GUNA FASAL 17.5.1, 14.5.3 DAN 14.5.4
UNTUK KITA MENYELAMATKAN UMNO
Ruhanie Ahmad
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih belum insaf bahawa UMNO mutakhir ini sedang menempah saat-saat kemusnahannya. Sebab itulah pada 20 Julai 2008, Abdullah dipetik oleh BERNAMA sebagai berkata bahawa “formula peralihan kuasa yang dibuat secara muafakat antara beliau dan timbalannya mendapat sokongan besar daripada akar umbi yang mahu melihat parti terus kukuh dan aman.”
Kenyataan di atas membuktikan bahawa Abdullah memang tersalah anggap. Kalau tidak, mana mungkin seluruh 32 cawangan UMNO dalam Bahagian Gua Musang dengan sebulat suara meluluskan usul mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah, bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Disember 2008 ini?
Kalau tidak, mana mungkin satu cawangan dalam UMNO Bahagian Pekan juga membuat usul yang sama? Jika tidak disekat oleh pihak-pihak tertentu, pasti banyak lagi usul seperti ini akan diluluskan di peringkat cawangan di seluruh negara.
Tetapi, biarlah Abdullah seronok sendiri kerana inilah ciri-ciri pemimpin yang sentiasa dilanda sindrom penafian – kenyataan-kenyataannya tidak mencerminkan realiti di peringkat akar umbi.
Fasal 17.5.1
Dalam pada itu, Persidangan Cawangan UMNO yang sudah bermula hujung minggu lalu wajar menghasilkan strategi komprehensif untuk menyelamatkan parti yang sedang dilanda krisis kepimpinan dan krisis keyakinan yang amat serius di peringkat tertinggi.
Persidangan Cawangan perlu menggunakan Fasal 17.5.1 yang memberikan kuasa kepada warga akar umbi untuk “membincangkan dasar parti untuk dikemukakan kepada mesyuarat Perwakilan Bahagian” dengan sebaik-baiknya demi UMNO, agama, bangsa dan tanahair.
Gunakanlah Fasal 17.5.1 ini untuk Persidangan Cawangan mengemukakan usul ke peringkat bahagian masing-masing berkaitan usaha-usaha menyelamatkan UMNO.
Satu daripada usul cawangan yang amat relevan pada waktu ini ialah mencadangkan supaya bahagian masing-masing tidak mencalonkan Abdullah sebagai Presiden UMNO. Calonkanlah siapa sahaja asalkan bukan Abdullah. Usul ini bolehlah digubal seperti berikut:
Usul Pertama:
Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Kampung Juara, Bahagian Pulau Buluh, dalam Persidangan Tahunan pada 22 Julai 2008, mengusulkan kepada UMNO Bahagian Pulau Buluh untuk menggunakan Fasal 14.5.4 supaya tidak mematuhi formula peralihan kuasa yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Selaras dengan ini, UMNO Bahagian Pulau Buluh hendaklah mencalonkan tokoh-tokoh lain untuk menerajui kepimpinan tertinggi UMNO. (Namakan calon-calon pilihan masing-masing.)
Jika usul di atas didapati kurang sesuai, satu lagi usul yang relevan untuk dikemukakan oleh Persidangan Cawangan kali ini adalah mendesak bahagian masing-masing mengemukakan usul ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2008 untuk memendekkan tempoh peralihan kuasa itu kepada 1 Januari 2009.
Alasannya, semakin lama Abdullah memimpin UMNO, semakin ramai orang hilang keyakinan terhadap beliau, UMNO akan hancur dan BN mungkin akan kehilangan kuasa secara total dalam PRU13. Usul yang dicadangkan bolehlah digubal seperti ini:
Usul Kedua:
Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Kampung Juara, Bahagian Pulau Buluh, dalam Persidangan Tahunan pada 22 Julai 2008, mendesak UMNO Bahagian Pulau Buluh menggunakan Fasal 14.5.3 untuk mengemukakan satu usul ke peringkat PAU 2008 meminta tempoh peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, dilakukan mulai 1 Januari 2009.
Oleh itu, warga UMNO akar umbi buatlah keputusan muktamad, usul manakah yang sesuai untuk diketengahkan kepada bahagian masing-masing kali ini.
Jika pilihannya adalah usul yang pertama seperti di atas, warga UMNO cawangan tidak perlu takut. Keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang menyatakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO perlu terus diberikan kepada penyandangnya ketika ini – Abdullah dan Najib – tidak perlu dipatuhi kerana ianya tidak berasaskan perlembagaan parti.
Perlu Berani:
Jika dipilih usul yang kedua seperti di atas, warga UMNO akar umbi juga berhak meminda tempoh peralihan itu.
Pokoknya, warga UMNO akar umbi perlu berani dalam membuat salah usul di atas kerana matlamat utama kedua-dua usul cadangan berkenaan adalah untuk menyelamatkan agama, bangsa dan tanahair.
Oleh itu, Persidangan Cawangan kali ini perlu berani mencabar peringkat bahagian masing-masing dengan mengemukakan salah satu usul di atas. Jika tidak, perwakilan cawangan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian bolehlah memilih barisan baru untuk memimpin bahagian masing-masing bagi memenuhi aspirasi warga akar umbi!
Jika bahagian masing-masing gagal memenuhi usul cadangan yang pertama seperti di atas, para perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian pula boleh menggunakan Fasal 14.5.4 untuk “mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Majlis Tertinggi.”
Fasal 14.5.3.Dan 14.5.4
Berasaskan Fasal 14.5.4 ini Perwakilan Bahagian boleh membantah jika pihak bahagian masing-masing masih terus mahu mencalonkan semula Abdullah sebagai Presiden UMNO. Jika bantahan ini menerima sokongan, ianya terpaksa diputuskan menerusi pengundian. Jika menerima undi sokongan daripada majoriti perwakilan, bahagian terpaksalah akur dengan keputusan berkenaan – tidak mencalonkan Abdullah ke jawatan Presiden UMNO.
Jika usul cadangan yang kedua seperti di atas mengenai memendekkan tempoh peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib juga tidak dipedulikan oleh peringkat bahagian, para perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian boleh menggunakan Fasal 14.5.3 yang memberikan kuasa untuk “membincangkan dasar-dasar parti untuk dikemukakan dalam Perhimpunan Agung.”
Menerusi kuasa dalam Fasal 14.5.3 ini, cadangkanlah usul mendesak bahagian masing-masing mendesak PAU 2008 memendekkan tempoh peralihan kuasa mulai 1 Januari 2009.
Huraian dua contoh di atas membuktikan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Dan, jalan yang terbuka dalam konteks ini adalah jalan yang diizinkan oleh Perlembagaan UMNO.
Selamat bersidang dan selamat majujaya dalam menyelamatkan UMNO dari kehancurannya.

26 comments:
SAlam & Syabas Bro Dato',
Dis is d way for UMNO members to decide if dey want to oust d Ignorant PM, d UMNO way, insyaallah God willing PLah will b out as dis is d majority rakyat's wish..jst hope des no manipulation in d process..den wat??..heheh..wat can I say..(,")
SAY NO TO NWO!!
Biarkan umno mati sekali lagi.
Kemudian hidupkan umno paling baru.
Assalamualaikum Datuk Ron,
Saya menyokong penuh apa-apapun usul yg dibuat dgn tujuan untuk menggesa Pak Lah meletakkan jawatan dan melakukan peralihan kuasa dgn segera. Malaysia menuju kehancuran dibawah pimpinan Pak Lah. Hentikan mimpi ngeri ini!
Wassalam.
Masalahnya sekarang ialah MT UMNO dan beberapa Badan Perhubungan Negeri sudah pun membuat ketetapan untuk menyokong pelan peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib ( dua tahun dari sekarang) dan "menasihatkan" cawangan-cawangan UMNO mematuhinya.
Adakah cawangan UMN0 yang berani mengingkari "nasihat" itu dan berani menggunakan hak mereka sebagaimana yang tercatat dalam Perlembagaan UMNO?
Berdasarkan pengalaman, cawangan yang berani, kalaupun ada, mungkin tidak banyak.
Antara sebabnya ialah ahli-ahli UMNO sudah terlalu lama diajar dan dididik supaya sentiasa taat dan patuh kepada pemimpin utama. Jadi biasanya mereka akan mengikut saja "nasihat" pemimpin utama, walaupun pemimpin utama membawa mereka terjun ke dalam gaung!
Di samping itu, patut juga disedari, dalam "hubungan kuasa yang tidak seimbang" (maksudnya pemimpin besar lebih berkuasa dan berpengaruh daripada pemimpin kecil") nasihat pemimpin utama memang sukar untuk dibantah, atau tidak dipatuhi.
Apatah lagi jika pemimpin di peringkat Bahagian (Ketua Bahagian khasnya ) ialah seorang yang berpengaruh, dan ada kedudukan pula dalam kerajaan dan menyokong kuat pelan peralihan kuasa itu, pemimpin kecil di peringkat cawangan tentu sukar sekali untuk tidak mematuhinya.
Dengan itu, walaupun mengikut Perlembagaan UMNO, cawangan ada hak untuk mengemukakan usul tertentu, seperti mencadangkan calon lain daripada Abdullah sebagai presiden atau mencadangkan supaya peralhan kuasa itu dipercepatkan, tapi keberanian untuk tidak mematuhi "ansihat" MT dan Badan Perhubungan Negeri itulah yang mungkin tidak ada.
Ini memang mengecewakan. Tapi ini juga bayangan bahawa kemusnahan UMNO mungkin akan berlaku, kerana kesalahan pemimpin utama UMN0 (MT misalnya) sendiri
salam taz'zim
tahniah pada dolah badwi n para pekerja2nya di ICJ lalu tewas k.o kerana Singapura akan menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Batu Putih, yang pada Mei lalu diputuskan diberikan kepada republik itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menyelesaikan satu pertikaian hak milik dengan Malaysia.
Majoriti ahli Umno masih pakat
anggok-angok dan geleng-geleng aje.
Sedikit sangat atau kadang-kadang
yang berani menyanggah.
Assalamualaikum Dato',
Terima kasih diatas tips yg diberikan oleh Dato'. Insyaallah saya akan mengunakan tips Dato' ini utk saya bawakan persidangan cawangan saya akan berlangsung minggu hadapan.
Utk pengetahuan Dato' belum ada satu pun cawangan di bahagian saya yg membuat usul seperti ini.
Saya masih Pemuda dan bercadang untuk bertanding sbg Naib Ketua Pemuda Bhg.Jadi tips yg Dato' berikan ini akan saya beritahu kepada Pemuda2 saya.Insyallah.
Salam Datuk,
Satu kupasan yang menarik dalam konteks pandangan jauh ke arah penentuan hala tuju parti UMNO. Pengorbanan dalam perjuangan yang dituntut meskipun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Benar, di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya dan hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Pemilihan adalah di tangan ahli² UMNO berlandaskan perlembagaan yang menjadi tunjang asas kekuatan parti kerana keputusan hari ini boleh merubah perjalanan hari esok dan mendatang.
Wasalam.
Apakan dayaku untuk menyokong saranan Dato' Ron kerana aku hanyalah sebahagian dari rakyat akar umbi yang terbenam di dasar tanah.....
Pada pandangan saya usul cadangan Datuk yang kedua paling sesuai. Kita gunakan kuasa kita di cawangan untuk bawa usul ini supaya proses peralihan kuasa mulai 1 Januari 2009. Dengan cara ini Dollah has to go mulai awal tahun depan. Barulah sapa-sapa yang ganti beliau dapat atur strategi untuk UMNO, BN dan PRU13.
Apa yang Datuk Ron tulis ni memang baik. Tapi berapa ramai ketua cawangan dan bahagian yang berani buat macam ni. Hendak-hendaknya duit kini dikatakan dicurahkan macam air ke cawangan-cawangan, gelap matalah dia orang... Hancur UMNO!!!! Jadi, saya gesa ahli cawangan jangan dayus. Kita ada kuasa. Tak ada kita, tak ada bahagian, tak ada perhubungan, tak ada Majlis Tertinggi. Buktikan kita mahu perubahan pucuk pimpinan. Buktikan kita mahu peralihan kuasa dilaksanakan serta merta. Tak payah main politik lagi. UMNO dah nak lengkup....
Umno dimata saya sekarang adalah parti yang mengalami kecelaruan indentiti dan personaliti.Diantara memilih taat kepada ketua yang mejadi akar umbi budaya Melayu dan menyatakan kebenaran yang akan dicap sebagai menongkah arus dan pengkhinat parti.
Amat pelik dan dangkal sekali mentaliti yang menyelaputi ruang akal sebahagian besar ahli UMNO yang bergelar pemimpin, dimana segala idea dan cadangan yang tidak selari dengan kehendak pemimpin akan dicap sebagai menongkah arus.
Apa rasionalnya mengiakan sahaja segala titah perintah pemimpin yang mana diketahui dengan nyatanya kesan dari menurut perintah secara membabibuta itu akan hanya menjerumuskan UMNO amnya dan bangsa Melayu khasnya kedaearah kegelapan?
Adakah cara UMNO berfikir, sayangkan UMNO hendaklah menurut segala titah perintah ketua?Adakah UMNO telah menjadi hak milik eksklusif golongan tertentu dimana ahli biasa hanya wajar akur kepada titah perintah sahaja?Adakah percaturan politik UMNO hanya demi kepentingan segilintir ahli UMNO berjawatan semata?
Antara sebabnya ialah ahli-ahli UMNO sudah terlalu lama diajar dan dididik supaya sentiasa taat dan patuh kepada pemimpin utama. Jadi biasanya mereka akan mengikut saja "nasihat" pemimpin utama, walaupun pemimpin utama membawa mereka terjun ke dalam gaung! ------------------> perkara sebegini tidak hanya berlaku pada UMNO walhal berlaku juga pada parti politik yang lain.parti politik mana?saya rasa anda sudah tentu ada jawapannya.
tips yang diberikan bolehlah digunakan oleh akar umbi sekiranya dirasakan perlu.tapi biarlah digunakan tips itu bukan hanya semata-mata dihasut oleh orang lain untuk menjatuhkan Pak Lah.fikir seeloknya.pastilah bukan penyokong Pak Lah mahu beliau dijatuhkan dan akan mengajak akarumbi yang lain untuk turut serta.tapi bagaimana pula yang menyokong?.suara yang senyap jangan disangka tiada upaya. :)
bukan kah ini bermakna yang PAU akan datang tu memang demokratik? yang buat bising2 banyak pasal diktator dalam UMNO tu boleh lah senyap sekarang. Biarlah para2 pemimpin meraih sokongan masing2 untuk bertanding dalam PAU nanti. Mereka yang memang kononnya mewakili suara golongan akar umbi akan muncul sebagai pemimpin. adil macam tu.
Sahabat-sahabat budiman.
Pada peringkat ini wajar saya jelaskan bahawa posting ini tidak saya tulis dengan niat menghasut mana-mana pihak.
Saya tulis posting ini atas permintaan beberapa pihak yang menggunakan ruang komen ini supaya saya berikan jalan bagaimana jika ada cawangan yang ingin mencalonkan lain daripada gandingan yang disuarakan oleh MT atau pun bagaimana nak cadangkan supaya tempoh peralihan kuasa boleh disingkatkan.
Saya terbuka dalam hal ini. oleh itu, sifatkanlah posting ini sebagai respons kepada permintaan-permintaan yang disampaikan sebelum ini. Harapan saya, moga-moga posting ini membantu kita semua menyelamatkan UMNO. Demikian adanya.
Salam takzim, Ruhanie Ahmad.
Dato,
Formulanya cukup mudah sebenarnya.Ikut aturan.Hidup manusia ada aturan.Kambing pun punya aturan.Tengelam saja matahari, kambing akan masuk kereban.
Umno juga kena ikut peraturan.Peraturan demokrasi kena ada pertandingan.Umno bukan monarchy atau komunis atau diktator.Mana ada sistem warisan kepada pewaris dalam sistem demokrasi.
Jika UMNO tidak bersetuju dengan sistem demokrasi yang konon konon menjadi amalan dan pegangan UMNO, sila tukar kepada sistem lain yang sesuai dengan pemikiran Dolah.Tak kisah sistem apa pun, asal ada peraturan.Racun dulu pemikiran rakyat jelata untuk menerima pakai sistem baru tajaan Dolah.
Jangan seperti amalan sekarang, konon konon aturan adalah aturan demokrasi, tetapi pelaksanaan macam
diktator.Pertandingan yang menjadi amalam wajib didalam demokrasi, dikesampingkan.
Ketawa kambing melihat UMNO.
Muhyiddin kena tanding Timbalan Presiden. Najib tiada keberanian politik, maka tidak layak jadi PM.
www.sokongpr.blogspot.com
Ada orang kata selepas Saddam Hussein jatuhm Iraq akan ok.
Ada orang kata selepas Mahathir turun politik kita akan ok..
Ada orang kata selepas Pak Lah turun semua akan ok .
Cuma Najib ok ke ?
atau ?
Satu sahaja, bijak bercakap tidak bermaksud bijak segala galanya.
Maknanya Anwar pemimpin hebat kerana bijak berartikulasi?
tidak wahai manusia semua..
Yang hebat, apabila Pak Lah memajukan pertanian sebelum manusia dilanda krisis makanan sekarang ini..
Siapa yang bijak sekarang ini ?
Pak Lah ke TUn ?
Bagi saya dua dua ada kebijakan mereka..
Cuma Tun kurang bijak bila mengkritik Pak Lah.
Dan saya rasa anda tuan blog akan bijak jika komen saya disiarkan semua.
Tq.
Hidup Pak Lah...
Salam sejahtera,
PEMBERITAHUAN
Untuk mendapatkan sebarang berita-berita rujukan Buletin Utama TV3 bagi anda yang sering ketinggalan waktu siarannya, sila layari Rujukan Berita TV3. Blog ini sedang dikemaskini dengan berita-berita semasa yang terkini dan segala berita-berita lampau.
Semoga bahan rujukan ini dapat dimanfaatkan bersama sebelum sebarang spekulasi atau lontaran pandangan dikemukakan. Juga diharapkan agar kita semua tidak perlulah "bias" meskipun ianya merupakan berita arus perdana yang dikongkong oleh kerajaan pemerintah. Usaha ini diwujudkan atas dasar kebertanggungjawaban terhadap agama, bangsa dan negara yang tercinta.
Sekian dimaklumkan.
PEMUDA PELAPIS
www.pemuda-pelapis.blogspot.com
Salam Datuk Ron
Tahniah dan terima kasih kerana menyahut seruan supaya memberikan contoh usul yang boleh dibentangkan pada Persidangan Cawangan. Malangnya telah banyak juga cawangan yang bersidang pada hujung minggu lalu. Selain 32 cawangan di Gua Musang yang meluluskan usul, sebuah cawangan di Pandan Selangor juga telah meluluskan usul yang senada, mencalonkan selain Pak Lah sebagai Presiden. Usul cawangan di Pandan bukanlah usul tergempar tetapi usul bertulis yang dimuatkan dalam kertas persidangan.
Usaha Datuk memanglah seakan-akan menghasut tetapi seseorang perlu mengambil inisiatif begini. Cabaran seterusnya ialah untuk menyebarkan contoh-contoh usul ini kepada sebanyak mungkin cawangan supaya mereka dapat mengemukakannya pada persidangan, sebaik-baiknya dalam bentuk bertulis. Oleh sebab Datuk telah mengambil inisiatif untuk menukilkan contoh-contoh usul, pihak lain haruslah mengambil inisiatif untuk menyebarkannya kepada cawangan-cawangan yang belum bersidang di seluruh negara. Bukanlah suatu usaha yang mudah tetapi untuk Umno berubah, pihak-pihak yang berkemampuan perlu menggalasnya.
Dato Ron yang dihurmati.
AKAR UMBI UMNO TERBAGI BANYAK GOLONGAN:
1) Golongan anggok-tak tahu apa-apa 50%
2) Mencari kepentingan diri 30%
3) Berjuang mengikut perlembagaan parti 5%
4) Menipu/ membohong/ mengugut/ memujuk/ mengupah 7%
5) Makan upah 8%
Agaknya golongan mana yang untung?
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Singapura dapat kawasan perairan lagi (nak claim kawasan lebih besar)...
betul...
si bangang rais yatim patut naik gunung lepas tu terjun..
Apa ke jadah win-win situation
Singapura dapat kawasan perairan lagi (nak claim kawasan lebih besar)...
betul...
si bangang rais yatim patut naik gunung lepas tu terjun..
Apa ke jadah win-win situation
sekarang terpulang kepada akar umbi umno untuk menentukan masa depan parti dan negara mereka.
www.mancandat.blogspot.com
Cuba buat usul agar UMNO-PAS bersatu.
Firman Allah: (maksudnya) “Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar” (Surah al-Nisa’: ayat 114).
Lepas tu baru kita bincang utk lantik presiden (bagi gabungan) UMNO-PAS baru.
Saya tiada pengaruh macam Dato'. Apa kata Dato' mulakan/gerakkan. Besar pahalanya tu... insya Allah.
Salam Datuk,
UMNO Bahagian Pandan juga TIDAK akan mencalonkan AAB sebagai Presiden PArti. Dan juga mahu kan Muhyiddin bertanding Timbalan Presiden Parti....
Usul-usul cadangan Datuk akan dibawa pada mesyuarat cawangan-cawangan seluruh Pandan...dan juga bahagian Pandan...
Wasssalam
Post a Comment