LIWAT MELIWAT KERANA KUASA?
Ruhanie Ahmad
Banyak pihak telah memprovokasi saya untuk membuat posting mengenai tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya mendiamkan diri buat beberapa ketika kerana mengkaji dan menyaksikan seluruh babak perkembangan harian mengenainya.
Saya bertindak begini kerana pada saat dan ketika ini wujud terlalu banyak teori konspirasi bertebaran di Malaysia - mengenai pelbagai hal, dengan aneka motif, membabitkan beberapa personaliti besar, segala-galanya kerana kuasa.
Tetapi, dalam diam saya saksikan betapa heronya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana menjamin keselamatan Anwar tidak akan tergugat. Dalam diam saya saksikan betapa kesiannya Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa menafikan pembabitannya dalam kontroversi liwat ini. Dalam diam saya saksikan betapa ghairahnya Datuk Seri Syed Hamid Albar membuat kenyataan demi kenyataan juga mengenai kes yang sama. Dalam diam juga saya saksikan betapa Amerika Syarikat cuba campur tangan dalam kelam-kabut ini.
Persada Kuasa
Maka, sikap hero Abdullah dalam perkembangan ini pun seolah-olah disanjung dan dipuji. Maka, seolah-olah terlupalah rakyat jelata akan soal Abdullah yang sepatutnya telah mengundurkan diri dari persada kuasa negara dan siasah UMNO sesudah PRU12. Maka, seolah-olah terlupalah rakyat jelata akan kedolak-dalikan Abdullah dalam soal peralihan kuasa kepada Najib yang indah khabar dari rupa. Maka, seolah-olah terlupalah rakyat jelata kepada tindakan-tindakan adhok kerajaan Abdullah dalam menangani kenaikan harga bahan bakar kebelakangan ini.
Pada waktu yang sama, seolah-olah terkapai-kapailah Najib dihambat penafian demi penafian yang sememangnya mesti beliau lakukan demi survival dan kerjaya siasahnya yang sedang diharu-birukan oleh kelompok-kelompok tertentu yang tidak mahu beliau mewarisi kuasa daripada Abdullah. Maka, terkapai-kapailah Anwar untuk menafikan tuduhan berkenaan yang dibuat oleh seorang pemuda berusia 23 tahun. Maka, hebat dan ghairah sungguhlah “adegan wayang” membelasah dan menyesah AS dilakukan oleh banyak pihak. [Moga-moga ini jadi pengajaran kepada AS supaya jangan sekali-kali masuk campur urusan dalaman kita.]
Bagaimanapun, dalam diam juga saya dapati seolah-olah wujud satu common denominator mengenai Najib dan Anwar dalam senario ini. Kedua-duanya jadi defensif. Najib jadi defensif kerana telah ditohmah sebagai pihak yang mendalangi perkembangan ini. Anwar pula jadi defensif dalam usahanya untuk menafikan tuduhan ke atas dirinya sendiri.
Siapakah yang membuat strategi supaya Najib dan Anwar jadi defensif sedemikian rupa? Adakah ianya pihak yang tidak mahu Najib mewarisi kuasa daripada Abdullah? Adakah ianya pihak yang cuba menyekat Najib daripada menandingi Abdullah untuk jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti Disember 2008 ini? Adakah ianya pihak yang cuba menghalang Anwar daripada menggugat masa depan politik Abdullah menerusi pelbagai cara dan pendekatan? Adakah ianya pihak yang cuba melakukan psywar untuk mencipta kesan reversed psychology yang memihak kepada Anwar? Siapakah tangan ghaib sebenarnya di sebalik percaturan ini?
Proksi Dan Boneka
Ketika ini saya tidak terdaya untuk memberikan jawapan kepada seluruh persoalan di atas. Tetapi, mustahilkah jika matlamat akhir kepada segala-galanya ini adalah mengenai kuasa? Fikirkanlah sendiri, siapakah antara pemain utama dalam peraturan kuasa di Malaysia mutakhir ini? Siapakah individu utama di sebalik takhta dan kuasa selama ini? Siapakah yang tergamak meliwat politik dan masa depan siapa semata-mata kerana kuasa? Siapakah antara individu yang didakwa bermain kuasa secara proksi? Siapakah antara individu yang dikatakan melaksanakan kuasa secara boneka? Siapakah individu yang sanggup menghalalkan apa jua cara kerana kuasa? Siapakah yang telah tergamak berbohong kerana kuasa?
Berapa ramai antara kita sudi menganalisa situasi mutakhir ini secara tajam dan rasional? Berapa ramai di kalangan kita sedia melihat babak-babak sarkas media mutakhir ini dan sanggup mempersoalkan mengapakah ianya jadi sebegitu ghairahnya? Berapa ramai antara kita sanggup merungkai pelbagai kemungkinan di sebalik kegawatan suasana ini?
Berapa ramaikah antara kita yang berani menganggap bahawa senario mutakhir ini adalah satu diversion, satu operasi bendera palsu, satu kaedah untuk melalaikan kita semua daripada memfokus kepada soal politik yang amat mendesak untuk diselesaikan dengan segera? Berapa ramaikah juga antara kita yang berani mengatakan bahawa apa yang sedang berlaku sekarang adalah tindakan terancang untuk memesongkan kita semua daripada soal kesengsaraan hidup yang kita alami akibat kenaikan harga minyak yang nampaknya ditangani oleh pihak berkuasa menerusi kaedah yang kurang berkesan dan kurang bijaksana?
Kembali Fokus
Lantaran itu, wajarlah kita kembali fokus kepada masalah semasa kita yang lebih penting – menyelesaikan krisis kepimpinan dan keyakinan yang membabitkan Abdullah dan mengatasi masalah kesulitan hidup yang juga wujud dalam era kepimpinan Abdullah. Lantas, wajarlah kita serahkan soal liwat meliwat ini kepada kebijaksanaan polis untuk menyiasatnya secara rapi dan professional.
Oleh itu, kalau ada pihak yang hari ini menyindir kononnya saya mendimkan diri dalam hal ini kerana sedang bertapa di sebuah gua, tulisan ini adalah hasil pertapaan minda saya kebelakangan ini. Saya serahkan tulisan ini untuk diadili oleh masa dan keadaan.
Kini, kita tunggu dan kita lihat, siapakah yang akhirnya akan beroleh manfaat paling besar daripada kisah liwat meliwat mutakhir ini. Dan, tanyalah juga kepada diri sendiri, adakah senario mutakhir ini juga merupakan mukadimah kepada kemungkinan Malaysia akan dilanggar todak? Fikir-fikirkanlah!
Ruhanie Ahmad
Banyak pihak telah memprovokasi saya untuk membuat posting mengenai tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya mendiamkan diri buat beberapa ketika kerana mengkaji dan menyaksikan seluruh babak perkembangan harian mengenainya.
Saya bertindak begini kerana pada saat dan ketika ini wujud terlalu banyak teori konspirasi bertebaran di Malaysia - mengenai pelbagai hal, dengan aneka motif, membabitkan beberapa personaliti besar, segala-galanya kerana kuasa.
Tetapi, dalam diam saya saksikan betapa heronya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana menjamin keselamatan Anwar tidak akan tergugat. Dalam diam saya saksikan betapa kesiannya Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa menafikan pembabitannya dalam kontroversi liwat ini. Dalam diam saya saksikan betapa ghairahnya Datuk Seri Syed Hamid Albar membuat kenyataan demi kenyataan juga mengenai kes yang sama. Dalam diam juga saya saksikan betapa Amerika Syarikat cuba campur tangan dalam kelam-kabut ini.
Persada Kuasa
Maka, sikap hero Abdullah dalam perkembangan ini pun seolah-olah disanjung dan dipuji. Maka, seolah-olah terlupalah rakyat jelata akan soal Abdullah yang sepatutnya telah mengundurkan diri dari persada kuasa negara dan siasah UMNO sesudah PRU12. Maka, seolah-olah terlupalah rakyat jelata akan kedolak-dalikan Abdullah dalam soal peralihan kuasa kepada Najib yang indah khabar dari rupa. Maka, seolah-olah terlupalah rakyat jelata kepada tindakan-tindakan adhok kerajaan Abdullah dalam menangani kenaikan harga bahan bakar kebelakangan ini.
Pada waktu yang sama, seolah-olah terkapai-kapailah Najib dihambat penafian demi penafian yang sememangnya mesti beliau lakukan demi survival dan kerjaya siasahnya yang sedang diharu-birukan oleh kelompok-kelompok tertentu yang tidak mahu beliau mewarisi kuasa daripada Abdullah. Maka, terkapai-kapailah Anwar untuk menafikan tuduhan berkenaan yang dibuat oleh seorang pemuda berusia 23 tahun. Maka, hebat dan ghairah sungguhlah “adegan wayang” membelasah dan menyesah AS dilakukan oleh banyak pihak. [Moga-moga ini jadi pengajaran kepada AS supaya jangan sekali-kali masuk campur urusan dalaman kita.]
Bagaimanapun, dalam diam juga saya dapati seolah-olah wujud satu common denominator mengenai Najib dan Anwar dalam senario ini. Kedua-duanya jadi defensif. Najib jadi defensif kerana telah ditohmah sebagai pihak yang mendalangi perkembangan ini. Anwar pula jadi defensif dalam usahanya untuk menafikan tuduhan ke atas dirinya sendiri.
Siapakah yang membuat strategi supaya Najib dan Anwar jadi defensif sedemikian rupa? Adakah ianya pihak yang tidak mahu Najib mewarisi kuasa daripada Abdullah? Adakah ianya pihak yang cuba menyekat Najib daripada menandingi Abdullah untuk jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti Disember 2008 ini? Adakah ianya pihak yang cuba menghalang Anwar daripada menggugat masa depan politik Abdullah menerusi pelbagai cara dan pendekatan? Adakah ianya pihak yang cuba melakukan psywar untuk mencipta kesan reversed psychology yang memihak kepada Anwar? Siapakah tangan ghaib sebenarnya di sebalik percaturan ini?
Proksi Dan Boneka
Ketika ini saya tidak terdaya untuk memberikan jawapan kepada seluruh persoalan di atas. Tetapi, mustahilkah jika matlamat akhir kepada segala-galanya ini adalah mengenai kuasa? Fikirkanlah sendiri, siapakah antara pemain utama dalam peraturan kuasa di Malaysia mutakhir ini? Siapakah individu utama di sebalik takhta dan kuasa selama ini? Siapakah yang tergamak meliwat politik dan masa depan siapa semata-mata kerana kuasa? Siapakah antara individu yang didakwa bermain kuasa secara proksi? Siapakah antara individu yang dikatakan melaksanakan kuasa secara boneka? Siapakah individu yang sanggup menghalalkan apa jua cara kerana kuasa? Siapakah yang telah tergamak berbohong kerana kuasa?
Berapa ramai antara kita sudi menganalisa situasi mutakhir ini secara tajam dan rasional? Berapa ramai di kalangan kita sedia melihat babak-babak sarkas media mutakhir ini dan sanggup mempersoalkan mengapakah ianya jadi sebegitu ghairahnya? Berapa ramai antara kita sanggup merungkai pelbagai kemungkinan di sebalik kegawatan suasana ini?
Berapa ramaikah antara kita yang berani menganggap bahawa senario mutakhir ini adalah satu diversion, satu operasi bendera palsu, satu kaedah untuk melalaikan kita semua daripada memfokus kepada soal politik yang amat mendesak untuk diselesaikan dengan segera? Berapa ramaikah juga antara kita yang berani mengatakan bahawa apa yang sedang berlaku sekarang adalah tindakan terancang untuk memesongkan kita semua daripada soal kesengsaraan hidup yang kita alami akibat kenaikan harga minyak yang nampaknya ditangani oleh pihak berkuasa menerusi kaedah yang kurang berkesan dan kurang bijaksana?
Kembali Fokus
Lantaran itu, wajarlah kita kembali fokus kepada masalah semasa kita yang lebih penting – menyelesaikan krisis kepimpinan dan keyakinan yang membabitkan Abdullah dan mengatasi masalah kesulitan hidup yang juga wujud dalam era kepimpinan Abdullah. Lantas, wajarlah kita serahkan soal liwat meliwat ini kepada kebijaksanaan polis untuk menyiasatnya secara rapi dan professional.
Oleh itu, kalau ada pihak yang hari ini menyindir kononnya saya mendimkan diri dalam hal ini kerana sedang bertapa di sebuah gua, tulisan ini adalah hasil pertapaan minda saya kebelakangan ini. Saya serahkan tulisan ini untuk diadili oleh masa dan keadaan.
Kini, kita tunggu dan kita lihat, siapakah yang akhirnya akan beroleh manfaat paling besar daripada kisah liwat meliwat mutakhir ini. Dan, tanyalah juga kepada diri sendiri, adakah senario mutakhir ini juga merupakan mukadimah kepada kemungkinan Malaysia akan dilanggar todak? Fikir-fikirkanlah!
34 comments:
salam tuan gelanggang... apa yg datuk sampaikan penuh dgn kebenaran .. bagi saya .. ianya satu diversion terancang .. namun.. seolah2 kurang teliti... sama2 kita berdoa Allah tunjukkan siapakah durjana itu !!
Kepada ALLAH Kami Berserah
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Tidak ada tuhan melainkan ALLAH yang Esa. Tidak ada sekutu bagiNya. BagiNyalah kekuasaan dan bagiNyalah segala puji-pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.
Wahai yang tidak diberatkan dengan permintaan-permintaan orang yang meminta-minta. Wahai Zat yang tidak jemu dengan permintaan orang yang meminta dengan sepenuh hati. Wahai ALLAH, rasakanlah kami kedinginan ampunan-MU, dan kemanisan rahmat-MU.
Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.
Selamatkanlah negara kami, Malaysia daripada segala bencana dan malapetaka. Kiranya kami melakukan kesilapan dalam memilih pemimpin kami, maka berilah kekuatan kepada kami untuk berani merobah dan menebus kesilapan kami.
Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.
Sekiranya para pemimpin umno yang berselerakkan di negara kami ini telah lalai menegakkan kemuliaan Agama MU, maka sedarkanlah mereka, wahai ALLAH.
Dan, sekiranya para pemimpin umno yang berselerakkan di negara kami ini dengan sengaja mempermudah dan enggan menegakkan kemuliaan Agama MU, maka, kami mohon kepada MU Wahai ALLAH, laknatilah mereka dan jauhkanlah mereka daripada tampok pemerintahan negara kami kerana kezaliman dan kemunafiqkan mereka.
http://www.kerajaanrakyat.com/
Check out this old man at http://consumersrighteousness.blogspot.com/. I personally admire his courage and determination to withhold his rights and stand up against one big giant. Won’t it be cool if some bloggers write/comment about his problem?
Apakah Datuk maksudkan Khairi ? ? ?
A'kum Dato'
semoga sejahtera hendaknya,
saya melihat begini..baik org2 di keliling Najib mahupun Anwar pasti bermatian pertahankan bos2 mereka.
Bak kata Dato',mungkin ada mainan 'org ke-3' di sebalik semua ini. Hendak menyekat kemaraan kedua-dua Najib & Anwar ni.
Takkan bodoh sgt Anwar nak buat keje giler meliwat org ni..dan takkan bengap sgt Najib buat konspirasi psl liwat lak tu.
Yang mesti kita pegang Dato',Allah yg lebih mengetahui..kebenaran akan terbukti dan sama2 kita tunggu walau kita terpaksa tunggu begiu lama.
Assalamualaikum Datuk Ron,
Permainan politik memang sukar diduga. Percaturan adakala menjadi, adakalanya 'hancus'. Yang pasti, akan ada pihak yang mengena dan terkena.
Dalam kes Anwar, saya melihat dari sudut yg sama. Cuma soal betul2 bersalah atau tidak, itu kita serahkan pada pihak yang berkuasa. Mungkin juga benar ada tindakan terancang, mungkin juga ia satu kenyataan. Kalaupun pihak mahkamah membuktikan beliau tidak bersalah, adakah beliau benar2 tidak bersalah atau mungkin benar bersalah tetapi tidak cukup bukti. Wallahualam.
Setelah membaca tulisan Datuk, saya percaya kemungkinan itu terlalu macam-macam. Cuma, jika disimpulkan mungkin ini agenda pihak tertentu untuk mengaburi mata rakyat mengenai isu kenaikan harga minyak & barang serta isu peralihan kuasa, kebenarannya ada di situ. Ada pihak juga yang sedang cuba menjadi hero Malaya.
Yang pasti, kemelut2 politik seperti ini amat merimaskan rakyat. Tambahan pula dgn cubaan campurtangan AS, ia tambah memburukkan keadaan. Apalah agaknya tanggapan dunia terhadap Malaysia? Apa pula pandangan negara2 Islam yang lain? Malaysia suatu ketika dulu begitu unggul di persada antarabangsa dan sangat disegani. Adakah kita masih di pentas yang sama?
Wallahulam. Wassalam.
Dato Ron yang dihurmati.
Banyak persoalan yang Dato kemukakan, ada antaranya telah mendedahkan itulah juga jawapannya!
Kerajaan Umno/Bn Dollah Badawi dan Najib sedang mengalih arus aliran banjir besar yang akan melanda empangan Putrajaya.
Pengalihan dari isu negara ke isu pribadi tidak akan berjaya kerana rakyat sudah mula membebaskan minda mereka dari penjajahan kuno Umno/Bn.
Setiap drama akan ada klamiknya. Dato Ron kita sama-sama tunggu babak-babak akhir drama arahan sitolol dan lakonan hampuraih dari drama 'si budak nakal'.
Datok kena ingat juga, budak nakal ada 2 sekarang ini. Satu yang mengunjungi pejabat Najib (tak lulus pengajian), satu lagi di pejabat Pak Lah (lulus universiti luar negara). Yang mana satu si budak nakal?
http://rp-semantan.blogspot. com
CUCU TOK KEDU
Salam dato..
memang terlalu banyak persoalan dan konsirapi dalam kes terbaru ini.. semuanya kerana kuasa. kuasa untuk terus memegang tampok kerajaan malaysia atau kuasa untuk merampas kuasa tersebut.
Dalam konpirasi ini mengikut bapak rocky, mungkin dollah & co. adalah kepalanya berdasarkan penafian tidak sengaja beliau terhadap penglibatan timbalannya walaupun tiada siapa yg mengatakan timbalannya terlibat.. dan mengikut olahan dato juga kemungkinan besar manfaat kes ini berpihak pada Dollah n Co.
namun salah jika dollah & co. rasa dengan mengwujudkan teori konpirasi ni rakyat terlupa akan kesenggaraan yang sedang dialami. Rakyat malaysia bukan rakyat 10-15 tahun dulu yg buta IT, yg tiada broadband utk melayari segenap berita mutakhir ini. Pergi jahanam la dengan apa konsipirasi sekalipun atau apa isu sekali pun yg dimertabatkan .. namun rakyat malaysia memang sedar mereka kini hidup kaya dalam kemiskinan. Hak mereka telah terabai dalam tempoh 4 tahun pemerintahan Dollah & co. adakah perlu lagi memberi masa warm up utk dollah & co merakus segala kekayaan tanahair ini??
Untuk Dollah bukan utk Co.nya... saya sebagai rakyat marhain yang sedang senggara ini ingin menyeru beliau untuk bermuhasabah diri. Jika benar beliau ingin mengekalkan maruah arwah datuknya sebagai ulamak besar di tanahair ini satu masa dulu, duduk lah diatas tikar sejadah utk bermuhasabah 5kali solat lima waktu. Tidak ada apa yang perlu dikejar lagi didunia ini, hina beliau jika mengabaikan maruah yg telah diberikan pada arwah datoknya sebagai ulamak besar jika beliau terus-terusan menginaya rakyat marhain ini.. kembalilah pada kebajikan rakyat bukan kebajikan kaum keluarga... insyallah allah permudahkan mati kita nanti..
Manusia malaysia dah hilang kemanusiaannya.Kita lari dari tuntutan asal penciptaan.Kita jadi hamba dunia , lari dari hamba Allah.Kita syok dan sibok dengan dunia yang sekejap dan lupa akan azab yang lama di akhirat.Kita adalah haprak2 yang tak belajar dari sejarah.Kita berlumba2 mencari harta dan mangaut harta tak kira halal / haram.Tapi lupa mempersiapkan bekal untuk bertemu Allah nanti .
Pemimpin2 pun dah sama2 tak kenal diri sendiri.Cuba check sejenak tentang diri sendiri.Tapi kalau hati dah gelap,sukar untuk mencermin diri.
Wallahua'lam.
Tuan Hamba,
Politik Liwat nampak sengaja dibuat-buat. Umum kita tahu jawapan DS Najib akan memikirkan dan membuat pengumuman sekiranya beliau dicalonkan untuk jawatan Presiden UMNO. Sebelum ini, tidak pernah DS Najib ditanya soalan sebegitu dan jawapan sebegitu. Beliau hanya mengulang-ulang kata-kata taat setia kepada parti dan kepada PAK LAH. Strategi awal untuk memaksa DS Najib bertindak menyaman Raja Petra di atas "pengakuan bersumpah" nya juga gagal. Jika demikian (DS Najib menyaman), maka segalanya akan dibongkar di mahkamah dan DS najib terpaksa berulang-alik ke mahkamah menjawab tuduhan. Siapa yang MENANG. Ini bukan "situasi menag-menang" lagi. Tetapi kemenangan mutlak. Kepada DS Najib, taat setianya sedang dicabar. Siapa yang HERO?
Fikir-fikirkanlah,..
www.hang-jebat.blogspot.com
Salam Datuk,
Menarik dan tertarik melihatkan perkembangan lanjutan politik Pak Lah-Najib-Anwar. Biarkan tiga sekawan ini terus-terusan mengoncang politik Malaysia dengan pelbagai semacam isu, anasir yang naif lagi daif. Jelas andai seseorang pemimpin itu niat memimpin dengan ikhlas, maka perjuangan mereka akan suci tanpa dicemari sebarang noda yang boleh mengoyahkan hala tuju naiwaitu erti sebuah perjuangan.
Biarkan sengketa tiga sekawan Pak Lah-Najib-Anwar berterusan memperlihatkan segala cacat cela andai takdir Allah untuk memberikan anugerah 'Malaysia' kepada pemimpin yang ikhlas dan bersih iaitu dua sahabat Ku Li-Muhyiddin.
Saya mendoakan dan mengajak seluruh umat bangsa Melayu dan rakyat Malaysia turut serta mendoakan agar dua sahabat Ku Li-Muhyiddin ini akan membersihkan segala noda politik Malaysia tinggalan angkara sengketa tiga sekawan Pak Lah-Najib-Anwar untuk kesejahteraan semua.
Wasalam.
Umat Islam kini seolah-olah hilang pimpinan.
Telitilah panduan dan tauladan dari Tuhan dalam menentukan pendirian dan sikap kita dalam apa jua hal dan keadaan.
http://nawawidahalan.blogspot.com/2008/07/tuduh-menuduh.html
Assalamualaikum....Dato'
Saya tertarik dengan hujah yang Dato' diberikan. Kita perlu merenung dan mengkaji semua analogi yang berlaku dan tumpukan kepada isu utama. Hal DSAI harus kita berikan kepada pihak yang berwajib untuk selesaikan masalah ini.
Tapi adakah Dato', sistem kehakiman dan keadilan kita sudah berada pada landasan yang wajar dan boleh dipercayai setelah apa yang berlaku. DSAI pernah terima jaminan yang sama Dato' dari Tun Mahathir tapi yang yang berlaku ?
Minta Dato' tolong ulas secara terperinci terhadap isu-isu ini disamping berpegang kepada isu utama yang Dato' sering berpegang teguh.
Rakyat jelata amat ketandusan pemimpin yang boleh menegakkan kedaulatan dan kebangkitan orang melayu yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.
wallahualam.
Terima kasih kerana Dato' telahpun memberi tips dan jawapan yang tepat atau sekurang kurangnya senada.
Kita terpaksa akui kehebatan dan liciknya 'mereka' tetapi kita jangan pula abaikan najib dan anwar yang nampak seperti 'terkena' tetapi dalam diam mereka juga mengatur strategi bertahan dan serang.
Semasa menyusuri masalah pasti mereka akan juga terjumpa 'tips' jejak petualang sebenar, lawan atau kawan.
Kalau kita imbasn TDM hampir tewas di tangan Ku Li dalam perebutan jawatan Presiden UMNO atas sikap yakin dan sambil lewanya dalam berpolitik, tetapi di saat akhir kempennya atau selepas itu, TDM mula berstrategis dan mencengkam hingga ke akar umbi UMNO sehinggalah beliau digelar diktator. Manusia akan selalu belajar dari pengalaman.
Dalam pusingan pertama ini, dalam menyebarkan berita, dalam mengalihkan pandangan rakyat pada isu semasa yang lebih penting, kita kira mereka telah berjaya, lagi mereka telahpun siap sedia dengan peluru peluru baru untuk dilepaskan kepada rakyat supaya menjadi lebih bingung dan dalam leka inilah, harta negara dirampok lagi.
Dalam pusingan kedua kelak, dua minggu dari sekarang, kita akan lihat senario baru apabila cawangan2 UMNO mula mengadakan mesyuarat agung.
salam dato,
apa yg dato perkatakan ada betulnya. suasana politik begini samada kebetulan atau diwujudkan sudah pasti akan mengalih pandangan dan fikiran ahli umno dan rakyat dari mendesak ds abdullah meletak jawatan. apa yang pasti pak lah memang selesa sebab hal anwar serah pada polis supaya polis yang buat kerja. hal campur tangan amerika serah pada orang melayu yang kerja. hal pemilihan umno tentu tak ada masalah, sebab ahli umno dah mabuk dan tonggang langgang.
tapi kalau suasana begini memang dirancang, pasti cepat dapat tahu sebab melibatkan banyak pihak. silap langkah jerat makan diri.
ds abdullah = relax saja
ds Kj = relax kempen
ds anwar = selamat. paklah tunduk pada us dan cover dia
ds najib = dalam bahaya perlu kuatkan orang2 nya, takut ditikam curi. mati x melawan.
umno bahagian = ikut rentak tari pak lah
umno cawang = mabuk dgn politik pak lah
orang melayu = letih halang campurtangan amerika. sebab pak lah buat x tau je. asyik suruh orang kerja bersama dia.
Hanya dengan berada dinombor 1 anda akan rasa lebih selamat. Anwar, Najib dan ramai lain tidak akan selamat.
Yang keluar dari kemelut dengan bergaya, bukan tentu orang yang berwibawa untuk menerajui negara.
Yang kita terpaksa terima nanti ialah orang yang licik bermain catur. Membawa negara ke aras yang lebih tinggi belum tentu jadi prioriti mereka. Mereka leka dengan sandiwara dan bermain catur.
emm jika nie semua berterusan mungkin akan membuka ruang untuk penjajahan malaysia.... apa pandagan tuan gelangang
hibat... hibat... malaysia boleh :)
Dato' Ron
Mungkinkah in berpunca dari lewat-melewatkan peralihan kuasa?
sekrang dah tak dengor cerita pasal kj nak bawak masuk anwar ke dalam umno melalui ezam. maklumlah anwar teruk kena hentam dgn ezam sekarang kes liwat pulak nama dah buruk. sekarang keluar cerita kj version baru pulak. politik.. politik...
Sekarang orang lain pun dikatakan melakukan sex. Dan wanita mongolia tu tak kisahpun dengan sodomi.
Apapun dato' saya masih tetap dengan pendirian saya agar Pak Lah jangan berundur. Tunggu sehingga pemilihan UMNO. Dan Pak Lah kena perbetulkan apa yang salah dalam negara ini. Pak Lah ada 4 bulan lagi - Lama tu.
Salam
Dato.
rasa naik meluat da dengar isu meliwat ni.. semua orang dengan telahan masing2..
semua orang dok tuduh sana sini.. provok sana sini.. pastu tatau sape yang betul atau salah
yang tahu hanya Allah je.. kita kene kembali pada Nya ..
bak kata mufti dr Asri... kalau masing2 tanak mengaku betul atau salah.. yang sana tuduh yang ni.. baik isu liwat anwar-saiful or RFK - rosmah/najib boleh la gunakan MUBAHALAH. kalo dato or kawan2 sekalian nak tau lebih lanjut boleh masuk http://www.drmaza.com/
semua dah diterangkan.. siap dengan video lagik
bak kata orang.. sape berani kerana benar.. kalau takut.. sendri mau fikir la..
http://muchang.wordpress.com/
Syabas diatas penelitian Datuk. Namun yang tersirat dihati nubari saya, kenapa pisang mesti berbuah lebih dari sekali. Adakah ini satu pertanda bahawa masyarakat kita telah mula menyimpang dari akidah sebagai umat islam yang tidak mahu dikaitkan dengan perkerjaan terkutuk dan tidak menjamin jalan kearah pintu syurga.
Sama sama kita berdoa Allah tunjukkan siapakah yang tidak beriman itu.
Maklumat di bawah ini telah dikirimkan ke blog ini menerusi e-mail. Saya siarkan di sini tanpa sebarang perubahan. – Ruhanie Ahmad
Siapa Saiful Bukhari?
Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.
Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan "era kegemilangan" yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.
Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program.
Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.
Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya.
Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.
Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?
Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan "bertanggungjawab" sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang "star" sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.
Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.
Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.
Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.
http://ainisazreen.wordpress.com/2008/06/29/saiful-bukhari
Salam Datuk,
Pada perenggan akhir posting pasal kisah liwat, Datuk minta para pembaca “tunggu dan kita lihat, siapakah yang akhirnya akan beroleh manfaat paling besar daripada kisah liwat meliwat mutakhir ini.”
Datuk juga cadangkan para pembaca tanya diri sendiri “adakah senario mutakhir ini juga merupakan mukadimah kepada kemungkinan Malaysia akan dilanggar todak?”
Pada pendapat saya, pihak yang akan terima faedah besar daripada kisah liwat ini adalah pihak yang sedang berkuasa, iaitu Abdullah Badawi.
Tapi pihak yang akan paling beruntung besar mungkin kuasa di sebalik Abdullah. Siapakah mereka? Mungkinkah Khairy? Mungkinkah TUAN kepada Khairy?
Soalnya, siapa dia TUAN kepada Khairy? Inilah soalan cepu emas yang saya tak dapat jawab. Tapi, tak mungkinkah dianya kuasa yang nak hanurkan UMNO, BN dan negara kita?
Kalau begitu, siapa dia? Mungkin Datuk tau jawapannya. Kalau tidak, kenapa Datuk bertanya “adakah senario mutakhir ini juga merupakan mukadimah kepada kemungkinan Malaysia akan dilanggar todak?”
Salam YBhg Dato',
Sebenarnya sayapun berfikiran demikian tetapi tak pandai nak mengolahkannya agar ianya lebih mudah.Satu analisis yang terbaik.Terasa keikhlasannya yang terungkai di dalam hati dan sanubari YBhg Dato'yang selama ini berperang yang tidak tahu bila ianya akan selesai.
Syabas.
Datuk,
Saya setuju. Soal utama di sini bukan kes liwat atau kes altantuya. Soal pokok kita adalah kepimpinan Dolah Badawi. Negara kita jahanam kalau Dolah Badawi terus perintah Malaysia. Saya harap kita semua tumpukan pada soal pokok ini. Yang lain-lainnya Allah Maha Mengetahui.
http://ainisazreen.wordpress.com/2008/06/29/saiful-bukhari
.................................
Tentang tulisan yang panjang lebar ini janganlah kita terlalu ambil pusing sangat kerana ia juga termasuk dalam hujah hujah berat sebelah, terutama sekarang ni banyak sangat 'perakuan besumpah' yang sudah kurang wibawa.
Filem ini memang hebat!
1. Persoalan saya bagaimanan budak berusia 23 tahun ini begitu mudah untuk berjumpa dengan Najib. Sedangkan saya bekas sewaktu berkhidmat sebagai Ketua Biro dahulu bukan main sukar nak bertemu Menteri Besar atau Ketua Menteri.
2. Biasiswa, adakah Kemneterian Najib adalah tempat yang sesuai untuk meminta bantuan.
3. Mengapa sekarang Najib akui ada bertemu dgn budak hingusan ini.
4. Khabar budak 23 tahun ini kena mengena dengan bisan Pak Lah???
5. Kenapa Anwar Ibrahim suka pergi ke kondominium.
6. Mengapa begitu mudah Anwar menerima budak hingusan yang baru dikenali bekerja dengannya.
7. Tidak serikkah Anwar dengan kondominium.
8. Mengapa isu membabitkan Najib dan Anwar ini seperti dibiarkan begitu sahaja
ATAU MUNGKINKAH
1. Satu pakatan pihak ketiga memandangkan Najib dan Anwar adalah pencabar Pak Lah.
2. Pak Lah telah memaklumkan akan berlaku peralihan kuasa tetapi mungkin niat sebenarnya tidak begitu dan akhirnya kedua-dua nama ini dilagakan untuk memastikan kekuasaannya lebih lama memandangkan 'UMNO perlu diselamatkan'. Dengan alasan Najib juga bukan pemimpin yang mempunyai moral yang tinggi sepertimana Anwar Ibrahim
3. Bukankah sebenarnya Pak Lah lebih berang dengan kem Najib bersama sepupunya Hishamuddin dan di luar sana Tun Dr Mahathir yang sentiasa seperti memintanya untuk berundur segera.
4. Jika Pak Lah berundur pastinya Khairi akan disingkirkan terus kerana penasihat Najib(Tun) sangat membencikan KJ.
5. Dengan cara begini, dua musuh utama yang terlalu mengidamkan kerusi nombor satu akan dapat ditumbangkan dalam satu masa.
6. Jika Najib disingkirkan tentulah kerusi Presiden akan terus kekal kerana peralihan kuasa itu sebenarnya berlaku di kerusi nombor 2 yang dlihat lebih panas dari kerusi nombor 1 jika melihat sejarahnya.
7. Najib sendiri akhir-akhir ini pernah memaklumkan dia juga tidak pasti akan bertanding kerusi Presiden. Maksudnya mungkin dia juga akan bertanding jawatan Presiden.
8. Pihak ketiga tahu pengaruh Anwar memang kuat dan untuk mematahkan kebangkitan rakyat menyokong Pakatan Rakyat, kaptennya patut dimalukan dahulu dengan apa cara sekalipun.
Akhirnya yang akan ketawa ialah KJ kerana baginya samada Anwar mahu Najib kedua-duanya akan memusnahkan karier politiknya. Najid dilihat lebih berbahaya kerana Najid adalah calon yang paling diminati oleh Tun. Tun sendiri sewaktu belum berundur dahulu telah mengarahkan Pak Lah untuk memastikan Najib mestilah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tun sendiri memberitahu dia hanya mencalaonkan Pak Lah untuk satu musim sahaja memandangkan Najib masih muda.
Jadi kita lihatlah drama-drama ini hingga akhirnya....siapakah yang akan menjadi mangsa.
- Mungkin nama Najib sendiri akan diumumkan di mahkamah.
- Mungkin Anwar Ibrahim disabitkan dengan hukuman liwat.
Jika kedua-duanya ke Sg. Buloh mungkin kita akan ndapat tahu juga siapakah Pengarahnya. 'Wait n see'.
Asalamulaikum Dato'
Kenapa la saya tengok kalut semua orang kalut sangat dengan kes ini.Sudahlah kita pening kepala dengan Pak Lah, ni masuk pulak kes Anwar.
Pad sayalah dato', dengan ilmu yang tak seberapa ni, kita telah meletakkan agama Islam di belakang. Sebelum kedua-dua yang terlibat ini naik court, tidak bolehkah, mereka ini bersumpah secara yang dianjurkan oleh Rasullulah? Susah sangat ke nak mengatur tempat, para saksi ( saya rasa,jutaan tengah menunggu )...siarkan secara live.
Kalau dah ramai sangat yang tak percaya sistem kehakiman, balik la kepada sistem yang syumul dalam Islam. Ini tidak, kita membiarkan ramai orang membuat spekulasi bersama-sama entah-entah dosa kering sekali.
Assalamualaikum Y.Bhg Datuk,
Mohon maaf lagi sekali jikalau saya terpaksa memohon untuk berbicara dengan datuk berkenaan dengan co -founder of the Blue Ocean Strategy, Prof w.c.kim yang sebagaimana saya nyatakan dulu.
Kaitannya orang ini dengan apa yang kita sedang bincangkan mungkin ada atau mungkin juga tiada Just saya mahu kan sedikit input dari datuk.
Pohon agar jangan bimbang kerana saya bukanlah orang politik.
Saya pohon sangat-sangat jikalau datuk mempunyai masa untuk menelefon saya lantaran saya tiada mempunyai nombor datuk.
TQ. Masrizal (013 52 33861)
Dato yang dihurmati;
Kes Altantuya belum selesai, kini timbul pula kisah sodomi yang melibatkan DS Anwar.
Yang menghairankan, kenapa yang kena cabul pergi berjumpa DS Najib. Kenapa tidak terus pergi buat lapuran polis? Apakah semua ini berlaku secara kebetulan? Kenapa P Bala sanggup ubah pendiriannya tentang akuan sumpah yang dibuat?
Apakah ada ramai lagi PELAKON yang terlibat? Siapakah penulis skripnya? Pengarahnya?
Olih kerana gila dan buta hati, maka manusia sanggup lakukan apa saja, asalkan nafsunya PUAS.
Demi gilakan KUASA, manusia sanggup dan akan melakukan apa saja asalkan niat dan cita citanya tercapai.
Semoga menjadi renongan buat kita semua.
Tulisan Datuk merupakan teori, khayalan dan pemikiran Datuk saja yang diolah berdasarkan situasi masakini sedangkan tajuk yang dibincangkan adalah mengenai tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk lebih mengenali DSAI sejak dari ia menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana ia adalah sezaman dan seangkatan. Tentu Datuk mengenalinya dalam banyak perkara.
Soalnya ialah benarkah tuduhan si Saiful ni dan bagaimana pula dengan bukti-bukti terdahulu termasuk pengakuan dari beberapa orang yang telah menjadi 'pemuas'nya?.
Tak usahlah kita pergi kepada konspirasi, konspirasi dan konspirasi kerana perkataan ini juga yang sering dilaung-laungkan oleh DSAI.
Post a Comment