Thursday, July 31, 2008

ANWAR IBRAHIM TANDING PERMATANG PAUH?

Di bawah ini adalah dua berita terbaru mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Wan Azizah Ismail. Perkembangan ini dijangka memerisahkan suasana siasah Negara dalam tempoh terdekat ini,

WAN AZIZAH LEPAS PARLIMEN PERMATANG PAUH

KUALA LUMPUR 31 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman dibuat pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini sebentar tadi.

Dr. Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999 iaitu selepas selepas Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan setahun sebelum itu dan dihadapkan di mahkamah.

Kini Dr. Wan Azizah merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen.- The Star, 31 Julai, 2008 16:36 PM

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0731&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm

WAN AZIZAH KOSONGKAN KERUSI PERMATANG PAUH UNTUK BERI LALUAN KEPADA ANWAR

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuatkuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti.

Wan Azizah, 55, berkata beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya itu hari ini kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini yang turut dihadiri Anwar dan anak mereka, Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai, Wan Azizah berkata perkara itu telah dibincangnya dengan kepimpinan PKR dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. – BERNAMA, 31 Julai, 2008, 16:36 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=349697

12 comments:

mCrossings said...

Kita tunggu Ezam sahut cabaran bersama kotak2 Anwar.

Syahrulmanan said...

Salam Datuk,

Apalah agaknya pula org BN tengah fikir sekarang ini, waktu ini, untuk menghalang kemaraan Anwar ke persada pemerintahan negara?

Anwar akan ditangkap dalam masa terdekat?

Allah maha berkuasa..

PulaiBistari said...

Nah!! ahli2 umno yang dah menyampah sangat dengan PakLah, apa tunggu lagi.. ayuh tolong kempen bagi DS Anwar ambil alih kepimpinan negara. Lupakan isu liwat yang dibuat2, lupakan isu ajen amerika yang direka2, semua dah tau siapa sebenarnya penderhaka kepada negara, PakLah dan kuncu-kuncunya. Beliaulah yg bertanggungjawab menyebabkan Singapura naik muka.

Ezam, kih..kih.. kesian, biarlah dia tenggelam dengan kotak2nya..

Unknown said...

Never mind what... for someone always accused of sodomy, this is probably the only way he can get into Parliament anyway... through the "back door"...

atzmand said...

ye.. mari kita lihat sapa yg hilang wang pertaruhan..

mn said...

A.kum Datuk,

1. Bukan mustahil DSAI akan dihalang untuk bertanding kerana sifat 'poliTIKUS' oleh UMNO?

2. Jika DSAI tidak boleh bertanding, siapa penggantinya?

3. Saya cadangkan Mohd Sabu.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

LAMBAIAN PEPOPHON ANGIN BERBAHASA,
BERTIUP KE UTARA SEJAK PAGI;
SEPULUH TAHUN MENYEPI RASA,
PINTU PENJARA TERBUKAKAH LAGI?

Moga Perjuangan Dato Seri Anwar diberkati Allah.

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

Sutera Timur said...

Salam Datuk,

Kadg-kala situasi politik negara sekarg macam sarkas pun ada..dan mainan oleh ahli dan bekas ahli PKR....Ezam dan Anuwar macam tengah buat panggung opera politik
HA..HA....betul apa yg dikata oleh mmcrossing.....nampaknya cabaran Ezam ..telah disambut oleh Anuwar...kononnya sama-sama hebat ....cuma saya amat kasihan kepada rakyat Malaysia kini terpaksa melihat situasi cabar mencabar hanya kerana nak tunjuk kuasa masing-masing dan menghabiskan duit rakyat secara suka-suka dan membabi buta.Sebenarnya inilah yg pembgkg mahukan keadaan ketidaktentuan negara akibat kelemahan pihak pemerintahan masa kini.Nampaknya Malaysia sekarng asyik kena nak fikir fasal ahli-ahli politik bodoh ni semua ...kita macam dah tak ada hak nak fikir fasal pembangunan negara....dan bagaimana nak mengatasi masalah kemiskinan dan survival bangsa..pada masa depan ...terlalu..meluat ...dan menjelekkan.....

Halim.YJ said...

Langkah Yang Cukup Bijak :

1.Kerana Kak Wan dah berjanji kepada pengundi semasa pilihanraya untuk memberi laluan pada DSAI bertanding apabila DSAI layak bertanding.

2. Jika DSAI bertanding di tempat lain...maka akan timbul isu kerajaan tiga beranak.

3. DSAI adalah penyandang asal permatang pauh dan pengundi di sana lebih mengenali perjuangan DSAI.

Selamat BERJAYA...DSAI

Unknown said...

Saya cadangkan orang PKR baca posting kickdefella yang terbaru. Dalam tu ada didedahkan bahawa seawal April 2008 Abdullah dah tau DSAI akan diheret ke mahkamah Ogos 2008 ni. Mana Abdullah tau kalau bukan dia yang cipta konspirasi tumbangkan DSAI dengan kisah fitnah pasal liwat. Bacalah dan bagi tau ramai-ramai rakyat Malaysia bahawa kisah liwat ni adalah ciptaan Abdullah.

zeme said...

Salam Datuk,

Inilah sikap DS Anwar dari dahulu lagi. Sekejap cakap Bandar Tun Razak, sekejap pula Kulim-Bandar Baharu, tup-tup Permatang Pauh juga menjadi pilihan hati.

Apakah DS Anwar juga bersikap "Flip-Flop"? Itulah politik, politikus akan membuat apa saja keputusan bila dalam keadaan terdesak untuk kepentingan diri. Dalam konteks ini terdesak untuk menubuhkan kerajaan sebelum 16 September,takut tidak sempat pula untuk menubuhkan kerajaan seperti apa yang diwar-warkan.

Di kala umat Islam akan menunaikan puasa dan menyambut hari raya, DS Anwar pula sibuk untuk meraikan pilihanraya? Sudah semacam "desprado" kah untuk menjadi Ahli Parlimen seterusnya menjadi Perdana Menteri? Maka tepuk dada tanya selera.

Bak kata DS Anwar semasa menjadi Timbalan Presiden UMNO ketika merasmikan Persidangan Pemuda dan Wanita UMNO di PWTC pada 10 Oktober 1996 "GAGAL UMNO SURAMLAH MASA DEPAN BANGSA."

Wasalam.

Tayadih Maysia said...

Salam datuk,

mimpi ngeri kedua BN dalam tempoh 50 tahun, pertama pada tahun 1969. Moga-moga tahun 2008 ini tidak terjadi seperti tahun 1969.