Wednesday, July 02, 2008

MARTABATKAN PERJUANGAN BANGSA

Kiriman Zahari S

Cebisan kisah hidup Zahari ini disasarkan kepada anak-anak bangsanya yang "tidak pernah merasakan kesusahan untuk mendapatkan pelajaran tinggi tanpa DEB,” yang “tidak mempunyai sejarah tersendiri untuk menilai apa yang ada sekarang ini,” yang tidak "mempunyai semangat dan jatidiri yang unggul untuk memartabatkan bangsa” serta yang “sanggup menggadaikan dasar perjuangan untuk mendapat keuntungan peribadi.”

Baca posting sepenuhnya di http://puteramalaysia.blogspot.com

5 comments:

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

ANAK SELUANG DI PAYA AMPANGAN,
TEMPAT SERINDIT TURUN MANDI;
APA JUANG KEPADA PEJUANGAN,
JIKA RINGGIT MENGATASI BUDI.

TANAM UBI BATAS SELERAK,
ISI KELADI DI DALAM GUNI;
DULU DEB UNTUK YANG BERHAK,
KINI DEB UNTUK KRONI!


http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

pemerhati said...

Salam Dato

Tidak silap kawan 24-26 jun 2008 Anwar hadir persidangan Global Knowledge 2008. Hairan juga macamana Anwar boleh liwat budak itu dari Arab? Sama2 kita fikirkan.

Salam Perjuangan Anak Johor

kutucyber said...

Dato', bertapa dalam gua ke? Heboh satu dunia tentang DSAI tak ada satu posting pun berkenaan beliau.

Apa Dato' pun jenis pilih bulu dalam soal keadilan?

Akmal Hisham Abdul Rahim said...

Salam Datuk

Mungkin nak komen sikit memandangkan Datuk ahli lembaga Kumpulan Utusan.

Ziarah --)
http://www.utusangroup.com.my/people/bod

Pertama sekali saya berharap sangat agar Utusan Malaysia betul-betul memperjuangkan bangsa kita ini.

Saya lihat NST mahupun STAR atau The Sun seringkali menyerang isu bahasa Melayu, umat Melayu, agama Islam serta hak-hak bumiputera dalam perlembagaan Malaysia.

Utusan Melayu GAGAL dalam mendidik bangsa kita dengan wacana yang sebenarnya. Banyak pemikir dan juga ahli akademik umat Melayu di abaikan begitu saja.

Seperti pandangan Dato Dr. Zainal Abidin Wahid, Tan Sri Dr. Ainuddin Wahid, Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Dato Baha Zain, Prof Emeritus Abu Bakar Hamid, Dato Dr. Sidek Fadhil, Prof. Dr. Redzuan Othman dan seterusnya.

Banyak rencana dalam Utusan Melayu berkait rapat dengan isu politik semata-mata yang tidak menjanjikan peningkatan minda kepada umat Melayu.

Sebagai generasi muda, saya kesal melihat iklan oleh NST baru-baru ini di televisyen. Sekumpulan anak muda menaiki bas, kemudian hadir warga asing dan anak muda tersebut tidak fasih berbahasa Inggeris. Kemudian budak yang boleh cakap Inggeris ni kata, "Tu la, cakap bahasa Inggeris nanti boleh dapat kerja"....Boleh dapat kerja?

Akhir sekali...DAtuk, tolonglah buat sesuatu di Utusan MAlaysia....jangan disebabkan oleh generasi Datuk ini, kami generasi muda menanggung beban yang besar!

kudakepang said...

Saudara Akmal,

Terima kasih. Saya akan panjangkan buah fikiran anda kepada pengurusan Utusan dengan seberapa segera.

Salam hormat,
Ruhanie Ahmad