Wednesday, July 16, 2008

PERKEMBANGAN POLITIK TERBARU

Di bawah ini disiarkan tiga berita terkini mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipetik daripada Utusan On-line sebentar tadi. – Ruhanie Ahmad

ANWAR DITAHAN POLIS

KUALA LUMPUR 16 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis berhampiran kediamannya di Segambut dekat sini pukul 1 tengah hari ini.

Difahamkan sepasukan anggota komando lengkap dengan topeng dan jaket memintas kereta Anwar di simpang berdekatan rumahnya sekembali beliau daripada memberi keterangan di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya. – Utusan, 1:20pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

ANWAR TIBA DI IPK KL PUKUL 1.15 TENGAH HARI

KUALA LUMPUR 16 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dengan kenderaan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini untuk memberi keterangan berhubung kes liwat melibatkannya tepat pukul 1.15 petang ini.

Semalam, polis memberi kata dua kepada Anwar untuk hadir memberi keterangan di IPK sebelum pukul 2 petang ini atau berdepan dengan tindakan ditahan selepas polis mengeluarkan waran tangkap. – Utusan, 2:02pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

WAN AZIZAH KESAL CARA ANWAR DITAHAN

KUALA LUMPUR 16 Julai – Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis kira-kira pukul 1 petang ini dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Segambut, sekembalinya daripada ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya.

Ketua Pembangkang itu berkata, suaminya memaklumkan perkara itu menerusi panggilan telefon daripada dalam kenderaan polis ketika dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. – Utusan, 2:18pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm

23 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Rakyat selalunya rasional tetapi kerajaan kerapkali menggunakan pendekatan yang membuatkan rakyat marah. Cara mereka langsung tidak diplomasi kerana seseorang itu belum bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Adakah cara layanan ini ada kaitan 'tuduhan' Anwar terhadap Ketua Polis Negara.

Berbalik kepada kepimpinan negara, jika Muhyiddin bukan pilihan, siapa lagi yang mampu dan berwibawa, tetapi AWAS, takut dalam masa terdekat ini adapula dakwaan salahlaku, rasuah atau sebagainya terhadap Muhyiddin ????

pakitam67 said...

Tragedi 1998 berlaku sekali lagi selepas hampir 10 tahun berlalu dengan cara yang sama....

Kerajaan Rakyat said...

Salam,

Perbuatan seperti ini amat tidak berperikemanusiaan. Anwar telah menangguhkan urusan soal siasat di pejabat BPR, Putrajaya demi untuk menunaikan ikrarnya untuk keIPK KL jam 2 ptg.

Soalnya apakah kewajarannya polis bertindak seperti gastapo di luar kediaman Anwar?

Kenapa Malaysia terus-terusan mengamalkan budaya rimba seperti ini?

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Doa rakyat memohon Allah membantu Anwar , dan memberi pukulan maut kepada yang zalim dan konco2nya akan makbul nanti.
Sebagaimana termakbulnya doa Arwah Ust.fadzil terhadap Tun M.....

ELBI RISALAH said...

Inikah yang dikatakan slogan : mesra cepat dan betul ?. Kalau begini halnya lebih baik pakai slogan zaman penjajah dulu : SEDIA BERKHIDMAT
( untuk ?.... )

Teratak Cahaya said...

Datuk,

Melihat gerak gaya Ahmad Shabery dalam program debat malam tadi....lidah saya kelu tak terkata....

sebelum debat bermula, moderator program telah memberitahu agar perdebatan ini haruslah tertumpu kepada topik yang didebatkan.

Sayang seribu kali sayang Datuk, ruang pentas yang terhad dalam masa satu jam tidak dapat digunakan dengan sebaik mungkin oleh Ahmad Shabery untuk menjelaskan keputusan kerajaan menaikkan harga bahan api secara mendadak pada bulan lepas. Sebaliknya, Ahmad Shabery lebih memilih untuk menyerang Anwar secara peribadi tanpa memikirkan tempelak berjuta-juta ramai Malaysia yang menonton secara langsung. Sungguh memalukan Datuk. Saya sebagai ahli UMNO sungguh dan teramat malu akan cara Ahmad Shabery menangkis fakta-fakta dan hujah Anwar.

Sebaliknya, Anwar kelihatan lebih tersusun dari segi fakta dan emosi dan tidak terikut-ikut akan corak serangan Ahmad Shabery. Rata-rata sahabat pelbagai kaum dan anutan agama mengakui akan kekurangan idea dan fakta-fakta oleh Ahmad Shabery dalam mempertahankan tindakan kerajaan. Sebaliknya Anwar lebih menonjol dari sudut fakta-fakta yang logik dan boleh dibuktikan malahan tenang dalam mengahdapi serangan peribadi Ahmad Shabery. Saya bukanlah penyokong Anwar malah saya juga tidak menyokong kerajaan dalam isu harga bahan api ini. Saya berdiri di atas kejujuran dan keikhlasan dalam memperjuangkan apa yang sepatutnya menjadi hak rakyat. Saya berharap Datuk dapat menerima komen saya secara berani jujur dan ikhlas jua. Sekian, terima kasih.

Unknown said...

salam. sedih dengan slogan ketuanan melayu. tapi melayu yang tangkap melayu diluar batas kemelayuan. saya tak tahu siapa yang benar. YA ALLAH YA TUHANKU, JIKA BENAR ANWAR BERSALAH KAU TUTUPKAN LAH CITA-CITANYA MENJADI PM TETAPI JIKA DIA BERADA DIPIHAK YANG BENAR MAKA KAU BERKATILAH DIA DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA. AMIN YA RABBALALAMIN.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati,

Apa saja yang dialaskan oleh Kerajaan Umno/Bn pada penangkapan DSAI ianya berupa sistem dari undang-undang rimba.

Ini memerlukan reformasi dari rakyat untuk menjadikan negara ini sebagai negara yang berundang-undangkan kemaknusiaan dari undang-undang rimba yang duruskan oleh sekumpulan pemimpin berhati haiwan.

Apalah peliknya dengan Anwar. Mereka juga sedang berbalah sesama sendiri. Ada Puak Pak Lah/Khairy. Ada puak Najib/Hisamuddin. Ada puak Ku li. Ada puak Mahyuddin! Ada puak Khir Toyo. Ada puak Rais Yatim. Terlalu banyak puak macam haiwan di hutan!

Hariz Hussein said...

cepat cepat...mana2 pemimpin yang ingin merebut peluang.....

mungkin anwar membaca artikel dalam blog saya(artikel ke dua)
www.mencandat.blogspot.com

CULA TUPAI said...

Yg Berbahagia Dato'
-----------------
Ini lah sahaja yang mampu pemimpin melayu UMNO dapat lakukan setelah gagal berlawan melalui politik. Tengoklah nanti rakyat semakin marah dan UMNO/Bn akan dilaknati ALLAH . Ya Allah kau hancurkan lah UMNo dan pemimpin nya yang Jahil lagi kejam tak tau erti Dosa/Pahala. Ya Allah kau selamatkan lah pemimpin AGONG kami Saudara ANUAR IBRAHIM. AMIN.....

CULA TUPAI said...

Yg Berbahagia Dato'
----------------
Saya nampak Ahmad Shabeery semalam mulut nya berbuih air liur kiri kanan mulut kotor betul. Hati nya macam mana pun tak tau la .....

nms said...

Salam Datuk,

Dari apa yang dapat dilihat pihak polis telah menggunakan cara yang keterlaluan, seolah-olah DSAI seorang penjenayah yang dikehendaki. Walaupun pihak polis hanya mengikut arahan semestinya ada tatacara melakukannya. Walaupun saya bukan penyokong DSAI tapi sikap polis akhir-akhir ini menampakkan banyak kelemahan. Cara polis bertindak mengambarkan hanya pihak polis yang betul, seolah-olah negara Malaysia adalah kepunyaan pihak polis dan pemerintah.

Bertindaklah mengikut cara yang betul. Sekarang banyak terdengar ketidakcekapan pihak polis dalam menangani kes-kes, contohnya pembunuhan dan penculikan kanak-kanak yang masih belum masih dapat deselesaikan oleh pihak polis.Kes DSAI bukannya menyebabkan kematian tambah belum lagi terbukti bersalah.

Oleh itu berfikirlah secara waras.

wira said...

Datuk Ruhanie,

Saya malu kalaulah isu ini merupakan pisang berbuah dua kali kerana ini menunjukkan kita tidak bijak. Jika demikian kita perlu istikharah kepada Allah dan bersabar kerana kebenaran akan terbukti. Ini adalah janji Allah. Sebagai orang Islam kita perlu terima hakikat jika bersalah perlu terima akibatnya dan terus bertaubat.

Ini adalah renungan untuk semua orang islam yang ingin meningkatkan keimanannya. Sekian.

Unggal said...

Salam Datuk
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang menetap d luar negara, saya teramat malu dengan senario politik negara saya masa kini.
Apalah megahnya dengan kibaran bendera Malaysia yang terpacak di bangunan pejabat saya sekiranya ia tidak melambangkan misi sebenar yang kita perjuangkan... Islam sebagai simbul kedamaian, kedaulatan raja yang disanjung, perundangan yang adil, berbilang bangsa dibawah satu sinonim 'unity is strength' dll.
Kerajaan masa kini begitu rakus tidak melambangkan apa yang diperjuangkan. Setiap kali rakyat asing melalui bangunan pejabat saya dan apabila mereka terpandang bendera yang berkibar disamping papantanda 'Office of the High Commission of Malaysia' seringkali pertanyaan dan komen seperti berikut ditanyakan:
1. Do you have to kill an alien with a C4?
2. To catch one man 'on sodomy' charge, do you have to resort to sending a dozen of your security men in balaclavas?
3. I thought your country is an example to all the other commonwealth countries, but apparently you are applying the laws of the jungle, my friend...
Apakah jawapan yang sepatutnya saya berikan.....?

Ikhlas dari saya
..........Unggal

Tayadih Maysia said...

Salam Datuk,

Malang sekali apabila pihak polis siap bertopeng dan berjaket kalis peluru menggunakan pendekatan yang keras menahan orang tua berusia 60 tahun atas tuduhan liwat pemuda gagah berusia 23 tahun yang sehingga kini belum ada bukti. yang ada ialah pindaan tuduhan yang akan memenjarakan orang tua itu sehingga 20 tahun.

Drama 10 tahun yang lalu memang berulang, cerita sama, skrip lain, watak yang sebahagiannya sama.

Jika DSAI bersalah maka laknatkan lah dia...Jika beliau tidak bersalah, maka laknatlah orang menfitnahnya dan semua watak yang terlibat dalam hal ini!!!

Dengar2 watak2 jahat sebelum ini ada yang dah terima balasan Tuhan. Apa dah jadi pada Rahim Noor,Mokhtar dan lain2?

M.Sulaiman (utohkacil) said...

ORANG MELAYU YG BODOH,
****************************
SEKALI LAGI ANDA DI PERBODOH KAN!
*************************************

Wan Shamsudin said...

Dato Ron yang dihurmati;

Marilah kita bersembahyang HAJAT agar ORANG ORANG yang 'jahat' dan 'zalim' ini di laknati Allah SWT.

Mereka mempunyai kuasa dan susah bagi kita semua. Negara ini milik mereka. Hanya kepada Allah SWT kita berserah. InsyaAllah.

Sang Rajuna said...

Cara polis menangkap Anwar memang agak luar biasa, kerana melibatkan polis bertopeng dan membawanya pula dengan iringan kereta (polis) yang banyak

Tak bolehkah dia ditangkap secara biasa saja?

Atau tidakkah lebih baik polis menunggu sehingga pukul dua, dan tidak perlu menangkap Anwar di tengah jalan (sebelum pukul dua)?

Polis mungkin boleh menahannya di tangah jalan, kalau Anwar tidak datang ke Ibu Pejabat polis sebagaimana yang dijanjikannya.

Unknown said...

Salam Datuk,

Nak tangkap Anwar seorang, tapi buat sekatan jalan sampai menyusahkan rakyat jelata. Berjuta rakyat tersangkut di jalanraya memaki dan menyumpah polis. Maki dan seranah ni juga suatu doa. Kalau dah berjuta doa begitu, memang patutlah polis kita dah jadi bodoh.

Money4Free said...

Sejujurnya rakyat makin keliru dan kian bercelaru hari demi hari.Peristiwa demi peristiwa yang saban hari bertukar adengan hanya menambah kekalutan kepada rakyat.

Tiada satu kaedah pun yang cuba dijana untuk meringankan beban kehidupan rakyat selain dari "bagi satu,ambik 9".Rakyat hanya digulakan dengan janji dan paling hebat pun hanya rebat petrol yang mana bukan semua rakyat mempunyai kenderaan.Pernahkah dijengah bagaimana kehidupan rakyat dipedalaman yang perkataan rebat pun tidak pernah didengari apatah lagi untuk menikmati rebat?Adakah Malaysia ini hanya untuk dinikmati oleh segelintir golongan manusia sahaja?

Rakyat golongan marhaien tidak perlukan banglo tiga setengah tingkat, tidak juga kereta mewah tetapi memadai dengan kemampuan mendapat barang keperluan, tidak pening kepala setiap kali hari pembukaan sekolah, perubatan percuma apabila memerlukan.Rakyat marhaien tidak perlu lebuhraya 3 lorong, tidak perlu prasarana WPI, tidak perlu koridor yang mana segala prasarana itu tidak mungkin untuk dilihat, apatah lagi dinikmati.

Jangan berfikir untuk segolongan minoriti kerana majoriti rakyat masih berada di luar bandar, yang hanya mengunakan lebuhraya apabila ada rombongan menghantar orang ke Mekah.

Berbalik kepada keadaan yang mewarnai Malaysia ketika ini, adakah kerana kesibukan yang seakan akan sengaja diada adakan ini, telah mengakibatkan rakyat marhaien terus dilupakan?Adakah semua ini sengaja diadakan supaya keperitan perut rakyat marhaien dapat dialihkan kepada persoalan perebutan kuasa segolongan manusia?

odeen said...

Anwar enggan membuat pemeriksaan perubatan di HUKL kerana dia bimbang trajedi berulang seperti 1998 ketika Tun menjadi PM. Tidak mustahil pemeriksaan perubatan ini digunakan oleh pihak yang berkaitan untuk mengambil sampel DNA Anwar bagai mengenalpasti DNA Anwar yang sebenar. Bila sudah pasti makan DNA itu akan dimasukkan ke dalam laporan dalam DNA mangsa(Saiful) supaya sama. Anwar sebenarnya dalam bahaya.
Sekarang penyokong penyokong atau kroni Tun mungkin sudah boleh bergembira. Kerana apa yang mereka takuti selama ini mungkin akan selesai. Apa tidaknya selepas Anwar bebas dari penjara mereka tidak senang duduk. Ini kerana Anwar telah mendedahkan pekong mereka selama ini. Misalnya kes VK Linggam(melibatkan Tun), Kes pemalsuan laporan Anwar ditumbuk,Kes Altantuya, dan banyak lagi yang akan menyusul sekiranya Anwar tidak ditahan. namun sampai bilakah mereka ini akan menyembunyikan diri dari hukuman kita lihat hukuman Allah kepada mereka nanti.
DSAAB memberi jaminan tidak akan ada lagi lebam kepada Anwar..Namun jaminan yang diberikan hanyalah untuk meredakan keadaan. Yang jelas sudah beberapa kali DSAAB berbohong...malah dia bukannya dapat mengawal anggota polis tidak seperti Tun...Pada saya DSAAB tidak akan dapat berbuat apa2. Kita tunggu dan lihat...

odeen said...

Seperti kata penyiasat persendirian Balasubramaniam..."Polis tidak akan bertindak tanpa arahan"...persoalannya arahan siapakah ayang perlu diikuti polis..arahan dari perdana menterikah, TPMkah, ketua polis negarakah, Peguamkah, Mahkamahkah...???? Adakah polis ini seperti anjing(maafkan saya)sesiapa yang memberi mereka makan itulah tuannya..fikir2kanlah. Jadilah polis yang profesional demi keamanan bukan polis yang cuba mengeruhkan keadaan atau menghuru-harakan rakyat...Ingatlah rakyat sudah muak...Jangan biarkan rakyat memberontak sehingga mereka tidak pedulikan undang-undang lagi..

Berita dari gunung said...

Polis faham tugas mereka, sebagaimana kita mungkin faham dengan tugas kita sendiri.

Memanjangkan memori kepada kes Dato Haron Idris, kita berjumpa dengan insiden yang hampir sama. Tokoh penting selalunya ada pengikut yang ramai. Menangkap tokoh bukan perkara senang. Tokoh suka membariskan benteng, seperti menyusun betis untuk tujahan todak dalam cerita rakyat negara Temasik.

Anwar cenderung menggunakan benteng sedemikian. Dulu ada benteng sembahyang hajat yang dipelopori oleh pejuang-pejuang ABIM. Dulu ada benteng diseluruh negara mengerumuni kereta dan hailer. Dulu juga ada benteng lepas sembahyang mengelilingi hailer dipuncak masjid negara.

Ketika ada benteng keselamatan untuk Queen of England, sebahagian rakyat Malaysia terpanggil untuk jadi benteng kepada seorang manusia dan satu hailer.

Benteng sebegitu dilayan oleh kerajaan China dengan bulldozer (kita difahamkan) di Tianamen Square. Disitu edifice Democracy dilenyek, tetapi dibina semula dengan acuan yang sesuai. Nah, China bukan calang-calang negara kini.

Dunia biasa dengan ideologi dan manusia yang mendokongi dan mengerumuni. Kes Anwar wajar dilihat dalam perspektif sedemikian. Dalam kemelut kenaikan harga, rakyat tidak rugi segelen petrol, tidak rugi sebakul sayur, tidak rugi satu billion umpan "vote of no confidence", dengan kehilangan satu hailer.

Hailer boleh diganti dan dibeli baru. Hailer berfungsi untuk magnify suara. Bising!! Waktu orang runsing, tension, HAILER membingitkan.