CAWANGAN USJ2 CADANGKAN NAJIB PRESIDEN UMNO DAN MUHYIDDIN TIMBALANNYA
Ada kalangan sahabat yang membidas blog ini kerana hanya memaparkan kisah cawangan yang berusaha menolak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO.
Semoga difahami bahawa kisah cawangan-cawangan yang akur kepada susunan Abdullah untuk mencalonkan dirinya sebagai Presiden UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalannya adalah sentiasa disiarkan oleh media perdana.
Blog ini menyiarkan tindakan yang alternatif sekadar untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa tidak semua cawangan UMNO bertindak umpama lembu cucuk hidung.
Contoh terbaru kepada tindakan alternatif ini adalah seperti yang dikirimkan oleh blogger Syahir the Owl. Diharapkan Saudara Syahir dapat mengirimkan perincian mengenai usul yang beliau maksudkan seperti berikut:
Syahir the Owl: Usul Cawangan USJ 2 mencadangkan Najib - Presiden dan Timbalan - Muhyiddin. USJ 2 dalam UMNO Bahagian Kelana Jaya, Selangor. - 11:16 AM, 26 Julai 2008
– Ruhanie Ahmad
Ada kalangan sahabat yang membidas blog ini kerana hanya memaparkan kisah cawangan yang berusaha menolak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO.
Semoga difahami bahawa kisah cawangan-cawangan yang akur kepada susunan Abdullah untuk mencalonkan dirinya sebagai Presiden UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalannya adalah sentiasa disiarkan oleh media perdana.
Blog ini menyiarkan tindakan yang alternatif sekadar untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa tidak semua cawangan UMNO bertindak umpama lembu cucuk hidung.
Contoh terbaru kepada tindakan alternatif ini adalah seperti yang dikirimkan oleh blogger Syahir the Owl. Diharapkan Saudara Syahir dapat mengirimkan perincian mengenai usul yang beliau maksudkan seperti berikut:
Syahir the Owl: Usul Cawangan USJ 2 mencadangkan Najib - Presiden dan Timbalan - Muhyiddin. USJ 2 dalam UMNO Bahagian Kelana Jaya, Selangor. - 11:16 AM, 26 Julai 2008
– Ruhanie Ahmad
18 comments:
Jika semua cawangan berani buat perubahan, kawasan akan berubah. Jika kawasan berani buat perubahan, maka Umno akan selamat. Selamatkan Umno dari rasuah, kronism, nepotism. Kita mahu Umno Bersih utk rakyat msia. Dan Melayu dihadapan dalam segala. jgn jadi jaguh anjur Inul tunjuk punggung tu.
A.kum Datuk,
1. Satu cadangan yang lebih 'cantik' daripada 'kuasa peralihan'
2. Lagi banyak cadangan seperti itu, rasanya wajah UMNO lagi bertambah cantik.
3. Bila wajah UMNO dah cantik berseri, rasanya muzakarah dengan PAS pun sudah tak perlu lagi.
http://suarasukj.blogspot.com
why not mahyuddin just fight for presidency? lagi bagus. Besides, he is so far has been consistent, no flip flops. I think we can now throw AAB and najib out. Malaysia needs a clean leader. Anwar can just dream about it in his little boy's dream. AAB, Najib and Anwar are just casualties of war, that we have to eliminate ( put aside) so that malaysia can heal again.
Salam Datuk Ruhanie,
Datuk tidak perlu memberi penerangan kenapa Datuk hanya menumpu kepada sesebuah pihak sahaja. Sudah jelas dan nyata rasional Datuk memang tepat. Media perdana memberi liputan luas kepada kepimpinan sekarang.
Saya kira peluang untuk menulis blog atau tukang blog ini harus diteruskan dengan niat yang terbuka kerana kita semua adalah manusia waras dan tidak dengan sewenang wenangnya menjadi penghasut atau membawa isu negatif.
Kita senantiasa perlu bijak dan pintar membuah olahan isu-isu yang dibangkitkan. Jadikan contoh Tun Mahathir yang senantiasa mengemukan isu isu yang mencabar minda dan senantiasa relevan untuk kita ulas. Ulasan walaupun berciri peribadi perlu telus dan tidak berat sebelah, seperti pepatah melayu jika menarik benang jangan sampai tepung berselerak.
Sekian Datuk sehingga dilain masa.
Salam Dato'
Waimah apa pun saya berpendapat di dunia Malaya ni MB Teganung kite adalah yang paling berani dan tak mudah dicucuk hidung macam MB Umno yang lain. Saya tabik spring bila dia tempelak Mr. Sleeping Beauty AAB bahawa kalau BPR nak siasat pasal kes penyelenggaraan Proton V6tu kena la juga siasat projek Pulau Duyong, Taman Tamadun Islam, pembangunan Setiu, Monsoon Cup juga. Semua oarng tahu siapa di belakang dapat projek2 tu. AAB minta rakyat jangan membazir tapi yang dok bina masjid kristal beratus juta tapi bilangan penduduk di situ nak dirikan solat Jumaat pun tak cukup apa hal.
Saya akan tabik dua belah tangan kalau MB Teganung kite selaku Pengerusi Perhubungan Umno yg baru dapat pastikan semua bahagian di Teganung kite JANGAN CALONKAN AAB sebagai Presiden dalam pemilihan yang akan datang.
Kalau semua bahagian nak calonkan juga AAB sebagai Presiden dalam pemilihan yang akan datang memang Umno dah korek kubur sendirilah, maka bila PRU13 bolehlah dikafankan. Saya volunteer baca talkin nanti.
Najib tak boleh,berikan pada Mahyuddin.Mahyuddin akhlaknya masih bersih belum tercalar macam Najib.
Tetapi di perhumpunan bahagian akan ada ketua-ketua bahagian yang akan akan membuat berbagai helah mengalahkan usul anti-Paklah.
Ketua-ketua ni pembodek Pengerusi perhubungan negeri yang membodek Paklah.
Maka tenggelamlah suara akar umbi.
Salam Datuk
Thanks... Keep the bloggers update as you have close internal info.
Im sure PakLah is too worried at this instance if anyone would challenge him. Let him be. Its time the grassroots save UMNO. Johor and Kedah has the majority...
Well for Melaka, its about time to oust Pak Ali... enough is enough.
Dont wait till UMNO has to switch place as the opposition until then.. too late to say... i told you so!
saya bukan ahli mana-mana cawangan UMNO. tapi saya lebih suka kalau Muhyidin dicalonkan Presiden.
a'kum Dato' Ruhanie Ahmad :-), saya ada mengirimkan email pada Dato'. Usul yang dibuat oleh Cawangan USJ 2 itu memang benar berlaku pada 19 Julai 2008, Hari Sabtu. Semoga ramai lagi usul menongkah arus dapat dilaksanakan di seluruh negara terutamanya Johor sebagai nadi kekuatan UMNO!
A'kum dato' Ruhanie Ahmad, apa khabar? Saya ada kirimkan email kepada Dato' berkenaan usul yang dilakukan oleh Cawangan USJ 2 pada 19 Julai 2008, Hari Sabtu petang:-).
Salam Datuk,
Seratus peratus saya bersetuju dengan Datuk.
Sesiapa yang hendak tahu perkembangan persidangan UMNO yang menceritakan hanya pencalonan untuk Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai presiden bolih saja baca di akhbar arus perdana yang telah diperkudakan oleh Abdullah Badawi.
Kepada sesiapa yang ingin tahu kehendak dan harapan rakyat sila baca blog Kuda Kepang - Telus, Berani dan Jujur.
http://www.kerajaanrakyat.com/
Salam Datuk,
Pengkhabaran terbaru berkenaan Cawangan UMNO yang menolak kepimpinan Pak Lah selaku Presiden UMNO dengan mengusulkan percalonan tokoh yang lain.
Persidangan UMNO Cawangan Jalan Enggang, Bahagian Ampang yang teleh selesai semalam pada 26 Julai 2008 telah mengusulkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah bertanding pemilihan jawatan Presiden UMNO 2008.
Wasalam
Click n Paste from Sanusi's Blogs herewith.
Hamid Albar tak mampu bayar hutang MAYC sebanyak RM35,166,492.52 tapi mampu bercita cita nak bertanding Naib Presiden UMNO.. Kalau hutang juta juta mana layak dicalonkan atau bertanding jawatan tinggi UMNO. Diharap pihak Tan Sri jengok jengokkan sedikit MAYC kerana Presiden MAYC ini bercakap berkenaan Melayu, Islam serta Budi Pekerti tetapi menganiaya Anak Melayu Islam yang berjaya menghalang bangunan tersebut daripada dilelong malah surat telah pun dihantar kepada YAB Presiden tetapi Wallaahu Allam. Harapan besar agar Tan Sri dapat memberi pandangan kerana Presiden MAYC ini dilantik oleh Tan Sri sendiri pada masa itu.
Please reject this kind of Presiden not in MAYC or UMNO. Hutang banyak tapi tak berterimakasih dan for me not fully responsible towards Belia especially Belia MAYC and UMNO
Assalamualaikum Dato
Pada pandangan saya orang bawahan nie
diantara DNR dengan TSMY 100 kali lebih baik TSMY, benar apa yang TDM
cakap DNR tak bolih diharap lagi jadi
orang no 1 di Malaysia.
Sekian.
Dolah dan Najib, siapa mereka yang memandai mengatur sendiri sesama mereka jawatan dan pangkat sebelum Mesyuarat Agung tahunan Disember ini??
Bukankah kedudukan mereka berdasarkan sokongan bawahan, cawangan memberi mandat kepada perwakilan bahagian samada mengekalkan atau menukar kepimpinan.
Jika melihat kepada tindak tanduk Najib dan Dolah, tidak menghormati suara akar umbi dan mencaturkan jawatan dan kepentingan sesama mereka ( macamlah jawatan itu mak bapak depa punya )jelas keduanya perlu dihumban keluar dari UMNO sekarang atau tidak berpeluang lagi.
Dato Ron yang dihurmati.
Memang banyak cawanga mencadangkan selain dari Pak Lah sebagai Presiden UMNO tapi perwakilan yang berada dalam mesyuarat Bahagian nanti kalau dah kena beli atau kena ugut akan berubah juga! Nak beli atau ugut cawangan kena modal dan tenaga yang banyak. Nak beli perwakilan ke bahagian berapa sangatlah! Cuma pandai-pandailah tutup mulut setelah kena tumbuk rusuk!
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Tan Sri Sanusi.
How was your relation with MAYC at current moment do they blame you as Strong rumours said that Hamid Albar will be received another legal letter soon regards MAYC, will you be part of it or would you mind take a good care or the previous trustee before bare trustee.
I didnt really understand why PM still put Hamid Albar at his cabinet.
MAYC, Mahathir, Sanusi, Hamid Albar, Danaharta, Prokhas and after this what?. It is unfair for citizen who involved with land with danaharta many of them are sold by auctioned or will under Stern Auction Remarks by Danaharta but for MAYC they close both eyes.
WHY?
Please be aware people are watched closely against Law and Order defaultism behaviour.
Post a Comment