TUDUHAN SAYA TERHADAP NAJIB TIDAK BENAR, KATA BALASUBRAMANIAM
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang semalam menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dalam akuan bersumpahnya bertarikh 1 Julai, hari ini menarik balik tuduhan itu.
Semua tuduhan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak tepat dan tidak benar, kata Balasubramaniam menerusi peguamnya M. Arulampalam pada sidang akhbar di sini.
"Dengan ini, saya menarik balik seluruh isi kandungan dalam akuan bersumpah saya yang bertarikh 1 Julai 2008. Saya membuat akuan bersumpah itu dalam keadaan tertekan," katanya dalam akuan bersumpahnya yang baru bertarikh hari ini.
Akuan bersumpah yang baru itu menyatakan:
"Saya ingin menyatakan bahawa tidak pernah pada bila-bila masa (Abdul) Razak (Abdullah) Baginda memberitahu saya yang beliau diperkenalkan kepada Altantuya Shaaribu oleh seorang VIP dan pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya bahawa Datuk Seri Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya Shaaribu dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabii.
"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya Shaaribu kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=343792
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang semalam menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dalam akuan bersumpahnya bertarikh 1 Julai, hari ini menarik balik tuduhan itu.
Semua tuduhan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak tepat dan tidak benar, kata Balasubramaniam menerusi peguamnya M. Arulampalam pada sidang akhbar di sini.
"Dengan ini, saya menarik balik seluruh isi kandungan dalam akuan bersumpah saya yang bertarikh 1 Julai 2008. Saya membuat akuan bersumpah itu dalam keadaan tertekan," katanya dalam akuan bersumpahnya yang baru bertarikh hari ini.
Akuan bersumpah yang baru itu menyatakan:
"Saya ingin menyatakan bahawa tidak pernah pada bila-bila masa (Abdul) Razak (Abdullah) Baginda memberitahu saya yang beliau diperkenalkan kepada Altantuya Shaaribu oleh seorang VIP dan pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya bahawa Datuk Seri Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya Shaaribu dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabii.
"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya Shaaribu kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=343792
18 comments:
Kalau macam tu, lepas ni SD terbaru Encik Bala ni pasal apa pulak ye?
Ada suspek terbaru pula ke?
Siapa yang memaksa Encik Bala ni utk membuat SD yang tidak betul ni?
Dato Ron yang diburmati.
Lekai lidah bercabang ini harus di hadapkan ke mahkamah kerana dia telah mengganggu ketenteraman dan fikiran orang ramai! Ke mahkamah pun dia tak perlu susah hati kerana dia tak hentam orang besar negara.
Dia fikir buat Akuan Bersumpah ini kerja macam makan kacang putih ke?
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
kian hari, kian gila negara Malaysia.Adakah sudah sampai masanya rakyat menunjukkan kuasa sebenar mereka?
Damaged done.
Anyhow, we should thank and pity Balasubramaniam for his courageous effort and revelation.
The change of mind and thereafter the SD could be sign of "hidden C4" all over Balasubramaniam. Thats understandable; any one in such position will retract including the C4 Bomber himself.
Well, life goes on and Pak Lah managed to excape Rakyat frustration against Fuel Hike caused by him, Pak Lah The Dumb Prime Minister.
We should wonder, does Pak Lah also have desire for.....??? Nahhh, can not be lah.
Salam Datuk,
Apakah En.Bala ingin terusan bermain api yang bisa mengundang bala? Mengundang bala kepada politik Malaysia?
Jadi En.Bala sewajarnya dikenakan hukuman kerana membuat kenyataan palsu.
Wasalam.
Assalamualaikum YBhg Dato',
Kalau YBhg Dato' sempat menjengah komen-komen saya yang lalu, saya masih mengekalkan pandangan saya bahawa kita memerlukan, pada masa ini dan akan datang, seorang pemimpin yang mampu berdiri dan bangun sambil menyatakan "yes, I'll resolve these issues".Bukan sekadar bercakap dan bagi pandangan.
Sesungguhnya, pada masa ini, ianya membuatkan semua orang dalam keadaan tidak selesa. Pelbagai isu melanda, minyaknya, harga barangnya, tuduh sana, tuduh sini, stock marketnya sampai tergantung urusniaga dek kerana sistem, kemalangan jalanraya yang menjadi2, pulau batu putihnya, berasnya,pendatangnya,dan macam lagi. Agaknya kalau anak-anak kita buka sahaja lembaran berita, mereka pun ternganga-nganga tidak mengerti apa yang berlaku.Tak tahu lagi apa bala yang akan datang. Insaflah wahai MANUSIA. Dalam keadaan inilah kita memerlukan seorang IMAM yang bangun dan menyatakan dengan jujur, ikhlas dan spesifik "the future of this nation".
Salam
Aik lain macam pulak jadi nya...
takkan semudah itu tukar pengakuan pulak.....
Kedua-dua akuan bersumpah tu diragui.
Akuan yang kedua menafikan yang pertama dengan dakwaan bahawa ada unsur paksa pada akuan yang pertama.
Tetapi akuan yang kedua tidak pula disebut secara sukarela atau paksarela?
Kesaksian orang yang tidak kenal dan takut Tuhan jauh daripada kebenaran. Jika Tuhan yang Maha Esa pun manusia tidak peduli, apalah dengan undang2 ciptaan manusia sendiri.
Punca segala kejahatan adalah kerana manusia sudah TIDAK TAKUT DAN CINTAKAN TUHAN!
Datuk,
Sukahati si Bala lah berapa kali dia nak keluarkan SD dan tarik balik. Yang penting apakah persepsi rakyat mengenai perkara ini.
Pada saya, the damage is done. Najib's political career is over.
Datuk,
Saya cadangkan semua aktor di dalam kes ini seperti Bala, orang yang dituduh, orang yang menuduh di kuarantinkan dengan segera. Suruh mereka duduk satu rumah, makan sama-sama, tidur sama-sama, etc.
Memalukan negara dan membahayakan ekonomi negara kita.
Salam Datuk,
Perbelanjaan filem “From C4 to Sodomi” diberitakan dikalangan karyawan filem nekat, telah dibiayai sepenuhnya oleh JTPM (Jabatan Tipu dan Pembuat Maksiat).
“From C4 to Sodomi” adalah satu-satunya filem Malaysia yang telah diarahkan oleh 4 orang pengarah handalan dan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah yang amat berpengalaman.
Para pengarah yang lain terdiri daipada Rosnaji (seorang wanita yang berpenaruh dikalangan pelakon-pelakon Bollywood), Musahasani (seorang Ketua Kongkalikong), GaniPutawali (seorang Pakar Putar Alam), Khairijamudin ( seorang pengembala Beruk)
http://www.kerajaanrakyat.com/
Malaysia tenat. Kalau satu syarikat tenat biasanya pengurusan baru mestilah mengambil alih untuk memulihkan keadaan.
Pengurusan sekarang tidak cekap dan telus dalam kemelut politik dan ekonomi. Kejujuran dan amanah tidak lagi menjadi satu agenda membantu rakyat. Kedudukan dan mengekalkan kuasa adalah matlamat pihak pengurusan sekarang. Masa banyak terbuang membetulan parti dan komponen yg lain. Ekonomi dan rakyat dipinggirkan. Pihak pengurusan seperti kehilangan arah tuju dan tidak mempunyai action plans yg kukuh. Malaysia DFI among the worse in this region. Sebelum bertambah parah, justeru itu plan tindakan adalah:
Rakyat sebagai stakeholders mestilah bangun menolak pengurusan sekarang ini dan digantikan dengan pengurusan yg baru secara total. Berani berubah. Mentaliti lapok hanya parti umno sahaja yg bolih memerintah Malaysia tidak bolih dipakai lagi.
Kita jangan hilang tumpuan pula. Tujuan Bala tarik balik pengakuan bersumpahnya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk "highlight" perenggan tertentu dalan pengakuannya. Jadi kita semua mengulangkaji semula perenggan tertentu itu bersamanya. Itu saja. Yang lainnya kerja Polis pula, kan Bala adalah bekas Polis beliau tentu lebih arif dengan apa yang beliau lakukan sekarang. Ini semua adalah adengan untuk kita semua tontoni.
Datuk Ron.
Terima kasih kerana menyedia wadah maya untuk merenung kembali segala kegiatan manusia yang kurang iman bercakar sesama sendiri. Apatah lagi kalau mereka dikuasai oleh bahan bahan haram yang memabukkan.
Mungkin ini adalah petanda awal balasan Allah kepada perbuatan zalim yang telah dilakukan.
Ini adalah akibat pemimpin yang tidak berwibawa yang tidak dapat memimpin rakyat dengan bijak.
Salam Dato'
Malaysia is CHECKMATE. Dah tak tau apalah nak jadi dgn negara tumpah darah kita ni. Fitnah berleluasa, nampak sgt PM kita ni memang tersangat lemah.
I am out from this SAGA. Betullah mcm buku Shahnon dulu SHIT...
Salam Dtk,
Dah lama sya tak menulis dlm blog ni, cz hanya memerhati `bebelan' rakyat kita di blog dtk...mengikut isu...
Sesekali `membebel' dlm blog ini mungkin dpt pengalaman itu dpt dikongsi....
Memang ekonomi kita, rakyat terutama bumiputera masih belum capai standard yg memuaskan - mugkin golong yang mempunyai kroni - mudah dpt projek yang kaya raya membabi buta bersama kuncu-kuncu mrk.
Silap pemimpin kita kerana Kementerian Perumaha & Kerjaan Tempataan tidak diberi perhatian bumiputera secara khusus.... untuk pemilikan rumah, kedai, dan tanah biarpun ada peruntunk bumiputera tetapi masih tidak terdaya dan tidak mampu segelintir gol bumiputera membeli harnah di kawasan bandar biarpun ada cita-cita untuk membeli rumah di Damansara/ Subang Jaya/ Petaling Jaya/ kondomiunum mewah di hartamas Bukit Kiara dll...
Apa ada pada org kita pd masa kini..tatkala Empayer MK kuat megkuasai perniagaan mereka dan... Carilah kawasan baru dan cuba beli rumah kedai bahagian `end or coner lot' - sudah dibeli untuk empayer mrk....
Tun M, memperkenalkan dasar penswastaan ra 1990-an untuk melihat ramai jutawaaan/koprat dr kalangan golongan Melayu... tetapi dibuat tidak menyeluruh - yg diberi untuk terajui MAS/ Telekomunikasi hancur ditengah jalan - kemudian kerajaan RAWAT semula...
Kini harga rumah dan hartanah kiah melambung...
Saya hairan kenapa PKLAH dri P.Pinang pun x faham masalah penduduk di negeri sendiri...
Paling mudah, kawasan Balik Pulau di mana populasi gol Melayu bekerja sektor awam, peniaga, nelaya...tetapi ada projek perumahan di sana RM300k - RM500K - itu Utk siapa yang nak duduk?? Adakah Kementeriam Perumahan ketika itu memikirkan rumah mampu milik... Orang melayu x mampu..bila ada nak beli tanah, mrk jual..dpat duit berpindah ke Seberang Prai... Lama kelamaan gol Melayu migrasi ke tanah besar...Maka, populasi dan nisbah berkurangan... mana HILMI YAHYA yg tak menyedari masalah ini yg pernah menjd Seiausaha Kementerian Kewangan... - itu x penting yg penting duit dan anak beranak kaya raya - rakyat menderita lantak HANGPA....
Jika di imbas, ketika DSAI menjadi menteri kewangan...memang ada ciri untuk bantu org melayu di PP...hingga kini ada kesan projek perumahan untuk pdkk di negeri itu.. takut `Island' itu bertukar jd negara lain - itu sudah PARAH!!!
Rakyat yg pernah diibantu DSAI pasti tidak akan melupa jasa2 dia..dia dulu pun pejuang UMNO...
Tapi, DSAI sekrang yg berkelahi dengan sesama pemimpin BN memang merugi rakyat...
DSAI cuma manusia biasa sama dengan pempin lain..tiada yg istimewa.. Buat apa sesama kita nak bgaduh, mengaib sana sini - malu pada kaum lain...
Rakyat pun dah tak tahu mana satu betul dlm isu liwatnya...sana mengaku, sani nafi..sana tuduh...sini dakwa... - harga rumah tetap mahal, ekonomi tidak baik...rakyat ula sibuk cerita hal orag yang mrk pun tak tahu hanya berbual mengikut teori dan pandangan masing....
Yang menyokong PKLAH akan ckp PKLAH betul...
Yang menyokong Najib akan bela Najib
Yang menyong ANWAR akan bela Anwar..
Yang sokong NIK AZIZ akan setia bersamanya..
Yang marah Mahathir...akan marah beliau biarpun bekas PM selama 22 tahun...
Itulah kisah mansuia di negara MALAYSIA...yg kini dilihat oleh seluruh rakyat di dunia...
Apa pun aku memang bercita untuk miliki rumah kedah@tanah untuk perniagaan McD aku...itulah cita-cita dan impian aku.
Jadi aku tak perlukan PkLAH, Najib, Anwar, Nik Aziz..cuma perlukan seorang pemimpin yang bijak menjadi PM dan mentadbir negara dan merangsang ekonomi - hidup aman makmur...
Jika takdir Allah antara mrk di atas kita sebagai rakyat hanya menerima PM itu....
- Apa istimewanya PM? kalau bukan rakyat yg memilihnya... kuasa masih ditangan kita...
- Kalau cita2 sy utk membuka McD berjaya insyaAllah saya akan menjemput Dtk .....
(ada sesiapa yg nak bagi pinjam dana untuk buat modal RM1 mil..dtk)
Dato Ron,
Ape nak jadi dgn negara Malaysia nie? Tolonglah jelaskan, ape lg generasi muda ni boleh buat untuk menempuh hari2 yang mendatang. takut anak cucu nanti takde tempat nak menginap, takde petrol nak gerakkan kereta, takde duit nak ke sekolah....
Agak nye kita nie nak jadi negara Indonesia, pemimpin tersangat kaya sebab korupsi, tipu menipu, mengaburi mata rakyat dgn kain pelekat, turap jalan, bagi sumbangan masa berkempen. Yang susahnye dan sengsaranye rakyat. 1 je kita tak pernah berubah sejak zaman nenek moyang lg, sikap tunggu & lihat, takut nak berubah. apa tidak nye cuba lihat balik zaman Tanah Melayu dijajah.. takut nak berubah pemimpin.. zaman DM, pun takut nak berubah pemimpin walaupun tahu banyak Dajalnye, mahkamah dipergunakan, polis dipergunakan, ISA dipergunakan... Tak yahlah bangga sgt dgn Putrajaya selidik dulu berapa byk wang rakyat habis (eg incometax, wang petronas) kesana. ape yg rakyat dapat? dtg Pak Lah settlekan hutang2 to kontractor2 yang dah sememangnye kaya.
Padan muka jugak dgn rakyat Malaysia yang lena, undi lah pemimpin yang tak berjiwa rakyat, yang tamak haloba... sekarang beras dah naik, petrol dah naik, parking kereta dah naik, babyseatter dah mahal, pengangkutan awam dah mahal, tambang bas sekolah dah mahal, yuran sekolah dan macam-macam lagi yang melambung harganye jangan nak salahkan pak Lah. Cermin diri sendiri dulu. SYABAS kerana memilih UMNO maka undilah lagi BN kalau tak geti nak serik2.
Wahai pemimpin di Parlimen, tengok2 lah rakyat yang pegang cangkul, ke laut mencari rezeki di bumi tercinta ini... rakyat yang duduk di bandar pun rasa terseksa inikan pula mereka yang kais pagi makan pagi... maka ramai lagilah yang nak masuk Bersamamu TV3 utk meraih simpati. Itulah rakyat Malaysia yang dibanggkan sangat oleh BN penyelamat bangsa Melayu.
Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Illahi, selamatkan Malaysia, selamatkan rakyat Malaysia dari pemimpin2 pemimpin yang zalim. Semoga Allah s.w.t membalas kezaliman mereka. Semoga Allah s.w.t mengantikan mereka dgn pemimpin yang amanah, yang berjiwa rakyat utk kita semua. Doa rakyat yang teraniaya InsyaAllah akan sampai...
Dato yang dihurmati;
Tentunya P Bala tahu akan 'consequenses' yang akan di hadapinya pabila mengubah akuan sumpah yang dibuat pada 1hb Julai.
Apa dah terjadi ni? Duit atau ugutan? sekarang P Bala dan keluarga hilang tanpa dikesan. Siapa di belakang semuanya ini? Semuanya kerja kotor lagi jijik orang yang gilakan kuasa.
Semoga ORANG ini dilaknati Allah SWT secepat yang mungkin.InsyaAllah.
Post a Comment