Wednesday, July 16, 2008

UMNO JOHOR WAJAR SOKONG MUHYIDDIN

Kiriman Putera Bentan

TS Muhyiddin Yassin orang yang calculative dalam melakukan gerakan dan tindakan. Kita harap UMNO di bumi tumpah darahnya sendiri memulakan gerakan untuk TSM dalam hal yang besar ini. YAB Ghani Othman wajar bantu TSM selaku sahabat sepersekolahnya ini untuk maju ke depan.

Semua pihak harus ketepikan rasa cemburu tak tentu pasal terhadap TSM. Carilah nasihat orang tua-tua politik Johor. Himpunkanlah pendapat para veteran UMNO Johor untuk cari kata muafakat. Seluruh anggota UMNO akar umbi Johor juga kena bersuara. Buktikan bahawa UMNO di lahirkan di Johor dengan tekad untuk memartabatkan bangsa di abad ke-21 ini.

Apa kurangnya bumi Johor? Bekas TPM Tun Musa Hitam ada. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ketika ini datangnya dari Johor. Ketua Puteri UMNO Malaysia memang anak Johor jati. Bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia, mungkin bukan anak Johor, tapi berkubu di Johor. Anak bekas Singa UMNO, entah anak Johor entah tidak, juga berkota di Johor. Anak Allahyarham Tun Ismail Abdul Rahman juga di Johor. Personaliti ini dan lain-lainnya ada kekuatan, pengaruh dan penoykong setia masing-masing. Semua ini wajar digemblengkan demi UMNO memperolehi seorang Presiden seperti TSM. Dengan susunan langkah macam ini warga UMNO di negeri-negeri lain pasti akan hormat kepada gerak dan langkah TSM. Dengan ini juga pasti ramai warga UMNO di luar Johor akan tergerak dan terpanggil untuk membantu mengketengahkan TSM bagi jawatan Presiden UMNO.

Kalau perlu dapatkan nasihat DYMM Baginda Sultan Johor yang memang amat prihatin terhadap UMNO dan pergolakan siasah semasa tanahair ini. Lebih afdhal lagi, wajarlah TSM sendiri merafak sembah ke bawah DYMM Baginda Sultan Johor untuk memohon buah fikiran, nasihat dan galakan daripada pihak Istana Johor.

Semua ini penting supaya TSM tidak rasa keseorangan. Semua warga UMNO Johor kena bergerak sederap dan selangkah, seiring dan sejalan, seiya dan sekata. Lurah sama dituruni, gunung sama didaki, hati nyamuk sama dicicah, hati gajah sama dilapah, patah sayap, bertongkat paruh, namun Insya Allah akan terbang jua. Mudah-mudahan TSM berjaya demi UMNO untuk agama, bangsa dan tanahair!

13 comments:

Anonymous said...

tok,
saya setuju dengan saranan agar TSM diberikan tempat untuk jawatan no.2. dari khabar-khabar mengenai beliau, TSM adalah pemimpin Umno yang tegas berpegang pada prinsip, tekun menghadap beban kerja, rajin meninjau masalah akar umbi... dan yang penting, tidak pernah mungkir janji.

saya rasa ini adalah nilai positif TSM yang boleh memartabatkan beliau sebagai pemimpin tertinggi Umno dan negara pada masa depan.

dibandingkan dengan orang lain yang hanya pandai berjanji - terutamanya yang memegang jawatan menteri, timbalan dan sebagainya - TSM hanya membuat janji yang boleh dikotakan.

sikap sebegini bukan saja disenangi oleh orang johor, malah dari seluruh warga Umno amnya.

jadi, tidak perlulah kita bersusah-payah meraba dalam siang untuk mencari pemimpin seperti ini.

salam

fendy_ahmad said...

Salam,

100% saya menyokong gesaan ini. diharap kesemua 26 bahagian UMNO di Johor (andai tidak silap)dapatlah mencalonkan Tan Sri Muhyiddin sebagai calon TIMBALAN PRESIDEN UMNO. Andai lebih berani, calonkan Ku Li sebagai Presiden.

Ku Li jadilah Perdana Menteri interim untuk membersihkan UMNO juga memulihkan semangat UMNO. Ku Li ketuai BN untuk PRU 13 dan menjelang PRU ke 14, Tan Sri Muhyiddin menjadi PM ...

Itu perkiraan saya :)

Hj.Mat said...

saya yakin kalau betul stratiji TSMY akan menang bukan NO 2 tetapi NO
1 Dolah Badawi dan Najib kedua nya dah teruk Shabry Chek malam tadi pun
dan tak lepas dengan Anwar lain yang ditanya lain yang dijawab,kalau nak
serang pribadi siapa pun bolih,
T/kasih

Salam said...

TSM orang Johor. Memang wajar jika tokoh UMNO Johor yang mengambil inisiatif untuk menaikkan TSM. Tapi sayangnya setakat ini, usaha seperti itu tidak kelihatan.

Mungkin di kalangan pemimpin UMNO Johor sendiri ada sikap dengki dan iri hati?

Jika demikian, peluang orang Johor untuk memegang tampuk kepimpinan negara mungkin akan terlepas begitu saja.

Teratak Cahaya said...

Salam Datuk,

Saya anak jati Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor yang kini bermastautin di Ampang dan berdaftar di UMNO Taman Cahaya, Bahagian Pandan, Selangor.

Saya memang amat bersetuju agar UMNO Johor bangkit untuk mencalonkan Tan Sri Muhyiddin untuk bertanding kerusi Timbalan Presiden UMNO. UMNO Johor perlu dimartabatkan lebih tinggi kerana UMNO Johor sentiasa ke depan dan tiada kontroversi. Ayuhlah seluruh bahagian UMNO Johor bangkit untuk mencalonkan TSM ke jawatan No. 2. Jawatan No. 1 tepuklah dada dan tanyalah selera.

Saya ingin bertanya pendapat Datuk mengenai cadangan saya untuk membawa usul tidak percaya kepada kepimpinan PM pada mesyuarat agung cawangan yang akan datang tidak lama lagi. Di harap Datuk dapat memberi pandangan dan pendapat yang berguna. Sekian, terima kasih.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati,

Masa dah sampai untuk mengucapkan selamat tinggal Najib kerana penakutnya dan menunggu bulan jatuh ke riba dengan 2 tahun berpantang.

Mahyuddin lebih berwibawa dengan kenyataan yang dikeluarkannya. Cakapnya tidak berdegar-degar macam si Najib. Tapi isinya berkesan!

wa ya sin said...

Dato'
Eloklah di kencangkan lagi nama2 besar dalam politik Melayu supaya dapat mengatasi surat khabar ampu. Jika di lihat TSM mempunyai wibawa dalam senyap. Dimana di letakkan dirinya pasti ada pusaka yang di tinggalkan. Di KHEP ada Tribunal Perumahan. KPDAT ada PKS, penjenamaan, modal mikro etc. Tapi pada tahun (??) pemilihan TSM di aibkan oleh suratkhabar pasal adiknya terlibat dengan dadah, tersiar gambar dsb. Memang TSM ada musuh dan pengkhianat. Tapi masa terlalu singkat untuk mengilap TSM yang pasti akan di gelapkan oleh akhbar2 ampu.
Pada siapa pun calon no.1 atau 2 UMNO dah terlalu parah tiada pemmimpin pelapis berwibawa .. hanya angguk2 geleng2..tepuk!. Saya salahkan TDM kerana mendominasikan 22 tahun UMNO, sehingga tidak kelihatan pemimpin lain.

Kikuri-hime said...

Salam Datuk...Saya juga setuju dengan cadangan tersebut.In my humble opinion (and I believe others too), TSMY is more adamant and firm compared with DS Najib Razak. I don't mean to be condescending, but I believe DS Najib is ambivalent and hesitant in making decision. Regarding the debate last night, I don't think it delivered any blows. It wasn't like something we haven't heard before... sigh... BTW, I'm worried with Anwar's influence. It should be nipped in the bud. 'Something rotten in the state of Denmark' -- Julius Caesar, Shakespeare

Anonymous said...

dato' ron
saya mendapat khabar daripada kawan2 menyatakan kesihatan TSM adalah tidak memuaskan 100%. Dia menghadapi masalah kegagalan buah pinggang. Benarkah perkhabaran ini? Adakah ianya akan membawa kesan kepada diri beliau?

Semut Api said...

Dato'

Saya sudah lama berfikir yang Johor ini patut mempunyai pemimpin besar, hanyalah kalau semua pemimpin dapat bersatu... walaupun Johor tempat tumpah darah UMNO tidak pernah ada anak Johor menerajui pemerintahan negara..

TSM wajar dicalonkan sebagai Timbalan Presiden, tanpa bergabung dengan mana-mana pihak. Atas merit sendiri bukan sebab sekongkol dengan mana-mana pihak. Dan juga bukan kerana membenci DSN tetapi kerana merasa dapat lebih menyumbang kepada negara. Kalau berhasil, kita lihat prestasinya dan sokong/tidak langkah selanjutnya kelak ...

Pemimpin Melayu Johor yang lain, kalau tidak dapat memberi sokongan terbuka, sokongan dalam diam atau pendirian tidak membangkang adalah memadai...

Johor banyak tokoh dan pemimpin dan kubunya UMNO, sudah sangat afdal kebangkitan semula UMNO bermula dari selatan jua...

PATRIOT SELATAN

Anonymous said...

Assalammualaikum semua,

Saya ingin memberi pendapat di sini, TSM ni sebenarnya byk mendapat kepercayaan oleh Pak Lah semasa di dalam pentadbirannya. Pak Lah percaya akan kebolehan beliau di dalam melakukan sesuatu tugasan, contohnya Kementerian yang beliau terajui selalunya bermasalah sebelumnya.
Saya berharap pemimpin2 dari Johor sedar, akan peri pentingnya TSM mendapat jawatan tertinggi di dalam UMNO, cukuplah pilihanraya yang lalu kita menghadapi masalah, jaga berlaga sudahlah.

kudakepang said...

Seluruh sahabat budiman

Saya ucapkan terima kasih atas kiriman komen. Di sini saya terpanggil menjawab satu perkara sahaja, iaitu mengenai pertanyaan saudara Hisyam mengenai kesihatan TSM yang dikatakan tidak memuaskan 100%.

Apa yang Sdra Hisyam dengar adalah tak benar. TSM sihat walfiat dan moga-moga akan terus begitu adanya dengan kehendak Allah.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

Jebat BerTUAH said...

UMNO Johor harus bersatu dan menyokong satu calon sahaja sebagai Presiden.

Jangan biarkan calon Utara menjadi PM kerna PM utara suka memberi tanah percuma kepada Singapura.

Kejadian sudah berlaku 2 kali iaitu Singapura(PM Kedah) & Pulau Batu Puteh(PM Kedah & PP).

Rujuk artikel di JebatBertuah.blogspot.com

Wallahhualam.