Saturday, July 05, 2008


YA ALLAH SELAMATKANLAH
TANAHAIR KAMI KETIKA INI..

Sekumpulan rakyat jelata dijangka berhimpun di Stadium Kelana Jaya, Selangor, pada Ahad 6 Julai 2008, untuk memprotes kenaikan harga minyak.

Tiada siapa dapat menganggarkan jumlah sebenar yang akan hadir di perhimpunan berkenaan. Tetapi, sesuatu perhimpunan yang berlatarbelakangkan suasana politik mutakhir ini mungkin boleh bertukar jadi suatu perhimpunan yang membimbangkan semua pihak.

Lebih-lebih lagi bila kini terdapat sekumpulan hampir 5,000 orang “tetamu” yang diundang khas oleh sesetengah pihak untuk sama-sama “memeriahkan” perhimpunan berkenaan.

Para “tetamu” tersebut dijangka menghadiri perhimpunan di atas untuk “menyemarakkan” suasana supaya jadi lebih panas dan menggelegak.

Banyak pihak sudah mengetahui akan kehadiran “tetamu” ini. Jangan siapa cuba nafikan, jangan siapa cuba tutup kebenarannya.

Soalnya, siapakah yang mengundang para “tetamu” ini? Siapakah tuan rumah mereka? Siapakah yang membiayai mereka? Dan, adakah pihak berkuasa keselamatan kita mengetahui kehadiran mereka?

Oleh itu, wajar kita imbas semula kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Kuala Lumpur pada 3 Julai 2008, mengenai keselamatan negara seperti berikut:

“Keadaan negara adalah aman dan selamat dan rakyat tidak perlu bimbang dan percaya dengan khabar angin yang mendakwa negara kini dalam keadaan darurat. Keadaan ekonomi dan keselamatan negara juga dalam keadaan terkawal dan rakyat tidak sepatutnya terlampau teruja dengan apa yang berlaku di negara pada masa ini. Negara tidak berada dalam keadaan darurat. Kerajaan ini sebuah kerajaan yang stabil, percayalah.”

Kita kena percayakan kenyataan Abdullah di atas. Tapi, kita kena juga tanya beliau, benarkah kini terdapat hampir 5,000 “tetamu” yang diundang khas untuk “menyemarakkan” perhimpunan rakyat di Stadium Kelana Jaya, Selangor, pada 6 Julai 2008? Adakah Abdullah tahu akan hal ini? Adakah Abdullah memberikan restu kepada undangan “tetamu” ini?

Kita juga kena tanya Abdullah, mengapakah pada 2 Julai 2008, Bernama melaporkan bahawa “Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) buat julung kalinya melancarkan latihan bersama bagi mengatasi masalah ketenteraman awam dan keselamatan negara.”

Apakah “masalah ketenteraman awam dan keselamatan negara” yang mahu ditangani secara bersama oleh PDRM dan ATM dalam tempoh terdekat ini?

Adakah para “tetamu khas” yang dijangka turut “menyemarakkan” suasana di Stadium Kelana Jaya pada 7 Julai 2008 akan mencetuskan “masalah ketenteraman awam dan keselamatan negara” yang perlu ditangani oleh PDRM dan ATM? – Ruhanie Ahmad

14 comments:

Unknown said...

Datuk,
Terus terang, saya malu dengan bangsa saya sendiri kini. Rumusan daripada semua konflik (DSAI, TDM, DSAAB, DSNTR) ini adalah wujud sifat tamak, hasat dengki dan mementingkan dirisendiri. Bangsa lain dah fikirkan ttg saingan dunia global, tetapi melayu masih bergaduh sesama sendiri. Dimana melayu didalam kuasa ekonomi dunia? jgnkan dunia, ditanahair sendiri pun kita tewas.
Kenapa sejak zaman Hangtuah & hang jebat sifat-sifat ini wujud?
Adalah Allah menciptakan sifat ini dalam diri bangsa melayu, sepertimana Arab yg terkenal dgn berpuak & keras hati?
Dan yahudi yang pandai & licik?

Unknown said...

Dato & The Bloggers

May all the Living Angels wake up to give support, and help Raja Petra from sodomization of the Living Two-Legged Satans. Read Malaysiakini take on Raja Petra SD www.malaysiakini.com
**************************************************

Cops to quiz Raja Petra over SD
Andrew Ong | Jul 5, 08 4:04pm

He would be quizzed over the statutory declaration he made which alleged that the deputy prime minister’s wife was at the scene of the crime where Altantuya Shaariibuu was murdered.MORE
IPD Sentul, 5.30pm today
To decide on lawyer

slyderrose said...

Sejak Sept 1998 politik Malaysia tidak seperti dulu lagi. Semasa saya ke Singapore pada tahun 1996 orang sana cukup envy dengan Malaysia. Mereka amat memuji kepimpinan Mahathir dan Anwar. Dan mereka bimbang kombinasi dua manusia ini pasti membawa Malaysia ke mercu kejayaan melepasi Singapore. Kini yg tinggal hanya sejarah. Kini Singapore jauh kehadapan dalam semua segi walaupun negara tersebut tidak mempunyai sumber alam kalau nak dibandingkan dengan negara kita. Pendapatan Singaporean pun tiga kali ganda dari rakyat kita secara kesuluruhannya. Kalau harga petrol mereka 3atau 4 RM pun tak jadi masaalah sebab faktor pendapatan mereka di sana dan di samping itu public transport mereka cukup efficient.

Siapa yg patut dipersalahkan? Pihak pembangkang ke atau Anwar? Yg jelas Anwar dan sudah cukup terseksa selama lebih dari 6 tahun. Dimalukan, dipukul dan terpenjara. Hinggakan nak dapat sumber pendapatan di tanah air sendiri pun selepas dibebaskan pun dihalang!.
Selama ini apakah pihak pemerintah aka BN lakukan untuk menyaingi Singapore?. Tak nampak satu pun. Bahkan Pulau Batu Putih pun terlepas ke mereka. Percayalah DFI kita adalah yg tercorot di dalam Asean. Apa pihak pemerintah lakukan?. Tak nampak pun. Masing-masing sibuk nak memenuhkan kantung sendiri dan kroni. Berebut mempertahan kuasa dan kedudukan. Rakyat dipinggirkan. Penderitaan rakyat hanya dibantu seperti melepaskan batuk di tangga saja. Tiada peracangan yg rapi. Semua adalah reotorik nak memancing undi. Manifesto BN sejak dari dulu adakah semua dilunaskan?? apa yg jelas janji tinggal janji dan kini rakyat dibebankan pula dengan kenaikan minyak yg melampau dan kesan tersebut harga barangan dan servis semuanya naik juga. Rakyat semakin tertekan dan menderita. Yg kaya bertambah kaya dan yg miskin papa kedana.
pandangan saya baik semua pengurusan negara kita ini diganti secara total. Pengurusan baru perlu dilantik memacu Malaysia ke hadapan menuju kecemerlangan. kalau sebuah syarikat itu dah tenat adalah normal sebuah pengurusan baru mengambil alih. Malaysia bagaimana?. atau kita masih tidor berpegang dengan hanya BN sahaja yg bolih memerintah negara ini?

yindanyan said...

AGEN AMERIKA (ANWAR) MUNGKIN AKAN DIKORBANKAN OLEH AGEN AMERIKA YANG LAIN UNTUK FAEDAH YANG LEBIH BESAR UNTUK AMERIKA.

Datuk,

Apabila Anwar berkata dia mungkin menjadi sasaran pembunuhan, kita percaya hanya agen amerika lain yang sanggup mengorbankannya untuk faedah amerika yang lebih besar. Jika Anwar terkorban maka mudahlah amerika campur tangan dalam urusan malaysia.
Perhimpunan besar penuh amarah adalah sebenarnya merbahaya untuk Anwar. Tak tahu samaada Anwar tahu apabila amerika di belakangnya mereka boleh gunakannya secara dia hidup atau secara mati.

rtk

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Umno/Bn mempunyai kuasa yang amat besar! Pimpinan kerajaan boleh menepok dada bertanyakan selera. Nak buat apa pada rakyat jelata? Polis, tentera, SPR, BPR, Jabatan Agama, NGO pembodek! Semuanya menjadi tulang rusuk pemimpin Umno/Bn.

Jangan takut bila rakyat berhimpun! Apalah ada pada rakyat yang dhaif sengsara. Dengan semburan air kimia pun mereka tewas. Tak perlu panggil askar dengan M16 atau C4.

Apakah pemimpin Umno/Bn dah tak percaya dengan kemampuan polis menjaga keamanan negara ini sehingga terpaksa mengambil askar?

Sedangkan polis negara ini telah diakui oleh pimpinan Umno/BN sebagai polis yang terbaik menjalankan tugas secara profesional.

Selama ini pihak pembangkang telah dapat menerima polis sebagai kuasa keselamatan secara profesional walaupun ada masanya terpaksa mengikut telunjuk orang politik yang berkuasa.

Kerana itu mereka mengerahkan tentera pula untuk berdepan dengan parti pembangkang!

Jika ada sesuatu yang tak kena dalam negara demokrasi ini, salah siapa? Tentulah salah langkah pimpinan Kerajaan yang terus tamak berkuasa untuk mengaut khazanah negara!

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

AJAI62 said...

Datuk,

Saya sokong komen yan&yin... berkemugkinan besar... US yg nk tamatkan Anwar ni... tunggu punya tunggu tak jadi PM pun.... sampai US nk bankrup dah..... so utk nk mudahkan US masuk campur urusan negara.... "habiskan" anwar... tuduh kerajaan Malaysia... dapatlah dia masuk sebagai Polis Dunia.... tapi sayang anwar ni dah buta..... nawaitu dia satu jer... nk jadi PM.... apa jadipun itu cita2 dia sebelum mati kot.... tapi dia ingat dia lebih cerdik dari US... instead of dia menggunakan US sebenarnya US yg menggunakan dia... eh... rakyat Malaysia yg akan menanggung akibat nanti.... drama ini bila akan berakhir... moga Allah lindungi kita dan malaysia dari setan durjana ni....

Unknown said...

yin & yan kau ni siapa sebenarnya. blog kau penuh dengan petikan dari blog che' det. aku tahu mahathir banyak berjasa kepada negara ini. tetapi memang berbaloi dengan apa yang dirompak dari harta rakyat negara ini dan melabur di negara-negara kafir terutama israel. kalau anwar ejen amerika macam kata kau mahathir adalah egen yahudi. kedua-duanya adalah kafir laknatullah. dan malang berterusan bagi rakyat malaysia abdullah pula jadi bapa angkat singapore.

Desperado said...

Salam Datuk...

Bukan sekumpulan lagi Datuk...
SEJUTA!!! kalau betul la...
ntah la apa nak jadi dengan negara kita nie...

www.pilihananda08.blogspot.com

drkhaynur2 said...

hari ini pergi ke supermarket,beli sedikit barang keperluan,harga melambung,saya merungut,mahalnya!dan saya benar2 terperanjat bila anak perempuan saya yang berumur17 tahun,yang pendiam, boleh cakap itulah hasil dosa umno,sedangkan datuknya memang seorang pejuang umno di selatan tanah air.kalau mcm ni,pasti umno berkubur,jadi sejarah,teringat arwah ayah yg berjuang dlm umno,tetapi tidak kaya dan rumahku sentiasa dikunjungi org utk mengadu hal,hingga bini nak bersalin ke,gaduh dgn bini ke,nak minta bantuan kebajikan masyarakat ke,ada org susah ke,tapi itu dulu,sekarang umno hanya utk diri sendiri,penuh hasad dengki.

sepatu said...

Datuk,

Saya bersetuju dengan pendangan army dan slyderrose. Walaupun saya dilahirkan 20 tahun selepas merdeka tetapi saya rasakan cerita sejarah sebelum merdeka dan selepas tiada bezanya, rakyat terus tertekan darisegi ekonomi setempat, pendidikan dan kini lagi tertekan dengan jenayah berat yang acapkali kita dapat lihat didada akhbar tentang pembunuhan dan krisis kenaikan harga bahan api. Adakah ini semua perlu berlaku apabila sesebuah negara itu telah bebas dari cengkaman negara asing (merdeka).

Bagaimana dengan generesi selepas saya nanti (anak2 kita). Adakah mereka perlu hadapi tekanan yang lagi besar.

Semasa zaman kanak2 sering saya bertanya kepada ke dua orang tua saya, Siapa itu keraajaan? Mereka menjawap kita lah kerajaan dan rakyat lah kerajaan. adakah jawapan ini bertepatan dengan kerajaan sekarang yang hanya pandai membuat undang2 dan hanya pandai berjanji.
Meraka berebut kuasa malah mereka sangup mengadaikan harta yang bukan milik mereka sendiri demi kepentingan mereka dan kroni mereka. Adakah ini kerajaan?. Apa yang mereka lakukan untuk membebaskan rakyat dari terus meminta2.

Kerajaan kini bagaikan golongan bangsawan dizaman gelap eropah. Mereka memiliki kuasa untuk menindas, mereka memiliki kuasa untuk meminda undang2. mereka sewenang-wenang meletakkan harga bagi bahan keperluan dan cukai.

Kerajaan seharusnya memikirkan tentang kehendak rakyat dari segi sosial, pendidikan, pengankutan, kesihatan, dan ekonomi. Bukan zon2 industri kononnya memberi peratusan tinggi dalam sektor perkerjaan. Adakah ianya akan terlaksana sedangkan kehendak rakyat diatas masih lagi dalam keadaan yang teruk.

Saya ingin menyentuh dari sudut pendidikan. Saya bershukur dinegara kita terdapat banyak universiti sama ada kerajaan dan swasta. Tetapi saya beresa sedih kerana sama ada ianya kerajaan atau swasta kos yang dibebani tetap sama malah ada yang melebihi jangkaan kosnya yang perlu di tanggung adakah ini erti kemerdekaan. Adakah kita tidak mampu untuk memberikan pendidikan yang lebih murah untuk jenerasi akan datang atau adakah mereka(jenerasi akan datang) seharusnya dibebani dengan hutang untuk menjadi tokoh pewaris kerajaan.

Yang saya harapkan agar kerajan mengubah prinsip mereka dari mewarisi prinsip pemerintahan penjajah kepada prinsip pemerintahan mesra rakyat. Atau berundur dan memberikan peluang kepada golongan yang lebih mesra rakyat.

politica said...

KITA BANGKIT, KITA BERSUARA, KITA BERTINDAK…

Rakyat Malaysia kena bangkit, bersuara dan bertindak dengan segera untuk desak Abdullah Badawi letak jawatan PM dengan serta merta. Sekarang ni dah lebih-lebih sangat. Dia pasang kaki, laga sana, laga sini. Tak kiralah kisah Saiful atau kisah Altantuya. Yang dia lagakan, Melayu sama Melayu. Yang dia aibkan, pun Melayu sama Melayu. Rakyat yang dia lekakan, pun Melayu.

Malaysia tak boleh dipimpin oleh orang macam ni lagi. Dia nak kekalkan kuasa dia, dia bunuh politik bakal penggugat dia. Dalam semua-semua ni, yang untung dia. Yang lebih untung, menantu dia. Budak ni macam tak takut Allah SWT. Dia macam tak peduli kalau bangsa dia, agama dia atau negara dia lingkup. Yang dia kira, dia nak jadi PM bila umur 40 tahun. Sebab tu dia suka mertua dia berkuasa. Sebab tu dia susun proses laga Anwar dan laga Najib. Bila Anwar dan Najib dah dibunuh politiknya, dialah yang naik takhta!

Hari ni ada cerita pasal dia bawa masuk orang Yala untuk buat kacau dalam majlis rakyat di Kelana Jaya pasal bantah harga minyak naik. Kalau jadi kacau-bilau, dia akan tuduh penganjur yang buat. Dia baling batu, dia sembunyi tangan. Polis pun ikut telunjuk dia ke? Apa? Pasal Syed Hamid yang nak sangat jadi TPM pun setuju dengan kerja orang Yala bikin kacau? Lingkup negara kita kalau macam ni!

Saya harap polis bertegas dalam hal ini. Kalau apa-apa berlaku, cekup budak ni dulu. Kalau jadi apa-apa, saya harap Baginda Agong pun tak akan tolak ansur lagi. Harap gunakanlah Fasal 150 Perlembagaan Persekutuan untuk selamatkan negara ini jadi kacau-bilau akibat budak ni dan konspirator yang sama-sama dengan dia. DAULAT TUANKU!

Anonymous said...

Dato'

Mereka menamakan kumpulan ini PROTES, dalangnya ialah PKR dan PAS, semestinyalah ada DAP.Matlamat mereka konon2nya mahu kerajaan turunkan harga minyak,TETAPI, saya melihat ia menjurus kepada perhimpunan politik. Mereka sengaja berlindung di bawah nama NGO.Saya jamin perhimpunan ini akan Lebih menjadi medan kepada Anwar untuk membersihkan namanya.
Apa pun saya menyokong perhimpunan ini, kerana pihak berkuasa boleh bertindak ke atas mereka yang semestinya akan bertukar menjadi medan reformasi. Kalau 1 juta ditangkap dan didenda RM 500 setiap orang, betapa untungnya kerajaan, kerana itulah saya sekali lagi amat menyokong perhimpunan ini!!!

antubiul said...

Allah tak boleh selamatkan Malaysia, kita cuma boleh berdoa untuk kekuatan kerohanian dan minda supaya kita dapat buat strategi untuk menyelamatkan Malaysia. Kita bukan lagi di zaman sebelum Nabi, kita di zaman selepas Nabi. 'Allah tidak akan menukar nasib sesuatu bangsa itu melainkan mereka sendiri yang menukar nya'. Datuk orang bijak pandai politik.. tak kan tak leh buat apa apa... dulu boleh buat demo bersih .. tak kan tak boleh buat apa apa datuk .. kami ni cuma arang tunggu orang nak bakar je..

Wan Shamsudin said...

Dato yang dihurmati;

Saya cadangkan jangan mogok. Jika kita mogok, apa yang kita dapat? Pemimpin Pemimpin kita tentunya ketawa akan kebodohan kita semua.

Saya cadangkan kita yang beragama Islam semuannya sembahyang hajat dan berdoa agar MEREKA yang bersalah dan tidak bertanggung jawab itu di laknati Allah SWT.InsyaAllah mereka akan mendapat balasannya.

Pemimpin kita tidak sedar bahawa Rakyat sudah muak dengan sikap mereka semua.Mereka semua hanya pentingkan diri dan keluarga sahaja.Mereka semua lebih suka tengok Rakyat hidup susah dan kelaparan. Mereka semua hidup senang, makan yang enak enak, tetapi mereka lupa bahwa Rakyat lah yang meletakan mereka di situ.