MUQABALAH UMNO-PAS SIRI SATU:
MENGAPAKAH NIATNYA TIDAK TELUS?
Ruhanie Ahmad
Muqabalah atau muzakarah? Bersemuka atau berbincang? Dilakukan dengan secara rasmi dan dengan restu kepimpinan tertinggi UMNO dan PAS atau hanya atas initiatif individu tertentu daripada UMNO dan PAS? Untuk kepentingan Melayu dan Islam atau untuk menubuhkan kerajaan campuran BN-PAS di beberapa negeri dan peringkat pusat? Benarkah wujud jawatankuasa peringkat tertinggi untuk usaha besar ini?
Demikianlah antara persoalan penting dan strategik yang timbul setelah saya meneliti perkembangan politik membabitkan UMNO dan PAS mutakhir ini. Mengapakah seolah-olah wujud satu komplot sulit dalam konteks ini? Siapakah yang akan menjelaskan seluruh persoalan ini kepada rakyat jelata Malaysia dalam waktu terdekat ini?
Baca posting sepenuhnya di: http://puteramalaysia.blogspot.com
MENGAPAKAH NIATNYA TIDAK TELUS?
Ruhanie Ahmad
Muqabalah atau muzakarah? Bersemuka atau berbincang? Dilakukan dengan secara rasmi dan dengan restu kepimpinan tertinggi UMNO dan PAS atau hanya atas initiatif individu tertentu daripada UMNO dan PAS? Untuk kepentingan Melayu dan Islam atau untuk menubuhkan kerajaan campuran BN-PAS di beberapa negeri dan peringkat pusat? Benarkah wujud jawatankuasa peringkat tertinggi untuk usaha besar ini?
Demikianlah antara persoalan penting dan strategik yang timbul setelah saya meneliti perkembangan politik membabitkan UMNO dan PAS mutakhir ini. Mengapakah seolah-olah wujud satu komplot sulit dalam konteks ini? Siapakah yang akan menjelaskan seluruh persoalan ini kepada rakyat jelata Malaysia dalam waktu terdekat ini?
Baca posting sepenuhnya di: http://puteramalaysia.blogspot.com
8 comments:
Analisis Datuk ini macam menggambarkan adanya pembohongan di pihak Dollah dan PAS mengenai muqabalah. Mungkinkah ini kerana muqabalah itu hanya pandai-pandai Dollah dan nama-nama yang Datuk sebut sebagai mewakili PAS. Isu besar macam ni mana boleh Dollah buat senyap-senyap ja? Kalau hal besar macam ni pun dia one-man show, mungkinkah isu peralihan kuasa juga keputusan dia sendiri? Kalau macam ni sapa boleh percaya Dollah lagi dalam semua hal?
Datuk. Saya sokong pendapat Nakhoda. Kalau soal besar macam muqabalah pun Abdullah nak buat sorang-sorang, macam mana kita nak percaya dia lagi dalam soal-soal lainnya? Saya dah baca posting kickdefella. Dalam tu banyak kisah dan motif Abdullah bermuqabalah dengan PAS. Saya rasa betul jugak kata blogger tu, Abdullah gunakan muqabalah ni nak kelabui mata warga UMNO sedangkan niat dia adalah nak hancurkan Najib, Anwar, IGP dan AG. Warga UMNO cawangan yang sedang bersidang sekarang patut keluar usul tanya dan minta penjelasan soal muqabalah ini.
Saya cabar Najib dan Muhyiddin buat kenyataan yang mereka tidak dibawa sama dalam muqabalah dengan PAS. Buat apa nak pertahankan lagi pembohongan Dolah Badawi ni? Naik harga minyak tak ada restu kabinet. Kensel jambatan bengkok tak ada restu kabinet. Muqabalah dengan PAS pun dia sorang diri dan lepas tu dia kata pemimpin UMNO semua sokong. Apa jenis pembohongan yang Dolah Badwi cuba lakukan? Macam ni pun Najib nak sokong Dolah Badawi lagi. Orang UMNO kena bangun dan cabar Dolah Badwi berikan penjelasan yang telus pasal muqabalah ini....
Ini semua adalah permainan politik belaka. Jerat menjerat! Dalam Dollah menjerat. Nik Aziz pun menjerat juga.
Jerat siapa yang bingkas? Rakyat dapat menilainya!
Si Tajol Perak bodoh tu pulak tiba-tiba terus nak berpakat dengan PAS menubuhkan Kerajaan Pakatan PAS/UMNO mempunyai 2 sebab agaknya:
1) Kerana dah terlepas cakap bahawa Kerajaan UMNO akan muncul sebelum 31 Ogos ini menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat dan
2) Tajol nak gagalkan Segala hasrat Pak Lah dan pimpinan tertinggi UMNO untuk meneruskan apa-apa pun kerapatan dengan PAS.
Bagaikan kata pantun:
BUAH NANGKA DARI PERAK,
DIISI SARAT RAGA BERKARAT;
BIBIR DIBUKA LIDAH BERGERAK,
LAIN TERSURAT LAIN TERSIRAT.
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Kita seolah olah tersepit dan dikongkong dengan strategik sempit untuk menyatukan melayu dibawah payung islam. Kita perlu ingat segala yang berlaku adalah kerana kefahaman untuk kita mendapatkan kesejahteraan dunia dan akhirat yang kita selalu berdoa selepas sembahayang waktu adalah sempit dan tidak mendalam.
Perkara ini tidak dapat dilakukan dalam masa lima tahun tiap tiap kali sebelumnya pilihanraya atau pasca pilihanraya. Perkara seperti ini adalah jangka masa panjang sekurang-kurangnya jangka masa seseorang insan membangun dan menjadi remaja. Apa yang berlaku adalah hanya tindakan tindakan manusia yang masih mencari identiti yang belum lagi dapat menentukan kearah mana mereka harus pergi.
Oleh itu apabila Datuk menyoalkan perkataan muzakarah dan muqabalah saya setuju semacam ada niat tertentu individu yang tidak bernas didalam tindakan beliau. Telah jelas Allah menunjukkan kesilapan kita namun kita masih tidak sedar.
Salam datuk,
tak telus? sebabnya pertemuan itu diadakan hanya untuk kelangsungan hidup UMNO dan PM flip flop. kalau UMNO tak kalah, jangankan muzakarah/muqabalah,bak kata Tengku Razaleigh pandang muka pun tak nak...hipokrisi...hipokrisi
Datuk!
Siapa nak menjerat siapa! Kita lihat siapa yang kena...
Pak Lah cuba nak tunjukkan bahawa dia ingin menyatukan umat melayu, kurang-kurang pun boleh buat modal untuk perhimpunan agung umno Dis nanti.
Tetapi yang terbukti PAS dapat menunjukkan yang ianya bukan lagi melukut ditepi gantang, ataupun parti serpihan unmpama parti PPP dalam BN. Sekrang DAP dah buka mata sekurang-kurang ia tahu PAS pergi kemena pun tak jadi hal. BN pun memerlukan sokongan PAS. Kalau DAP nak berkurang ajar lagi PAS boleh good bye Pakatan Rakyat bila-bila masa. Apa pun jutaan terima kasih kepada pimpinan umno seperti PM, Tajul Rusli dan ramai lagi yang dah mula mempercayai kepada PAS. Maka dengan ini PAS akan lebih berharga dalam Pakatan Rakyat. Moga-moga Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dato kena ingat, bagaimana intimnya YDPA Sultan Mizan dengan Tuan Guru, bagaimana selepas PRU11 2004 lalu beliau pun tidak mahu mentabalkan Idris Jusoh selepas memenangi dari PAS di Terengganu. Isnyaallah hanya Pimpinan yang bijak sahaja dapat menilai kepimpinan Ulamak. Insyaallah Islam selamat, melayu selamat.
Kadang-kadang tak faham juga, kenapa manusia suka sangat berburuk sangka kepada orang yang cuba membuat sesuatu yang memfokus ke arah kebaikan bangsa dan agama sendiri.Rasanya terlalu tidak adil jika hanya sebelah pihak saja yang diperlakukan sebegitu. Mungkin dah memang mentaliti bangsa kita yang terlalu sukar untuk menerima orang yang telah dibencinya atas alasan tertentu.. Sampai bila harus begini?
Post a Comment