PERSIDANGAN CAWANGAN, MUQABALAH DAN ABDULLAH
Jumlah cawangan yang berani mengemukakan usul supaya Datuk Seri Abdullah Badawi bersara daripada jadi Presiden UMNO kini meningkat daripada 48 kepada 56.
Berasaskan maklumat terbaru yang diterima oleh blog ini hari ini, senarai cawangan-cawangan tersebut adalah seperti berikut:
Cawangan Kelana Jaya Baru, Bahagian Petaling Jaya Utara, Selangor.
Satu cawangan (nama sebenar belum diperolehi) dalam Bahagian Muar, Johor.
Satu cawangan (nama sebenar belum diperolehi) dalam Bahagian Pokok Sena, Kedah.
Lima cawangan (nama sebenar belum diperolehi) dalam Bahagian Merbok, Kedah.
Sementara itu, cawangan dalam Bahagian Alor Gajah, Melaka, yang mengusulkan supaya bahagian tersebut tidak mencalon Abdullah sebagai Presiden UMNO (seperti dinyatakan dalam posting blog ini sebelum ini) adalah Cawangan Pekan Alor Gajah.
Jumlah cawangan yang berani mengemukakan usul supaya Datuk Seri Abdullah Badawi bersara daripada jadi Presiden UMNO kini meningkat daripada 48 kepada 56.
Berasaskan maklumat terbaru yang diterima oleh blog ini hari ini, senarai cawangan-cawangan tersebut adalah seperti berikut:
Cawangan Kelana Jaya Baru, Bahagian Petaling Jaya Utara, Selangor.
Satu cawangan (nama sebenar belum diperolehi) dalam Bahagian Muar, Johor.
Satu cawangan (nama sebenar belum diperolehi) dalam Bahagian Pokok Sena, Kedah.
Lima cawangan (nama sebenar belum diperolehi) dalam Bahagian Merbok, Kedah.
Sementara itu, cawangan dalam Bahagian Alor Gajah, Melaka, yang mengusulkan supaya bahagian tersebut tidak mencalon Abdullah sebagai Presiden UMNO (seperti dinyatakan dalam posting blog ini sebelum ini) adalah Cawangan Pekan Alor Gajah.
Diharapkan warga UMNO yang mempunyai maklumat mengenai cawangan-cawangan yang bertindak alternatif seperti di atas sudi melaporkannya kepada blog ini menerusi ruangnan komen atau e-mail kepada puteramaya@gmail.com
Sementara itu, renungkanlah beberapa komen berkaitan perkara ini seperti berikut:
Mata-Mata Pencen: Kalau pencalonan untuk penentang Abdullah sebagai Presiden tak cukup, maka sudah sahlah bahawa majoriti ahli UMNO mahu UMNO dikafan dan ditalqinkan selepas PRU13 nanti.- 28.7.8, 9:04 AM
Kluangman: Tun Dr Mahathir Mohamad (TDM) pernah “disalahkan” kerana melantik Abdullah sebagai penggantinya walaupun pada masa itu bukan sahaja TDM, tetapi seluruh rakyat tertipu dengan lagak “bersih”nya Abdullah. Jika Abdullah terus terpilih, maka gugurlah “kesilapan” TDM dan benarlah Abdullah terus dan lebih “bersih” dari dulu. Itu keputusan majoriti ahli UMNO. Selepas itu, adalah tanggungjawab bersama ahli UMNO untuk melihat parti mereka “ranap” atau terus tegak megah – 28.7.8, 10:47 AM
Tayadih Maysia: Kalau negara sampai dah nak tergadai, ekonomi menjunam, politik kucar-kacir, anak menantu pemimpin kaya raya pun masih nak sokong pemimpin itu juga, tak tahu lagi nak kata apa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.... – 8:11 AM, 28.7.8
Peon Pencen: Mana ada pemimpin besar di dunia yang mahu berundur secara sukarela melainkan TDM sahaja. Sebagai contoh, Presiden Suharto, Marcos dan Perdana Menteri Thaksin. Kesemuanya dipaksa berundur. Tempoh dua tahun yang dibuat oleh Abdullah bukan tempoh peralihan. Tetapi tempoh “cooling off” (meredakan suasana) dan atur strategi untuk menguatkan kedudukan. Selepas Perhimpunan Agung, kedudukan Abdullah akan nampak gah dan kuat kerana mendapat sokongan besar dari parti. Oleh kerana mendapat mandat penuh, Abdullah akan terus berkuasa sehingga PUR13. Selepas PRU13, Abdullah akan berundur. Sebelum berundur, beliau akan melantik seorang “menteri tua” sebagai PM. “Menteri tua” ini akan melantik KJ sebagai timbalannya. “Menteri tua” ini akan berundur sebelum PRU14. KJ akan di lantik sebagai PM. Semua ini tidak mustahil boleh berlaku kerana wang. - 5:08 PM, 28.7.8
Lamandau: Adalah amat sukar untuk menyingkir orang yang sedang berkuasa melalui proses demokrasi parti politik. Orang yang sedang berkuasa mempunyai beranika teknik, tektik dan pasarana untuk menentukan tekanan seumpama ini tidak akan memberi kesan. Sejarah UMNO menunjukkan bahawa tekanan ke atas presiden parti untuk berundur hanya akan terjadi sekiranya ada tekanan dalaman terdekat (inner circle), iaitu di kalangan Timbalan, Naib dan Ahli MT. Ahli di bawah boleh berteriak sehingga pecah kerongkong namun akan tetap tidak memberi kesan dalam usaha memaksa Pesiden parti berundur. Percayalah, Abdullah akan terselamat dalam PAU kali ini dan akan terus menerajui UMNO sehingga beliau dan keluarganya merasakan dah bosan, baru peralihan kuasa akan terjadi dan tidak semestinya beliau akan mengotakan janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada Najib! Kalau kita lihat perkembangan mutakhir ini, percubaan membabitkan Najib dengan isu-isu sekarang semakin ghairah diusahakan oleh mereka yang berkepentingan dengan menggunakan jentera yang sofistikated termasuk blogger(s) upahan yang juga menjadi pencetus atau penyebar dakyah tertentu. Saya menjangka usaha ini akan berterusan sehingga Najib tewas tanpa dapat meyerang balas kerana PAU telah berlalu. Jadi, apa opsyen terdedah kepada Najib dewasa ini? Tepuk dada tanya selera. Saya tidak percaya Najib bersikap naif menghadapi kemungkinan ini. Beliau mempunyai jentera yang kuat juga. Bagaimanapun, berapa kuat jentera yang ada, kalau tidak bergerak atau digerakkan, tidak mempunyai apa-apa erti pun. Jangan terantuk baru mengadah!!!- 9:05 PM, 28.7.8
Sang Rajuna: Sebenarnya pemimpin UMNO di peringkat cawangan ialah orang kecil yang tidak berpengaruh dan berkuasa berbanding dengan orang besar di peringkat negeri dan pusat. Jadi, dalam keadaan biasa, tanpa ada tokoh besar lain yang boleh menggerakkan mereka, mana mungkin mereka menentang keputusan yang diambil pucuk pimpinan UMNO? Ini bukan soal bodoh atau pandai. Tapi soal tidak ada kekuatan atau tidak berdaya kerana mereka telah begitu lama dikongkong oleh budaya feudal yang menghendaki mereka sentiasa patuh dan setia kepada orang atas yang biasanya dibayangkan tidak pernah berbuat salah! - 9:38 PM, 28.7.8
Berita Dari Gunung: Titah Tuanku Jaafar baru-baru ini wajar diberi perhatian. Tuanku melihat ada yang bersungguh mengekal kuasa, dan ada yang bermatian mengejar kuasa. Kuasa di tangan yang salah, adalah mudharat untuk negara. - 11:28 PM, 28.7.8
Sahabat: Beberapa minggu sesudah PRU12, seorang Hamba Allah menemui Abdullah untuk mendesaknya bersara. Abdullah memberitahu Hamba Allah tersebut, memang beliau memilih untuk berundur setelah PRU12. Tapi ada dua insan yang berjaya menghalang Abdullah. Ketika itu kedua-duanya sedang atur strategi. Kini kita sedang berhadapan dengan strategi-strategi tersebut. –2.00 PM, 27.7.8
Orang Dalam: Harap warga UMNO dapat membaca apa sebenarnya sebab ura-ura muqabalah UMNO-PAS. Nak selamatkan Islam dan Melayu? Nak selamatkan Malaysia? Nak selamatkan Abdullah? Nak cari alasan singkirkan Najib, Musa Hassan dan Gani Patel? Haji Hadi nak jadi DPM? Beberapa pemimpin PAS akan diatasi masalah kewangannya? Nak pujuk PAS masuk BN biar Abdullah ada majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat? Benarkah UMNO dah ada jawatankuasa tertinggi untuk muqabalah ini, siapa dia dan bila ditubuhkan? 3.15 PM, 27.7.8
Toyol: Biarkan Abdullah asyik dengan game politiknya masa ini. Kita tunggu apa yang akan berlau tak lama lagi. Mudah-mudahan agama, bangsa dan tanahair (alif, ba, ta) kita selamat. – 5.45 PM, 28.7.8
Renungkanlah seluruh komen dan info di atas dengan keinsafan yang dalam. Kalau ada yang masih samar-samar, kirimkanlah surat kepada Abdullah dan minta penjelasan daripadanya. Tapi ingat, apa yang perlu dilakukan, lakukanlah untuk menyelamatkan UMNO dan demi agama, bangsa dan negara!
Buat diri saya, info daripada Sahabat dan Toyol seperti di atas akan saya kaji dengan sedalam-dalamnya. Hanya sesudah itu Insya Allah saya akan menulis mengenai usaha muqabalah UMNO-PAS mengikut hasil kajian yang sedang saya lakukan sekarang ini. Buat sementara waktu, kita fokuskanlah pemikiran serta usaha kita kepada Persidangan Cawangan yang sedang berjalan di seluruh negara dan ikutilah berapa cawangan lagikah yang berani bersuara demi rakyat Malaysia seluruhnya. – Ruhanie Ahmad
13 comments:
Salam Datuk,
Ini usul2 pada Persidangan UMNO Cawangan Jalan Enggang 208 yang telah diadakan pada 26 Julai 2008 pada jam 8.00 malam bertempat di Dewan UMNO, Jalan Enggang dipetik melalui blog Pemuda UMNO Jalan Enggang Bahagian Ampang :-
http://pemudaenggang.wordpress.com/2008/07/28/2-usul-persidangan-umno-cawangan-jalan-enggang/
Selepas tamat persidangan Pemuda, persidangan peringkat cawangan bermula dan dirasmikan oleh Naib Ketua Bahagian UMNO Ampang iaitu Tuan Azman Bin Wahid. Ahli-ahli cawangan Jalan Enggang sebulat suara mengemukakan dua usul cawangan ke peringkat Bahagian iaitu:
1. Usul pertama - mencadangkan agar UMNO Ampang mencalonkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Presiden UMNO pada persidangan agung UMNO yang akan datang. Cadangan bersama usul ini ialah supaya pemilihan ahli dari Peringkat Majlis Tertinggi UMNO hingga ke jawatan Presiden hendaklah dipilih oleh setiap ahli UMNO yang berdaftar dan tidak terhad kepada perwakilan Bahagian ke persidangan agung UMNO. Pihak UMNO hendaklah menyediakan mekanisme bagaimana cadangan ini boleh dilaksanakan seperti pengenalan smart card UMNO bagi mengelakkan pengundi ‘hantu’ semasa pemilihan ahli MT UMNO.
2. Usul kedua - mencadangkan agar sekolah jenis kebangsaan melayu diperkenalkan semula. akibat senario politik hari ini, adalah munasabah sekiranya Sekolah Jenis Kebangsaan (M) diperkenalkan sama seperti konsep Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil). Ini disebabkan akhir2 ini, hak dan ketuannan melayu itu sendiri sering dicabar oleh kaum lain di Malaysia. Sikap ‘lebih-kurang’ dengan kaum lain telah menyebabkan hak dan maruah Melayu sering dicabar oleh bangsa lain. Cadangan utk memperkasakan semula tulisan jawi juga dibawa bersama usul kedua ini
Wasalam.
Salam Datuk,
Pengkhabaran terdapat lagi 12 Cawangan UMNO Bahagian Muar yang telah selesai bersidang sehingga Ahad lepas 27/07/2008 membuat percalonan mahukan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan Presiden Disember ini iaitu UMNO Cawangan Muarani, Bandar A, Bandar, Parit Perupuk Laut, Sungai Balang, Kampung Indah Parit Bugis, Seri Kemang, Sungai Kelat, Sungai Pulai, Seri Rahmat, Seri Pantai dan Paya Lebar.
Manakala 2 lagi Cawangan iaitu Seri Bendahara dan Long Mamat yang telah sama-sama bermesyuarat tidak membuat sebarang ketetapan.
Wasalam.
Salam Datuk,
Rentetan persidangan Cawangan UMNO, diberitakan keputusan dua Cawangan UMNO Bahagian Langkawi telah dibuat yang mana satu Cawangan mahukan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding Presiden manakala satu lagi mahukan Dato' Seri Najib Razak bertanding menentang Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Keputusan jelas tidak dilaporkan dalam media arus perdana.
Wasalam.
Assalamualaikum,
Terlinang air mata membaca article dato hari ini. Sungguh dari hati nurani. Dato, apa yg dato rasakan dan luahkan dan pendapat2 yg dato nyatakan sebenarnya ramai lagi yang merasakan perkara yang sama. Ramai di antara rakyat biasa dan ahli berfikiran sama. Menantunya dah lama dok menyuap2 untuk lobi jadi calon Ketua Pemuda. Sedih saya katakan disini dah banyak bahagian di Johor dah dijelajahi. Tataetika yg baru di buat pun tk ada halangan bagi si DIA. Sehinggakan pergi mesyuarat cawangan bawa pengawal mcm polis. Berapa banyak dia tabur tak tahu..ada kawan kerja di kementerian koperasi dan keusahawanan, gang2 setpol2 nie..ckp sekali dia tabur semua putih mata....bahagian benut pontian pun nk calonkan dia...sbb...katanya dah RM 1 juta diperuntukkan....tapikan Dato'...org umno jugak yg kabur dgn duit nie...org2 bawah2 nie..yg paling jahat bagi saya....spt bendahari dan setiausaha bahagian atau cawangan yg dok ambil duit2 nie....(ini maklumat dari kawan saya yg berada di benut)....Kalau nk tanya pengalaman saya..tahun 2000 atau 2001 saya tk berapa ingat...saya bekerja di restoran KFC bagan serai (sambilan cuti universiti) saya tgk sendiri wakil perwakilan dok bahagi2 bahagikan duit di antara mereka sebanyak RM 26 ribu.....(sebb yg dok terima tue...adalah kenalan rapat)..... UMNO hancur kerana politik wang.......
Salam Datuk,
UMNO Cawangan Parit 4 Timur, Bahagian Sabak Bernam Selangor telah mencalonkan Datuk Seri Najib (Presiden) dan Tan Sri Muhyiddin (Timbalan Presiden).
UMNO Cawangan Ciku Dua B, Bahagian Gua Musang Kelantan telah mencalonkan YBM Tengku Razaleigh(Presiden) dan Datuk Seri Najib (Timbalan Presiden).
Wasalam.
Dato' Ron,
Amat bersetuju dengan pandangan dan pemerhatian Dato'. Kita melihat saban hari berbagai kerahan,arahan,gertakan yang dikeluarkan agar cawangan2 jangan mencalonkan orang lain untuk jawatan presiden; untuk jawatan2 lain OK!! Selain kerahan, arahan dan gertakan itu, juak2 mereka sedang giat dan ligat dimerata tempat mengagihkan habuan dan pelincir!
Berdasarkan keadaan itu, adalah kerja sia2 kalau kita mengharapkan presiden akan bertukar orang menjelang Disember nanti. Tidak keterlaluan kalau dikatakan pada Disember nanti presiden akan diistiharkan menang tanpa bertanding kerana tiada calon lain yang layak dan berjaya melepasi kuota pencalonan yang diWAJIBkan bagi bertanding jawatan presiden.
Kalau ahli2 umno betul2 mahukan perubahan dan mahukan segala hasrat dan inspirasi ahli2 akar umbi berjaya, hanya ada satu cara sahaja... semua peringkat ahli/perwakilan hendaklah membawa usul dan mengundi usul MENGHAPUSKAN KUOTA pencalonan dan PEMILIHAN dilaksanakan oleh ahli2 dicawangan2 dan dijumlahkan oleh Bahagian masing2. Pemilihan secara terus dan telus oleh ahli2, bukan perwakilan kecil bahagian2 sahaja. Hanya dengan cara itu sahaja kehendak ahli2 akar umbi UMNO akan dapat direalisasikan. Kalau tidak, apa yang diusulkan oleh cawangan2 hanya seperti kata s/u agong umno (t. adnan mansor) beberapa hari lalu... kerja sia2. Kalau tidak diubah sistem,kaedah, cara dan peraturan pemilihan dalam umno, maka kecelaruan, penipuan,penindasan hak dan rasuah dalam umno akan terus wujud dan membarah "dulu, kini dan selamanya".
Salam Datuk Ron
Anak saya yang baru berusia lima tahun pun memalingkan muka setiap kali gambar Pak Lah tersiar di televisyen. Sekiranya ahli Umno masih setuju berketuakan Pak Lah selepas Disember ini, sahlah bahawa pemikiran mereka lebih rendah daripada seorang yang berusia lima tahun. Sekiranya pertimbangan seorang yang berusia lima tahun itu salah, bagaimana pula pertimbangan seorang yang berusia hampir 80 tahun lebih tua daripadanya yang juga bekas Presiden Umno dan PM selama 22 tahun.
Berapa banyak pun keris di dilimau, parang diasah atau lembing dikikir oleh cawangan cawangan, bagaimanapula nanti adakah akan ada hulubalang Melayu, Dayak atau Iban yang berani mengacu acukannya dan adakah ada pula Laksama Melayu yang berani bertikam secara berdepan dengan Dolah..
Atau Dolah sudahpun terkenal kebal tak lut senjata.. rasa rasanya macam tu lah kot..
Salam Datuk,
Sumber daripada Berita Harian:
PULAU PINANG: Seramai 50 anggota Umno bahagian Jelutong hari ini mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan pembubaran 17 cawangan di bahagian itu, baru-baru ini.
Ahli Cawangan Kampung Paya, Ahmad Din yang mewakili kumpulan itu mendakwa tindakan Umno Pulau Pinang menutup cawangan itu dilakukan tanpa usul periksa.
Hello brother,
Aku orang Muau aku dah lama dah benci dengan UMNO ni, tak tau kenapa. Sejak le bersekolah diHigh School Muar dengan Wahab Maskan,Hussin Pawiro, Yahya Kosai (aruah) dan lain lain lagi aku dah boring tengok UMNO ni.Aku rasa sekarang ni kan orang UMNO ni bebal belaka.......
Cuba jawab perkara berikut:
a. Siapa khianat royalti minyak kepada Terengganu bila Pas perentah?
b. Siapa yang halang ulamak ulamak berceramah dimasjid masjid?
c. Siapa yang hina ugama Islam dan nak makan sup tangan?
d. Siapa yang sekat perkembangan PASTI dan bantuan sekolah Ugama?
e. Siapa yang buat Islam Hadhari?
f. Siapa yang bagi P. Pinang kat apek?
g.Siapa yang bagi penyapu?
h. Siapa yang kata pembangkang sifar?
dan banyak lagi soalan yang UMNO tentu tak boleh jawab.
Sekarang ni nak muzakarah dgn PAS pulak bila kalah.......muka tak malu.......Aku nak gantong pisang bila parti UMNO dikuburkan terus...parti SIA.
Kawan rasa UMNO ni akan hancur tak lama lagi. Kawan dengar cerita, muqabalah UMNO-PAS bukan apa-apa tapi jalan Dolah nak tipu PAS supaya dia jadi kuat di parlimen. Lepas tu, Dolah nak berkuasa lebih lama sampai menantu dia readu jadi PM. macam ni tak haru-biru kita semua?
Saya pun macam Walimuar. Dah fedup dan jelak dengan gelagat segolongan orang UMNO. Cakap lain, buat lain. Orang suruh berhenti dia nak bertahan untuk berkuasa. Orang kata berjuang untuk bangsa. Dia orang berjuang untuk perut dan keluarga. Kalau macam gini kita biarkan saja UMNO jahanam dalam PRU13. Tapi kalau siDolah bersara, saya naik semangat semula.
Dollah memang ada cakap minta BPR pantau mesyuarat UMNO kali ini. Tapi ini cakap kosong je. Buat sedap mulut je. Hakikatnya, Dollah tutup mata sebelah. Lepas ni bila ada orang lapor pada BPR nanti BPR kata tak cukup bukti. Lepas buang kes. Pi mai pi mai tang tu lah jawabnya. back to square one...Macam mana kita nak percaya cakap-cakap Dollah macam ni? Macam mana warga UMNO tak peduli kisah pembohongan macam ni?
Post a Comment