FORMULA PERALIHAN KUASA DAPAT SOKONGAN BESAR ANGGOTA PARTI - ABDULLAH
KEPALA BATAS 20 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata formula peralihan kuasa yang dibuat secara muafakat antara beliau dan timbalannya mendapat sokongan besar daripada akar umbi yang mahu melihat parti terus kukuh dan aman.
Beliau berkata formula itu diterima dengan baik oleh anggota parti bagi memastikan kesinambungan kepimpinan parti itu berjalan lancar.
“Nampaknya ada sokongan besar pada peringkat ini untuk saya dan Datuk Seri Najib Tun Razak terus memegang jawatan masing-masing,” katanya ketika merasmikan persidangan kelompok cawangan-cawangan Umno bahagian Kepala Batas, di sini hari ini. – Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm
KEPALA BATAS 20 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata formula peralihan kuasa yang dibuat secara muafakat antara beliau dan timbalannya mendapat sokongan besar daripada akar umbi yang mahu melihat parti terus kukuh dan aman.
Beliau berkata formula itu diterima dengan baik oleh anggota parti bagi memastikan kesinambungan kepimpinan parti itu berjalan lancar.
“Nampaknya ada sokongan besar pada peringkat ini untuk saya dan Datuk Seri Najib Tun Razak terus memegang jawatan masing-masing,” katanya ketika merasmikan persidangan kelompok cawangan-cawangan Umno bahagian Kepala Batas, di sini hari ini. – Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm
30 comments:
Majoriti orang umno adalah orang melayu yg beragama Islam. Pemimpin umno adalah orang Islam juga. Mereka solat 5 kali satu hari dan saya pasti ramai yg buat lebih lagi dengan solat sunat-sunat. Saya yakin ramai orang umno akan melenting bila Islam dipermainkan. Tapi dalam soal memilih pemimpin kenapa orang umno Islam ini tidak dapat menilai dari sudut Islam? Kenapa ya?. Tidak dapat membeza yg mana hak dan mana kebatilan.? Pemimpin macam mana Islam suruh pilih dan taat?
Itu pandangan beliau.
Tidak semestinya benar dan tidak semestinya tidak benar.
Jika ingin kepastian, perlu ada kajiselidik mengenainya.
Salam Datuk,
Sokongan besar untuk 'saya'!!.
Ikhlas ke tidak sokongan tu?.
Sokongan untuk kekuatan umno atau sokongan untuk diri sendiri?
Sendiri sokong, sendiri tafsir.
Salam Datuk Ron
Sememangnya formula itu mendapat sokongan besar daripada akar umbi yang mahu melihat PARTI terus aman dan kukuh. Walau bagaimanapun, akar umbi yang mahu melihat NEGARA terus aman dan kukuh, mereka mahukan Perhimpunan Agung Umno Disember ini menentukan masa hadapan kepimpinan tertinggi secara demokratik. Persidangan Cawangan hanya baru melepasi hujung minggu pertama, sudah banyak usul diluluskan supaya orang lain dicalonkan bertanding jawatan Presiden Umno. Sebagai usaha untuk membendung lebih banyak cawangan layak mengadakan Persidangan, maka Peraturan Persidangan Cawangan dipinda dari segi cukup bilang (kuorom), daripada 18 orang kepada satu perempat bilangan ahli yang membayar yuran pada 31 Disember 2007. Memang mencurigakan kerana pindaan diumumkan hanya beberapa hari sebelum tarikh Persidangan Cawangan bermula. Itulah demokrasi Umno dalam keadaan yang terdesak ini, bukannya bertambah longgar bahkan semakin menyekat. Maka semakin sempitlah ruang akar umbi untuk menyalurkan suara mereka. Semakin malu jadinya mengaku sebagai ahli Umno dengan tindakan mereka yang mahu memilikpartikan Umno untuk pimpinan pertengahan dan atasan semata-mata.
A.kum Datuk,
1. Betul ka tu...?
2. Cuba benarkan pertandingan secara terbuka tanpa sebarang syarat?
3. Baru kita boleh tahu siapa sebenarnya yang dapat sokongan besar dan siapa yang dapat malu besar?
http://sukj.blogspot.com
Dato yang dihormati,
sebenarnya sudah lama saya menelusuri blog ini. Saya melihat sebuah pemikiran yang terbuka tetapi analitikal. Itulah yang dikatakan 'keterbukaan minda'. Saya amat bersetuju bahawa ketidaksempurnaan manusia menyebabkan kita perlu lebih berhati-hati untuk merencanakan masa depan. Begitu jugalah halnya dalam konteks sebuah negara seperti Malaysia ini. Begitupun juga persamaan yang berlaku dalam sebuah tradisi kepimpinan tetapi kita perlu memikirkan tradisi kegemilangan bukan menghalal atau membunuh kegemilangan demi tradisi yang lemah atas nama demokrasi. Saya merujuk kepada Pak Lah dan Najib. Pak Lah mungkin tidak akan merasainya setelah melepaskan jawatan tetapi bagaimana dengan kepimpinan Najib yang menumpang kasih Tun Razak. Dan mungkin juga akan berlaku suatu hari nanti, Pak Lah akan menyesal kemudian mengambil langkah keluar UMNO seperti mana yang berlaku kepada semua mantan PM. Menyesal kemudia hari atas kesilapan hari ini tidak bermakna apa-apa.
Saya bertanya sesekali kepada diri sendiri, kenapa jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tak boleh didemokrasikan? Melarang undian dan menghasut kepercayaan adalah strategi licik untuk mempertahankan kebenaran. Oleh itu, saya berharap agar orang Johor dapat berfikir secara waras dan jangan mengambil keputusan sebulat suara untuk menyokong gagasan muluk tetapi tidak bersifat matang berpolitik. Saya percaya juga, ramai tokoh yang boleh menyelamatkan UMNO (tanda berniat untuk menamakan sesiapa) yang lebih kritis, dinamik dan bitara dalam menangani hal-hal ketamadunan bangsa dan negara.
Salam dari kejauhan.
Dato'
Kah Kah Kah... The Sleeping Beast masih lagi hidup dlm penafian. Dah namanya UMNO memang hidup dlm budaya mengampu, memang lah senang si Tidur ni membodohkan ahli2 UMNO yg berjumlah 3.xx Juta ni.(boleh caya ke)
Nampak gayanya yg masih berTELOR hanyalah UMNO Gua Musang. Yang lain buat pekasam jelah.
Yang dijohor pulak, bagi Singapore tolong simpankan.
Dunia, dunia
Bilalah Malaysia ni nak berubah
Dollah juga kata akar umbi parti telah beri sokongan besar kepada pelan peralihan.
Ini semua sebab sehelai kain pelikat dan RM 100.
Pengamal rasuah tegar.
MUZAKARAH PAS - UMNO
Lihat lah betapa Bangsatnya Abdullah Ahmad Badawi. Tatkala beliau merasakan orang Melayu sudah mula menyampah dan meluat dengan beliau, beliau cuba bermain psikologi dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh memecah belahkan lagi orang Melayu.
Ingat, PAS tanpa Nik Aziz ibarat sebuah parti kosong. Kerana Hadi Awang tidak lebih daripada seorang ahli politik biasa. Maka dengan itu, muzakarah tanpa Tuan Guru Nik Aziz menunjukkan ianya hanya merupakan konspirasi individu tertentu di dalam PAS yang cuba diberi GULA-GULA oleh si anjing tersepit bernama Abdullah Ahmad Badawi.
Oh tidak...wahai Melayu Islam.
Ini semua terjadi gara-gara orang UMNO bodoh + bahlol yang masih mahu mengekalkan Abdullah Ahmad Badawi.
Ramai orang terkeliru dengan sindrom "mengekal kuasa" dan "mengejar kuasa". Pemimpin sudah tentu terkeliru, sebab mereka yang menghidu candu Kuasa.
Rakyat juga sering terkeliru, terutamanya bila emosi mengatasi kewarasan.
Akhirnya semua perlu bertanya, wajarkah Abdullah masih disitu?
Dato Ron yang dihurmati.
Lama jugalah rasanya Dato tak berbalas pantun dengan kon di blog CUCU TOK KEDU.
Dato tolong pastikan Pak Lah bercakap tu masa dia tidur ke masa dia baru bangun tidur atau benar-benar dia dah mandi dan jaga celik!
Anak kon cakap, kalau nak tahu masa bila Pak Lah temberang, sebaik dia bercakap, temberangnya pun jelaslah!
Temberang tu pada kon, bohonglah maksudnya! Ahli-ahli Umno daerah kon ini sibuk tak sokong Pak Lah tak sokong Najib! Pak Lah mamai agaknya!
CUCU TOK KEDU
http://rp-semantan.blogspot.com
Salam Dato,
Itu apa yang Pak Lah cakap lah.Tapi minta dia faham la,memang rakyat dah cukup haru biru dibuatnya.Maka saya sangat bersetuju supaya pertandingan jawatan no 1 & 2 diadakan.Kita cari "a real and a new hero".Saya setuju dgn "moneymatters" cuma Gua Musang je yang ada keberanian,yang lain lain cuma nak jaga periuk nasi tapi tak takut tuhan.For once jadi lah anak jantan.Walau pun Tun Mahathir dikatakan "kukubesi" tapi negara taklah sehuru hara sekarang.Saya percaya didalam hati kebanyakan rakyat masih merindui sentuhan Tun dalam menangani krisis seperti hari ini.Ini mesti kita akui.Bercakap tentang "kukubesi" saya teringat kata kata Lee Kuan Yew (ex-PM Singapore) ketika ditanya mengenai ISA di Singapore yang dikatakan negara maju.Menurut beliau tiap-tiap agama melarang umatnya melakukan kejahatan dan menganjurkan kebaikan.Sebagai contoh dalam agama Islam,tuhan menegah bermacam-macam perbuatan yang mungkar/tak baik dilakukan oleh umat.Tujuannya adalah untuk mendisplinkan umatnya.Kalau dengan tegahan ini dapat menjadikan umatnya lebih baik,why not.Begitu juga di Singapore,banyak "fine" itu,"fine" ini,tetapi kalau inilah yang dikatakan kukubesi,tetapi kawalan ini dapat menjadikan rakyat berdisplin dan negara lebih maju,why not?Begitu juga dengan Tun,walaupun dilabel "kukubesi" keadaan ketika krisis terkawal dan negara kita agak maju ketika Tun sebagai PM kita.Tetapi tidak di zaman Pak Lah,krisis yang sekecil-kecil pun keadaan seolah-olah tidak terkawal,kerajaan dijadikan semacam bahan ugutan golongan-golongan yang inginkan perhatian dari kerajaan.Kerajaan mesti tegas didalam membendung amalan yang tak sihat ini.
paklah oh paklah,
dia akan dikenang sebagai PM malaysia paling lemah dalam sejarah dan juga PM paling memalukan. ingt ayat saya ini. dia akan dikutuk habis-habisan dan dicampak seperti pencacai selepas meletak jawatan
www.mencandat.blogspot.com
Assalamu'alaikum Datuk
Tentu Datuk tahu akan makna istilah 'melayu' dalam bahasa jawe. Itulah ibaratnya UMNO ketika ini - lari dari kenyataan sebenar yang telah ditunjukkan oleh rakyat.
Sokongan dari siapa? Siapa sokong siapa? Orang UMNO kini (walaupun tak semua) macam cerita-cerita purba keluaran Cathay Keris dan MFP dulu - pembesar-pembesar dibeli dengan pemberian harta & pangkat. Yang kata hulubalang-hulubalang pun, bacul, ikut aje sedangkan merekalah penderhaka sebenar yang tidak mengambil pusing langsung akan 'sebab-sebab' sebenar kenapa dipilih oleh rakyat. Mana dia pendekar & 'Jebat-Jebat'..? Sahabat kita apa-pasal tak keluarkan dan menghunus 'keris' tu..? Aduhai, bikin malu arwah datoknya sahaja.. Sedih..sedih..!!..
Salam dari rantauan.
Dato'
Bacaan saya memang benar PL mendapat sokongan besar dari cawangan2. Saya banyak menerima maklumat2 dari cawangan yang telah dan akan bermesyuarat, mereka tidak banyak menyentuh tentang kelemahan PL tetapi lebih banyak menyokong peralihan kuasa.
Apa yang sebenarnya berlaku ialah, masing2 sibuk mahu bertanding merebut jawatan, bila saya ajukan soalan bagaimana dengan kelemahan PL..mereka selamba sahaja menjawab, kalau nak bertanding kena sokong PL, mana bolih sebut benda2 tu, nanti kena cantas....
Saya termenung, cuma bolih mengeluh...OH BANGSAKU !!!!
Datuk,
macam mana boleh diri sendiri plan, diri sendiri putus, diri sendiri nilai dan diri sendiri komen kata semua yang diputuskan dapat sambutan dan sokongan semua?
payah orang tua ni kalau dalam syndrome denial!
Muzakarah: Pak Lah Keliru, Celaru Dan Terkedu
Muzakarah menurut kamus dewan:
Muzakarah = Perbincangan ( pertukaran pendapat ) tentang sesuatu masalah dsb; bermuzakarah , berbincang ( bertukar tukar pendapat ) tentang sesuatu masalah dsb.
Aku tertarik untuk membuat posting berkenaan tajuk muzakarah, kerana perkataan ini telah dijadikan cubaan oleh UMNO bagi memporak perandakan PR.Maksud sebenar perkataan muzakarah itu sendiri telah mencerminkan apa sebenarnya muzakarah tetapi gagal difahami oleh UMNO dan Dolah.Muzakarah digambarkan sebagai satu wadah dalam menuju kepada satu ikatan yang berkekalan.Itulah yang dipropagandakan oleh media media tajaan UMNO.
Perbincangan dan pertemuan awal bagi menrealisasikan muzakarah ini telah dengan sengaja digunakan oleh regim Dolah untuk mendapatkan keuntungan politik tanpa maruah.Sebenarnya sejak dahulu lagi PAS telah lama mengundang UMNO untuk bermuzakarah bagi kepentingan ugama, bangsa dan tanahair, tetapi sering dipandang sinis oleh UMNO.
Bertitik tolak dari keputusan PRU12 yang memperlihatkan kerapuhan UMNO, maka UMNO amat diyakini adalah pihak yang mempelawa PAS untuk bermuzakarah, konon konon atas dasar membela Melayu.Beberapa pertemuan diatur diantara kepimpinan PAS dan UMNO.PAS dengan alasan mereka sendiri kenapa pertemuan perlu diadakan( telah dijelaskan oleh kenyataan akhbar YB Khalid Samad ), begitu juga dengan UMNO yang mempunyai alasan dan sebab tersendiri.Pak Lah diyakini memberi restu kepada pertemuan awal ini dimana beliau mungkin berkeyakinan, survival politiknya dapat diselamatkan melalui hubungan baik dengan PAS.Beberapa pertemuan menyusul lagi bagi membincangkan langkah demi langkah kearah muzakarah.Semuanya berlaku secara rahsia seolah olah ada satu agenda maha penting yang tidak boleh diketahui oleh lain lain kaum kerabat PAS.Pak Lah yakin PAS berada didalam genggaman UMNO bagi membantu UMNO yang kian tersepit.
Diperingkat ini media UMNO mula memainkan peranan.Laungan demi laungan kenapa muzakarah perlu diadakan antara PAS dan UMNO diteriakkan saban hari.Digambarkan juga seolah olah PAS telah menghampiri UMNO untuk meninggalkan sahabat didalam PR.Presiden PAS dinyatakan memberi amaran demi amaran kepada sahabat PR.Diperlihatkan seakan akan PR akan menjadi batu nesan. PKR dan DAP tidak membalas, tetapi hanya mengambil sikap melihat dan mendengar sahaja.Pak Lah mula keliru.Harapan untuk melihat PR bercakar,mula kabur.
Fasa bertukar.Media sekali lagi dikerah menjalankan propaganda.Disebarkan diblog blog, konon konon PAS dijanjikan dengan berbagai imbuhan dan tawaran jika memihak kepada UMNO.Digambarkan juga bagaimana ramai pemimpin PAS terlibat didalam pertemuan dengan UMNO.Dikisahkan juga bagaimana PAS mempunyai tokoh tokoh yang tamak dan akan membelakangkan parti, ahli dan sahabat didalam PR.Keraguan cuba diujudkan dikalangan sahabat PR supaya mencurigai PAS.PR dan DAP tetap membisu.Presiden PAS kemudian mengeluarkan kenyataan akhbar, PAS akan tetap bersama dengan PR.Pak Lah mula celaru.Bercelaru memikirkan kenapa perancangannya tidak menjadi.
YB Shah Alam, Saudara Khalid Samad kemudian memperincikan apa yang terjadi didalam pertemuan terdahulu dan siapakah yang mewakili PAS didalam pertemuan dengan UMNO.Sementara itu Ketua Pembangkang Selangor beria ia menulis di dalam blognya, kenapa perlu disegerakan muzakarah dan tidak mustahil jua penyatuan diantara PAS dan UMNO konon konon demi agama dan bangsa Melayu.DAP dan PKR tetap tidak bersungut mahu pun melatah.
Sekonyong konyong, terdengar suara dari sebelah pantai timur iaitu suara Tuan Guru Nik Aziz Menteri Besar PAS yang juga Mursyidul Am PAS, " tidak perlu muzakarah antara PAS dan UMNO".Pak Lah terkedu.
Saya setuju degan sdr cheguman. Nampaknya PL nak angkat diri sendiri sahaja. Ujudkan ruang kajiselidik bagi isu ini, Dtk.
Sekarang suara akar umbi terkongkong oleh "keputusan" MT dan kebanyakan Badan Perhubungan yang umumnya mahu peralihan kuasa berlaku 2 tahun lagi sebagaimana yang dikehendaki oleh Pak Lah.
Oleh itu, tidak menghairankan jika kebanyakan cawangan atau bahagian mencalonkan Pak Lah dalam keadaan "terpaksa".
Yeah..Takbir!!!
UMNO Cawangan Taman Cahaya akan membawa usul agar Najib sebagai Presiden dan Muhyiddin No. 2.
Kehendak akar umbi janagn diketepikan... Takkan ada pucuk kelapa kalau akarnya lemah mengcengkam tanah...takkan ada pemimpin kalau tiada pengikutnya..
wallahualam..
Tuan Hamba,
Dalam keadaan politik negara yang kucar-kacil ini, nampaknya Jiran Selatan kita telah mula menongkah arah. Terbaru, mereka mahu menuntut zon ekklusif di sekitar Pulau Batu Putih. Apakah Malaysia akan berputih mata lagi selepas ini. Mohon Tuan Hamba dan rakan sekalian menulis artikel utnuk menyedarkan penguasa dan rakyat Malaysia akan bahaya terbaru ini.
www.hang-jebat.blogspot.com
Salam Datuk,
Membawa perubahan memerlukan satu keazaman yang kuat dan disusuli dengan perlaksanaan yang bulat.
Peralihan kuasa tidak membawa apa-apa perubahan dalam UMNO.
Sebaliknya jika pertandingan dibuka, maka itulah dia titik permulaan kepada mencari pemimpin yang berkualiti yang diadili sendiri oleh ahli UMNO.
Alasan perpecahan kalau ada pertandingan adalah kuno.
Kepada semua..
Cuba baca dan tafsir perkara berikut:
Kenapa Abdullah Ahmad Badawi baru sekarang memikirkan mahu bermuzakarah? Kenapa tidak ketika beliau mula-mula menjadi PM atau ketika beliau menang besar pada 2004.
Ini semua kerana keadaan memaksa beliau berbuat demikian. Bacaan ini cukup mudah wahai sedara-sedari sekelian. Masa senang dahulu, segala dibawah kawalan, mana mahu berkongsi dengan orang, kini bila susah, mula menagih simpati orang-orang PAS. Sedara-sedari nak percaya Abdullah Ahmad Badawi ikhlas demi agama Islam? Isteri beliau sendiri pun beliau sanggup mmebiarkan berdosa berpanjangan (Tutup aurat itu adalah wajib).
Fikirkan lah, kenapa tuhan tidak membuka hati Tuan Guru Nik Aziz untuk menredhakan konspirasi yang kononnya dipanggil muzakarah ini? Kerana terdapat sesuatu yang terselindung disebalik tujuan ini. Bukan berburuk sangka, tetapi telah jelas orang yang ingin bermuzakarah ini adalah seorang peimimpin yang munafik. Terlupakah sedara-sedari yang Abdullah Ahmad Badawi telah sebati dengan dolak-daliknya? Dengan flip-flop-nya. Atau dengan bahasa lebih tepat, dengan PENIPUnya. Ini adalah terang-terangan ciri-ciri orang munafik. Belum lagi diambil kira isu nepotisme yang diamalkannya.Si KJ yang paling dibenci rakyat, si Kamaludin yang semakin rakus. Kalimullah dan lain-lain lagi.
Jadi, baru sekarang nak fikirkan pasal perpaduan ummah, pasal perpaduan bangsa.
Bagi penulis, Abdullah Ahmad Badawi boleh insaf, sedar dan bertaubat dengan cara meninggalkan parti dan pemerintahan negara dan menyerahkan kuasa kepada orang yang betul-betul layak. Kalau beliau betul-betul ikhlas, boleh berfikir di luar kotak, lepaskan jawatan kepada Tuan Guru Nik Aziz. Jika tidak, Muhyiddin Yasin adalah lebih sesuai jika dibandingkan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. Bukan-nya dijanjikan Najib Razak yang telah busuk dan kotor untuk dijadikan pengganti. Di sini kita nampak di mana keihklasan Abdullah Ahmad Badawi yang sebenar.
Tetapi penulis yakin bukan itu tujuan Abdullah Badawi. Ini adalah strategi bagi mengekalkan kelangsungan kuasa politiknya.
Percayalah, penulis amat bersetuju dan menyokong seratus peratus jika PAS dan UMNO ingin bersatu. Tetapi bukan di bawah Abdullah Ahmad Badawi. Kerana selagi ada Khairy Jamaluddin, selagi itulah Abdullah Ahmad Badawi kekal dengan kedangkalannya. Untuk itu, kepada semua ahli UMNO, pastikan Abdullah Ahmad Badawi bukan lagi menjadi presiden UMNO, maka baru boleh berfikir untuk muzakarah dengan PAS. Al Lu Fikir Lah Sendiri.
http://fikirlahsendiri.blogspot.com
Salam Datuk Ron..
Sebenar coretanku ini telah ditulis dalam blog DS Khir Toyo yang saya kira boleh dijadikan renungan bersama dan minta dianalisa serta ini bukanlah tindakan yang populis seperti budak kemamang katakan. Untuk pengetahuan semua, diblog Ds Khir Toyo ada sedikit unsur ragging terhadapnya dan kebanyakannya komen ditapis-tapis sehinggakan jalan ceritanya telah tidak enak untuk ditonton kerana tajuk telah tidak sehaluan dengan jalan cerita dan akhirnya filem ini dikatakan tidak bermutu dan tidak mencerminkan budaya itu sendiri. Saya berpendapat Datuk mempunyai sifat yang terbuka dan menunjukkan kematangan apabila berblog.
''Ds nampak tidak menyiarkan komen saya yang sebelum ini...mungkin DS tidak sanggup...tak apalah DS...saya faham kedudukan DS sekarang. Rata -rata dalam blog DS ini melemparkan pelbagai kebencian dan tanda protes kepada DS sebab masa jadi MB dulu tiada peluang kot...dan sekarang macam nampak serah diri dan ada tanda masih nak melawan. Berubahlah DS dan jadilah pemimpin yang sempurna dan pertahankanlah hak rakyat secara keseluruhannya.Ds mempunyai ciri-ciri pemimpin yang hebat tetapi adakalanya amat dasyat dibuatnya.....
Ds...sudah lupakah kita sudah lebih kurang 20 tahun tidak diadakan pemilihan Presiden dan Tim.Presiden. Adakah ini perkara yang menyihatkan sesebuah organisasi atau parti itu sendiri. Dgn peralihan kuasa yang sibuk diperkatakan adakah boleh menjamin keutuhan parti. Pengumuman orang yang sudah nyanyok seperti Mat Taib masih lagi bernafsu untuk menjadi calon Naib presiden. Adakah kualiti pemikirannya masih boleh diterima pakai pada zaman ini selepas berkilo-kilo duit telah dilarikan ke Australia pada masa pemerintahan rejimnya. Adakah Umno terdiri daripada pemimpin yang sama saja sejak 10 tahun dulu dan tentulah pemikirannya pun setakat itu sajalah dan tak akan berkembang dan pergi jauh. Parti itu sendiri perlu disuntik dengan pelbagai antibodi dan ubatan untuk menguatkan lagi struktur pertumbuhannya setelah dikesan ada pelbagai barah dan yang pasti tarikh kematian akan pasti diketahui umum. Tidak dinafikan virus rembau telah berjaya memusnah parti umno akibat pembelajarannya di oxford disalahgunakannya dan kita yang menerima akibat.
Pelbagai bomoh telah dijumpai untuk mengubati akibat diserang virus ini dan akhirnya telahpun berjumpa dengan tok bomoh berpakaian hijau dan sedikit sebanyak mengeruhkan keadaan dalam keluarga tok bomoh hijau. Yang pasti pemakanan yang sihat seperti tempe jawa pasti akan memudaratkan lagi.
Ds..kita ahli digombak merasakan ada sesuatu yang telah berlaku diantara Najib dan PakLah. Najib dikatakan sibuk berkempen uatuk semua bahagian mempersetujui tentang peralehan kuasa ini pada 2010...mengapa Najib tidak berkempen terus untuk diri dan buktikan kepada mentornya dahulu yang sebenarnya najib ini masih kuat lagi dan tidak lembik. Andaian dibuat berdasarkan peristiwa yang telah berlaku...PakLah dilihat semacam telah menjerat Najib dengan kes peribadinya dgn Altantuya dan kapal selamnya. Dan sekiranya Najib engkar dan melawan bosnya itu pasti semua rahsianaya akan terbongkar dan yang pasti akan tenggelam bersama kapal-kapal selamnya. DS ...ini hanya andaian kami digombak atau pasti dimana-mana saja orang telah memperkatakannya. Mungkin DS telah mendengarnya yang indah-indah belaka dan yang pasti Ds hanyalah Dr gigi dan bukannya pakar sakit telinga dan mata.
Ds...sekiranya Umno sebuah syarikat yang berada dalam dunia globalisasi pasti pengurus syarikat yang sudah tidak boleh lagi untuk membawa keuntungan dan membawa kepada kerugian yang besar pasti akan diarahkan berhenti secara berhormat. Bukan dirinya saja tetapi termasuk pegawai kanannya pasti akan ditukar ganti bagi menyegarkan kembali aktiviti yang boleh membawa keuntungan kepada syarikat tersebut. Cadangan yang baik yang diberikan oleh adik tiri berlainan bapa tentang minyak telah memberi harapan kepada semua rakyat sehingga rakyat boleh membuat andaian menteri di kabinet sibuk nak menyelamat syarikat daripada menyelamat rakyat yang akan mati dan pasti ditanam di kubur. Kasihanilah rakyat dan berzakatlah sekiranya perlu.
Ds..Inilah akibat sibuk mengurus akaun peribadi masing-masing dan sentiasa untuk memikirkan bagaimana untuk menambah pendapatan serta menjaga periuk belanga sendiri sehinggakan terlupa masalah rakyat.
Fikir-fikirlah Ds....adakah semua ini telah terjadi atau sedang terjadi. Nampaknya DS masih gagal memberi komen kepada ulasan saya.''
Terima kasih..lain kali nak masuk lagi.
Masuk bakul pikul sendiri. Itulah perumpamaan paling tepat untuk Dolah Badawi dalam kisah ini. Pemimpin tak sedar diri, tak malu, tak prihatin kepada suara rakyat bawahan. Ada hati hati kata peralihan kuasa disokong rakyat. Saya harap dia tau maksud pemimpin adil pemimpin dijulang dan pemimpin tak pedulikan rakyat pemimpin yang harus dibuang! (Baca dengan maksud raja adil raja disembah raja zalim raqja disanggah)... Saya berani bertaruhkan masa depan saya, kalau inilah caranya Dolah kendalikan UMNO, hancur kita, jahanam kita, lingkup kita. Oleh itu sama-samalah kita desah dia berhenti serta merta.
Hanya kaki tidur je yang boleh cakap macam ni. Kalau dia bukan kaki tidur tentu dia tau orang UMNO cawangan fedup dengan dia. Orang macam ni pun ada hati nak mintak kita calonkan dia semula... Sorraylah!!!!!
Dato Ron yang dihurmati;
Dalam berpolitik macam macam bolih jadi. Macam macam bolih di cipta, rancang dan rekayasa.
Apakah yang menyokong benar benar menyokong dengan hati yang jujur dan ikhlas? Apakah yang menyokong tidak diimbuhi dengan janji janji manis atau wang ringgit?
Selalunya kita nampak dan saya juga percaya apa yang berlaku ketika Dato menjadi MP dulu.Kita tidak nafikannya.
Tambahan pula sekarang nampaknya amat berleluasa.Untuk mencari dan mengejar kekuasaan 'duniawi' manusia sanggup melakukan apa saja.
Apa yang penting saya yakin, Rakyat sudah MUAK dan fadeup dengan kepempinan yang sedia ada.Sayangnya, si PEMIMPIN itu tidak sedar akan kebencian majoriti Rakyat.Ini kerana apabila asyik mengejar dan mengukuhkan kuasa yang ada maka hati Pemimpin
tersebut telah menjadi 'buta', walaupun beliau sudah tidak berkemampuan untuk memimpin.
Post a Comment