Sunday, July 06, 2008

Keluhan Rakyat:
WAJARKAH DARURAT DIISYTIHARKAN?

Dipetik daripada officeboytingkat4
http://tingkat4.blogspot.com

Mengambilkira keadaan semasa yang kian kucar-kacir, kemungkinan ini tidak boleh dinafikan sama sekali. Pengisytiharan darurat yang akan dilakukan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Mizan selaku Yang Di-Pertuan Agong, adalah jalan terakhir untuk memulihkan semula sistem politik Malaysia yang kian hari kian parah oleh fitnah.

Darurat bukanlah sebagaimana pemahaman kebanyakan rakyat bahawa negara di dalam keadaan huru-hara semata-mata. Ada negara yang mengisytiharkan darurat apabila berlaku bencana alam ke atas negara berkenaan. Darurat juga mungkin boleh diisytiharkan jika bibit-bibit huru-hara telah mula kelihatan. Sebaiknya, saya berpendapat apabila percikan api huru-hara telah mula kelihatan, DYMM Yang Di-pertuan Agong perlu untuk mengisytiharkan darurat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil-alih pucuk pimpinan negara sehingga keadaan dapat dipulihkan seperti sediakala.

Sejujurnya, kita perlu menyelami keluhan rakyat bawahan. Kebanyakan rakyat telah hilang keyakinan dengan keadaan yang berlaku di dalam negara sekarang. Sistem pemerintahan telah hilang keupayaan sebenar untuk membuat urustadbir yang sempurna bagi menjamin kesejahteraan rakyat yang kian terhimpit dan sentiasa keluh kesah oleh perasaan takut hasil daripada senario politik masa kini.

Dari satu segi, ada baiknya darurat diisytiharkan di mana secara tidak langsung DYMM Yang Di-Pertuan Agong sebagai Field Marshal ATM akan mengambil-alih pemerintahan negara sehinggalah pemulihan iklim politik dapat dilaksanakan. Begitu juga dengan mekanisme kerajaan yang lain seperti PDRM dan Jabatan Peguam Negara yang sejak akhir-akhir ini sering kali dipertikaikan kredibilitinya. Dua jabatan ini, jika darurat diisytiharkan, dapat dipulihkan semula secara menyeluruh supaya kredibiliti jabatan ini mendapat kepercayaan rakyat semula.

DYMM Yang Di-Pertuan Agong sebagai Raja Berpelembagaan yang memegang kuasa ketenteraan perlu memastikan rakyat Baginda sentiasa terpelihara dari perasaan keluh kesah dan ketakutan yang terhasil daripada sikap tamak dan haloba segolongan pemimpin politik. Telah kelihatan dengan nyatanya, segolongan pemimpin politik ini telah hilang segala kewarasan mereka demi mempertahankan tampuk kekuasaan mereka sehingga sanggup mengenepikan kesejahteraan rakyat.

Jangan biarkan nyawa rakyat hilang disebabkan percaturan politik. Cegah ini dari berlaku demi memastikan rakyat sentiasa hidup di dalam keadaan aman dan tenteram.

Jika hanya dengan pengisytiharan darurat dapat menjamin kesejahteraan rakyat, lakukan ia dengan segera. Saya berkeyakinan DYMM Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kemampuan untuk mentadbir tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Mungkin Majlis Raja-Raja dapat menasihati DYMM Yang Di-Pertuan Agong sewaktu darurat. - posted by OfficeBoyTingkat4 @ Friday, July 04, 2008.

14 comments:

politica said...

politica said...
Saya juga mencadangkan Yang diPertuan Agong isytiharkan darurat di negara kita masa ini. Dalam komen saya semalam saya pun harap Agong gunakan Perkara 150 Perlembagaan Negara. Perkara 150 yang saya petik daripada http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia mengenai Proklamasi Darurat adalah seperti berikut:

(1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.

(2) Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.

(2A) Kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perkara ini termasuklah kuasa untuk mengeluarkan Proklamasi-Proklamasi yang berlainan atas alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal keadaan yang berlainan, sama ada suatu Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi telah dikeluarkan atau tidak oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi itu sedang berkuat kuasa.

(2B) Jika pada bila-bila masa semasa suatu Proklamasi Darurat sedang berkuat kuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen sedang bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal keadaan.

(2C) Sesuatu ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama sebagaimana Akta Parlimen, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya seolah-olah ordinan itu ialah Akta Parlimen sehingga ordinan itu dibatalkan atau diungkaikan di bawah Fasal (3) atau sehingga ordinan itu luput di bawah Fasal (7); dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memasyhurkan ordinan di bawah Fasal (2B) boleh dijalankan berhubung dengan apa-apa perkara mengenainya Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara lain yang dikehendaki diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.

(3) Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B).

(4) Semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, meliputi apa-apa perkara dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri dan pemberian arahan kepada Kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri itu.

(5) Tertakluk kepada Fasal (6A), semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, Parlimen boleh, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara, jika didapati oleh Parlimen bahawa undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat itu; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi suatu Rang Undang-Undang untuk sesuatu undang-undang yang sedemikian atau bagi sesuatu pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian, dan juga tidaklah terpakai mana-mana peruntukan Perlembagaan ini atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang menghendaki apa-apa keizinan atau persetujuan bagi meluluskan sesuatu undang-undang atau apa-apa rundingan mengenainya atau yang menyekat permulaan kuat kuasa sesuatu undang-undang selepas undang-undang itu diluluskan atau yang menyekat Rang Undang-Undang daripada dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya.

(6) Tertakluk kepada Fasal (6A), tiada peruntukan mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Perkara ini, dan tiada peruntukan mana-mana Akta Parlimen yang diluluskan semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa dan yang mengisytiharkan bahawa didapati oleh Parlimen undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat, boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini. (6A) Fasal (5) tidak boleh memperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak; dan juga Fasal (6) tidak boleh menjadikan sah mana-mana peruntukan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan ini yang berhubungan dengan apa-apa perkara sedemikian atau berhubungan dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa.

(7) Apabila habis tempoh enam bulan yang bermula dengan tarikh sesuatu Proklamasi Darurat terhenti berkuat kuasa, apa-apa ordinan yang dimasyhurkan menurut Proklamasi itu dan, setakat yang undang-undang itu tidak dapat dibuat dengan sahnya jika tidak kerana Perkara ini, apa-apa undang-undang yang dibuat semasa Proklamasi itu berkuat kuasa, hendaklah terhenti berkuat kuasa, kecuali tentang perkara-perkara yang telah dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan sebelum habis tempoh itu.

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini -

(a) hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan

(b) tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan –

(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1);

(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;

(iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau

(9) Bagi maksud Perkara ini Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira sebagai bersidang hanya jika ahli setiap Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis itu.

Saya serahkan pandangan saya kepada seluruh rakyat jelata memikirkan sedalam-dalamnya. Tapi, jika cadangan jadi kenyataan, apalah kiranya dilantik semula Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengetui Majlis Pentadbiran Sementara Negara di bawah kuasa Agong. Bila keadaan sudah pulih, bolehlah Agong serahkan kembali pentadbiran negara untuk diurus oleh rakyat seara Demokrasi Berparlimen.

4:11 PM

mn said...

A.kum Datuk,

1. Sewajarnya darurat perlu diistiharkan segera dinegara ini.

2. Sistem pemerintahan negara yang diterajui 'Politik Kotor' perlu dibersihkan segera supaya kepentingan dan kesejahteraan rakyat dikembalikan semula.

3. Hari ini seluruh negara lebih mementingkan 'Politik Tidak Ikhlas' daripada mengutamakan kesejahteraan kehidupan rakyat.

4. Rakyat sentiasa diperbodohkan dan dipermainkan oleh 'Politician' yang tamak kuasa dan harta.

5. Didoakan semoga 'Politician-Politician Pengkianat' ini akan menjadi penghuni Neraka diakhirat kelak, setelah mereka puas hidup dengan kemewahan dan penipuan didunia ini.

http://suarasukj.blogspot.com

Unknown said...

Saya setuju dengan pandangan Dato Ron dan politica, keadaan sekarang melibatkan dua aspek penting iaitu ekonomi dan krisis kepimpinan.

Rata rata rakyat mengeluh berkenaan kenaikan harga barang yang telah sampai ketahap paling tinggi dalam sejarah kenaikan harga barang sejak mencapai kemerdekaan.Kadar inflasi telah tidak terkawal lagi mungkin telah mencecah 6-7%.Pertumbuhan ekonomi telah mula menguncup dan akan turun keparas 3-4%,keadaan ini amat merbahaya dan tiada sebarang langkah langkah positif kelihatan diambil oleh Kerajaan.

Krisis keyakinan terhadap Kepimpinan merupakan yang paling serius,apa saja yang dilakukan oleh pucuk pimpinan mendapat reaksi negatif dan cemuhan dari rakyat.Rakyaat tidak yakin lagi dengan Perdana Menteri dan ditambah tokok lagi dengan teori konspirasi yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri.God knows what more to come,and the rakyat are getting confused and angry.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung buatlah dan ambilah tindakan yang sewajarnya demi untuk menyelamatkan Negara. Kalau terpaksa isthirar DARURAT dan menyerahkan kepada pentadbiran sementara,serahlah dan bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur.

Mejar(B)Hj Anuar Abd Hamid

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Dato' Ron,

Buat satu memo dan hantar ke DYMM Agong .

Azrin said...

Saya rasa ini satu idea yang mengarut oleh mereka2 yang tidak mengerti implaksi darurat terhadap negara. Sebenarnya keadaan negara ini stabil. Hanya orang2 politik yang gabra hilang kuasa sahaja yang mempunyai pandangan negara tidak stabil.

limado said...

Shaike tak boleh kata orang mengarut. Dia kena ikhlas dan jujur. Negara kita memang dalam keadaan tak menentu. Politik kucar-kacir. Nasib kita terabai. Abdullah asyik nak main politik aje. Saya harap Shaike faham. Jangan cakap ikut hidung.

kudakepang said...

Komen di bawah ini adalah kiriman sahabat yang menggunakan nama pena Melayu Tertindas. Saya pohon maaf kerana terpaksa menyunting sebahagian kiriman komennnya untuk mengelakkan komplikasi undang-undang. – Ruhanie Ahmad

Dato Ron

Dharurat amat perlu jika Pak Lah ingin memnperkasa kan jawatan nya menjadi Diktator Malaysia ala Burma.

Itu pun kalau Pak Lah tak sedar yang ianya akan di soal Mungkar Nangkir di Prescint 20 PutraJaya apabila nyawa nya hanyut ke alam kubur.

Melayu amat gila kan kuasa hingga kan Negara Tergadai, keturunan lain tersenyum gembira kerana mereka dapat meraut keuntungan kekayaan dari hasil ke benggapan Melayu Melayu nya. - Melayu-tertindas: 12:11 AM

Unknown said...

AMPUN TUANKU,
Patik juga harap Tuanku isytiharkan darurat hari ini. Patik dan rakyat jelata lain rata-rata rasa cukup siksa nak hidup bawah kerajaan hari ni. DAULAT TUANKU.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Isu yang Dato kemukakan amat baik untuk memecahkan minda orang ramai.
Ianya akan dapat berbagai pendapat.

Mengistiharkan dharurat dan tentera mengambil alih, amat mudah bukan saja dituturkan tapi dilakukan. Esok ianya boleh berlaku.

Kesannya! Cubalah lihat beberapa negara yang diistiharkan dharurat dengan pemerintahan tentera. Ekonominya tidak berjalan lancar. Politiknya ranap bukan mudah untuk dipulihkan. Sosial budayanya entah kemana. Dan ianya tidak bererti keselamatan rakyat terjamin. Undang-undang di tangan seorang pemerintah atau dalam kelompok yang sama. Ertinya kita juga akan kembali kepada arus pemerintah yang berkroni seperti hari ini.

Mudahnya Pak Lah undur! Tapi jangan jadi bidalan, keluar mulut harimau masuk mulut buaya!

Bagi kon sebaik-baiknya jika Pak Lah jujur ialah mengadakan Pilihanraya Umum untuk Parlimen. Menentukan kembali kehendak rakyat pihak mana mentadbiri negara ini! Kuasa itu ada di tangan Pak Lah!

Aduhhh! Pedihnya bila nak diserahkan pada Dr. Mahathir. Cukuplah azabnya selama 22 tahun yang lalu. Tambahan pulak kalau kuasa itu hanya dia seorang yang menghetungnya!

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

kudakepang said...

Sahabat-sahabat budiman

Apa yang dimaksudkan oleh ofisboytingkat4 yang saya poskan di sini ialah: Agong boleh gunakan kuasanya dalam perlembagaan untuk gantikan Abdullah. Tak payah guna tentera, itu kudita namanya. Kalau guna kuasa perlembagaan tak payah guna tentera. Harap kita fahami antara kudita dengan pertukaran pemimpin guna perlembagaan.

Salam takzim
Ruhanie Ahmad

Money4Free said...

saya mengerti, kenapa kebanyakan rakyat takut kepada perkataan darurat.ini adalah kerana minda rakyat malaysia melihat darurat sebagaimana darurat sewaktu komunis bermaharajalela dahulu.darurat itu dilihat dari satu sudut sahaja.

tahukah tuan2 sekelian, darurat bukan hanya boleh diistharkan semata2 apabila terdapat serangan dari luar semata.apabila musibah melanda, dan DYMM berpendapat musibah itu bnyk mendatangkan kesusahan kepada rakyat, dimana jentera kerajaan telah gagal atau hampir gagal didalam urus tadbir, DYMM juga boleh mengistiharkan darurat, supaya keamanan dan kestabilan dapt dipulihkan semula.

Suasana yg kita hadapi sekarang ini, lebih hebat bencananya dari serangan anasir luar mahu pun bencana alam.

jgn samakan ATM kita dgn junta tentera Myanmar.kita berbeza, kerana "Field Marshal" ATM adalah DYMM yang dibawah kawalan majlis raja2.Inilah sahaja cara dimana pembersihan politik dapat dilaksanakan secara total.Mungkin 6 bulan selepas itu, satu pilihanraya yg bebas dapat dilaksanakan di bawah pemerhatian komanwel atau pun PBB.
Jika ada tanggapan bahawa pemerintahan ala tentera akan membuatkan pelabur asing menjauhkan diri, apa bezanya dgn keadaan sekarang?adakah sekarang ini berduyun2 pelabur asing masuk ke Malaysia?

Long Man said...

patik bersetuju sangat lah kalau dymm agong nak isytihar darurat...

DAULAT TUANKU!!!
DAULAT TUANKU!!!
DAULAT TUANKU!!!

epain said...

jika org sekang ni merasa bahawa keadaan sekang ni seakan kucar kacir...mungkin silap...

Bg sy, tiada kycar kacirnya...kebanyakan kita sekang ni bijak menilai yg mana baik dan yang mana buruk...

Walaupun ada merasakan bahawa sekang ni politik yang "busuk"...namun nilailah dgn cara yang baik..

Rasional bukannya emosional itulah nasional...

Unknown said...

Kuasa Agong dalam perlembagaan untuk selamatkan agama, bangsa dan negara memang ada. Itu senjata akhir kalau dollah masih buat tak faham macam arini. Kita bagi dia sebulan lagi dan tengok apa nak jadi. Tapi kalau arini Najib buka mulut kata dia nak lawan dollah, esok si dollah ni mesti gelabah habis. Jadi, najib jangan lama sangat buat-buat bisu.