ANWAR IBRAHIM TERIMA BANYAK SIMPATI
KERAJAAN ABDULLAH DIKUTUK RAKYAT
Sejak semalam mencurah-curah luahan rasa hati rakyat jelata mengutuk tindakan kerajaan terhadap Datuk Seri Abwar Ibrahim dikirimkan ke blog ini. Luahan hati itu juga mengirimkan simpati kepada Anwar. Di bawah ini adalah perkembangan terbaru dalam kes ini. – Ruhanie Ahmad
ANWAR ENGGAN BERI DNA BIMBANG DIMANIPULASI PIHAK BERKUASA, KATA PEGUAM
KUALA LUMPUR 17 Julai — Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan Hospital Kuala Lumpur mengambil sampel DNA beliau kerana khuatir ia akan dimanipulasi oleh pihak berkuasa, kata peguamnya, Sankara N.Nair.
Katanya, mereka bimbang DNA akan dimanipulasi kerana pasukan penyiasat dalam kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998 juga terlibat dalam siasatan kali ini. “Lagipun DNA (Anwar) telah diambil masa kes dahulu (1998), kenapa perlu ambil lagi,” kata Nair. –Bernama, 11:40am
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm
ANWAR DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS
KUALA LUMPUR 17 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan pukul 9.45 pagi ini dengan jaminan polis.
Anwar bagaimanapun diarahkan melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 18 Ogos ini. – Utusan, 10:15am
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm
KERAJAAN ABDULLAH DIKUTUK RAKYAT
Sejak semalam mencurah-curah luahan rasa hati rakyat jelata mengutuk tindakan kerajaan terhadap Datuk Seri Abwar Ibrahim dikirimkan ke blog ini. Luahan hati itu juga mengirimkan simpati kepada Anwar. Di bawah ini adalah perkembangan terbaru dalam kes ini. – Ruhanie Ahmad
ANWAR ENGGAN BERI DNA BIMBANG DIMANIPULASI PIHAK BERKUASA, KATA PEGUAM
KUALA LUMPUR 17 Julai — Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan Hospital Kuala Lumpur mengambil sampel DNA beliau kerana khuatir ia akan dimanipulasi oleh pihak berkuasa, kata peguamnya, Sankara N.Nair.
Katanya, mereka bimbang DNA akan dimanipulasi kerana pasukan penyiasat dalam kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998 juga terlibat dalam siasatan kali ini. “Lagipun DNA (Anwar) telah diambil masa kes dahulu (1998), kenapa perlu ambil lagi,” kata Nair. –Bernama, 11:40am
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm
ANWAR DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS
KUALA LUMPUR 17 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan pukul 9.45 pagi ini dengan jaminan polis.
Anwar bagaimanapun diarahkan melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 18 Ogos ini. – Utusan, 10:15am
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm
60 comments:
Saya hanya ingin memberi pandangan peribadi saya sahaja. Jika ANWAR di pihak yang BENAR dia tak perlu takut,sama juga denga SAIFUL jika dia di pihak yang BENAR SAIFUL tak perlu takut.
Kalau dah tak yakin dengan SIstem PErundangan NEGARA maka MAJLIS PEGUAM boleh BUAT CADANGAN kepada KETUA HAKIM NEGARA supaya minta di jemput beberapa PANEL HAKIM dari negara komanwel utk menjadi hakim kes ini,tetapi dengan syarat mereka faham la UNDANG-UNDANG NEGARA
"Sejak semalam mencurah-curah luahan rasa hati rakyat jelata mengutuk tindakan kerajaan terhadap Datuk Seri Abwar Ibrahim dikirimkan ke blog ini."
,,,,,,,,,,,,,,,,,
Berapa ramai rakyat jelata yang membantah penahanan Anwar tu? Mana lebih ramai, yang bagi respon atau tidak bagi respon di media elektronik?
Saya harap abang jgn selalu sgt gunakan istilah secara umum dan mengelirukan begini.
Saya fikir lebih baik kita usahakan penyatuan Melayu dengan lebih bersungguh-sungguh berbanding mempertikaikan salah-benar Anwar.
Mesyuarat cawangan UMNO akan bermula. Gunakan sebaiknya.
Saya sendiri bukan ahli UMNO jadi saya akan cuba lihat apa yg boleh saya bantu.
Betul juga - DNA anuar telah diambil dulu. Dan DNA seseorang tidak berubah mengikut masa.
Jangan biarkan rakyat berubah menjadi Hang Jebat yang tidak pedulikan undang-undang dan jasa-jasa pemimpin lagi dan tidak lagi bersyukur. Jika rakyat jadi seperti ini jangan salahkan rakyat sebab ia berpunca daripada pemimpin sendiri yang mengajar mereka memberontak seperti mana pemimpin sekarang yang suka bergaduh atau bermusuh..
Yg Berbahagia Dato'
--------------------
Alhamdulillah Pemimpin Kita Saudara
ANWAR IBRAHIM telah dibenarkan jamin. Sebagai Rakyat Malaysia kepada kerajaan,Polis dan pemimpin UMNo yang berkuasa cukuplah dengan FITNAH. kamu semua orang Melayu Islam tak malukah maruah kamu di hina sana sini. DSAI bertambah kuat
hasil FITNAH ini bukan bertambah lemah.
Alhamdulilah hari ini ada berita yang AJK wanita MCA keluar parti dan cerita nya akan joint PKR sebenarnya ramai lagi akan keluar BN .Sebenar nya FITNAH ini akan menghancurkan UMNo/Bn.Sekejap tadi saya ada terbaca PAS akan setia dengan Pakatan Rakyat jadi siapa mau bersekongkol dengan parti UMNo yang busuk dan lagi meloyakan.
Datuk,
Nak cakap pasal 2 benda:
1. Kalau betul Anwar tu tak relevan, buatlah cara dia tak relevan. Kalau nak tangkap dia, satu kereta pun cukup. Yang sampai 15 kereta dan pakai topeng tu buat apa. Siapa yang nampak bodoh?
2. DSAI dah bahaskan pasal turunkan harga minyak, beratus kali. Di dalam youtube ada berpuluh-berpuluh video DSAI. Kenapa Datuk Shabeery tak study. Balik-balik cerita pasal subsidi. Kalau cerita kepada yang tak faham, depa ambil bulat-bulat je. Tapi bagi kita yang dah pandai buat akaun, kita tahu bila harga minyak naik, revenue petronas pun naik. (terbukti dengan nyata apabila Datuk Hasan Merican membentangkan audit report Petrons). Cuba cerita dari segi ekonominya kenapa kita tak boleh kurangkan harga minyak dan kurangkan revenue petronas.
Ye ke. Saya rakyat Malaysia. Saya tak rasa simpati pun dengan DSAI ni. Bukan apa, dah muak dengan perangai DSAi ni. Banyak sangat kontroservi yang dicetuskan oleh camp beliau sendiri. Semata-mata untuk publisiti atau betul-betul teraniaya.
Mengapa Pak Lah dikritik dengan berita penahanan Anwar? Sedangkan Pak Lah dah beri jaminan, "black eye 08" takkan berlaku pada kali ini. Malah Pak Lah dah buktikan pun dengan pelepasan Anwar hari ini. Cuma yang agak dikesalkan ialah tindakan polis menahan Anwar sejam awal semalam. Tindakan itu hanya mengundang kritikan rakyat kepada Pak Lah sedangkan pihak polis yang bertindak sedemikian...
Bukan semua rakyat Malaysia rasa begitu. Ada juga yang rasa Anwar tu hipokrit dan tak sudah-sudah minta belas kasihan rakyat.
Tak ada ciri-ciri pemimpin yang berwibawa lansung.
Asyik guna drama-drama untuk mengelak dari realiti.
Datuk,
Saya bukan penyokong Anwar tetapi saya ahli UMNO Pandan yang sudah muak dengan permainan politik yang cantas mencantas dan perebutan kuasa yang melampau dalam dengan tujuan ada kepentingan untuk diri sendiri.
Datuk,
Ajaklah kawan-kawan Datuk di Parlimen agar Kembalikan semangat perjuangan Melayu sebenar yang memperjuangkan hak-hak Melayu sejati. Basmi kemiskinan tegar di kalangan orang Melayu. Buatlah satu badan tabung dana "TABUNG FAKIR MISKIN" ke dan hendaklah diletakkan tabung-tabung ini di bawah syarikat amanah di mana duit keluar masukknya akan diaudit oleh juruaudit bebas. TIADALAH penyelewengan....ini apa jadi pada tabung tsunami dulu? dengar cerita tak dimanfaatkan sepenuhnya? di mana laporan juruaudit terhadap penyelenggaraan tabung tu...? Tolong jawap Datuk....ramai org melihat situasi pergolakan dalaman UMNO dan kaedah mengatasi kemelut semasa...ramai menjadi "silent protest" bagitau lah kawan-kawan datuk tu agar jangan UMNO jadi si luncai terjun dengan labu-labunya sekian terima kasih
Dato Ron yang dihurmati,
Ada komen yang bagus dari rakan-rakan tetapi ada komen yang amat mengelirukan. Adamengajak penyatuan Melayu dengan menumpu pada mesyuarat agung Umno. Tapi dia tidak menjadi ahli Umno. Inilah yang mengelirukan!
Penyatuan Melayu bukan melalui Umno tapi kalau nak penyatuan kroni pemimpin Umno, kroni anak menantu, kroni suami isteri, silalah bersama Umno di masa ini, tapi bukan masa Umno dulu. Namun yang dulu tak akan kembali lagi.
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Kalau ada di antara anda yg membenci, muak dgn Anwar.. Saya menghormati pendirian anda.
Tapi, tahukah anda berapa juta rakyat Malaysia yg benci dgn Pak Lah dan kroni-kroninya? Jgn lihat kepada jumlah kerusi yg dimenangi SLIM, tetapi lihat kepada jumlah undi popular yg diterima oleh BN di SEMENANJUNG MALAYSIA.
Long way to go. Sebab tu skg timbul isu liwat supaya kita semua dialihkan pemikiran drpd memikirkan BALA yg lebih besar iaitu MEMELIHARA PAK LAH.
KOD
Dalam tempohd 2 hari ini dua peristiwa besar berlaku di tanah air. Debat dan penahan Anwar. Kedua-duanya memberi ' kemenangan' pada Anwar. Di pejabat saya kawan-kawan yg selama ini berdiam diri secara lantang memberi komen yg positif tentang Anwar. Begitu juga kawan-kawan dari umno. Mereka merasa malu dengan sikap pemimpin umno yg tidak prihatin tentang kenaikkan minyak. Hujah-hujah Anwar semasa debat, walaupun masa terhad, menyakinkan mereka bahawa Anwar memang berjiwa rakyat dan mengamnil berat kesusahan rakyat disebabkan kenaikan ini. Ini adalah hakikat apa lagi ahli parlimen BN semuanya menyokong kenaikan minyak. I feel pity for umno eventhough I still an umno member but I'll never vote for umno anymore unless total reform carried out. All those pirates and corrupted leaders should be brought to justice. Make Police and judiciary responsible to parliment not the home ministry.
Kalau peguamnya rasa sangsi kemungkinan DNA sample dimanupulasikan olih polis, tidakkah salah kalau saya merasakan kesangsian saya terhadap DNA profiling yang lama itu juga telah dimanupulasikan olih penyokong Anwar? Kalau peguam nak betul2 buktikan anak guamannya tidak bersalah, maka ujian DNA adalah konklusif, melainkan peguamnya.......oops maaf, privilage information antara peguam/anak guam!!!
*******************************
Blogger cheguman said...
"......Mesyuarat cawangan UMNO akan bermula. Gunakan sebaiknya.
Saya sendiri bukan ahli UMNO jadi saya akan cuba lihat apa yg boleh saya bantu..........."
*******************************
Kan ke dah lebih 5 buah negeri dah umum kan sokongan penuh 100% kepada Presiden dan tim, nye?
Buat ape nak buat mesyuarat cawangan?
Melayu hanye boleh bersatu jika UMNO di bubarkan (haram kan) mcm yg pernah berlaku satu mase dulu.
Salam Datuk,
Setelah dihina dan dimalukan pada tahun 1998, Anwar akhirnya didapati tidak bersalah dalam tuduhan liwat pada tahun berkenaan. Sesiapapun yang rasional pemikiran akan sentiasa berwaspada agar kaedah penipuan yang sama tidak diulangi.
Justeru, teriakkan dan komen sesetengah penyokong umno menampakkan bias yang nyata. Sedangkan ramai ulamak dan sarjana Islam seluruh dunia meragui pertuduhan yang dibuat ke atas Datuk Seri Anwar.
Abdullah Badawi telah melakukan banyak kesilapan yang diperkatakan bukan hanya oleh parti lawan tetapi ahli umno sendiri. Lantaran kenapakah masih ramai ahli umno masih berfikiran dan bertindak sama seperti apa yang dilakukan oleh Abdullah - memberi komen yang kurang rasional.
Saya rasa di samping orang yang bersimpati terhadap Anwar, ada juga orang yang tidak bersimpati dan "mengutuk" beliau.
Akan tetapi, sebahagian (mungkin sebahagian besar) orang-orang yang tidak bersimpati ini ialah orang-orang yang dahulunya begitu taksub dan setia terhadap Mahathir, dan orang-orang yang dipengaruhi oleh media arus perdana yang memang hari-hari "memburukkan" Anwar dan menuduh Anwarlah yang mengacaubilaukan politik negara.
Saya turut bersimpati terhadap beliau, kerana seperti pada tahun 1998 dahulu, pada kali ini pun unsur-unsur konpirasi untuk menghancurkan beliau memang agak jelas (Misalnya mengapa ada pertemuan antara Saiful dengan Najib sebelum Saiful membuat laporan polis?).
Jadi kes Anwar sebenarnya bukan kes peribadi , tetapi kes politik yang melibatkan orang-orang politik yang menjadi "musuh" beliau.
Kita harus faham tentang pengaruh sdr anwar yang luar biasa.Jika kerajaan bertindak secara luar daripada biasa maka kesannya amat ketara lebih2 lagi bagi saya penduduk lembah kelang.1)Kenapa salinan report Rm 2 tidak dikeluarkan?inilah salah satu perkara yang membuatkan penyokongnya mengatakan kerajaan tidak telus.(2)15 kereta polis dan bertopeng menahan anwar sebelum pukul 2?.Kerajaan harus faham jika terjadi perkara yang tidak dingini berlaku pada anwar maka penyokong akan memberontak.Jika tahun 98 hanya melayu menyokongnya tetapi sekarang tidak lagi..kaum india terang2 menyokongnya jadi fikir2kanlah.Saya tidak mahu ketidak bijaksanaan kerajaan menangani kes anwar akan menyebabkan negara bergolak.kita harus ingat bahawa disebabkan anwar pru 10 pembangkang memenangi banyak kerusi dan tidak dinafikan dipru12 anwar adalah penyumbang besar bn kehilangan 2/3 majoriti.Wassalam from anak rengit BP.
Di bawah ini adalah sebahagian komen Saudara Abdul Rahim. Sebahagian lagi telah saya delete atas permintaan beliau sendiri kerana mengandingi perincian peribadi beberapa VVIP tertentu. – Ruhanie Ahmad
Salam Dato'
Saya cadangkan semua rakyat buat solat jahat setiap hari minta kepada Allah, siapa yang salah termasuk yang bersubahat dilaknatkan Allah.
Kita dah banyak lihat musibah yang berlaku dalam kes pertama DSAI. Lihat apa jadi dengan mereka yang bersubahat, macam-macam bala.
Dato UMNO perlukan perubahan. perlukan anjakan paradigma yang menyeluruh.
Dato patut kembali ke dalam UMNO membetulkan kekalutan yang amat sangat ini. Jika tidak saya pasti Musibah besar yang Allah akan turunkan ialah kepada orang Melayu ialah UMNO akan hilang di bumi Malaysia ini.
PRU12 bukankah musibah awal yang diturunkan Allah kepada orang Melayu apabila UMNO hilang majoriti 2/3 dan empat negeri selain Kelantan yang kekal kepda pemerintahan parsti Islam?
Sama-sama kita fikir-fikirkan
Salam. Abdul Rahim, 10:06 PM
Chula tupai,
Mana sdra tau itu semua fitnah? Seandainya terbukti di akhirat nti bhw kes itu bukan fitnah macamana? Macamana klu saya percaya dakwaan sdra bhw kerajaan & polis memfitnah Anwar dan akibatnya saya ikut menentang kerajaan? Sdra nak tlg sy jawab depan Tuhan nanti?
Bagi sy jln keluar amat mudah tanpa sebarang risiko dan konflik. Hentikan pergaduhan dan perpecahan. Layari blog sy dan bantu sy gerakkan usaha tersbt.
Anak murid saya (prasekolah) bila bergaduh, sy tegur: "dah, jgn bergaduh". Diorang pasti akan balas: "tapi, dia yg buat sy dulu." Apabila kedua-duanya tak mahu mengalah, sy ambil rotan dan pukul kedua-duanya.
Masih ingin mempertikaikan siapa salah siapa benar?
Teruskanlah...
Sejarah sebenarnya telah berulang kali berlaku, cuma medan dan era sahaja yang berbeza.Jika kita mampu mengambil iktibar dari sejarah silam, kita akan menjadi satu bangsa dan negara yang kuat.
Mengapa saya menyentuh persoalan sejarah bila mana kebanyakan bloggers yang lain lebih mengkhususkan kepada persoalan DSAI?
Ini berpunya dari perasaan kekhuatiran yang tersirat di benak kepala saya.Kemelut yang sedang dihadapi oleh negara kita akan memungkinkan sejarah silam yang telah dialami oleh empayar empayar besar terdahulu menjangkiti Malaysia.Amat banyak sekali jika mahu dijadikan iktibar bagaimana keruntuhan empayar terdahulu berpunca dari perebutan kuasa dikalangan segolongan elit yang mana natijahnya dipikul oleh rakyat jelata.
Lebih merumitkan lagi jika rakyat jelata sendiri secara total dan bersepadu yang keluar kejalan jalan raya memberontak mengulingkan kepimpinan yang ada.Dan akan lebih parah lagi jika kebangkitan rakyat dipacu dan dipandu tanpa disedari oleh kuasa luar.Kemungkinan kemungkinan ini tidak boleh dipertikai atau dibiarkan begitu sahaja kerana rakyat yang lapar, terabai dan terbiar akan memungkinkan kemungkinan ini terjadi.
Rakyat yang tidak punya apa apa, tidak gusar dan ragu ragu untuk keluar ke jalanraya jika lahir seorang pemimpin yang bijak mengunakan kemarahan rakyat yang sekarang ini ibarat api didalam sekam, hanya menunggu tiupan angin sahaja bagi memarakkannya.
Jika satu perancangan secara berhemah dan tersusun tidak dilakukan oleh kerajaan yang ada,bagi meredakan kecelaruan da keresahan rakyat, maka kemungkinan sejarah keruntuhan empayar silam tidak mustahil akan menimpa Malaysia.
Tiada kuasa kepolisian atau ketenteraan yang mampu membendung kemarahan rakyat yang lapar jika rakyat yang kelaparan telah mengunakan cangkul dan tajak untuk menyuarakan suara keresahan mereka.
Jika melihatkan keadaan negara sejak kebelakangan ini,bara bara api untuk kearah itu telah mula kelihatan.Kepimpinan yang ada seakan akan gagal untuk meredakan keresahan rakyat jelata.Dibiarkan sahaja rakyat jelata hidup tanpa panduan dan arah.
pembaca semua,
kita xyah jadik penyokong tegar mana2 parti. kita sokong mereka yang bagus dan mempunyai kredibiliti utk memimpin.klu pas kita sokong pas...klu umno kita sokong umno.
www.mencandat.blogspot.com
Yg Berhormat Datuk
Saya ingin mengajak mereka yang angkuh dan bongkak ini berfikir sejenak. Ini bukan soal Anwar tetapi soal maruah dan hukum.
Saya sendiri tidak percaya dalam beberapa perkara mengenai kerajaan ini.
Mengenai kes Anwar ini beginilah, jika Anwar nafi, kita hendaklah percaya...siapa kita untuk tidak menerima penafiannya, jika benar disebaliknya beliau bersalah biarlah ia antara beliau dan Allah. Yang penting kita kena percaya di hari kebangkitan semula.
Yang peminat UMNO ini seolah-olah tidak percaya berlakunya hari kebangkitan semula. Cuba nilaikan semula kes-kes yang lain mengani Rosmah, Najib dan sebagainya. Mengapa polis tidak menyiasat dengan terperinci kes tersebut.
Bala mengapa tidak ditangkap kerana memberi keterangan palsu pada peringkat awalnya. Kadang-kadang saya tgk orang UMNO jenis tak tahu berfikir. Di tempat saya ini, ada rakan saya yang hanya lulus SPM nak bertangding jawatan ketua Pemuda Bahagian....lucunya.
SALAM DATUK..
SAYA RASA TUN MEMANG SENGAJA INGIN MENJATUHKAN BN DAN UMNO SENDIRI KERANA TUN MERASAKAN UMNO BUKAN LAGI SEBUAH PARTI UNTUK RAKYAT TETAPI SEBUAH PARTI UNTUK KEPENTINGAN POLITIK PIHAK TERTENTU...SETELAH SAYA MENGAMATI FORUM TUN DAN KRITIKAN TERBUKA TUN MELALUI MEDIA ARUS PERDANA DAN ELEKTRONIK. SAYA MENDAPATI TUN SEBENARNYA INGIN MENJATUHKAN BN(UMNO) SENDIRI PADA PANDANGAN RAKYAT.
JADI MUNGKIN INILAH MISI TUN YANG SEBENARNYA KERANA SELAMA INI MUNGKIN TUN BANYAK BUAT SILAP PADA RAKYAT DAN TUN MEMBALASNYA DENGAN MENJATUHKAN PARTI SENDIRI YANG DIRASAKAN TIDAK LAGI DAPAT BERKHIDMAT PADA RAKYAT. MISI TUN UNTUK MENJATUHKAN BN DAN UMNO DISOKONG PULA OLEH PENYOKONG DAN RAKAN-RAKAN TUN YANG SECARA TIDAK SEDAR TERJEBAK JUGA UNTUK MENJATUHKAN BN(UMNO) ITU SENDIRI...SUNGGUH HEBAT TUN BERPOLITIK BARU SEKARANg SAYA MENGETAHUI NIAT SEBENAR TUN.
KENAPA SAYA BERKATA BEGITU SEMAKIN TUN MENGUTUK KERAJAAN DAN MENGUTUK PEMBANGKANG TERUTAMA ANWAR SEMAKIN MELUAT RAKYAT KEPADA BN(UMNO)...PERCAYALAH...KITA TENGOK NANTI....
Salam Datuk Ruhanie,
Jika ini tidak ditakrifkan sebagai taktik menidakkan Anwar mendapat apa yang diimpikan seperti tanggapan orang ramai yang berlaku dahulu, maka pehak berkuasa perlu bijak untuk tidak menggunakan taktik yang sama kerana tanggapan orang ramai tetap sama bersimpati terhadap beliau.
Bukankah maklumat DNA ada dalam simpanan kerajaan dan mereka boleh membuat kepastian sebelum membuat tindakan yang menyakinkan. Itu pun penyokong beliau yang taksub masih akan tidak akan terima keputusan. Justeru itu kita berserah kepada Allah supaya kebenaran yang terbukti menerusi tindakan Allah. Sama-sama kita lihat insya Allah.
Tak usah lah berpanjangan polemik ini. Isu ini menjadi mual diikuti dan tidak nampak tindakan kita bijak. Sekian.
Dato Ron,
Ada komen yang menarik da ada juga yang meloyakan.
Kategori meloyakan-lamandau.
Cuba terangkan bagaimana penyokong DSAI boleh memanipulasikan DNA profiling 10 tahun lepas. DNA tu berada dalam tangan PDRM. tolonglah berfikir pakai kepala otak bukan kepala lutut.
Aku dah fed-up dengan orang2 politik... lebih2 lagi DSAI... mempecah belahkan orang melayu.. if he really a good leader... he would not make his own bangsa berpecah belah... ini ke our future PM yang kita nak....!!!!
Dato'
Quote yang menarik yang saya dapat dari blog sloone.wordpress.com.
“If you are neutral in situations of injustice, you have chosen the side of the oppressor. If an elephant has its foot on the tail of a mouse and you say that you are neutral, the mouse will not appreciate your neutrality.” (Desmond Tutu)
Fikir-fikirkan...
Salam Datuk,
Apa kata Tun Mahathir tentang DSAI pada tahun 1998:
http://www.youtube.com/watch?v=COm3D6FDmwY
the truth will be prevailed sooner or later ... just wait ...http://nmjnh.wordpress.com/2008/07/16/anwar-menang-debat-dengan-shabery/
Saudara ketam,
Cadangan saudara baik. Tetapi adakah anda fikir Perdana Menteri sekarang akan bersetuju dengan cadangan saudara? Sudah tentu mereka akan berkata: "negara asing tidak berhak campur tangan dalam urusan negara kita".
Tak Sungguh Tak Kata
zarina shafian,
DSAI bersama Pakatan Rakyat bukan sahaja menyatukan orang Melayu di kalangan Melayu. Malah menyatukan orang Melayu dengan semua bangsa di negara kita. Sebaliknya BNlah sebenarnya parti perkauman.
Tak Sungguh Tak Kata
Dato',
Saya ada emel dua hari lepas tentang hasrat nak interbiu Dato' berkenaan isu peralihan kuasa dari pak lah kepada najib pada Jun 2010. Harap Dato' respon untuk siaran Harakah minggu depan. Barangkali Sabtu dan Ahad ini kita boleh langsungkan.
Tarmizi Mohd Jam
Editor Berita Harakah
Orang melayu memang hebat berpolitik, hinggakan semua perkara di politikan untuk 'demi aku, kroniku dan putarku'.
Pemimpin Melayu 'hampas' akan melahirkan pengikut yang hampas juga, banyak tin kosong di blog ini.
Salam,
Pendapat Zarina Shafian barangkali ialah contoh pendapat orang UMNO atau penyokong UMNO yang menyokong pemimpin mereka secara membuta tuli.
Mereka menyalahkan Anwar kerana menganggapnya memecahbelahkan orang Melayu. Akan tetapi, mereka tidak kisah atau memejamkan mata terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan.
Bagi mereka agaknya kesalahan dan keburukan pemimpin kerajaan itu patut didiamkan atau dimaafkan saja supaya orang Melayu tidak berpecah belah?
ketam
Bila pulak DSAI bagi kenyataan dia takut dengan saiful? hang ni pi merata blog tabur fitnah aje....
bat8
d,remy
Dalam keadaan ekonomi yang makin merundum dan keadaan kos hidup yang paling meningkat ni siapakah pemimpin yang paling berwibawa untuk jadi PM?
bat8
p.s: remy....berapa harga minyak yang hang bayar sekarang?
tayadih maysia,
Dr. Mahathir ulas dakwaan liwat dihadapi Anwar
18-07-2008 08:27:24 AM
Oleh G. MANIMARAN
KUALA LUMPUR:
Selepas dipecat daripada Umno dan kerajaan, Anwar berhadapan dengan dakwaan salah guna kuasa dan liwat.
Beliau menjalani hukuman kerana sabit kesalahan salah guna kuasa dan mahkamah membebaskan beliau daripada tuduhan liwat empat tahun yang lalu.
Dr. Mahathir mengulangi bahawa Anwar boleh meyakinkan terutama kepada mereka yang mahu mempercayainya.
"Media Barat telah membuat kesimpulan bahawa tuduhan terhadap Anwar kali ini adalah sama dengan agenda politik yang lama yang dibuat untuk menghalangnya menjadi Perdana Menteri.
"Pada masa lalu saya adalah sasaran utama. (Perdana Menteri) Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi) telah menafikan pembabitannya kali ini tetapi media Barat dan teman-teman Anwar dari Amerika tidak dapat diyakinkan dan akan terus mengaitkan Abdullah," katanya lagi.
Beliau juga menyentuh tentang elemen konspirasi taktik yang diperkatakan oleh banyak pihak dalam dakwaan liwat ini.
"Tetapi, adakah kerajaan sekarang sebegitu bodoh dan tidak mempunyai daya imaginasi untuk menggunakan "taktik" yang sama terutamanya memandang kepada sikapnya yang kritikal terhadap Kerajaan dahulu?
"Pastinya ia mampu untuk menggunakan cerita lain yang lebih meyakinkan jika ia memang merancang ataupun berkonspirasi terhadap Anwar. Ada kebarangkalian bahawa ceritanya sama kerana ia benar," sentuh beliau dalam tulisannya.
Katanya, adalah mustahil kemungkinan pihak yang membuat laporan kali ini seorang yang cuba meniru.
"Agak mustahil. Tidak ramai yang sanggup kehadapan dan mengumumkan sesuatu yang amat mengaibkan seperti kena liwat.
"Sebenarnya, dalam peristiwa yang lalu, sekurang-kurangnya dua orang menemui saya dan membuat pengakuan mereka telah diliwat oleh Anwar.
"Tetapi mereka tidak sanggup membuat lapuran ataupun menjadi saksi di mahkamah. Bagaimanapun, seorang dari mereka telah pergi menemui Imam Masjid Negara (sekarang ini ahli parliamen PAS) untuk mendapatkan nasihat dari sudut agama," tambah Dr. Mahathir.
Bekas Presiden Umno itu juga menyentuh saranan dan syor supaya si menuduh dan kena tuduh supaya bersumpah.
Kata Dr. Mahathir, menimbulkan isu "qazaf" hanyalah bertujuan untuk megalihkan tumpuan.
"Ia satu ugutan terhadap sipenuduh iaitu jika dia tidak dapat mengemukakan saksi-saksi dianya akan dituduh melakukan fitnah dan akan dihukum sebat.
"Dalam al-Quran terdapat banyak penekanan terhadap keadilan. Berulang kali (sekurang-kurangnya 43 ayat) didalam Quran menyeru "bila kamu menghukum, hukumlah dengan adil"," kata beliau.
Justeru menurut beliau, Syariah bukanlah sekadar proses membuat penghakiman dan menjatuhkan hukuman.
"Undang-undang Syariah bertujuan untuk memastikan keadilan dilaksanakan. Akan menjadi satu ketidakadilan jika orang yang menjadi mangsa dihukum (kerana gagal mengemukakan empat orang saksi) manakala orang yang melakukan penganiayaan lepas bebas.
"Ini adalah satu ketidakadilan yang ketara. Pastinya tidak mungkin undang-undang Islam mengabaikan keadilan dan cuma tumpu kepada perbicaraan dan hukuman," jelas beliau.
Katanya, amat jelas al-Quran menerima bukti-bukti bersandarkan kepada keadaan walaupun tidak disokong oleh saksi-saksi.
Ini kerana katanya, Islam meletakkan nilai yang tinggi kepada keadilan dan proses yang diambil dalam membuat sesuatu penghakiman adalah untuk memastikan keadilan tercapai, yang tidak boleh disalahgunakan dan diperalatkan untuk menyekat keadilan.
"Kerana itu Anwar tidak harus mengelakkan diri dari diadili dengan menimbulkan soal qazaf.
"Dia mungkin boleh mencuba melakukannya dengan undang-undang buatan manusia tetapi dia tidak harus menggunakan hukum Allah untuk mencapai ketidakadilan. Ia melanggar lunas Islam dan ini adalah berdosa," katanya.
nampaknya kerana Anwar, negara akan ada dua jenis undang undang, satu untuk golong terkaya dan terkenal, ada nama, satu untuk rakyat merhain..mana mana kes yang sepatutnya non-bailable di beri pengecualian boleh " bail" kerana orang yang nak di dakwa dari golongan terkaya dan terkenal dan ada nama...!
orang biasa merhain tak boleh... tak ada pengecualian?
Tak tahu bila beliau jadi PM nanti...sebenarnya dari degi rekod..kesalahan atas rasuah dan salah guna kuasa lebih merbahaya..dari liwat...salah guna kuasa ..jangan main main...
Syed Hamid kata polis " flexible"...ini lah keadilan sebenar nak di tegakkan oleh gulongan ini...
anwar vs shabery = ????
www.mencandat.blogspot.com
SAYA TAK PERCAYA TUN BOLEH MENANG BILA BERDEBAT DENGAN ANWAR...SEBABNYA KITA BELUM LIHAT MEREKA BERDEBAT..JADI TAK BOLEH KATA TUN ATAU ANWAR AKAN MENANG...SEPERTI DEBAT ANWAR DGN SABERI KITA BOLEH NILAI SENDIRILAH SIAPA YANG MENANG...JADI ADALAH BAIK DATO..SYORKAN SUPAYA ANWAR DAN TUN PULAK BERDEBAT...LAGI SERONOK...BARULAH TAHU SIAPA LEBIH HEBAT...
Dato Ron yang dihurmati.
Banyak yang bercakap tentang perpaduan Melayu! Oiii sudah berapa lama bangsa Melayu ini wujud di muka bumi ini? Sejak zaman Kerajaan Melayu Melakakah atau sebelum dari itu?
Harus ingat bahawa bangsa Melayu ini macam bangsa-bangsa lain juga di dunia. Ada penyatuan dan ada perpecahan. Ada yang berkroni. Ada pilih kasih. Ada jahat. Ada kaki buat fitnah. Ada kaki bunuh! macam-macam!
Rakan yang komen yang mengajak perpaduan hari ini, dulu tidak pernah pun bersuara untuk perpaduan Melayu setelah BN menang besar 2004. Berapa banyak pemimpin UMNO dari atas hingga ke kampung-kampung memboikot ahli-ahli parti pembangkang yang berketurunan Melayu. Dalam laongan perpaduan Melayu hari ini, masa ada di kampong kon (saya) seorang yang telah dapat bantuan membaikki rumah telah dibatalkan oleh JKK (Jin Kacau Kampong)yang terdiri dari semuanya ahli UMNO.
Jangan ura-urakan perpaduan Melayu selagi pemimpin UMNO semua perengkat jahat, sombong dan tamak!
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Dato Ron yang dihurmati;
Selepas PRU 12, bermacam macam 'kontroversial' timbul.Sebagai Rakyat Malaysia, saya amat sedih, kerana semua ini menyusahkan Rakyat.Orang orang yang merencana dan merancangkan ini semua, tentunya ketawa kerana berjaya mengalihkan penglihatan dan pandangan kita ke arah yang di mahukan mereka.
Saya berharap dan berdoa agar MEREKA ini sentiasa ketawa dan tidak akan henti henti ketawa hingga, insyaAllah menjadi GILA.
Percayalah, yang bersalah, jahat dan kejam, tentunya akan mendapat balasannya. Kadangkala balasan kerana bersikap zalim dan memfitnah akan dibalas ketika mereka masih hidup di dunia ini.
Semoga Saudara Anwar, (yang saya kenali semasa kita bersama sama dalam ABIM)dan keluarga bersabarlah dan marilah kita bersama sama bersembahyang hajat dan berdoa kepada ALLAH SWT.Semoga kita semua diberkatiNYA.
Assalamualaikum Datuk.
Nampaknya, masih ramai orang kita yang gemar membuat andaian dan tafsiran sendiri dengan hanya berdasarkan gerak hati dan kecetekan telahan akal masing-masing yang rata-ratanya bersandarkan hukum akal manusia biasa..
Daripada kita berbalahan sesama sendiri, apa kata kita semua buat solat hajat mohon Allah swt tunjukkan kebenaran dalam menentukan siapa benar dan siapa yang salah samada pemimpin UMNO/BN atau pemimpin PKR.
Kepada yang berada di pihak benar, mohon Allah lindungi mereka dan beri kekuatan untuk mereka serta diberilah kejayaan kepada mereka dari awal hingga akhir
Kepada yang mereka bersekongkol dengan pihak yang salah, berniat jahat dan zalim, mohon Allah laknati dan hancurkan semua antara mereka dengan segera, gagalkan segala usaha mereka dan seterusnya Allah timpakan bala yang tidak berkesudahan agar mereka sedar segala kesalahan dan menginsafi atas perbuatan mereka.
Sesungguhnya Allah jua yang Maha Berkuasa dan Mengetahui segalanya
Hakikatnya - APABILA DATANG YANG HAQ, NESCAYA YANG BATIL AKAN MUSNAH !..Insya-Allah!
Salam Dato',
Saya sebagai rakyat beragama Islam/Melayu ingin berkongsi pandangan saya tentang isu terkini politik semasa tanahair.Saya rasa banyak rakyat telah mula rasa bosan,mual dan telah mula keliru tentang perkembangan terkini.Bosan sebab kehidupan semangkin susah dan juga bermacam-macam teori konspirasi yang muncul.Tentang isu terkini DSAI saya rasa antara cara yang dapat dilakukan oleh DSAI untuk membersihkan nama beliau adalah cara bersumpah seperti yang dicadangkan oleh Mufti Perlis dulu.Mursyidul Am PAS Dato Nik Aziz juga bersetuju dengan cadangan ini,jika Mufti ini dikata memihak kepada BN saya rasa Dato Nik Aziz adalah terdiri dari pihak PR.Tiada apa yang perlu ditakutkan jika tidak bersalah.Mungkin benar DSAI difitnah.Dan bagi pensimpati DSAI tak perlulah terlalu taksub kerana hanya Allah maha mengetahui,DSAI sendiri dan juga budak Saiful Bahari saja yang tahu kebenaran ini.Bersumpahlah tanpa syarat,jangan kata di satu masjid,10 masjid bersumpah pun tak pe.Takut hanya pada Allah,tuhan semesta alam,mudah-mudahan Allah menunjukkan kebenaran kepada kita semua.Saya percaya jika DSAI tidak bersalah dan bersedia bersumpah tanpa syarat maka sokongan terhadap beliau akan bertambah dan saya juga percaya "HE'LL BE A GREAT LEADER AND A BETTER LEADER FOR OUR BELOVED COUNTRY".
Assalamualaikum,
Firman Allah: (maksudnya) “Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar” (Surah al-Nisa’: ayat 114).
Kata Mufti Perlis: Tiada siapa yang membenci hasrat ini, melainkan mereka yang membenci kebaikan untuk umat dan negara.
Salahkah saya membuat ajakan ini?
Adakah hanya kerana saya bukan ahli UMNO atau PAS maka pandangan saya bersandarkan ayat di atas tidak boleh diterima?
"Kejayaan bukan semata-mata apabila kita mengalahkan pihak lain"
Dato Ron
Pihak polis perlu jelaskan kenapa mereka memerlukan specimen DNA yang baru dari Anwar. Pada tahun 1998, mereka telah mendapatkan DNA Anwar untuk dibandingkan dengan DNA yang ditemui disebuah tilam. Sepatutnya, pihak polis sudah mempunyai profile DNA Anwar semenjak 1998 lagi. Dan profile tersebut boleh dibandingkan dengan bahan bukti baru yang ditemui.
In fact, di US, semua DNA convicted sex offenders disimpan di dalam database CODIS. Apabila terjadi kejadian rogol, mereka akan bandingkan DNA dari bahan bukti dengan profile DNA yang disimpan di dalam CODIS. Sekiranya polis Malaysia tidak ada database secanggih itu, takkan nak bukak fail lama kes Anwar pun susah.
Dan, dari informasi yan boleh didapati diwikipedia sendiri, kita tahu bahawa pihak polis tidak perlu dapatkan specimen DNA yang baru sekiranya profile DNAnya sudah ada. Bukan itu sahaja, pihak forensik juga boleh derive DNA profile dari DNA specimen yang berpuluh-puluh tahun.
Untuk memudahkan penyiasatan, saya cadangkan, Anwar buat DNA profile dengan pihak bebas. Dan DNA profile tu dibandingkan dengan DNA profile yang sedia ada di tangan polis. Sekiranya sama, maka bandingkan dengan DNA dari bahan bukti kes Saiful. Selesai masalah.
Sebenarnya, rakyat pun ingin sangat kes ini diselesaikan sebab kami juga ingin tahu samada Anwar seorang peliwat atau tidak.
Tetapi, saya harus bersetuju dengan Anwar, dari segi persepsi, pihak polis tidak boleh dipercayai. Apatah lagi dengan tindakan-tindakan polis yang menimbulkan banyak tanda tanya.
SALAM DATO..
KEPADA SAM...BERSUMPAH BUKANLAH CARA TERBAIK. SESIAPAPUN BERANI BERSUMPAH SEKARANG NI.SEKARANG NI ORANG DAH TAK TAKUT LAGI BERSUMPAH DAN BERSUMPAH TIDAK LAGI BERKESAN SEPERTI DIZAMAN SI TANGGANG DULU KERANA MEREKA SUDAH JAUH DENGAN TUHAN MEREKA...LEBIH2 LAGI SI SAIFUL YANG MASIH MUDA...APA SANGATLAH BERSUMPAH BAGI DIA...KACANG AJE. BILA2 MASA DAN DI MANA2 DIA BOLEH BERSUMPAH...PERCAYALAH
Salam Dato..
BIAR SAYA KOMEN TENTANG BERITA DARI Malaysiakini.com...
"PM: DNA yang ada, sudah lama"
Apa kaitan dan sebabnya DNA yang sudah lama tak boleh pakai lagi.
Sedangkan DNA dinasour atau mumia yang berumur berjuta atau beribu tahun masih lagi sama DNAnya...
Ini dah nak tuduh atau dah nak menjatuhkan hukuman...
Salam Datuk,
Majalah IslamicaMagazine menyiarkan Surat Terbuka yang ditandatangani oleh 43 orang ilmuan Islam, ulama, mufti, dan aktivitis Islam dari seluruh dunia yang mendesak agar kerajaan Malaysia melindungi kebebasan sivil Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang perlu anda buat:
1. Baca surat tersebut di http://www.islamicamagazine.com/
2. Selepas baca, jika bersetuju sokong (endorse) surat tersebut dengan memasukkan nama/e-mel anda di bahagian yang disediakan
Dear dato'
Fakta yang diberikan oleh momsaurus and others tu benar.
Without a new sample - we cannot produce a new code. It means that we cannot fabricate a DNA code (without being discovered). We cannot take any sample from Saiful and ask the computer to produce a DNA imprint that is identical to Anuar's. But if we splash anuar's blood, sperm, saliva etc on or inside saiful body - swap it with tissue, only then the DNA code will match the anuar's DNA imprint.
Police must not take anuar's sample. Just prove that the sample from saiful matched the recorded anuar's DNA record. Then the subject of fabrication doesn't arise.
Persoalan yang timbul yang menimbulkan keraguan dikalangan sebahagian besar rakyat adalah adakah benar sistem perundangan dan kepolisian benar benar bebas dalam ertikatanya yang sebenar.
Ramai bloggers pro BN yang berhujah bagi menafikan bahawa sistem kehakiman yang telah hancur dan kepolisian yang telah dijalangi oleh pemimpin BN demi mengekalkan kuasa mereka.Jangan menafikan hakikat ini kerana ini bukan tuduhan bersifat andaian tetapi fakta yang kita semua ketahui.
Jika benar badan kehakiman bebas, kenapa kertas siasatan yang membabitkan tokoh tokoh besar BN di bakulsampahkan?Umum mengetahui dan bukan andaian atau fitnah, bagaimana kes AP dikendalikan.Begitu juga dengan lapuran dari ketua audit negara yang terang terang membuktikan korupsi yang dilakukan oleh orang2 berkepentingan yang hampir dengan golongan pembuat dasar.
Persepsi rakyat menjadi begini kerana natijah dari perlakuan dan pelaksanaan badan kehakiman yang terang terang mengamalkan dasar penghakiman terpilih.Lihat sahaja kes Yong Teck Lee.Hanya kerana beliau membawa SUPP keluar dari pakatan regim BN, maka kes yang telah 20 tahun pun akan digali semula.Bagaimana jika YTL kekal didalam regim BN?
Ini sebenarnya persoalan yang perlu dibangkitkan,Bukannya dengan mengambarkan DSAI cuba lari dari sistem keadilan.
Kenapa mesti ada satu standard yang berbeza untuk mengadili seseorang? Bukan omongan kosong bagaimana jika rakyat mempunyai wang, kes yang besar pun boleh diselesaikan, walau pun bersalah.Ini sebenarnya yang terjadi diMalaysia.Jika dahulu senario polis, hakim dan penguasa yang rasuah hanya dapat kita tonton difilem hindustan, kini ianya menjadi realiti didalam kehidupan rakyat Malaysia.
Anwar bukan takut untuk diadili tetapi beliau dan rakyat tidak berkeyakinan akan mendapat pengadilan yang sewajarnya.
Jika memerhati kepada rentetan rentetan peristiwa sebelum dan selepas pertuduhan keatas DSAI di buat,bukan untuk memperkecilkan bloggers pro BN, tetapi pelajar sekolah tingkatan 3 pun akan dapat mengesan ada sesuatu yang tidak kena.
Dengar dengan telinga kelawar, lihat dengan mata burung hantu, baru jelas dan terang.Jangan mendengar dengan telinga gajah, harapkan besar sahaja.
Cuba baca secara menyeluruh kes kes berprofile tinggi.Jangan baca kes kecurian getah buku di kampung kampung dimana sudah tentu hakim akan membuat keputusan yang adil dan saksama.
Bagaimana dengan video "correct3 vk Linggam"?Bukankah itu bukti visual tentang kenapa badan kehakiman dipertikaikan? Bagaimana dengan bukti bergambar percutian Yusuf Chin dibiayai oleh VK Linggam?
Bagaimana dengan pengendalian kes bunuh warga Monggolia berbanding dengan kes bunuh insan2 lain di Malaysia?
Kenapa perlu ada dua satndard yang berbeza didalam pengendalian undang undang diMalaysia?
Ada juga yang berpendapat, "Kalau undang-undang dan kehakiman tidak langsung boleh dipercayai, negara kita sudah lama hancur."
Bukankah Malaysia sedang mengalami kehancuran sekarang?Mengapa masih menidakkan bahawa badan kehakiman telah lama luluh sebenarnya.Jika tidak, mana mungkin kerajaan BN membayar ex-gratia kepada 5 org bekas hakim.Ini adalah fakta, bukan teori atau andaian, jauh sekali konspirasi.
Pada aku, kebenaran tetap kebenaran.Bila timbul kebenaran, aku terpaksa menolak ego aku untuk menerima kebenaran.Aku tidak mahu menjadi seperti Abu Talib bapa saudara Nabi S.A.W.Beliau mengakui kebenaran yang dibawa Nabi S.A.W, tetapi tidak dapat menerima Islam kerana kedudukannya dalam kaum Quraish.Begitu juga kisah isteri Nabi Nuh A.S yang melihat kebenaran dihadapan mata, tetapi tetap menolak kebenaran semata mata kerana ego.
Benar, banyak blog dan website yang kontra kepada Anwar membuat berbagai bagai ulasan tentang Anwar.Tetapi jika diamati secara halus mengunakan frekuensi mata telinga kelawar, semuanya berasaskan andaian, hearsay semata tanpa fakta dan bukti yang benar2 jitu.Hanya kerana Anwar punya hubungan yang amat baik diperingkat antarabangsa, dikatakan Anwar akan menjual negara dan bangsa Melayu.Hanya kerana Anwar mampu membawa PKR melalui PRU12, dikatakan Anwar dibiayai oleh Yahudi.Apa punya fakta ini?Tunjukkan transaksi interbank yang boleh membuktikan ada dana luar yang menaja Anwar.Bank negara boleh akses kemana mana akuan individu.
Tuduhan keatas Anwar semacam cerita orang kampung yang melihat seorang Pak Haji melintas di depan kedai sport toto.Hanya kerana kebetulan Pak Haji tu lalu didepan kedai toto, maka tukang sebar fitnah terus bercerita sekeliling kampung, bahawa Pak Haji itu beli tiket sport toto.Inikah cara berfikir BN dan UMNO khususnya?
Perkara yang remeh temeh pun gagal dijawab oleh UMNO.Lihat bagaimana desakan untuk mendapatkan DNA baru Anwar.Yang peliknya, semua juak juak UMNO bersetuju seratus peratus dengan segala cadangan bodoh dan bahlul pemimpin mereka.Tanyalah pakar sains dari ceruk dunia mana pun, DNA manusia tak kan berubah walau beratus tahun sekali pun.
Ingat kenapa pengklonan manusia diharamkan oleh dunia?Ini kerana DNA Hitler, Mao Tze Dong, Mussolinni dan siapa sahaja boleh diambil dan manusia seperti Hitler, Mao Tze Dong, Mussolini boleh dizahirkan semula.Peliknya di Malaysia contoh DNA yang diambil hanya baru 10 tahun yang lepas telah dikategorikan sebagai lama.Apa punya kaedah yang digunapakai?Adakah terdapat agenda lain bagaimana DNA Anwar akan digunakan? Ingat satu perkara lagi, salinan repot yang menjadi hak sesiapa sahaja yang dituduh di mahkamah untuk mendapatkan nya masih belum diterima oleh Anwar.Kenapa perkara remeh seperti ini gagal ditangani oleh kerajaan.
Semua persoalan yang masih menjadi tanda tanya kepada rakyat yang masih mempunyai akal untuk berfikir inilah yang membuatkan rakyat hilang keyakinan kepada badan perundangan amnya dan kerajaan BN khasnya.
Anwar sudah terlepas dari kesalahan liwat era akhir 90'an, Walaupun dalam judgement ada tanda-tanda kesalahan, tetapi gagal dibuktikan beyond reasonable doubt. Boleh rujuk tulisan Mathias dalam beberapa sumber.
Dulu ada bahan bukti. Sepuluh tahun yang lalu.
Pada 2008 sekali lagi ada laporan terhadap Anwar dengan kes serupa. Tentulah sesuai bahan bukti dan pengesahan DNA dari koleksi terkini.
Bila Anwar takut, orang mula membuat pelbagai telahan. Kita pun turut faham kenapa Anwar takut dan mengelak.
Saya cenderung untuk mengatakan bahawa Anwar memilih untuk memanjangkan isu ini. Pendekatan politik Anwar mudah dibaca. Anwar ghairah mengaut publisiti yang maksima, dan publisiti itu dibiarkan terapung lama. Keengganan beliau wajar juga dilihat dari sudut itu.
Sandiwara Anwar seperti sudah-sudah adalah babak-babak yang panjang. Kali ini kita yakin tidak ada lagi insiden lebam mata untuk Anwar berpaut.
Tetapi mulut Anwar kini selancang dulu juga, seolah beliau mahu menguji sekali lagi ketepatan petua lama
"Kerana pulut santan binasa",
"Kerana mulut badan binasa"
D...Ron
Saya rasa lagi meriah jika dibandingkan dalam Blog DS Khir anak lelaki Toyo.
Kenapa Pak Lah telah menunjukkan akal yang terlalu pendek dan bodoh mengatakan DNA dulu sudah lama. Ramai kawan-kawan saya terutama dari kalangan Doktor tergelak besar...macam ni perdana menteri malaysia. Dia merasakan Pak Lah sepatutnya berhenti dari PM semalam. Pembuktian melalui kaedah DNA sebenarnya telah ada pembuktian perlakuan meliwad diantara yang peliwad dan yg kena liwad.Sekiranya tiada perlakuan meliwad kita tidak boleh menggunakan kaedah "Back Door" iaitu dimulakan dengan Kaedah DNA.Saya amat bersetuju dgn rakan saya Tuan Salehuddin Saidin bekas PP bagi kes Rahim Nor dan Kes Kenny Ong. Cuba rakyat dan semua blogger menghayati kembali kes Kenny Ong dan bilakah pembuktian DNA telah diambil.
Saya berpendapat sekiranya pembuktian melalui DNA dilakukan terlebih dahulu atau kaedah "Back Door" ini dilakukan.....keadilan keatas kes tersebut tidak tercapai kerana sesuatu kes tersebut perlu ada 'pemberat' yang maksimum iaitu kelakuan dan saksi dan baarulah disokong dengan kaedah pengujian DNA.
Semalam D.Shahrir telah mengatakan DSAI tidak menunjukkan kaedah yang lebih terperinci untuk menurunkan harga minyak. Betul semua orang dan termasuk saya sendiri sependapat sedemikian. Fikirkanlah debat hanya 52 minit...adakah ini dapat selesai masalah minyak. Tapi DSAI telah menggunakan sepenuhnya ruang yang ada untuk menerangkan untuk menerangkan sebaik mungkin kaedah menurunkan harga minyak. Disini saya mencadangkan supaya DSAI berdebat pula Dgn D...Shahrir pula berkenaan tentang kaedah yang lebih terperinci bagaimana kerajaaan PR boleh menurunkan harga minyak. Kerana saya berpendapat D...Shahrir begitu bodoh dan bengap sangat untuk menurunkan harga minyak dan dia sekarang digelar sebagai pakar menaikkan harga minyak. Ingat D....Shahrir ....org dikampung dan pendalaman sangat tertekan sekarang.
Saya harap rakyat bijak menilai perkara yang telah berlaku seperti Debat dan perbuatan meliwad. Saya hanya memberi pandangan sebagai salah seorang Pegawai pendakwa yang pernah menjalankan prosedur kes rogol.
D...Ron
Saya rasa lagi meriah jika dibandingkan dalam Blog DS Khir anak lelaki Toyo.
Kenapa Pak Lah telah menunjukkan akal yang terlalu pendek dan bodoh mengatakan DNA dulu sudah lama. Ramai kawan-kawan saya terutama dari kalangan Doktor tergelak besar...macam ni perdana menteri malaysia. Dia merasakan Pak Lah sepatutnya berhenti dari PM semalam. Pembuktian melalui kaedah DNA sebenarnya telah ada pembuktian perlakuan meliwad diantara yang peliwad dan yg kena liwad.Sekiranya tiada perlakuan meliwad kita tidak boleh menggunakan kaedah "Back Door" iaitu dimulakan dengan Kaedah DNA.Saya amat bersetuju dgn rakan saya Tuan Salehuddin Saidin bekas PP bagi kes Rahim Nor dan Kes Kenny Ong. Cuba rakyat dan semua blogger menghayati kembali kes Kenny Ong dan bilakah pembuktian DNA telah diambil.
Saya berpendapat sekiranya pembuktian melalui DNA dilakukan terlebih dahulu atau kaedah "Back Door" ini dilakukan.....keadilan keatas kes tersebut tidak tercapai kerana sesuatu kes tersebut perlu ada 'pemberat' yang maksimum iaitu kelakuan dan saksi dan baarulah disokong dengan kaedah pengujian DNA.
Semalam D.Shahrir telah mengatakan DSAI tidak menunjukkan kaedah yang lebih terperinci untuk menurunkan harga minyak. Betul semua orang dan termasuk saya sendiri sependapat sedemikian. Fikirkanlah debat hanya 52 minit...adakah ini dapat selesai masalah minyak. Tapi DSAI telah menggunakan sepenuhnya ruang yang ada untuk menerangkan untuk menerangkan sebaik mungkin kaedah menurunkan harga minyak. Disini saya mencadangkan supaya DSAI berdebat pula Dgn D...Shahrir pula berkenaan tentang kaedah yang lebih terperinci bagaimana kerajaaan PR boleh menurunkan harga minyak. Kerana saya berpendapat D...Shahrir begitu bodoh dan bengap sangat untuk menurunkan harga minyak dan dia sekarang digelar sebagai pakar menaikkan harga minyak. Ingat D....Shahrir ....org dikampung dan pendalaman sangat tertekan sekarang.
Saya harap rakyat bijak menilai perkara yang telah berlaku seperti Debat dan perbuatan meliwad. Saya hanya memberi pandangan sebagai salah seorang Pegawai pendakwa yang pernah menjalankan prosedur kes rogol.
Pelayar blog dijemput melihat video ceramah DSAI di Cheng, Melaka melalui link yang disertakan di bawah. Ceramah ini disampaikan DSAI selepas beliau dibebaskan dari tahanan polis (walaupun pada awalnya polis berjanji membebaskan beliau selepas soal siasat). Lihat kesemuanya dari Part I hingga Part III. Dengarlah penjelasan Anwar. Mungkin ia memakan masa untuk dimuat turun tetapi ianya berbaloi untuk kita lihat dan dengar dengan mata hati.
http://www.malaysiakini.tv/video/16087.html
Tak Sungguh Tak Kata
umno 4 ever
Tak guna diadakan debat antara DSAI- shahrir hanya semata-mata nak tau cadangan DSAI mengenai cara menurunkan harga minyak.
Elok lagi shahrir buat senyap-senyap satu seminar mengenai perkara ini. Shahrir bawak pegawai-pegawainya berbincang dengan DSAI dan penasihatnya. Tak cukup sehari boleh buat beberapa hari.
Tak payah nak heboh kat akhbar tak payah guna seminar itu untuk dapat political mileage. Seminar itu dibuat bagi emmbawa manafaat kepada rakyat.
bat8
"Elok lagi shahrir buat senyap-senyap satu seminar mengenai perkara ini..." ????
Alah... bukan di buatpun orang umno ni, cakap saja lebih. Suruh debat, semua berundur, si Shabery je offer diri. Bak kata DSAI: "Berat sangat ke YB YB ni nak berikan RM1B kepada rakyat.." Tapi kalau bagi ke orang umno, menadah semua....
Saya bersetuju dgn bat8...info terbaru yang saya perlehi. Buat untuk rakyat bawahan bukan untuk syarikat besar
Datuk,
Jgn jadi mcm PakLah dgn sindrom penafiannya - jgn nafikan DSAI adalah seorg figure di Malaysia bahkan di dunia. Beliau ada ramai penyokong dan pengaruh beliau semakin kuat.
Juga jgn mudah nafikan bahawa DSAI mungkin mangsa kepada percaturan politik fitnah & kejam, kecuali ada bukti jelas menunjukkan sebaliknya.
Lebih baik berdiam diri drp terlibat dgn fitnah sehingga terbukti segala kebenaran dan tersingkap segala yang terselindung.
Post a Comment