Tuesday, July 15, 2008

BENARKAN MUHYIDDIN YASSIN
BAGAI SINAR DALAM GERHANA?

Ruhanie Ahmad

Pada saat ini ramai warga UMNO berhasrat menggandingkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai dua pemimpin utama parti mereka. Malangnya, Najib sudah diikat oleh janji peralihan kuasa ciptaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengatakan gandingan dirinya sebagai Presiden UMNO dengan Najib selaku Timbalan Presiden UMNO kononnya akan dikekalkan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti Disember 2008 ini.

Berikutan kesanggupan Najib untuk terus berketuakan Abdullah - walaupun Abdullah sudah disanggah oleh segolongan warga UMNO dan rakyat jelata menerusi PRU12 - rata-rata warga UMNO jadi serba salah, marah-marah dan berasa amat kecewa.

Kata mereka, Najib tidak harus mengizinkan dirinya dijebak percaturan kuasa Abdullah. Ini kerana kesanggupan Najib untuk terus berpaut kepada Abdullah menyebabkan Najib tidak terdaya menentang Abdullah.

Dalam keadaan seperti ini, warga UMNO akar umbi yang sedang meluap-luap dengan sentimen serta perasaan anti-Abdullah terpaksa mengenepikan Najib dan terus memfokus kepada Muhyiddin.

Mereka mengharapkan Muhyiddin mara menentang Abdullah bagi jawatan Presiden UMNO semata-mata kerana UMNO amat memerlukan pemimpin yang tegas dan tangkas untuk memperkasakan semula parti mutakhir ini.

Rendah Hati

Muhyiddin sudah lama berkecimpung dalam siasah negara. Beliau menghadirkan diri di arena politik bermula daripada bawah. Beliau naik secara bertangga - peringkat demi peringkat, secara perlahan-lahan, secara tertib, bersopan dan bersantun. Muhyiddin bukan ahli politik ala-parachute.

Muhyiddin tidak menempah nama menerusi kemasyhuran salasilah keluarga. Beliau menempah nama dan kedudukan menerusi prestasi dan kecemerlangan dirinya sendiri.

Biarpun Muhyiddin bukan insan yang bebas daripada cacat dan cela, beliau sentiasa berusaha menjauhi kemungkaran dan mendekati kemakrufan, setakat mana yang termampu, setakat mana yang diredai oleh Allah.

Muhyiddin seorang yang rendah hati dan sering memperkenalkan dirinya sebagai anak seorang warga Johor tanpa pangkat dan tanpa nama. Ini kerana Muhyiddin enggan mengheboh-hebohkan dirinya sebagai anak seorang ulamak.

Tetapi, sesiapa yang mengenali ayahanda Muhyiddin – Allahyarham Cikgu Haji Mohd. Yassin - pasti tahu akan susur-galur Muhyiddin. Keluarganya berpengaruh, dihormati, disegani dan dedikated kepada pembangunan insaniah menerusi dakwah, pembelajaran dan pendidikan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Ayahanda Muhyiddin menabur bakti kepada anak bangsa kerana Allah.

Lemah Lembut

Demikianlah hakikatnya Muhyiddin yang lemah lembut tutur katanya. Beliau tidak prasangka. Biarpun difitnah pelbagai cara, beliau tetap tidak akan bertindak balas. Beliau sentiasa berpegang teguh kepada cogankata Anak Johor: Kepada Allah Berserah.

Tetapi, kerana Muhyiddin hanya berkata apabila perlu, beliau pula sering disalahsangka oleh sesetengah warga politik tanahair, sebagai seorang yang kurang peramah atau pun sombong.

Bagaimanapun, bila Muhyiddin mula bersuara dan berbicara mengenai sesuatu, kata dan bicara itu adalah suara hatinya dan nada jiwanya.

Kata-kata dan bicara Muhyiddin sering tercetus atas kesedaran dan keinsafan yang memerlukan tindakan sewajarnya. Kata-kata dan bicara itu diartikulasikan dengan mindanya yang tajam dan kemudiannya digerakkan menjadi tindakan yang berkesan dan menyeluruh.

Lazimnya, Muhyiddin berjaya dalam misi yang sedemikian rupa. Ini kerana beliau memang sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Allah supaya seluruh kata, bicara, gerakan dan tindakannya menerima restu dan hidayahNya jua.

Sinar Gerhana

Muhyiddin juga sentiasa memohon kepada Allah semoga dirinya dipandu ke jalan yang lurus dan benar. Dan, dalam sesuatu misi perjuangan siasahnya, kebenaran dan kelurusan niat Muhyiddin ini adalah didedikasikan kepada agama, bangsa dan negara.

Demikianlah lakaran profil insan politik yang bernama Muhyiddin yang kini difokus oleh akar umbi UMNO.

Muhyiddin sering dilambung badai dan sering diterjah gelora. Namun beliau sentiasa tenang dalam menghadapi apa juga suasana. Beliau berusaha dan terus berusaha. Kemudiannya, beliau pasrah diri kepada Allah memohon keredaan dan kejayaan daripada Yang Maha Kuasa!

Muhyiddin sukar untuk kelihatan marah. Beliau sentiasa menghormati sahabat dan musuh. Beliau kuat kerja. Beliau sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan dalam apa jua yang diperjuangkan.

Hari ini, banyak pihak menganggap Muhyiddin sebagai lilin yang membakar diri. Hakikatnya bukan begitu. Muhyiddin adalah sinar dalam gerhana.

Cahaya sebatang lilin yang menerangi kegelapan, makin lama makin malap dan cahaya yang terang kembali gelap. Tetapi, cahaya sinar dalam gerhana, mula-mulanya memang kelam, suram dan berbalam-balam. Tetapi, makin lama, pancaran sinarnya makin cerah dan dunia kembali terang benderang.

Razaleigh

Jadi begitulah Muhyiddin. Beliau adalah jenis insan politik yang susah untuk berputih mata. Beliau juga sukar untuk berputus asa. Buat ketika ini beliau mempunyai pelbagai pilihan.

Satu: Muhyiddin mungkin akan mendesak Najib bertanding jawatan Presiden UMNO dan beliau sendiri mengisis jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Dua: Jika Najib enggan berganjak, Muhyiddin mungkin akan berakit dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang sudah menawarkan diri untuk menentang Abdullah?

Tiga: Muhyiddin mungkin tidak akan bergabung dengan Razaleigh. Tetapi, bertindak menentang Abdullah dan Najib serta Razaleigh bagi jawatan Presiden UMNO. Kalau kemungkinan ini jadi realiti, siapakah pula regu beliau?

Jika ketiga-tiga opsyen di atas tidak langsung dipertimbangkan oleh Muhyiddin pastinya beliau juga akan digolongkan oleh warga UMNO sebagai insan yang sama kategori dengan Abdullah dan Najib.

Oleh itu, apakah perkembangan selanjutnya? Demi manfaat agama, bangsa dan tanahair, pastinya Muhyiddin berada dalam keadaan yang amat sukar untuk membuat satu keputusan muktamad. Mudah-mudahan beliau diberikan petunjuk oleh Allah SWT akan opsyen manakah yang akan diambil dalam tempoh terdekat ini!

23 comments:

Hanief said...

Datuk Ruhanie,

Saya berpendapat, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah seorang yang gagal dalam menjaga makanan ruji orang-orang Melayu dan bukan Melayu rata-ratanya di Malaysia.

Sila rujuk kegagalan beliau di sini.

Mengapakah kita mesti mencalonkan seperti beliau? Saya rasa pemimpin yang berkualiti terdapat banyak di sebelah parti pembangkang. Masalah dengan parti pembangkang ialah, mereka tidak berpeluang untuk memerintah di peringkat kerajaan persekutuan.

Kalau setakat kerajaan negeri sahaja, apakan daya jika terdapat sekatan seperti, sekatan projek dan tender serta peruntukan (atau royalti kesian) pada kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang?

mn said...

A.kum Datuk,

1. Cuba kita imbas kembali semasa jawatan TPM masih kosong agak lama sebelum ini?

2. Pada ketika itu jika kita dapat menyelami hati Pak Lah, rasanya beliau ingin melantik Muhyiddin sebagai TPM.

3. Tetapi oleh kerana tekanan kuat dari Dr.M, maka Pak Lah terpaksa juga memilih Najib sebagai TPM.

4. Siapa tahu jika kali ini Pak Lah secara senyap(belakang) meminta supaya Muhyiddin bertanding jawatan Presiden UMNO?

5. Sejarah telah membuktikan Tun Ghafar telah menarik diri untuk bertanding jawatan Tim Presiden semasa ditentang Anwar Ibrahim.

6. Jadi mungkin "Formula" tersebut akan digunakan oleh Pak Lah untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

http://suarasukj.blogspot.com

Akar Umbi said...

Dato' Ron,

Sebagai pengulas (bukan penganalisis) politik amatur kedudukan TSMY seolah-olah diasak oleh negerinya sendiri. Kekal di NP, bolehkah? Atau berganjak ke No. 2, mampukah? Bukan melagakan, alang-alang menyeluk pekasam redah No. 1 kot?

Maaf kerana saya tiada kuasa undi, jadi jangan mudah terima jolokan saya.

MD said...

Dear Dato'

Saya berpeluang berjumpa muhyiddin beberapa kali - bahkan makan semeja semasa di Kucing. He is a very capable minister.

Dato' bukan main promote Tan Sri. Tapi empunya tubuh belum bersuara.

Pak Lah, Najib, Ku Li - dah mencalonkan diri. Mungkin kita tumpukan kepada mereka dulu - sehinggalah ada orang lain turut menawarkan diri.

mohsein shariff said...

salam datuk ron,

persoalan yang masih bermain di kepala, apa yang ditakuti sangat tentang pemansuhan kuota pertandingan? Tidakkah UMNO melihat partisan2 lain yang nampak dapat bergerak dan melakukan proses pemilihan dengan penuh gentleman dan matang walaupun tiada kuota diletakkan?!

Sudah tiba masanya UMNO keluar dari kepompong mengikuti tradisi jika mahunya lihat terus relevan sebagai parti domain negara

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Mahyuddin should take the challenge.He is far better than najib.He can beat Paklah.insyaallah.Let him combine with KuLI as Tim presiden.

Tok Kemuning said...

Wahai warga UMNO masa tidak menunggu kita.Sudah tiba masanya kita warga UMNO melihat kehadapan melepasi Pak Lah dan Najib demi menjamin survival kepimpinan Melayu dan UMNO.

Sebarang keputusan yang membawa berkat tidak datang dengan sejelasnya dihadapan kita. Tetapi dengan akal yang kita ada pastinya kita berupaya membuat satu keputusan yang dapat membantu menjamin survival kepimpinan Melayu dan UMNO.

Yang pastinya dalam pada kita menggunakan akal kita bermacam macam dugaan datang mengetuk hati dan minda kita. Cekalkan hati dan fokus pasti kita semua warga UMNO masih upaya berfikir dengan bijak Sebenarnya kita semua sudah tahu apa yang bakal melanda kita semua sekiranya kita masih memilih jalan yang salah walaupun sudah diberikan segala petunjuk.

Anonymous said...

Dato',

Melihat kepada senario dlm Umno masa kini, kita seakan-akan berhadapan dgn "kepupusan" pemimpin Melayu dlm Umno dan negara.Perkara ini amat merbahaya kepada survival org2 Melayu untuk bertanding dlm arus kepimpinan negara dan bidang2 lain. Kita seakan2 putus harap kerana cuma bersandarkan kepada seorang dua pemimpin, itupun setelah melalui tapisan yg ketat dari segi tingkahlaku dan daya kepimpinan.Kadangkala pula tapisan kita bocor kerana kenaifan kita ataupun permainan silap mata, mereka2 yg kita anggap bersih dan sesuai,menjadikan kita terjerat oleh perangkap sendiri !!!!.

Survival Melayu memang begitu meruncing sekarang, ditambah dgn greenlight yg diberi oleh pemimpin Melayu seperti PL dan Najib. Maruah Melayu dipijak2 sehingga lunyai,tetapi pemimpinnya masih mendabik dada,....merekalah yg menyatu dan memakmurkan Melayu....

sekadar lintasan, waktu saya kecil2 dulu, saya biasa melihat org2 Cina membeli durian dan petai dari kebun2 Melayu. Mereka juga bekerja di kebun2 Melayu....orang India juga begitu, mereka menjadi buruh2 ladang Melayu, buat jalan raya dll...TAPI sekarang, semua sudah terbalik....orang Melayu beli durian dan petai dari kebun Cina,dan banyak pula kebun2 ini asalnya milik Melayu !!!!....orang Melayu juga bekerja di bawah tangan org India...dulu org Melayu jadi mandur JKR tetapi sekarang org India pula jadi kontraktor dgn "kuli"nya org Melayu.

Kenapa ini berlaku? Adakah orang Melayu begitu malas,semborono,degil...??? sedangkan sudah pelbagai usaha dibuat oleh kerajaan untuk membantu orang Melayu.Lama, saya termenung dan berfikir ttg nasib Melayu ini, hingga akhirnya saya membuat rumusan begini....

SEMUANYA KENA KEMBALI KEPADA KELUARGA !!!Memang saya nampak, kerana saya dididik dlm persekitaran Melayu tradisional...ibubapa dulu mengajar anaknya dgn berpandukan agama petua,amalan, hubungan antara manusia dan alam.Kecantikan pembangunan insan memang ketara jika kita lihat cara pemimpin2 lama bercakap dan bergaul dgn rakyat.Dulu, ibubapa akan membawa anak2 mereka dari awal pembikinan majlis hingga selesai, contoh kenduri kendara.Anak2 dikerah cari kayu api, buluh, buat khemah dsb, tetapi semuanya dgn rasa keseronokan dan mereka dihargai.Tetapi kini, ibubapa "mengurung" anak2 mereka dalam alam fantasi ibubapa itu sendiri !!! Anak2 dibuat seperti robot, dipaten untuk menjadi org berkerjaya spt doktor, peguam, akauntan, dsb.Mereka dibiar hanyut, tidak diperkenalkan dgn masyarakat dan tradisinya.Berpolitik jauh sekali kerana mereka menganggap politik cuma kerja org tua2.

oleh itu, lihatlah akibatnya, anak2 muda sekarang menganggap politik hanya utk jawatan dan memenuhkan poket !!!Sila nafikan...tidak hairanlah apabila ada pemimpin yg boleh memanipulasi fakta dan cara, emosi mereka akan cepat terbakar dan terus mengikut telunjuk pemimpin tersebut contohnya Anwar....dan kita yang konon2nya pejuang bangsa terus menghentam dan mencerca mereka tanpa menyedari, ludah kita ke langit telah terkena muka sendiri..

Minta komen dato'.

wira said...

Datuk Ruhanie,

Apa-apa pun seperti cogan-kata negeri Johor; kepada Allah kita berserah, kita perlu terus berusaha. Allah sahaja menentukan.

Didalam kemelut ini mungkin insya Allah sinar ini harus terus digalakkan dan mungkin beliau dapat menyambung perjuangan yang sepatutnya diteruskan oleh pemimpin sekarang. Tidak kira dari mana beliau berasal, beliau mungkin sinar yang dihantar insya Allah.

Salam said...

Saya kira dalam pemilihan UMNO akhir tahun ini,peranan "akar umbi" adalah sangat penting dan menentukan. Beranikah "akar umbi" bersuara, menyatakan hasrat dan kehendak mereka, atau terpaksa mengikut saja telunjuk Badan Perhubungan?

Jika "akar umbi" berani bersuara (dan bertindak), TS Muhyiddin mungkin ada harapan untuk menjadi Timbalan PM dengan lebih cepat. Akan tetapi, jika "akar umbi" mengikut saja kehendak Badan Perhubungan, TS Muhyiddin mungkin terpaksa menunggu, dan menunggu...

+++EwoQue+++ said...

Salam

Dato Ron,

Saya juga berpendapat TS Muhyiddin Yasin harus kedepan demi menyelamatkan UMNO ini. Ini kerana beliau sebagai pejuang bangsa dan mempunyai rekod yang 'cemerlang' dan 'bersih'. beliau juga harus memikul tanggungjawab ini demi memulihkan UMNO ini kembali dan kembali kelandasan yang betul.

Tidak kiralah siapa yang bakal menjadi Presiden UMNO ataupun Timbalan presiden UMNO. Biar ahli akar umbi yang menentukannya. Tetapi yang nyata dan jelasnya DS Abdullah harus meletakkan jawatannya segera.

Sekarang ini UMNO mempunyai ramai calon-calon yang berkaliber dan berkemampuan untuk membawa UMNO terus gah dan bukannya membiarkan sahaja UMNO ini longlai akibat perbuatan segelintir manusia yang hatinya bukan pada UMNO tetapi kerana KUASA dan kepentingan peribadi semata-mata.

Saya juga ada mengulas berkenaan hal ini di dalam blog saya www.akubencipaklah.blogspot.com. Saya juga sangat menghormati perjuangan dato'dan suka membaca hasil tulisan dato di blog ini. terus terang saya katakan blog saya juga merupakan hasil inspirasi dari blog dato Kuda Kepang ini. Nyata juga Dato' merupakan seorang pejuang bangsa yang tulin bagi saya. Tersukan usaha dato' ini.

AMN
moderator akubencipaklah.blogspot.com

zukeri said...

Salam,
Sya tidak nampak, TSMY akan menentang Pak Lah atau Najib dalam pemilihan nanti. Memang dia berminat ke arah itu dan dia juga ada kelayakan, tapi belum tiba masanya lagi. Tunggulah. Kalau betul jawatan itu untuk beliau, akan tiba masanya juga.

Sama juga macam Najib. Beliau tidak akan menentang Pak Lah, sampai masa dapatlah jawatan itu kepadanya.

Masa saya budak-budak dulu, sekarang pun masih budak lagi, orang tua banyak memperkatakan siapa PM selepas Mahathir. Mereka tak beranggapan Musa calon yang paling sesuai. Begitu juga dengan Ghaffar. Selepas Anuar dibawa masuk, masih ada suara yang mengatakan bahawa beliau pun tak berapa sesuai kerana terlalu muda. Bila Pak Lah diperkenalkan, ramai yang bersetuju. Ternyata ada kebenarannya.

Kesinambungan itu akan berterusan saya rasa. Tengoklah nanti macam mana.

dzimba said...

Akum Dato

Secara peribadi TS Mahyudin lebih layak dari Pak Lah dan DS Najib, persoalannya adalah UMNO di konkong dan pemilihan parti bukan soal siapa yg paling layak. Tapi soal siapa yang tahu menggunakan kelebihan.

Saya menyokong penuh TS Mahyudin atau Ku li, ini kerana beliau berdua lebih baik daripada barisan yang ada.

zeme said...

Salam Datuk,

Saya masih berpegang kepada gandingan Ku Li-Muhyiddin (veteren-semi veteren) dalam pemilihan jawatan tertinggi parti Disember nanti untuk merencanakan pemulihan-pembaikan UMNO. Kedua-duanya mempunyai pengalaman yang cukup luas memegang portfolio² penting kabinet kerajaan dan jawatan ketiga tertinggi parti.

Asas kepada gandingan Ku Li-Muhyiddin adalah perwatakan sahsiah diri yang akan merencahkan perjuangan dan kepimpinan.

Wasalam.

Unknown said...

nanTS Muhyiddin Yassin orang yang calculative dalam melakukan gerakan dan tindakan. Kita harap UMNO di bumi tumpah darahnya sendiri memulakan gerakan untuk TSM dalam hal yang besar ini. YAB Ghani Othman wajar bantu TSM selaku sahabat sepersekolahnya ini untuk maju ke depan.

Semua pihak harus ketepikan rasa cemburu tak tentu pasal terhadap TSM. Carilah nasihat orang tua-tua politik Johor. Himpunkanlah pendapat para veteran UMNO Johor untuk cari kata muafakat. Seluruh anggota UMNO akar umbi Johor juga kena bersuara. Buktikan bahawa UMNO di lahirkan di Johor dengan tekad untuk memartabatkan bangsa di abad ke-21 ini.

Apa kurangnya bumi Johor? Bekas TPM Tun Musa Hitam ada. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ketika ini datangnya dari Johor. Ketua Puteri UMNO Malaysia memang anak Johor jati. Bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia, mungkin bukan anak Johor, tapi berkubu di Johor. Anak bekas Singa UMNO, entah anak Johor entah tidak, juga berkota di Johor. Anak Allahyarham Tun Ismail Abdul Rahman juga di Johor. Personaliti ini dan lain-lainnya ada kekuatan, pengaruh dan penoykong setia masing-masing. Semua ini wajar digemblengkan demi UMNO memperolehi seorang Presiden seperti TSM. Dengan susunan langkah macam ini warga UMNO di negeri-negeri lain pasti akan hormat kepada gerak dan langkah TSM. Dengan ini juga pasti ramai warga UMNO di luar Johor akan tergerak dan terpanggil untuk membantu mengketengahkan TSM bagi jawatan Presiden UMNO.

Kalau perlu dapatkan nasihat DYMM Baginda Sultan Johor yang memang amat prihatin terhadap UMNO dan pergolakan siasah semasa tanahair ini. Lebih afdhal lagi, wajarlah TSM sendiri merafak sembah ke bawah DYMM Baginda Sultan Johor untuk memohon buah fikiran, nasihat dan galakan daripada pihak Istana Johor.

Semua ini penting supaya TSM tidak rasa keseorangan. Semua warga UMNO Johor kena bergerak sederap dan selangkah, seiring dan sejalan, seiya dan sekata. Lurah sama dituruni, gunung sama didaki, hati nyamuk sama dicicah, hati gajah sama dilapah, patah sayap, bertongkat paruh, namun Insya Allah akan terbang jua. Mudah-mudahan TSM berjaya demi UMNO untuk agama, bangsa dan tanahair!

Unknown said...

Saya anak Johor. Saya setuju dengan pandangan Putera Bentan. Saya kata begitu kerana di Johor ni banyak sangat yang nak mencuba nasib ke jawatan lebih tinggi. Khaled Nordin nak tanding Naib Presiden. Hishamuddin pun dengar-dengarnya nak juga. Syed Hamid memang ghairah sangat kerana katanya dah dijanjikan sesuatu oleh Dollah.

Apa kata Putera Bentan perlu dihalusi oleh seluruh orang UMNO Johor. YAB GHani kena pelopori soal penyatuan minat ini. Kalau tidak, masuk angin keluar asap. Yang jadi mangsa Muhyiddin. Sayang kalau cita-cita Muhyiddin jadi Presiden UMNO tak kesampaian.

MD said...

Dear Dato'

Yang sukj kata "...Sejarah telah membuktikan Tun Ghafar telah menarik diri untuk bertanding jawatan Tim Presiden semasa ditentang Anwar Ibrahim" Itu hanya half truth.

Sebenarnya Tun dah tak terdaya melawan Anuar kerana kerenah undi bonus. Semua dah dapat kat anuar...

MD said...

Sebagai seorang warga umno, saya setuju 200% dengan tok kemuning

"...Sebenarnya kita semua sudah tahu apa yang bakal melanda kita semua sekiranya kita masih memilih jalan yang salah..."

Ya umno telah memilih jalan yang salah. Tapi apakah jalan yang benar?

Kita dah tahu cerita jengking dengan katak, cerita orang tua dengan rattle snake! Apa boleh buat itu lumrah kita sebagai ahli umno moden, zaman kapitalist, zaman duit berlambak untuk kita bagi sama sendiri... Macam buah tembikai yang isinya sudah buruk.

nordin said...

Datuk,
Saya amat sedih dengan perkembangan politik akhir akhir ini yang lebih menjurus kepada menghalalkan pembohongan dan fitnah yang semakin berleluasa tanpa mengira dosa pahala dan balasan diakhirat kelak hanya untuk mempertahankan kedudukan bukannya untuk kesejahteraan rakyat dan yang peliknya ada yang sanggup mempermainkan sumpah untuk mempertahankan diri dan dengan mudah orang mempercayainya.

Saya rasa sedih akan nasib Pak Lah yang tinggi pengangan agamanya tapi membiarkan diri menjadi dayus dan saya terkenangkan nasibnya sama seperti Barsousa (maaf kalau salah eja)

Saya tak mempercayai Pak Lah dulu lagi sejak bapa Lokman Nor Adam menceritakan muafakatan antara beliau dengan anaknya sehingga Lokman sanggup bersumpah di masjid.

Cukup menghairankan Najib berani menafikan hubungan dengan Antaluya sedangkan gambarnya menjadi saksi dan sememangnya Najib berperanan besar dalam hal ini sehingga kedatangannya pun tiada dalam rekod imigresen, pelik bukan. Teringat saya kawan berbangsa Cina saya sewaktu bermain golf dulu (sering mengikut rombongan pelaburan) menceritakan perihal kebuayaan Najib serta geng gengnya di Paris dan London.

Sukarnya sekarang ini mempercayai kakitangan kerajaan yang cara bekerja masih ditakuk lama dan asyik minta gaji lebih dan mengikut telunjuk atasan menjalankan konspirasi menjatuhkan sesama melayu/muslim. Amat memalukan.

Teringat saya kata kata DSAI sewaktu beliau Menteri Pertanian dan saya ketika itu Ketua Pelajar di IPAH (1984), sebagai rakyat jangan takut mempertahankan hak serta berjuang lah demi kebenaran.

Akhir sekali saya menyokong penuh Tan Sri Muhyidin bertanding menentang Pak Lah dan cari lah regu dari Sabah atau Serawak bagi mengimbangi sokongan politik masa kini.

Ikhlas dari
tgenting, mersing

Anonymous said...

TSM pernah jinjing air masa dia kecil dulu. Dia seorang anak ulamak yang hidupnya berbakti untuk akhirat, sebab tu hidupnya berkat. Saya rasa Pak Lah sayangkan TSM sebenarnya, tapi tak nampak, tengok ajerlah...jawatan2 yang di sandangnya. Kesian juga dengan TSM terpaksa cakap benda yang tak popular, kerana nak utarakan pendapat akar umbi. DSNajib ok juga...jgn kata sembarang ajer...kesian jugak kat dia...mana ler tau kena fitnah dek politik...

Unknown said...

rasa saya orang johor berkenan pada TSMY, masih memandang najib untuk memimpin UMNO.tapi mengapa KULI seperti tiada di hati orang johor? beliau tak layak ke?

Unknown said...

Assallammualaikum Datuk dan semua.

Pandangan saya, sebagai seorang perjuangan TSMY sewajarnya mengambil langkah yang 'politically correct' untuk bertanding sebagai Presiden UMNO.

Selepas UMNO - BN gagal untuk memerentah lima negeri, pada hemat saya suara TSMY telah menembusi kalbu orang Melayu - UMNO tentang adanya harapan untuk UMNO terus berjuang membela agama, bangsa dan negara.

Suara TSMY telah menyabarkan orang-orang UMNO yang keciwa dengan kemerosotan sokongan oleh rakyat.

Pada hemat dan perhatian sya, TSMY nampak berupaya memimpin dan melakukan perubahan positif terhadap UMNO dan orang Melayu serta rakyat Malaysia keseluruhannya. Ini termasuk usaha mempertahan dan membangunkan ekonomi negara yang kini dalam keadaan tidak stabil.

Sehubungan dengan itu TSMY, sekiranya memang beliau itu seorang pejuang yang mencari keredaan Allah dalam usaha baktinya, beliau wajar menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.

InsyaAllah sokongan dari seluruh negeri dan pelusuk negara akan mengalir bagai anak-anak sungai yang menjadi sungai menuju kelautan kejayaan.

Semoga TSMY diberi kekuatan oleh Allah untuk terus berbakti dan tidak akan menjual diri, agama, bangsa dan negara Malaysia yang hanya satu ini.

Selamat berjuang dan berjaya!

anak aitam said...

Datuk,
TSM harus maju setapak lagi. Masa semakin suntuk. TSM telah membuktikan kewibawaannya selama ini. Walau pun hanya sepenggal di MoA, perancangan dan agenda beliau sangat berkesan untuk memajukan sektor pertanian. Seandaintya pertanian dikatakan gagal, ianya bukanlah kegagalan beliau, tapi ianya soal minda dan menteliti petani melayu.
DAGO sebagai MB dan rakan di High School Muar patut menyatukan deligasi UMNO Johor. Pasti alumni HSM berbangga ada antara mereka menjadi TPM/PM.