terdengarlah suara latar berbunyi “ …….di satu masa nanti……. Bangsaku akan hanya menjadi tontonan kepada pelancong-pelancong!”……….nukilan Sdr Ismail Dahaman, ditonton oleh antara lain, Sdr Badri Dasuki Sdr Aziz Deraman dan ramanilah lagi yang sewaktu dengannya. Adakah kita sekarang ini dy/dx nya dah menghampiri sifar? Kalau ia…….maka maknanya sekarang ini kita sedang menari-menari dan sedang ditonton oleh para pelanconglah. Inikah yang dimaksudkan dengan Tak Melayu Hilang Di Dunia?

alen said...

sudah2 lah tu org umno, korang semua sama je. bila menang bontot pemimpin sanggup korang jilat, bila dah kalah macam2 lah...