Saturday, July 05, 2008

SOALAN KHUSUS KEPADA KHAIRY:
KONSPIRASI SIAPA YANG BERJAYA?

Khairy Jamaluddin anak muda paling berpengaruh di Malaysia. Pada 4 Julai 2008, beliau berkata di Pokok Sena, Kedah, bahawa “konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin UMNO gagal ekoran tindakan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam menarik balik pengakuan bersumpah mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.”

Menurut Khairy: “konspirasi tersebut jelas dirancang oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan dalam agenda politik mereka. Pihak tertentu itu adalah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang yang sebenarnya berusaha mengalih perhatian umum daripada tuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar.”

Setelah tamat membaca kenyataan di atas, saya bertanyakan kepada diri saya sendiri persoalan-persoalan berikut:

Satu: Bukankah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ayah mertua Khairy, jadi orang yang paling beruntung bila Anwar dan Najib dilanda konspirasi?

Dua: Bukankah ini bermakna Abdullah tidak lagi bimbang kalau-kalau jawatan Perdana Menteri dirampas Anwar dan jawatan Presiden UMNO dirampas Najib?

Tiga: Kalau begitu, konspirasi siapakah yang gagal pada hari ini? Dan, konspirasi siapa pula yang telah berjaya?

Empat: Siapakah pencipta konspirasi yang mengadu-dombakan Anwar dan Najib ini? Sebagaimana kata blogger berita-dari-gunung, siapakah Rasputin di Malaysia pada ketika ini?

Lima: Mustahilkah Khairy yang lulusan Cambridge University tidak mengenali Rasputin Malaysia ini?

Enam: Mustahilkah kalau Khairy juga gagal memahami bahawa sesuatu konspirasi lazimnya membabitkan operasi bendera palsu, membabitkan tindakan baling batu sembunyi tangan, membabitkan kelompok talam dua muka, membabitkan kepura-puraan, membabitkan penipuan, dan membabitkan perbuatan menangguk di air keruh? Fikir-fikirkanlah! – Ruhanie Ahmad

11 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Kita tunggu perhitungan dari Allah.Dok harap depa ni , nanti habis rosak Malaysia .

Pohon Allah beri 'pukulan maut' kepada semua yang tangan2 mereka membuat kerosakan di bumi Malaysia ini .

mat_terab said...

Secara tepatnya biasanya Komspirasi ni dikaitkan dengangan tujuan untuk menjatuhkan seseorang yang berkuasa atau seseorang yang ada kuasa dan di lakukan juga oleh seseorang yang ada kuasa...jadi kalau hendak di kaitkan dengan Anuar menjauthkan Najib tidak begitu tepat la...kalau di kaitkan dengan Khairi sendir adalah lebih tepat kerana beliau berlu menjaga Kuasa bapa mertua dia dengan menjatuhkan Najib bapa mertua dia akan selamat tak perlu pencen bulan 12 ni...
Dan Najib juga lebih tepat buat konspirasi terhadap Anuar kerana dia ada kuasa dan hendak mengagalkan rancangan Anuar ke Putrajaya bulan 9 ni di samping cuba mengalihkan isu yang mengaitkannya dengan warga mongolia itu.....

Tok Kemuning said...

Selagi penyakit sebenar UMNO & BN tidak diubati dengan segera oleh pakar yang berkelayakan maka simpton yang berkaitan akan terus keluar satu demi satu. Akibatnya nanti seluruh badan akan terasa sakit. Pergerakkan jadi terhd. Apabila pergerakan sudah terhad maka kesihatan badan pula akan digangu gugat.Akhirnya sipesakit tidak upaya lagi dan kematian hanya menunggu masa untuk mengambil tempat.

Walaupun jodoh, rezeki dan ajal adalah kehendak illahi tetapi sebagai manusia kita hendaklah berusaha sedaya upaya sebelum kita dijempul ajal.

Lagi berpanjangan krisis politik kita pertahankan lagi rosak parti jadinya. Secara langsung rakyat dibawa bersama bersama kesukaran hidup yang melanda.

Adalah amat merbahaya kita membiarkan rakyat menjadi semakin susah kerana mereka adalah amat berkuasa jika mereka bersatu dan mula mengesot pemerintah.

yindanyan said...

Datuk Ruhanie,

Anwar beria-ia 'mengebom' Najib dan mungkin telah dan akan bersekongkol dengan siapa sahaja untuk 'bomkan' orang yang juga hampir dengan Najib atau 'bomkan' orang yang menjadi musuh politiknya.

Nampak dia tahu benar pergerakan Najib atau pandai benar mereka cerita. Tentu dia dapat penuh bantuan.Tidak menghairankan jika dikatakan negara pengebom paling dahsyat di dunia iaitu Amerika sentiasa berada di belakang Anwar.

Tidak hairan juga jika pengeboman Altantuya ialah hasil konspirasi Anwar bersama Amerika untuk agenda Amerika.

Datuk, dedahkanlah konspirasi Anwar-Amerika ini.Apakah Khairy pun termasuk dalam golongan Amerika ini?

Yin & Yan

wani said...

Tujuh: adakah Khairy si lulusan Cambridge sedang membuat persiapan untuk menjadi perdana menteri Malaysia pada ketika ini, bukan Najib atau Anwar seperti yang diwar-warkan?

Anonymous said...

emm xtau lah aku rase dolah yg rancang konfirasi nie... sbb spe nak lepaskan jawatan pm nie kan... maklumlah syarikat anak dia dah capai nilai 5bilion... kalau letak jawatan abis lah hancur lah semuanyakan...

Berita dari gunung said...

Dato Ron,

Lelaki yang ghairah dan bercita-cita tinggi tidak silap bila memilih untuk berkahwin dengan anak seorang Perdana Menteri.

Ada yang setuju jika diajukan bahawa perkahwinan itu terjalin akibat panahan cinta sakti. Ada juga yang setuju jika diutarakan bahawa sijil nikah itu adalah lesen untuk segera ke Lebuhraya KUASA tanpa Tol.

Berkata sebegini bukanlah untuk mengecilkan erti sebuah perkahwinan.

Tetapi rentetan peristiwa tidak berupaya melenyapkan telahan rakyat biasa.

Lesen itulah yang digunakan untuk menghantar Anwar dengan segera ke German. Anwar juga telah berpura-pura sakit dengan brace serata badan, dan dengan mujrabnya ubat German, beliau bingkas cergas dan bertenaga.

Lesen itulah juga digunakan untuk merobah konsep bolasepak ikut negeri dan sempadan. Lesen itu juga ditayang, hingga Tengku Abdullah perlu berehat dari politik bola.

Lesen itu juga mengheret Abdullah ke stadium bola untuk melihat myteam beradu. Seingat kita Perdana Menteri hanya turun untuk menaikkan semangat kebangsaan pemain-pemain.

Rakyat biasa menjangka bahawa Perdana Menteri tidak sesuai menonton pasukan "Ceruk Tok Bidan" menyepak bola.

Lesen itu juga memaksa semua orang ke tepi untuk jawatan Naib Ketua Pemuda.

Kuatnya lesen itu, hingga Shahrir sebagai ketua PAC perlu menutup mulutnya yang luas bila ECM diselingkap. Malah Shahrir tidak jumpa apa-apa retak dalam ECM dan salahguna kuasa sebagaimana beliau mengesan retak-retak kecil di MRR2. Pada Shahrir Samy Velu adalah hitam, manakala Abdullah adalah putih.

Lesen itulah yang membenarkan budak menghadiri mensyuarat dengan orang tua. Orang tua tidak kata apa-apa.

Lesen itu juga menempelak Tun Mahathir sebagai manusia tidak laku.

Lesen itu juga melihat beratus juta dikeluarkan oleh Pejabat Pos. Orang kampung kata Pejabat Pos adalah milik orang tertentu. Khidmat sebegitu bukannya percuma!

Lesen itu juga melihat terhakisnya Mohamad Hassan dan Umno di negeri Sembilan. Bagaimana boleh orang kampung terjemahkan babak kemenangan Parlimen Rembau dalam PRU12, dengan Mohamad diam mencuka, dan seorang lagi hanya mampu tersenyum pedih.

Orang Penang ada beritahu betapa seorang pemimpin besar, dalam mesyuarat penting boleh berkata "Nanti sat, saya tanya Khairy".

Lesen itu juga telah memaksa Singapura menjalar kebumi bertuah ini. Orang Johor ada juga yang takut kalau Singapura terus dengan sikap ibarat dedalu.

Orang kampung juga sedar betapa terlalu banya tindakan dan kenyataan kerajaan sekarang kelihatan cetek dan dangkal. Kedangkalan seperti itu seolah datang dari kepala budak-budak kanyiak (ikut istilah pak kadiak)

Semuanya akibat lesen memburu dimiliki oleh budak yang tak kenal seladang dan lembu, tak tahu beza napuh dan kancil.

Malang sekali rakyat terus bersedia mahukan senario negara sebegini. Kita tidak hairan dengan Anwar dan Karpal Singh. Politik mereka akan terus bergemerlapan dengan kepimpinan dangkal dan lemah.

Lesen boleh diberikan dan lesen juga boleh ditarik dan dibatalkan.

Terima kasih.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Pantun ini pantun bapa mentua kon berusia 82 tahun, masih boleh sembahyang, masih boleh berpuasa, wiriTnya pun panjang, matanya tak berapa jelas memandang, telinganya juga tak berapa jelas mendengar tetapi ingatannya masih kekal. Katanya pantun ini masa dia muda-muda dulu.

SINGAPURA DILANGGAR TODAK,
BATANG PISANG LAPIS-LAPISKAN;
DUDUK MENYANYI MENIDURKAN BUDAK,
BURUNG TERBANG TANGIS-TANGISKAN.

Kon pula membalasnya ...

SINGAPURA DILANGGAR TODAK,
PISANG DIKERAT ULAM-ULAMAN;
BUDAK BUKAN SEBARANG BUDAK,
DI TINGKAT 4 ULANG-ULANGAN.

Bapa mentua kon bertanya: Siapa budak tu?

Kon menjawab: Budak Hitam!

Bapa mentua kon bertanya lagi: Tingkat 4 tu di mana?

Kon jawab: Putrajaya.

Bapa mentua kon bertanya lagi: Putrajaya ...

Azan Asar pun berkumandang. Dia terdiam menghayati seruan azan untuk menyembah Allah Yang Maha Mengetahui ... Yang Amat Mengampuni.

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

spycatcher03 said...

Sudah gharu cendana pulak!!!! Saya kaget, kerana Malaysia mempunyai ramai pelakon yang serba-bolih dan pandai membaling batu menyembunyi tangan!! Tak perlu banyak komen, Datuk, dah lemas rasa nya!!!

Anonymous said...

Dato'

saya setuju benar dengan berita dari gunung.
Memang benar, kes Anwar merupakan durian runtuh bagi Pak Lah n company, terutama kepada KJ dan Kamaludin.Hati saya tertanya2, mengapa Anwar begitu bertalu2 menyerang Najib, tetapi tidak langsung menyentuh Pak Lah.Lebih sensasi lagi dengan sekeping gambar saja, Kak Wan terus bersilat di pejabat TPM.
Dan lagi, kemasukan Ezam begitu mencurigakan, dulu dia sendiri yang mengatakan dia tidak akan diterima oleh Pak lah dalam UMNO kerana telah membuat 3 repot polis kes rasuah Pak Lah anak beranak. Dengan Rm 100, senyum lebar aje Pak Lah menerima Ezam, mendahului mesyuarat MT UMNO.
Ezam pula bila ditanya tentang peribadi Anwar, berselindung disebalik kata, tidak mahu mengaibkan seseorang, walhal semasa zaman reformasi, dialah ketua segala jaguh menelanjangkan aib orang.
Pada saya, peralihan kuasa PM kepada Najib hanyalah retorik untuk mengendurkan desakan supaya Pak Lah letak jawatan.Saya percaya jika Najib tidak pandai atau mampu bersilat, orang yang akan menjadi PM ialah Anwar, KJ sebagai TPM, tapi selepas itu,kedua2 penyangak ini akan `berbunuhan'antara satu sama lain.
Namun, ubat untuk mengubah padang politik UMNO sekarang terbuka luas iaitu pada mesyuarat cawangan dan bahagian yang berlangsung bulan ini.Jika ahli UMNO masih sayangkan parti pembela Islam dan Melayu ini, katakan NO TO PAK LAH N THE GANG..

Wan Shamsudin said...

Dato yang dihurmati;

Saya berani katakan disini bahawa si KJ itu lah dalang segalanya.Budak muda lagi mentah yang gilakan KUASA.Orang tuanya pun di perbodohkannya. Mungkin di ilmu guna guna olihnya.Percayalah....