Tuesday, July 08, 2008

DR. M: ADA USAHA BERSEPADU JATUHKAN NAJIB

KUALA LUMPUR 7 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelbagai tuduhan liar terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menunjukkan terdapat usaha bersepadu untuk menjatuhkannya dalam dunia politik.

Menurutnya, beliau tidak mengetahui punca di sebalik komplot terhadap Timbalan Perdana Menteri itu tetapi percaya terdapat beberapa pihak terlibat.

''Bukan sahaja Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, terdapat seorang lagi dan lain- lain. Tentu ada dalang di sebalik keadaan sebegini yang bertujuan untuk menjatuhkan Najib. Terdapat usaha bersepadu menentang Najib. Saya tidak tahu kenapa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Kumpulan Tokoh-Tokoh Terkemuka (EPG) Malaysia dan Indonesia di sini hari ini.

Ditanya mengapa Anwar membuat 'serangan' terhadap Najib, Dr. Mahathir menjelaskan, beliau tidak mengetahui puncanya.

''Saya tidak tahu kenapa beliau (Anwar) menentang Najib. Setahu saya, Najib tidak melaporkan tingkah lakunya (Anwar), tetapi beliau telah menyerang Najib. Mungkin dia berasa Najib menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri," kata Dr. Mahathir.

Ditanya sama ada Najib patut membersihkan namanya yang dicemari pelbagai persepsi negatif, Dr. Mahathir berkata: ''Tuduhan terhadap beliau adalah desas-desus semata-mata. Tiada bukti. Dia hanya bercakap dia membuat ini dan itu. Orang lain kata ini dan itu. Tetapi anda perlu memberikan bukti. Bukan hanya kata saya dengar orang lain cerita dan anggapnya sebagai bukti. Itu bukan bukti," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm

24 comments:

akupung said...

wat about,,menegakkan kebenaran??

Juraimi Zainal said...

Pelik, kenapa tak saman kalau kene fitnah.. dah buat akuan bersumpah pulak tu...

Menjawap je lah di mahkamah...

MD said...

Dato'

Saya rasa Tun tak payah komen pada masa ni. Banyak daripada andaian-andaian beliau sejak akhir-akhir ini telah lama berlegar dalam alam siber. Tiada yang baru. Lagipun berdasarkan keadaan sekarang, beliau tidak ada formula azimat yang boleh membantu Negara yang sedang tenat.

Lebih baik beliau menggunakan masa beliau beribadat di pondok, bersendirian, bermusabbakah diri dan tulis banyak buku-buku berdasarkan pengalaman beliau. Biarlah masyarakat menilai buah pikiran beliau seratus tahun akan datang. Sama-sama lah kita meminta keredaan Ilahi dan keampunanaNya.

Ambillah contoh "The Art of War", dan "The book of five rings", "Das Kapita"... Buku beliau "Malay delima" sudah baik untuk dibuat analisis. Tun perlu keluarkan dua tiga buku lagi.

Nor Haslim said...

Inilah dia politik Malaysia sekarang. Tak cukup dengan kes jenayah yang berlambak, sekarang ni ditambah pula dengan cerita-cerita politik yang ibarat cerita drama di tv.
Bila lagi pemimpin-pemimpin kita ni nak duduk bersemuka dan bercakap pasal kepentingan rakyat yang sudah tidak ada suara untuk menjerit meminta perhatian.

farzain said...

Setuju dengan MD bila mana mungkin lebih elok jika Tun M tidak telibat dalam isu ini. Janganlah membingungkan rayat lagi, cukuplah seadanya. Biarlah polis, kehakiman dan pihak2 yang sepatutnya menjalankan tugas masing2.

mountdweller said...

aku masih tidak lupa yang dulu tun menuduh anwar berbutikan tilam, darah sebagai air mani dan bangunan yang belum siap. tapi bila kena batang hidung anak angkatnya tun minta bukti.. porrahhh!

aku rase dia memang dah benar-benar nyanyok!

kulatlapok said...

kudakepang,

Najib dah duduk dalam kerajaan bukan baru sejak menceburi dalam politik zaman muda hingga rambut adah beruban. Pengalamannya penuh satua kapal titianic. semua ruang dalam dia tahu. cuma nasib je yang menentukannya.

PS* Takut kempunan dihujung politiknya untuk kerusi no 1.

NGINAP SRENGENGE said...

Ramalan terkini : bakal pemimpin

PM.....Mahyuddin Yassin
TPM....Ku Li
Naib P.....Mukhriz
Isa Samad
Ahmad sabbery Chik

Hj Che Ab Rahim said...

The mastermind then and now the same
Guy Galahad | Jul 7, 08 3:16pm
Desperate people do desperate things and the how bad the things they do will depend on how desperate they are so let us consider the following.

Abdullah Ahmad Badawi is the prime minister of Malaysia, not the best prime minister by any reckoning. Not the second best, not the third best, not the fourth best but probably the fifth best.

Because he is the fifth best PM, it also makes him the worst PM the country has ever had. Everyone seems to know that except Abdullah, of course.

Now Abdullah can remain in power because he has a very strong hold on Najib. But like not knowing about the many things going on in the country does not know it.

He likes Najib where Najib is at the moment, it suits his purposes very well. It gives him the confidence to remain in office for as long as he wants to and Najib knows that too.

But Najib is getting older by the day, and there is this great possibility that before Najib can get to the PM’s chair, Anwar will pull the rug from under his feet.

Najib knows that, Dr Mahathir Mohamad knows that but our good old Abdullah does not know that. In fact he knows nothing.

Najib is desperate for a great many reasons. Firstly, if he does not become PM, there is a great lot dirty linen in the closet he will have to clean.

It is so dirty he does not have the means to clean them unless he becomes PM first. With that authority, the dirt on the linen will disappear.

Mahathir is desperate because if Najib does not come into power and Anwar does, all his (Mahathir’s) lackeys will be called to account, including him. Talking about dirty linen, Mahathir has got piles of it, and all his lackyes have too, so it is too big a gamble to lose.

His lackeys have fed him (Mahathir) and they want him to deliver but he can't unless Najib comes to power.

Now this is the real part - caught in the mess now are the inspector-general of police and the attorney-general.

Najib's refusal to drag to court those whom he accuses of smearing his name points in only one direction. With the private investigator retracting his statutory declaration so fast, I am convinced now than more than ever.

In 1969, Mahathir was the mastermind, he was behind the scenes, now he is at it again. Dangerous things may happen soon to oust Abdullah and take over the country.

Nawawi Dahalan said...

Kalau ketua lanun, mestilah ketua tu lebih lanun dari lanun-lanun lain.

Kalau ketua orang baik-baik, tentulah ketua tu lebih baik dari orang bebaik tu.

Kalau rakyat jahat, tentu ketua yang naik pun jahat begitu juga sebaliknya.

Jadi antara ketua dan pengikut ni macam cermin. Cerminlah diri sendiri.

Kalau rakyat baik, tentulah pemimpin yang jahat tak dapat naik. Tetapi jika pemimpin jahat, tentulah kerana rakyat juga suka kejahatan.

Pemimpin yang baik, mereka mencorak rakyat, bukan dicorak oleh rakyat.

Pemimpin yang naik melalui 'ehsan' rakyat tidak akan mampu mengubah rakyat dari jahat kepada baik. Maka rakyat dan pemimpin sama-samalah membaiki diri, mendekatkan diri kepada Tuhan.

Kristal48 said...

Dato'

Mmg dah bosan dgn kerenah PM yg lembab, lembik dgn membiarkan sahaja apa yg berlaku skg. Yang susah rakyat juga, yg miskin bertambah papa, tapi tolong la boleh tak orang lain yg jadi PM bukan Najib, gantikan dgn org yang bijak, berilmu dunia dan akhirat, berkhidmat untuk kemakmuran rakyat.

odeen said...

Kami dah tak mempercayai lagi TUN Mahathir kerana apa yang dikatakan kini tidak sama seperti semasa beliau menjadi PM. Misalnya sebelum ini dikata mesti setia pada parti tetapi sekarang dia sudah keluar parti, sebelum ini dia kata Abdullah Ahmad badawi timbalan yang baik.. sekarang dia kata lemah dan sebagainya. malah dia sendiri yang ingin menjatuhkan Abdullah yang sebelum ini dia lantik.Apa nie, cakap tak serupa bikin.Tindakan beliau cuba menjatuhkan Abdullah seperti Membunuh pokok yang dia sendiri tanam...Fikir-fikirkanlah, yang jelas manusia pasti tidak sama bila berkuasa dan apabila tidak berkuasa lagi.

Monkey Code said...

Bila kita hayati apa yang sedang terjadi pada Dr.Mahathir,… ia sebenar nya membuat saya rasa amat sayu dan takut. Bukan kerana apa, tapi kerana ‘bala’ yang menimpa Dr.Mahathir mirip seperti penghinaan yang terjadi pada Namrod, dimana beliau meminta rakyat nya sendiri memukul kepalanya dengan kasut masing2 supaya seekor nyamuk yang memasuki lubang telinganya dapat di keluar kan….bayangkan lah hanya di sebabkan oleh seekor nyamuk saja, seorang Raja yang sombong, angkuh, takbur, zalim, memperolok- olokkan Tuhan dan akhir nya mengaku beliau sendiri sebagai Tuhan di hina dan dimusnahkan sebegitu teruk sekali oleh ALLAH.

Mahathir selepas PRU12 yang lalu telah menjadi seperti orang hilang akal (lupa dan gila), dimana beliau telah mencaci segala –gala nya yang dicipta oleh DIRI NYA SENDIRI… dari polisi umno/kerajaan , strategi, percakapan, pandangan, kemarahan, ancaman, fitnah, ugutan, konspirasi dan hatta sampai pasal beliau sendiri pun turut di marahi nya. Beliau tidak sedar yang beliau sedang menghinakan dan memalukan diri dan keluarganya sendiri dihadapan rakyat Malaysia dan Dunia.keseluruhan nya. Yang paling malang beliau tidak sedar, yang rakyat kesemuanya tahu yang beliau adalah seorang
yang amat2 di bencikan oleh seluruh penududuk Malaysia, sedangkan satu ketika dulu beliau adalah seorang yang berkuasa seperti Raja.

Anwar Ibrahim telah menjadi BADI kepada Dr Mahathir sampai mati ke liang lahat nya, seperti Badi Nabi Ibrahim kepada Raja Namrod….Badi Nabi Musa kepada Firaun.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Untuk Dr.M,

Hutan Belum takungan air,
Tasik Banding lembah berseri;
Fikir sebelum membuka bibir,
Jari menuding diri sendiri.

Yang ini untuk siapa pula?

Nyiru bujur padi ditampi,
Belah rotan dipintal-pintal;
Orang tidur dibuai mimpi,
Orang beruban menggaru gatal.

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

AL-HUSSAINI said...

Mari Kita Bangun Malaysia Yang Maju Jaya

Banu Salleh

KETAHUI LAH BANGSA KU
TAK KIRA DIMANA SAUDARA BERADA
DALAM PARLIMEN DAN PUTRA JAYA
DARI PARIT SULONG SAMPAI KOTA RAJA ATAUPUN SUBANG JAYA:
MELAYU KINI TENAT DI AMBANG KEHANCURAN DEPAN MATA
AMAT PARAH KALAU KITA TAK BANGUN DAN JAGA SERTA MERTA
IA AKAN BERLAKU BILA-BILA MASA, HANYA TUNGGU MASA DAN KETIKA SAJA
MEREKA TAK TAHU MEREKA AKAN TERBARAI KUSA
MEREKA TIDAK AKAN CAPAINYA SEMULA
UMNO DULU JADI PARTI KITA KINI DAH JADI KUNO
KAMPONG HALAMAN DAH HABIS TERGADAI KERANA DEPA LEKA
MELAYU AKAN BERPUTIH MATA SAMPAI BILA-BILA
KERANA MELAYU SUKA BERGADUH,MELAYU SUKA BERFITNAH,
MEREKA SUKA BERTELAGAH TAK KIRA MASA
MELAYU DAH SEMAKIN BODOH DAN BERPECAH
DEPA IKUT MAHATHIR TAPI YANG TULAH MELAYU BERPECAH
DIA TENGOK PANDAI SIKIT DIA BIMBANG TAK KESUDAH
MELAYU BERTIKAM SESAMA MEREKA SAMPAI PADAH
MEREKA TIDAK MAHU BERSEPAKAT,
MEREKA TAK TAHU NAK BERPAKAT
WALAUPUN BERPAKAT TU BAWA BERKAT
MEREKA MENCERCA DAN SUKA MENGHINA BANGSA SENDIRI
YANG LAMA MENGATA YANG BARU
YANG TUA MENGATA YANG MUDA DAN SEBALIKNYA
YANG BELAJAR PANDAI DAH KATA ORANG LAIN BODOH BERLAKA
YANG KAYA LANSUNG DAH PEDULI YANG MISKIN PAPA
MEREKA TAK PEDULI ADAP SOPAN DAN NILAI AJARAN AGAMA
MEREKA TAK TAU ANCAMAN DI HADAPAN MATA
MEREKA TAK SEDAR ANCAMAN DI SEKELING MEREKA.
MEREKA BUAT PEKAK SENTIASA
MEREKA MUDAH PERCAYA DENGAN MUSUH MEREKA
MEREKA BERMUSUH SESAMA BANGSA MELAYU DEPA
MEREKA SUKA MUSNAH APA YANG MEREKA ADA
MEREKA AMAT SENGKAT FIKIRAN
FIKIRAN MEREKA LEMBAB TAPI SOMBONG TAK KIRA MASA
ORANG PAKAI SENJATA CANGGIH TAPI DEPA DOK SENTIMENTAL DENGAN KERAIH
MEREKA LALI, LALAI, LEKA DAN TAK ADA IDEA BARU SESUI DENGAN MASA
KALAU ADA PUN SEMUA BERNAS TAK BELAKA
MEREKA NAK GUNA YANG LAMA DAN YANG LAPUK,MEREKA TAK MAHU CARI YANG BARU
MEREKA TAK TAU ALAM SEKELILING DAH BERUBAH,MEREKA TIDAK MAU BERUBAH
MEREKA TIDAK ADA UPAYA NAK BERHIKMAH
MEREKA ANGKUH DAN BODOH DAN PANTANG DITEGUR PULA
ADA YANG DAH PENCEN TAPI PEROSAK HABIS APA YANG ADA
DIA TAMAK TAK PEDULI MASA
PATUT NYA DUDUK DIAM AMBIK QURAN BACA SEBAB NAK MATI TAK TAU BILA
MEREKA LANGSUN TAK TAHU BERMUSLIHAT DAN MAUFAKAT
ADA RAJA ADA PEMERENTAH ADA PIHAK BERKUASA
MEREKA SAMA SAJA TAK TAU GUNA KUASA TAK TAU BERPAKAT
DEPA SELALU LEKA DAN TENGOK WASAJA TAK TAU NAK BUAT APA
NAK KATA BODOH TAPI MENGAJI TINGGI BELAKA
MEREKA TIDUR MALAM,MEREKA TIDUR SIANG - PAGI TENGAH HARI PETANG DAN SENJA
MEREKA JUGA TIDUR MASA ORANG MESYAUARAT DIMEJA
YANG MEREKA TUHU MEREKA KAUT HARTA BENDA
MEREKA TAMAK DAN HALOBA TAK INGAT DEKAT KITA
MEREKA DOK SEDAP KITA RAKYAT DUDUK PAPA
LEPAS PILEHANRAYA LANGSUNG TAK PEDULI DEKAT KITA
ASYIK MENGATA DAN MENGUMPAT
MEREKA TAK TAHU YANG MANA MUSUH DAN LAWAN
MEREKA TAK TAHU YANG MANA KAWAN DAN NAK CARI KAWAN
MEREKA LANGSUNG TAK TAHU BERKAWAN
MEREKA TAMAK KUASA DAN TAK MAU BERBAHAGI KUASA
MEREKA KEDEKUT CARA DAN LEKA
SAMPAI BILA KITA NAK HARAP KEPADA MEREKA

OLEH ITU WAHAI BANGSA AKU
MARI KITA AJAK SEMUA BANGUN SEGARA
KITA BUAT APA YANG PATUT DAN TERDAYA
KITA UBAH DAN KITA BUANG DEPA
KITA KENA JAGA FUTURE KITA
SEBELUM DEPA PELINGKUP IKUT SUKA HAT DEPA.
KITA JAGA BANGSA UGAMA DAN NEGARA KITA
AYUH KITA,
KITA SUSUN SEMULA,
KITA ATUR SEMULA,
KITA REINGINEER SEMULA.
YANG JAHAT-JAHAT ,YANG LEKA , YANG TIDUR, YANG SOMBONG, YANG PEROMPAK, YANG RASUAH
KITA TINGGAL DEPA
KITA JANGAN TAKUT PADA MEREKA,
DEPA MAKIN LAMA MAKIN HILANG PANDUAN DAN TENGGELAM PUNCA
KITA SEMUA GANDING TENAGA, KITA TAK DAPAT HARAP LAGI KEPADA MEREKA
KITA AMBIL PUTERA JAYA KITA BANGUN MALAYSIA YANG MAJU JAYA.

Subang Jaya
8 Julai 2008

mazuna said...

Bagaimana kalau Kak Pidah sebagai Presiden Umno? Ada harapan ke?

politica said...

Abdullah Badawi nampak macam kurang bijak. Tapi dia pintar main catur politik. Sekarang dia duduk berdendang sayang tengok drama bunuh membunuh antara anwar dengan najib....

azam said...

PM kita ni muka dia tebal macam apa? Tak tau bahasa, tak tau cara. Orang dah kata pergi, dia duduk lagi. Orang dah benci, dia buat muka sardin, berkuasa lagi. Bila dia terus tercogok atas takhta, umno hancur, SINGA berkuasa…

azam said...

Kita semua tau sapa yang Tun maksudkan. Dia anak muda je. Tapi, semua orang UMNO takut pada dia. Menteri takut, MB takut, MP pun takut pada dia. Jahanan UMNO, jahanam Melayu.

ChengHo said...

kita misti letakkan orang yg terbaik dan sesuai ditempat yang sesuai. kalau dah tersilap letak buat lah pembetulan yg bijak. kita perlukan pemimpin yg baik karakter dgn pemikiran yg baik. kalau pemikiran saja baik karakter tidak baik tidak bolih terima. kalau karakter baik pemikiran tidak baik juga tidak bolih di terima.

putera bentan said...

Memang betul. Kita tau sapa yang TDM maksudkan. Tapi orang-orang yang ada kuasa semua pucoi. Sampai nak pecah-belah negara pun dia orang asyik bisu... Tumbangkan dia orang semua waktu pemilihan UMNO kali ni kan best.

Si Tampok Manggis said...

Tun ni pun satu... Buat kita letih dan celaru jer..Buat apa-apa pun biarlah berpada-pada.

Tun.. Kalau dah bersara buat ler cara bersara. Bila Tun banyak sangat masuk campur, orang ingat Tun berkepentingan. Susah jugak nak nafikan..

Kes Anwar vs Najib pun Tun nak tumpang semangkok. Time Tun berkuasa dulu Tun dah jalankan 'tanggungjawab' menghalang si Anu yang tidak berakhlak dari memimpin Malaysia. Betul ler si Anu tu dikatakan tak bersalah. Tetapi 'penghalangan' Tun tu kan dah berjaya? Sekurang-kurangnya sehingga hari ini..

Kali ni let the other player pulak ler main game ni. Selama ni pun dia orang ni asyik memanaskan bangku pemain simpanan jer. Mungkin depa pun 'apa nama... nak jalankan tanggungjawab' seperti Tun dulu jugak!

odeen said...

Salam Sejahtera Kepada Semua Blogger..

Di sini saya nak kongsi Sesuatu yang pelik Tentang Saiful.

1)Berumur 23 tahun, berbadan tinggi dan agak tegap, jika dibandingkan Anwar yang berumur 65 tahun yang sudah berumur sudah semesti senang saja si Saiful tu tendang alat sulit dia bila Anwar nak liwat dia. Lagipun kalau Anwar jika dilihat dari usianya bukannya kuat sangat. Ini bermakna saiful rela diliwat.

2)Kalau si Saiful ni nak betul-betul bukti supaya Anwar tidak boleh menafikan tuduhan dia boleh menggunakan telefon bimbitnya untuk merakanm video perbuatan liwat tersebut atau menyuruh orang lain untuk merakamnya. Mungkin kali pertama tidak berjaya masih adalah peluang kali kedua. Kenapa saya kata begitu kerana Saiful mendakwa di liwat beberapa kali oleh Anwar. Jadi senang saje Saiful ni nak kenakan Anwar. Tapi Saiful tak lakukan sedemikian. Nampak sangatlah Saiful ni ada niat tertentu.

3)Bila kita lihat Saiful dalam TV dia nampak gembira dan tersenyum-senyum lagi ketika beliau bersama peguamnya. Si Saiful ni seolah-olah tidak tertekan langsung dengan peristiwa yang menimpa dirinya dan tidak berasa bersalah melakukan perbuatan liwat dia ni. Kalau dia nak kata dia dipaksa oleh Anwar ianya boleh dipertikaikan kerana nampak gayanya berliau begitu gembira dan seolah-olah tidak dipaksa. Jika seseorang yang dipaksa sudah tentu beliau akan berasa tertekan, sedih dan malu berdepan dengan orang lain. Seseorang yang dirogol pastinya berasa malu dan tertekan berdepan dengan orang lain. Saiful seperti sudah biasa melakukan perbuatan tersebut tanpa rasa malu. Jadi sifat Saiful ini sangat diragui. Bukan saya saja kata begitu malah orang kampung saya bila dia orang tengok TV mereka hairan dengan sifat Saiful. Si Saiful ni amat meragukan.

4) Sebelum melaporkan dakwaan liwat kepada polis, Saiful telah bertemu dengan Dato’ Seri Najib dan menceritakan hal liwat berkenaan kepadanya. Pelik kenapa perlu berjumpa Najib kenapa tak terus pergi buat laporan dibalai polis atau sekurangnya penasihat undang-undang atau agama ke? Kenapa tak jumpa Paklah terus ke, kanapa mesti Najib? Pelik-pelik si Saiful ni…

5) Satu lagi kenapa baru sekarang Saiful baru nak melapor kepada polis yang dia diliau oleh Anwar walaupun beliau mendakwa beberapa kali diliwat oleh Anwar. Kenapa? Si Saiful ni takut ke nak melapor pada polis atau beliau memang nak tunggu masa macam sekarang ni dengan niat untuk menjatuhkan Anwar. Atau apakah si Saiful ni tidak mempercayai polis dapat menjamin keselamatannya sebelum ini, sehinggalah Anwar membongkar rahsia penyelewengan orang kenamaan yang berkaitan dengan badan kehakiman dan kepolisan barulah Saiful berasa selamat untuk melaporkan hal itu kepada polis.

Jelaslah si Saiful ini amat meragukan dan tak boleh dipercayai. Jika ada orang mempercayai orang seperti ini, tak tahulah mungkin mereka ini orang yang bersifat seperti Saiful. Adakah orang seperti Saiful ini kita boleh percayai kenyataannya atau perlukah kita bantu dan beri sokongan moral?... Wallahualam..
Selagi tiada bukti kukuh orang pasti tidak percaya tentang tuduhan liwat ini. Kalau setakat mengaku kena liwat dengan muka yang tersenyum tanpa rasa bersalah, semua orang boleh buat…Wallahualam..

MD said...

Dear dato'

Apa yang odeen kata tu nampak logiknya. Saya cuba membuat analisis (Ada orang bagitau saya maklumat... tapi saya tak tau betul ke salah)

Saiful telah lama dan telah beberapa kali diliwat (Dia mengaku). Doktor juga boleh mengesahkannya. Tetapi dengan siapa? Anuar adalah salah satu calon pasangan Saiful(Itu tuduhan Saiful).

Ada orang lain lagi mungkin terlibat dengan perlakuan seks ini? Mungkinkah dia ada special boyfriend? Mungkin yang bekerja dengan Najib (Semasa jumpa boyfriend - jumpa Najib sekali. Atau kerana terserempak Najib, kenalah buat cerita).

Periksalah orang yang kerap ditemui atau bergambar dengan dia - biasanya yang dalam lingkungan usia Saiful, dalam 23-35 tahun. DSAI dan Najib terlalu tua untuk menjadi boyfriend Saiful.

SAYA ADA SATU PENGALAMAN: Ada seorang pelajar siswazah (lelaki) di sebuah universiti. Dia datang ke makmal hanya pukul 2 hingga 5 pagi. Selepas diselidiki dia confess yang dia gay - boyfriend dia seorang polis. Dia cuba memutuskan hubungan dan lari daripada boyfriend dia, tetapi boyfriend dia tak mahu. Hari-hari boyfriend dia cari budak ni sampai budak ni cukup takut - terpaksa keluar hanya masa tengah malam. Mungkin tak Saiful juga perlukan pertolongan?