Keluhan Rakyat:
KITA PERLU PERUBAHAN TOTAL
kiriman slyderrose
Semasa saya ke Singapura pada tahun 1996 orang sana cukup irihati dengan Malaysia. Mereka amat memuji kepimpinan Mahathir dan Anwar. Mereka bimbang kombinasi dua pemimpin ini pasti membawa Malaysia ke mercu kejayaan melepasi Singapura.
Kini yang tinggal hanya sejarah. Selama ini apakah pihak pemerintah @ BN lakukan untuk menyaingi Singapura? Bahkan Pulau Batu Putih pun terlepas kepada mereka.
Percayalah FDI kita adalah yang tercorot di dalam ASEAN. Apa pihak pemerintah lakukan? Masing-masing sibuk nak memenuhkan kantung sendiri dan kroni. Berebut mempertahan kuasa dan kedudukan.
Rakyat dipinggirkan. Penderitaan rakyat hanya dibantu seperti melepaskan batuk di tangga saja. Tiada peracangan yang rapi. Semua adalah retorik nak memancing undi. Manifesto BN sejak dari dulu adakah semua dilunaskan?
Apa yang jelas, janji tinggal janji dan kini rakyat dibebankan pula dengan kenaikan minyak yang melampau dan kesan tersebut harga barangan dan servis semuanya naik juga. Rakyat semakin tertekan dan menderita. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana.
Pada pandangan saya, baik semua pengurusan negara kita ini diganti secara total. Pengurusan baru perlu dilantik memacu Malaysia ke hadapan menuju kecemerlangan. Kalau sebuah syarikat itu dah tenat adalah normal sebuah pengurusan baru mengambil alih. Malaysia bagaimana? – Slyderrose, 5:24 pm, 5 Julai, 2008.
14 comments:
Saya sokong. Dolah kena didesak sampai dia turun takhta. Kalau tak, kita terus derita. Politik kucar-kacair, rakyat hidup sengsara.
Assalamualaikum...
Saya seorang professional melayu.. apa yang membimbangkan saya ialah melayu baik di kerajan mahupun di pihak pembangkang bertelingkah untuk KUASA.
Takut sejarah melayu berulang semula dengan kejatuhan kerajaan raja - raja melayu sebelum ini. Melayu berpecah. Bangsa lain menangguk diair keruh.
Pasti ada pihak yang menang tetapi.. menang sorak kampung tergadai.
Wassalam
saya amat bersetuju dgn pandangan dan cadangan Datuk, malahan mungkin saya terkehadapan sedikit mencadangkan supaya DYMM menngistiharkan darurat, supaya pembersihan politik dapat dilaksanakan secara total.cadangan saya telah mendapat tentangan daripada a kadir jasin di blognya.
Serahkan kuasa untuk sementara kepada DYMM dgn bantuan ATM ( PDRM telah hilang kredibilit).Untuk tempoh yg tertentu buat semula pilihanraya dengan pemerhatian secara khusus dari negara2 komanwel, supaya satu piliharaya yg benar2 adil,telus saksama dapat dijalankan.jgn berandaian konon2 kita tak pandai mentadbir negara,sehingga terpaksa memohon bantuan dari negara2 komanwel, kerana senario yg terjadi akhir2 ini memamg membuktikan pemimpin yg ada sekarang tidak tahu dan bebal mentadbir negara.
rakyat jelata kian terhimpit, keluh kesah, keliru dan celaru dgn keadaan semasa.biarkan rakyat yg membuat pilihan tanpa kempen dan janji manis para poliTIKUS.
Wajibkan hanya 2 parti sahaja yg boleh bertanding.Rakyat jelata telah muak dgn agenda politik yg beraneka ragam yg masing2 mempunyai agenda sendiri tanpa sedikit pun pedulikan kesusahan dan kesempitan hidup golongan bawahan yg sebenrnya paksi kepada sistem hiraki piramid sesebuah organisasi politik.
rakyat mahu kepimpinan yg mendengar dan menerima keluhan dan permintaan rakyat terbanyak, bukannya pemimpin yg mendengar keluhan 2 ribu ahli persatuan pengusaha minyak.
Jalan paling baik kita tak usah calonkan Dollah jadi Presiden UMNO kali ni. Dah cukuplah satu penggal. Dah habis semua kena gadai. Dah puas kita semua kena tipu.Kalau kita sayangkan anak cucu kita, tak usah kasi muka lagi kat Dollah.
Pandangan ofis boy masuk akal. SPB Yang Di-Pertuan Agong memang wajar gunakan Fasal 150 Perlembagaan Persekutuan untuk selamatkan rakyat jelata dan negara. Kita dah tak tahan lagi dengan gelagat Dollah dan menantunya haru-birukan negara dan rakyat. - DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!!!!!
Sir, I have said this many times before. Badawi must go, the sooner the better. I am a Malaysian Chinese. But I also feel that Badawi will cause the downfall of this beloved country of ours. I support any democratic move to unseat him from power.
Ada baiknya Pak lah terus memerintah..
Rakyat marhaen yg keras hati terus menyokong UMNO di bawah 2 beranak menantu akan sampai ke tahap paling tersiksa hingga bersama-sama rakyat memberi pukulan KO kpd BN..total demolished for UMNO and BN..!!!
saya berpandangan dan mencadangkan darurat diistiharkan, kerana kita sekarang berhadapan dengan bala bencana yang lebih hebat dari bencana alam, mahu pun anasir subversif.Bencana alam dan serangan dari luar, adalah nyata sifatnya, tetapi bencana yg kita alami sekarang ini,memusnahkan negara tanpa sebab2 yg nyata yg mampu kita hadapi.
ketahuilah, rakyat makin ketakutan tanpa hala tuju.jika benar kita menghadapi becana alam, akan mencurah bantuan datang dari negara luar.tetapi bencana yg kita hadapi, membuatkan negara luar muak dan sinis kepada Malaysia.
* saya izinkan datuk menyiarkan tulisan saya.
Bila manusia gila kuasa, dia halalkan apa saja cara untuk pertahankan kuasa. Bila dia salah guna kuasa, rakyat derita. Bila dia berleluasa, rakyat derita. Bila dia maharajalela, rakyat jadi gila. Saya sokong penuh Dollah didesak berhenti serta-merta.
aku setuju kalau dolah tidak dicalonkan... dan buat bantahan jika anuar naik... anuar bukan nak kasi malaysia maju malah dia akan menjahanamkan malaysia lagi...
Dato' Ron yang dihurmati.
Jika Pak Lah istiharkan pilihanraya baru itulah yang terbaik. Biar seorang yang menolak Anwar! Jika rakyat memberikan kepercayaan kepada PAKATAN RAKYAT, nak buat apa? Nak angkat senjata memberontak?
Demokrasi tak boleh halang untuk sesiapa menjadi pemimpin.
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Damaikan Hang Tuah dan Hang Jebat Atau Hapuskan Kedua-duanya
Suasana politik negara buat masa ini adalah sangat tenat seperti seperti berulangnya sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat di zaman Kesultanan Melaka.Di zaman Kesultanan Melaka Hang Tuah dan hang Jebat telah bertikam sesama sendiri demi menegakkan prinsip masing-masing. Hang Tuah dengan sikap taat kepada raja demi mengekalkan sistem yang sedia ada. Hang Jebat pula dengan sikap menderhakanya kerana beliau dan keluarga sendiri dianiaya oleh raja.
Maka Hang Jebat dengan prinsipnya "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah" demi untuk menegakkan keadilan. Sebagai rakyat biasa Hang Jebat merasakan perlu untuk mengubah sistem raja yang tidak adil ini.
Namun Hang Tuah tidak berdiam diri dengan dengan tindakan rakanya yang menderhaka dan cuba mencetuskan perasaan tidak puashati rakyat. maka kedua-duanya bertikam sehingga Hang Jebat terbunuh. Selepas peristiwa itu Hang Tuah terus membawa diri dan menghilangkan diri.Ketiadaan Hang Tuah dan Hang Jebat menyebabkan negeri Melaka tidak pernah aman dan terus huru-hara sehingga ia telah ditawan oleh Portugis, kemudian Belanda, British dan Jepun dalam satu penjajahan yang panjang mengambil masa lebih 400 tahun.
Apakah kita tidak belajar daripada sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat ini? Apakah kita mahu peristiwa pertelingkahan Hang Tuah dan Hang Jebat berlaku dan berterusan lagi hingga ke hari ini. Sejarah membuktikan pertelingkahan Hang Tuah dan Hang Jebat ini tidak pernah terhenti dan sejarah membuktikan pertelingkahan Hang Tuah dan Hang Jebat ini merugikan pemerintah dan rakyat sendiri.
Melihat situasi politik hari ini, watak Hang Tuah dan Hang Jebat kembali lagi namun dalam versi moden. Pihak pembangkang boleh kita umpamakan mewakili watak Hang Jebat manakala pihak pemerintah mewakili watak Hang Tuah. Jika dulu Hang Tuah dan Hang Jebat bertelingkah disebabkan fitnah dan Taming Sari sebagai senjata bias untuk membunuh Jebat. Hari ini situasi itu hampir sama namun kini kedua-duanya saling mempunyai senjata berbisa iaitu Fitnah bukannya keris Taming Sari lagi. Tuduh menuduh antara keduanya seolah-olah sudah tiada noktahnya. Wujudnya watak si Tuah dan si Jebat ini telah memberi ruang kepada musuh kedua-duanya untuk menangguk di air yang keruh. Berjayakah Hang Tuah dan Hang Jebat mencapai impian masing-masing? Namun yang jelas pertelingkahan kedua-duanya telah menyebabkan rakyat menderita dan berasa bimbang.
Berjayakah Hang Jebat untuk menegakkan keadilan atau berjayakah Hang Tuah untuk mempertahankan kuasa pemerintahan yang sedia ada? Namun berjaya atau tidak kedua-duanya sudah tidak penting lagi. Kerana jika dilihat pada situasi kini, seolah-olah ada Tangan Asing telah menyusup masuk ke dalam sistem pemerintahan dan cuba mengapi-apikan kedua-dua watak ini. Apakah kedua-dua watak Si Jebat dan Si Tuah ini akan berjaya dihapuskan oleh Tangan Asing ini? Perlukah kita mendamai atau menghapuskan sendiri kedua-dua watak ini dengan sistem sedia ada seperti mengistiharkan darurat atau mengadakan pilihan raya sekali lagi? Adakah dengan mengitiharkan darurat dapat menghapuskan kedua-dua watak ini? Atau adakah dengan mengadakan pilihan raya sekali lagi dapat memuaskan hati dan seterusnya mendamaikan kedua-dua watak ini. Berjaya atau tidak tindakan kita, adalah amat bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk membuat pilihan. Namun yang pasti watak Tuah dan Jebat perlu didamaikan atau perlu dihapuskan. Pilihan semuanya di tangan kita sebagai rakyat jelata bukannya pada Tangan Asing.
Dato yang dihurmati;
Jika MARUAH Negara tidak bolih di pertahankan olih Pemimpin,bagaimana pula dengan HAK dan nasib Rakyat.Tentu jawapannya TIDAK.
Pemimpin kita hanya mementingkan diri mereka, keluarga dan kuncu kuncu mereka sahaja hingga tidak kisah Pulau Batu Putih lepas ke tangan Singapura.Kata mereka, Pulau Batu Putih itu hanya batu saja dan tidak ada penghuni dan hasil di Pulau itu. Mereka hanya nampak wang ringgit saja.
Pulau Batu Putih adalah MARUAH kita terutamanya bagi Negeri Johor.Benar, tidak ada hasil di pulau tersebut, akan tetapi nelayan nelayan kita dapat mencari rezeki mereka di kawasan Pulau itu. Kini mereka tidak dapat kesana. Kenapa? Kerana kebodohan para pemimpin kita.
Kita harus lihat di Koridor Pembangunan Iskandar. Ramai pelabur Singapura disana dan Kerajaan Singapura mahu koridor itu jadikan sebagai 'joint collaboration' dengan Singapura.Saya yakin tidak lama lagi kita akan kehilangan separuh kawasan Pembangunan Iskandar kepada Singapura.Apakah Pemimpin kita buta? Ya, mereka buta hati untuk mempertahankan Hak Negara, Kedaulatan Negeri Johor dan hak Rakyat jelata. Mereka hanya celek mata bila ada kemasukan wang ringgit ke kantong mereka.Setahu saya, semua kertas kerja tentang Projek Koridor di buat olih Ethos Consulting, rakan baik KJ, menantu kesayangan PM kita.Patutlah PM kita menyediakan RM 2 Billion bagi setiap Projek Koridor yang mana sepatutnya di biayai olih 'Private Financing Initiatives'.
Kita mesti sedar dan jangan terpedaya dengan tipu daya dan muslihat Pemimpin Pemimpin yang kita ada sekarang.Dato bolih periksa, mana ada pemimpin kita kita yang susah? Semuanya senang dan hidup mewah belaka, tidak kira dari Perlis hingga ke Sabah.Apakah mereka jujur dan telus ingin mempertahankan hak Negara dan membantu Rakyat?
Benar kata Dato. Kita mesti adakan pembersihan TOTAL dan Pemimpin yang sedia ada mesti di buang dan diganti dengan yang terbaik demi Negara, Bangsa dan Rakyat jelata.
Post a Comment