SELAMAT HARI JADI TUN!
Tun Dr Mahathir Mohamad kini berusia 83 tahun. Beliau sedang menyaksikan Malaysia yang dalam keadaan terumbang-ambing. Beliau juga sudah keluar meninggalkan UMNO pada 19 Mei 2008 kerana parti tersebut didakwa “tidak lagi berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan tanahair.”
Perasaan kecewa Tun Mahathir terhadap UMNO mutakhir tersirat dalam posting beliau di http://www.chedet.com/ sempena harijadinya, Tun Mahathir antara lainnya menyatakan seperti berikut:
Pengasas-pengasas UMNO daripada kubur mereka akan kutuk orang yang telah musnahkan parti yang mereka bentuk dan wujud guna untuk menebus maruah orang Melayu dan negara Malaysia. Parti yang mereka tubuh sudah di hi-jack oleh Dato Seri Abdullah untuk kepentingan diri dan keluarga sehingga hancur parti dibuatnya.
Demikian hakikatnya Tun Mahathir di harijadinya yang ke-83. Semoga Allah akan sentiasa memberikan beliau iman yang kukuh, umur yang panjang, kesihatan yang baik dan semangat juang yang terus terus membara untuk membantu negara-bangsa yang sedang berada dalam zon bahaya. Selamat Harijadi Tun! Sembah salam kepada Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah daripada saya sekeluarga. – Ruhanie Ahmad
Tun Dr Mahathir Mohamad kini berusia 83 tahun. Beliau sedang menyaksikan Malaysia yang dalam keadaan terumbang-ambing. Beliau juga sudah keluar meninggalkan UMNO pada 19 Mei 2008 kerana parti tersebut didakwa “tidak lagi berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan tanahair.”
Perasaan kecewa Tun Mahathir terhadap UMNO mutakhir tersirat dalam posting beliau di http://www.chedet.com/ sempena harijadinya, Tun Mahathir antara lainnya menyatakan seperti berikut:
Pengasas-pengasas UMNO daripada kubur mereka akan kutuk orang yang telah musnahkan parti yang mereka bentuk dan wujud guna untuk menebus maruah orang Melayu dan negara Malaysia. Parti yang mereka tubuh sudah di hi-jack oleh Dato Seri Abdullah untuk kepentingan diri dan keluarga sehingga hancur parti dibuatnya.
Demikian hakikatnya Tun Mahathir di harijadinya yang ke-83. Semoga Allah akan sentiasa memberikan beliau iman yang kukuh, umur yang panjang, kesihatan yang baik dan semangat juang yang terus terus membara untuk membantu negara-bangsa yang sedang berada dalam zon bahaya. Selamat Harijadi Tun! Sembah salam kepada Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah daripada saya sekeluarga. – Ruhanie Ahmad
18 comments:
Doa Allahyarham Ust Fadzil Noor dah dimakbulkan Allah.Arwah telah mendoakan supaya Tun panjang umurnya, supaya dia dapat melihat sendiri kesan2 dari tangan pemerintahannya.
Dia telah memetik hasilnya.Supaya panjang lagi umur Tun.Nanti KJ jadi PM , lebihlah Tun merasainya.
Kesayuan hati Tun tentulah ketika menyambut keumurannya yang ke 83, UMNO berada dalam genggaman seseorang yang terkeluar dari ciri ciri Presiden UMNO yang lepas.
Samada kecirian tersebut baik atau tidak, sudah lama kita bahaskan hinggakan ada yang sudah meluat dan mogok tetapi dalam masa yang sama bagi mereka yang hidup atas ampu dan bodek, mereka akan terus ghairah dan hebat tanpa merasa bersalah.
Politik sudah semakin kotor kata Najib, mungkin Najib sendiri terlupa bahawa dia adalah sebahagian dari najis dan lumpur itu.
Kerjaya politik dulu ialah perintah dan pecah kini bertukar kepada isu dan alihkan. Semakin banyak isu panas dicetuskan saban minggu atau bulan untuk meraih keuntungan dan jika ia terkena pada batang hidung sendiri maka 'isu' lain akan dicetuskan untuk mengalih perhatian.
Apa yang menarik tentang Tun dan blognya ialah tulisan2nya adalah lakaran yang menjadi ilmu untuk generasi mengetahui selok belok politik lama dan bagi rakyat mengetahui isu dengan lebih jelas. Tun bermadah dengan mudah untuk difahami dan bukan untuk dipersetujui 100%.
Belum ada blog yang lebih berwibawa kerana Tun bukan sahaja sebahagian dari peristiwa tetapi memperkatakan dengan terang, berani dan beretika. Beliau hanya memperahankan dirinya sekadar minima.
Tuhan lebih mengetahui atas ikhlas atau tidaknya Tun, ganjarannya sudah terpahat bagi yang baik dan balasan bagi yang tidak, beliau umpama lilin yang sudah menyalakan dirinya untuk sekian lama tetapi dinyalakan semula oleh keadaan. Lilin tetap bersifat seperti lilin.
Yang tewas dan mati adalah kelkatu yang menghurung dan cuba memadamkan apinya.
Selamat Hari Jadi Tun! moga Tuhan berkati selalu. memang jasa Tun tidak boleh dinafikan, tapi harap2 Tun boleh bersara la dan biarkan Pak Lah memimpin parti dan negara..sumbangan Tun dalam kekecohan sekarang ni memang tidak boleh dilupakan jugak. Masa Tun perintah dulu dan sekarang banyak sudah berubah.
Selamat Hari Jadi Tun M,
Semoga panjang umur.
Diharapkan selepas ini Tun akan kurang sedikit mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang agak mampu mengugat keharmonian negara.
Maklumlah Tun kan masih lagi orang yang berpengaruh besar.
Happy Birthday Tun.
Hope that with this you will be more sensitive in giving out your opinion.
We wouldn't want to wreck the harmony of Malaysia just for the sake of power and recognition.
Selamat hari jadi Tun.
Saya berbangga kerana tun lah yang menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Tun is a great salesman - can sell anything! Tun telah berjaya membina projek besar - Kebanyakannya melalui wang Petronas.
Patut juga tun berikan kredit kepada petronas (Terutamanya kepada presiden petronas)yang berjaya bertanding di peringkat dunia dan mendapatkan wang yang banyak supaya tun dapat berbelanja besar untuk membina struktur super.
Tapi saya lebih mengiktiraf keupayaan Singapura - Tanpa sebarang sumber minyak (Yang bernilai ber-trilion ringgit)ekonomi mereka bertaraf dunia, dengan tahap rasuah yang sangat rendah.
ORANG YANG PALING HERO DALAM DUNIA INI ADALAH ORANG YANG BERTAKWA KEPADA ALLAH BUKANNYA ORANG YANG SEMATA-MATA BERKHIDMAT KEPADA RAKYATNYA SUPAYA APABILA DIA MATI NANTI DIA AKAN DIKENANG OLEH RAKYATNYA. JELASLAH PEMIMPIN SEPERTI INI BERKHIDMAT DI DUNIA INI BUKAN NIAT KERANA ALLAH TETAPI SEMATA-MATA KERANA RAKYATNYA. JIKA KITA SEBAGAI ORANG ISLAM SAMALAH KITA DENGAN BANGSA LAIN, MEREKA AKAN MEMPERTAHANKAN KAUM MASING-MASING. SEBAB ITULAH ISLAM SAMA ISLAM BERPERANG KERANA NIAT MEREKA UNTUK MEMPERTAHANKAN KAUM MASING-MASING BUKANNYA AGAMA ISLAM ITU SENDIRI.
Jika tidak mahu dilihat TDM lebih merana lebih baik diam.Doakan beliau istikfar banyak banyak.
Politik biarkan anak anak yang juang.
Dato Ron yang dihurmati.
BERLARI PANTAS LEMBU SAPI,
BERLARI RAPI DI ATAS BATAS;
APALAH KERTAS KEPADA API,
JIKA API DIBUNGKUS KERTAS.
Demikian antara Dr.M dan Pak Lah.
Selamat Menyambut Usia Tun Dr. M ke 83 dalam gelombang REFORMASI Rakyat!
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Assalamualaikum Dato' Ruhanie,
Di hujung hayatnya ini, layakkah Tun Mahathir untuk bercakap tentang berjuang untuk AGAMA? Apakah Dato’ Ruhanie tak tahu apa yg dibuat oleh Tun Mahathir sepanjang dia memerintah? Cuma menyebut satu dua contoh seperti menghina para ulamak, Rasulullah, dan menyiksa SAR, kerja siapa? Setakat membina bangunan masjid, menubuhkan IIU, atau Bank Islam, bukan bermakna dia sudah berjuang menegakkan Islam kerana kerja-kerja ini ada kepentingan politik yg diraihnya.
Saya rasa apa yg ditakutkan oleh Tun Mahathir sekarang ini ialah sekiranya Najib tak dapat jadi PM, hidupnya selepas ini tak akan senang (kita boleh discuss selepas ini kenapa dia tak senang hidup). Semua orang tahu bahawa Najib pun serupa saja, mungkin lebih hina lagi. Saya tak nafikan yg Tun Mahathir banyak berjasa kepada Malaysia, tetapi memang patutlah, selama 22 tahun memerintah mestilah buat jasa pada negara. Tetapi berbaloikah apa habuan yg dia sebat dengan apa jasa yg dia buat? Berjuang untuk AGAMA? Porah! Nak buat sikit sebanyak atas nama Islamnya, biasalah, kerana capacitynya sebagai PM bila dia berkuasa dulu. Tapi dari dulu sampai sekarang ini tahap keislaman kebanyakan orang UMNO serupa saja, malah mungkin lebih teruk lagi. Sebagai contoh yg boleh dibuktikan, ada bahagian UMNO yg mengeluarkan pekeliling mengarahkan ahli-ahli bahagian supaya MENOLAK Islam hanya kerana nak terus “reliable” kononnya untuk membolehkan UMNO terus berkuasa (juga, kita boleh discuss kemudian sekiranya perlu). Dato’ tentu tahu perkara ini!
Tun Mahathir kata Pak Lah suka diampu, sebaliknya dia tak sedar dia juga suka diampu, sehingga di saat-saat inipun dia msih mengharapkan orang-orang di bawah mengampunya. Mengampu dan diampu itu kerja dia juga yg dia tinggalkan dalam UMNO. Di penghujung hayatnya ini, Tun Mahathir takkan nampak lagi kerja buruk dia dulu melainkan yg baik saja yg dia rasa. Tambahan pula masih ada yg sudi menyembah dan mengampu dia.
Atas kerja-kerja yg dia lakukan selama ini, biarlah Allah Ta’ala saja yg membalasnya!
benih itu yang ditanam
pokok itu yang akan tumbuh
dan buah itu jugalah yang akan dipetik
tak usahlah Tun dukacita
Allah menentukan semua.
dulu memang Tun menjadi idola saya dalam bab pemerintahan.
Selamat Hari Lahir Tun, muga panjang umur. jadilah hamba Allah yang redho.
salam untuk Tun
Natijah daripada apa yang berlaku mengenai keputusan Abdullah Ahmad Badawi (AAB) mengenai peralihan kuasa ialah menunjukkan betapa BODOH-nya orang-orang Melayu yang menjadi ahli UMNO. Mereka tidak peduli atau sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata tentang apa yang rakyat inginkan ketika ini.
Ternyata post penulis terdahulu di http://fikirlahsendiri.blogspot.commengenai Ketua Bahagian telah pun 'dibeli' oleh Kumpulan penyelamat AAB kelihatan benar.
Kenapa penulis menyatakan betapa BODOH-nya orang-orang UMNO? Kerana selagi mereka membiarkan si AAB memegang kerusi Presiden dan menjadi Perdana Menteri, selagi itulah kuasa UMNO lama kelamaan akan terhakis malah besar kemungkinan akan lupus sebaik keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan. A Lu Fikirlah Sendiri wahai ahli UMNO yang BODOH sebodohnya.
Salam,
Orang kita (khasnya UMNO) taksub sangat dengan teori RAHMAN. Tak guna kita ikut teori tu kalau orang yang bakal mengisi huruf 'N' itu pun masih tidak diyakini tahap bersihnya.
Siapakah 'N' yang paling bersih ketika ini untuk jadi PM pada 2010? Najib? Nazri? Nallakarupan? Nik Aziz? Ng Yen Yen? Nurul Izzah? Nasharudin Isa?
Atau Nkhairy Jamaludin...hehehe.
sila layari http://idrisharon.wordpress.com/
Mungkinkah Tengku Razaleigh mengikut jejak Dr M?
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipetik sebagai berkata langkah pelan peralihan kuasa pada pertengahan 2010 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sebagai satu langkah yang silap.
Keputusannya (Pak Lah) untuk bertanding bagi mempertahankan kerusi Presiden UMNO juga sama kerana ia ditentukan oleh akar umbi.
Persoalannya adakah mana-mana pihak yang mempedulikan kenyataannya ini?
Beliau adalah salah seorang yang cukup lama dalam UMNO dan pernah menjadi menteri kabinet yang penting iaitu Menteri Kewangan.
Sebelum ini Dr Mahathir Mohamad yang pernah menduduki kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun serta digelar sebagai Bapa Permodenan Malaysia pernah menyuarakan berbagai pandangan tidak dipedulikan.
Lebih memilukan ialah langkah-langkah untuk ke Persidangan Agong Tahunan UMNO juga dihalang oleh orang yang dewasa di bawah dagu beliau sendiri.
Demikianlah buruk dan hodohnya pekerti orang-orang UMNO pada melenium mutakhir ini. Sikap biadap dan budaya mengenang budi senarnya sudah tidak dipakai lagi.
Berdasarkan kenyataan ini, mungkinkah Tengku Razaleigh akan mengikut jejak Dr M untuk meninggalkan UMNO?
Selamat Hari Jadi Tun, moga sihat dan dilimpahi rahmat.
Salam Datuk,
Bukankah ini sistem dan amalan ini lebih menjurus kepada pemerintahan kuku besi dan diktator?
Rakyat perlu diingatkan bahawa Malaysia adalah hak rakyat, bukan milik beberapa kerat pemimpin UMNO yang rakus dan gila kuasa.
Sekiranya inilah budaya anutan UMNO, maka RAKYAT yang memiliki dan mendaulatkan negara Malaysia ini tidak harus terus berdiam diri dan hanya menerima segala keladak dan karut yang diamalkan dalam urus tadbir negara ini.
Sekiranya sesuatu parti itu ternyata gagal mengamalkan demokrasi dalam partinya sendiri, maka adalah jelas amat mustahil ia dapat mengamalkan dan menerapkan amalan demokrasi dalam urusan pentadbiran negara. Justeru, RAKYAT mesti bangkit segera untuk menentang segala ketimpangan dan kesongsangan dalam pemerintahan negara Malaysia yang berdaulat ini.
http://www.kerajaanrakyat.com/
Dato Ron
Good News!
But will our Parliament Building be safe from C4 Bomber? Read more http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/11/nation/20080711173652&sec=nation
===================================================
Friday July 11, 2008 MYT 5:38:04 PM
SAPP to support no-confidence motion
By MUGUNTAN VANAR
KOTA KINABALU: The two Sabah Progressive Party MPs will support Pakatan Rakyat’s motion of no confidence against the leadership of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
In a joint statement e-mailed to the media, Sepanggar MP Datuk Eric Enchin Majimbun and Tawau MP Datuk Dr Chua Soon Bui said their action was in line with the party’s June 18 announcement that it lost confidence in the Prime Minister.
"We reiterate SAPP’s loss of confidence in the Prime Minister and the need for urgent government measures to address issues on Sabah rights and current concerns (fuel and food prices hike) plaguing the state,” they said in the statement.
Sabah Progressive Party president Datuk Yong Teck Lee had said earlier this week that the party was putting on hold its intention to move the no-confidence motion on grounds of inflammatory and threatening statements from some government leaders.
Yong had said that the statements included veiled threats of bloodshed uttered in Parliament by Kota Belud MP Datuk Ab Rahman Dahlan.
The prospect that two non-Malay MPs from SAPP were going to bring a Malay Prime Minister into disrepute was an excuse by those who uttered racist threats, he said.
Now that a motion of no-confidence is being proposed by a Malay MP - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, the opposition leader - the race factor is eased, the statement said without any reference to Abdullah’s announcement of a transition by mid-2010.
Post a Comment