KE MANA AKHIRNYA NAJIB?
Kiriman Spycatcher-03
Peralihan kuasa di Malaysia dewasa ini digagaskan kerana rakyat jelata tidak sukakan Perdana Menteri dan ahli UMNO tidak sukakan presiden parti yang tidak berkesan dari segi kepimpinan dan pemerintahannya.
Matlamat utama peralihan ini adalah mengembalikan keyakinan rakyat selepas kekalahan teruk dalam PRU12 kepada kerajaan dan UMNO yang diterajui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ia juga bertujuan membolehkan pengganti Abdullah melakukan konsolidasi untuk memeta stretegi dan persiapan menghadapi PRU13.
Tekanan terhadap Abdullah menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak adalah berlandaskan matlamat di atas. Najib memerlukan tempoh secukupnya untuk proses konsolidasi berkenaan bagi memastikan prestasi BN yang lebih baik dalam PRU13.
Najib juga memerlukan waktu secukupnya kerana keadaan ekonomi semasa yang kian merudum akan menyukarkan beliau meyakinkankan rakyat terhadap kemampuan parti dan kepimpinannya menangani isu ini sebelum PRU13. Tempoh ini juga diperlukan supaya Najib mampu mengatasi isu kredibiliti dirinya yang kelihatan makin meruncing.
Jadi, adakah tempoh peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah ini adil dan menepati tujuan asalnya? Oleh kerana Abdullah nyata tidak lagi berkebolehan untuk memimpin negara ini, mengapakah harus dilengah-lengahkan lagi proses peralihan yang wajib beliau lakukan ini?
Gimik Politik
Pada hemat saya, pengumuman tempoh peralihaan tersebut hanya dibuat oleh Abdullah untuk memenuhi tekanan semasa daripada rakyat. Ia juga sekadar untuk meredakan tekanan ke atas diri Abdullah.
Jadi, kenapakah Abdullah masih mahu mengekalkan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan Disember 2008 nanti? Mengapakah setiap hujung minggu Abdullah mengaturkan (diaturkan?) perjumpaan dengan ahli UMNO akar umbi, walaupun ini menyalahi etika UMNO?
Indikasi kepada semua tindakan ini ialah Abdullah mahu terus berkuasa. Pengisytiharan tempoh peralihan kuasa yang beliau umumkan hanya satu gimik politik untuk menentukan Najib tersepit dan berada dalam dilema.
Sementara itu, siapa dapat memastikan bahawa proses untuk merobek kredibiliti Najib tidak mungkin diteruskan, satu demi satu, sehingga Najib tidak bermaya untuk menepisnya dan mungkin menyerah kalah kepada persepsi yang amat negatif. Pada waktu yang sama, tiada siapa juga dapat memastikan kemungkinan Najib terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Jika ini terjadi, Abdullah akan mempunyai alasan untuk membatalkan niatnya menyerahkan kuasa kerana tiada mempunyai pengganti yang difikirkan matang untuk mengambi alih darinya.
Justeru, Abdullah pun akan terus kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri walaupun akan menghadapi risiko ditolak oleh rakyat dalam PRU13.
Perlindungan
Kemungkinan senario ini berlaku adalah amat besar memandangkan faktor kegelojohan orang-orang terdekat Abdullah untuk mendapat tempat di persada kuasa.
Anehnya, kenapakah Najib seolah-olah akur sahaja dengan arrangement ini? Mungkinkah kerana beberapa sebab tertentu? Mungkinkah Najib berfikir inilah ganjaran for being loyal?
Mungkinkah kerana ancaman terhadap kredibilitinya ketika ini begitu bertubi-tubi, Najib pun menganggap pengumuman peralihan kuasa ini sebagai peluang terbaik beliau untuk berteduh di bawah perlindungan Abdullah bagi tempoh dua tahun ini?
Atau, mungkinkah Najib beranggapan Abdullah tidak tega merestui sebarang tindakan undang-undang terhadapnya? Sebab itukah Najib mungkin menyifatkan Abdullah sebagai penyelamatnya?
Kalau inilah pendirian Najib, saya menganggap beliau bersikap naïf dan lari dari tujuan asal untuk membetulkan keadaan UMNO dan negara akibat angkara kepimpinan Abdullah.
Maka, tidakkah Najib sedar bahawa ada jari-jemari lain yang sedang merangka untuk berkuasa (sudah tentu dengan bantuan Abdullah)? Tidakkah Najib sedar bahawa beliau berada di final curtain? Tidakkah Najib sedar bahawa beliau tidak mungkin jadi Perdana Menteri dalam keadaan sekarang?
Muhyiddin
Oleh itu, apa akan jadi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin? Adakah beliau akan berpuashati mengekori rentak Najib untuk tinggal ditakuk lama? Setahu saya, Muhyiddin mencetuskan isu peralihan kuasa ini sebagai tindakan segera mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan.
Kalau tempoh peralihan tersebut terlalu panjang, sudah tentu ia menjejaskan proses mengkonsolidasi yang dirancangkan. Jadi adakah wajar Muhyiddin berdiam diri?
Bagi saya, kesanggupan Najib untuk menunggu proses peralihan kuasa yang begitu lama ini mengesahkan bahawa beliau hanya inginkan jawatan dan pangkat sahaja.
Jadi, tujuan asal untuk menyelamatkan UMNO dan negara menjadi sekunder bagi Najib. Beliau harus sedar kesuntukan masa untuk mengkonsolidasikan UMNO hanya akan mengundang keputusan yang amat negatif dalam PRU13 kelak.
Dalam masa dua tahun Najib tidak mungkin sempat untuk membuat sesuatu yang boleh meyakinkan rakyat supaya kembali menyokong BN dan kerajaan. Jadi, relakah Najib jadi Perdana Menteri hanya bagi tempoh dua tahun sahaja? Ini mungkin akan berlaku kerana parti pembangkang telah mendapat momentum yang begitu tinggi ke arah memenagi PRU13!
Saya harap Najib fikir masak-masak dan gunakanlah kepintaran think-tank beliau untuk membuat keputusan demi kepentingan agama, bangsa dan tanahair. Jangan biarkan Muhyiddin mengambil tindakan berasaskan opsyen yang terdedah kepadanya secara individu. - Spycatcher03, 9:50 AM, 13 Julai 2008.

30 comments:
Dear Dato Ron,
Abdullah seems to tie his tenure with projects. He more than once mentioned about wishing to see the RMK9 projects through. Now, thats what he has in mind.
To understand Abdullah's mind on that level, we have to get used with dollar and cents attached with projects. Understandably, most projects earlier on were awarded on direct nego basis.
Nobody complains about the speed of awards, because that will probably shorten the total project duration. But in most cases, projects are delayed, and the cost swells to unimaginable sum. At times the cost doubles. All because of that little thoughtless signature.
But Malaysia is rich, therefore increase in cost can easily be absorbed. Accountants will be quick to point that, it would lead to lesser number of projects.
Are projects in Abdullah's view and mind crucial to the survival of this country?
When people are left on their own to face the burden of price hike, then we do understand that not all projects are seen as a management tool for the betterment of Malaysia and Malaysians.
Focussing on completion time and total cost will dilute the essence of projects. Are they really good.
If projects are too important to Abdullah in whatever way his thinking and strategies are, let us spare him 2 years. He earnestly need that spree of freedom.
BN, Umno, Elections are hindrance to the free flow of concepts, strategies and power. But at the untouched corners of the Big Hall, are walls for achievement and sincerity.
Let the folks decide what they think of their own Abdullah, even if it is not always sweet. An early exit will allow honey to retain its sweetness, otherwise it will turn sour and thrown out the window.
Thanks.
A.kum Datuk,
1. Saya rasa lebih baik Tan Sri Muhyiddin beranikan diri untuk bertanding jawatan Presiden.
2. Jika beliau menang, ketepikan terus Pak Lah dan Najib dalam kamus UMNO selepas itu.
3. Maka akan ujudlah UMNO yang berwajah baru selepas itu.
http://suarasukj.blogspot.com
KEMANA PERGINYA NAJIB...Seperti kata Hang Tuah "Tak Melayu hilang DiDunia"...Mungkikah Najib akan menghilang seperti Hang Tuah sama-samalah kita tunggu...Mengikut fakta atau teori asal-usul Hang Tuah...Hang Tuah dikatakan bukan berasal dari Tanah Melayu iaitu dari Tanah Besar China. Jadi ke mana Hang Tuah menghilang mungkin kita dapat ketahui...iaitu mungkin Hang Tuah melarikan diri ke China. Najib sukar untuk diketahui...
Dgn penyertaan Hishamudin dan yang terbaru Khaled Nordin, Muhyiddin harus menyemak semula kedudukannya. Andai trend pengundian 1996 diambilkira, tidak mustahil ketiga-tiga calon VP dari Johor akan ditunjukkan jalan keluar. Tapi awas, jika trend pemilihan 2000 digunakan pakai, calon selain dari Muhyiddin I would say "BYE BYE"
Salam Dato'
Nampaknya Dato' juga sedar taktik "mendera Najib" oleh Abdullah melalui tempuh peralihan kuasa yang terlalu lama.
Najib sendiri berada dalam kepayahan yang amat sangat sekarang ini. Dan tidak mungkinkah dalam masa dua tahun dihadapan, kepayahan yang lain pula datang menimpa-nimpa?
Malaysia belum pernah mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri yang kaya dengan skandal dan gossip seperti Najib.
Selain isu-isu yang telah terbongkar sekarang ini, mungkin ada lagi yang tersembunyi yang belum khalayak umum ketahui. Entah berapa banyak isu yang mengelilingi diri Majib ini. Maklumlah dia telah pun berada dalam kerajaan sejak "remaja" lagi hinggalah rambut pun dah beruban. Tentulah sedikit sebanyak terdapat lubang-lubang kelemahan yang boleh dieksploitasi oleh lawannya.
Dan hanya dalam masa dua tahun kehadapan, mampukah Najib mandi klorox setiap hari supaya nampak putih bersih dimata rakyat Malaysia? Dan pakah yang putih pada badan Najib itu suatu yang pasti bersih?
Pokoknya, saya juga setuju dengan tanggapan Dato' dimana sekarang ternampak sangat Najib sedang kuat bergayut nasib dengan Abdullah. Hanya belas ihsan Abdullah sahaja yang mampu meredakan keresahan yang hebat melanda Najib menghadapi isu semasa.
Abdullah sudah berjaya meredam pesaing terdekatnya. Yang tinggal sekarang ia-lah cabaran yang datang dari Tengku Razaleigh. Usaha "membasuh" cawangan dan bahagian amat rancak berjalan. Abdullah juga nampaknya berusaha sedaya upaya bergayut pada undi bonos yang akan menyelamatkan dirinya daripada cabaran Tengku Razaleigh.
Namun jika mood pengundi PRU 12 masih tebal dan sewajibnya masih membara dalam dada ahli-ahli Umno, undi bonos ini juga tidak akan memberi guna kepada Abdullah.
Kita semua telah saksikan bahawa undi bonos ini pernah mengecewakan bekas Timbalan Presiden. Apakah tidak mungkin pada kali ini Presiden pula yang akan tersungkur kerana kempunan undi bonos?
Bagi Najib, untuk menzahirkan "kebersihan" dirinya yang sebenarnya amat putih bersih itu, maka jalannya ia-lah dia mesti merebut jawatan Presiden. Jika benar-benar dia bersih, tidak akan ada lagi mana-mana pihak boleh mencemarkan keputihannya itu.
Dan jika dalam proses perebutan jawatan Presiden itu, tiada siapa yang mampu mencetuskan lagi isu-isu besar yang baru terhadapnya, maka sebenarnyalah Majib ini bersih orangnya.
Tetapi jika dia tidak bertanding jawatan Presiden, tetapi masih mampu meraihnya melalui peralihan daripada Abdullah seperti dirancangkan (jika jadi kenyataan) persepsi dirinya memang sukar untuk dilihat dan nampak macam bersih.
Nampaknya orang seperti Spycatcher adalah lebih bijak berbanding pemimpin-pemimpin UMNO dalam membaca gerak langkah dalam UMNO.
Memang betul pun, kalau saya pun saya sudah menjangka yang Najib bukan berminat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dan UMNO, dia hanyalah mahukan kuasa dan jawatan, seperti juga orang-orang lain di dalam UMNO.
Dan bila semuanya berakhir pada PRU13, maka tinggallah UMNO sebagai artifak sejarah yang dikelubungkan dengan kain kuning dan diletakkan di muzium di Johor sahaja.
Berjuang biarlah ikhlas. Syahid untuk agama, bukan mati katak untuk pangkat.
Dalam sebuah parti dan negara yang sudah begitu dicemari oleh budaya rasuah, kronisme dan salah guna kuasa, saya tidak melihat peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada Najib (atau kepada siapa saja) sebagai perkara yang terlalu penting.
Dalam budaya politik yang demikian, sebenarnya "tidak banyak" yang boleh dilakukan oleh seorang PM yang baru.
Dia akan mengulangi "kesalahan yang sama", kerana tidak dapat menghindari budaya rasuah, kronisme dan salah guna kuasa yang sudah begitu berleluasa.
Oleh itu, biarlah Pak Lah jadi PM dua tahun lagi atau berapa lama yang beliau mahu!
KINI TEORI MEMBUNUH DUA EKOR BURUNG DENGAN SEBIJI BATU SUDAH SELESAI....WUJUD TEORI BARU PULA MEMAKSA SATU PASUKAN BOLA SEPAK TEWAS UNTUK MEMBERI KEMENANGAN KEPADA PASUKAN YANG TIDAK BERTANDING...ITUPUN HAMPIR SELESAI..APAKAH ADA TEORI BARU SELEPAS INI SAMA-SAMA KITA TUNGGU...
TS Muhyiddin udah tiada pilihan lain lagi! Sebagai seorang yang cintakan negara dan bangsa, sudah pasti berani berkorban. Sehingga kini pun beliau telah meletakkan dirinya 'in firing line' jadi sekiranya Najib 'takut' nak berkorban, apa salahnya bagi Muhyiddin kedepan. Bukan untuk jawatan, tetapi 'to walk the talk' untuk membetulkan keadaan yang telah dikenalpasti disebabkan kepimpinan Pak Lah. Saya percaya ramai dikalangan ahli umno yang mungking akan menjadi perwakilan akan memberi sokongan kearah itu. Kami ahli Umno hanya menunggu wira yang berani tampil mencabar kepimpinan sekarang, dan kami tidak berganjak untuk memberi sokongan. Adakah wira itu Muhyiddin?
Salam Datuk Ron
Pak Lah dan Najib sama taraf dari segi mengecewakan ahli Umno khususnya dan rakyat Malaysia umumnya apabila hanya mereka berdua berunding dan kemudian bersetuju untuk melakukan peralihan kuasa dalam tempoh 100 minggu. Kalau sebelum ini memang dengan Pak Lah orang dah berputus harap, kali ini Najib turut memalitkan diri bersama-sama. Setiap kali dipetik kononnya inilah tradisi Umno sedangkan hakikatnya terlalu jauh dari apa yang dicatat dalam sejarah. TDM tidak pernah mewarwarkan tempoh peralihan kuasa kepada timbalannya pada 2002 atau sebelum itu. Timbalannya yang tak pernah bersedia, sehingga sekarang pun, menggalas tanggung jawab, yang beria-ia mahukan tempoh peralihan. Itu pun cuma memakan masa setahun.
Sekiranya DSN terus dengan keputusannya untuk akur dengan tempoh peralihan ini, dia akan dilakar sebagai pemimpin kelakar yang hanya mementingkan jawatan dan kedudukan semata-mata dengan mengetepikan kepentingan parti serta negara dalam tindak tanduk politiknya. Dengan itu, amat wajarlah DSN turut diketepikan bersama-sama Pak Lah serta menantunya.
Belum terlambat untuk DSN membetulkan keadaan untuk tampil berpencak di dalam gelanggang kerana itulah juga harapan gurunya yang selama ini memayunginya dalam politik selama 32 tahun. Bukan Umno yang menjadi persoalan utama di sini. Negara memerlukan pertukaran kepimpinan dalam tempoh singkat untuk bersedia menghadapi krisis yang sedang mencengkam dan akan terus muncul sebagai gelombang dalam arus globalisasi.
Apa yang kita harapkan dari Dolah, jika kita ragu ragu maka keraguan itu juga harus ada pada Najib, dia pengikut setia Dolah dan sama sama merosakkan UMNO dan orang Melayu, dia menyatkan 'yes' pada tindakan Dolah malah dia ikrar setia pada parti Dolah. Tanpa Dolah dan Najib, UMNO tidak rugi, tidak pelik dan tidak akan gagal kerana mereka berdua adalah perosak sebenarnya.
Ahli ahli harus mengambil tindakan tsunami merubah senario politik Melayu yang lebih segar dan berwajah baru. Muhyiddin, Rais dan Khaled Nordin adalah antara nama nama yang mampu mewarnai semula UMNO.
Saya berharap Dato' dapat menjadikan blog Dato' sebagai satu landasan untuk suarakan ke seluruh pelusuk negara bahawa "UMNO akan lebih segar dan berwajah baru tanpa Dolah dan Najib yang mengkhianati bangsa Melayu". Biarlah pemimpin lain yang mengambil alih walau sekecil manapun pemimpin tersebut.
UMNO tidak memerlukan pemimpin yang mempunyai nama hebat tetapi 'koro' dalam bertindak.
Dato'
Saya amat bersetuju dgn encik spy, ramai orang mengatakan Pl seorang yang lemah tetapi dalam lemah itu, dia telah berjaya memperdayakan Najib.Maksud saya, PL memang tertekan dengan desakan, dan dia tahu Najib juga ada peranan tertentu dalam hal ini, jadi, untuk meredakan tekanan, dia pulangkan semula pressure tu kepada Najib. Akhirnya, Najib juga yang terkedu !!!
Pada saya, PL sebenarnya sedang merancang sesuatu agenda besar, untuk dirinya dan para kroni. Dia sendiri berterus-terang,ada kerja yang perlu dibuat dan diselesaikan, seperti biasa dia menggunakan RMK 9 sebagai payung lindungan tetapi rakyat umum pun sudah mengetahui RMK 9 masih merangkak-rangkak dalam kekalutan.Jadi, apa kerja yang nak dilakukan dan dibereskan PL?
Tentang Najib, jika beliau menunggu 2 tahun lagi, nasibnya samalah macam dalam filem Seniman Bujang Lapok, " tunggu, punya tunggu, punya tunggu, sekali...". Bacaan saya pulak, Najib sebenarnya keseorangan sekarang,tambahan pulak, dahi beliau masih jelas terpapar cop Tun, dan cop itulah sebenarnya yang membuat Najib menjadi patung mainan bagi PL yang sememangnya sangat tidak berkenan, apa-apa sahaja berkaitan dengan Tun !!!
Dato Ron yang dihurnati,
Datuk kon dulu pesan;
Kalaulah nak ayam masuk gelangang, carilah ayam sabung, kalau ayam daging lebih baik siram air agar basah dan beratnya bertambah bila ditimbang jual nanti!
Najib susah nak lawan Pak Lah, kerana Najib termashur kerana ayahnya Tun Razak!
Kon pun ada tulis dalam blog kon tentang Pak Lah beri Najib 2 tahun berpantang!
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
salaam datuk
sedih melihat mentaliti pemimpin sekarang..pertamanya sikap YES BOSS dikalangan pembesar2 umno..di satu sudeut yg berbeza, betul lah sbb utk menghormati pimimpin kita, jadi sikap najib munkin bolej dipuji.
tapi ibarat pepatah melayu, raja yang baik disembah, raja zalim disanggah..mengibaratkan PL sbg raja kini, tidak ada salahnya jika najib melawan boss nya..
malah najib yg sudah ada cop TUN juga harus sedar jika dia terus bersikap begini maka orang juga akan anggap dia sebagai penerus tradisi pak lah yg mmg org benar2 benci ketika ini.
maka najib sndiri perlu berani untuk membuat 1 quantum leap agar dia dapat menunjukan kpd org lain bahawa dia ada ketegasan untuk menjaga org melayu dan membawa Malaysia ke arah yang lebih di hormati. apatah lagi dunia kini sedang berdepan dengan kelembapan ekonomi dunia dan dijangka kesan yang lebih parah pada masa depan jika tiada usaha pro aktif diambil. jadi bayangkan beban yang najib perlu bawa lantaran 'kebijaksanaan' PL mengurus ekonomi malaysia.
PL terus hidup dalam dunianya, ibarat sedang enak dipeluk isteri dengan mengatakan beberapa kali ekonomi malaysia berada dalam keadaan stabil sedangkan ramai diantara pakar ekonomi berpendapat sebaliknya. malah di dlm blog tun Mahathir sendiri, tun juga telah membuat beberapa kesan yang dijangka berlaku di Malaysia..
jadi apa salahnya jika Najib berani sedikit dengan melawan pemilihan UMNO nanti kerana sekurang kurangnya beban pada 2010 mungkin tidak seteruk yg bakal ditanggung..
saya yakin, ramai sudah pemimpin akar umbi yang inginkan perubahan...dan perubahan hanya berlaku dari keberanian dr Najib. jika Najib terus begini, saya yakin dia akan dicop sebagai PAK LAH no 2 kerana hanya mengkikut kata telunjuk boss nya.
jika najib bertindak melawan boss nya untuk pemilihan UMNO akan datang saya akan berasa begitu bangga kerana sekurang2 nya kita masih ada pemimpin melayu yang memikirkan nasib bangsanya, agamanya, dan negaranya...datuk, maruah semua pembesar omno sudah teruk lantaran sikap mereka yang tidak mengindahkan kehendak rakyat..tetapi jika najib berani, saya yakin persespi rakayt terhadap umno akan berubah sama sekali...
tq
Salam Dato Ruhanie,
Permainan politik adalah permainan berulang dan boleh diramalkan. Jika sistem pemilihan tidak dipulihkan maka saya jangka tahun 2010 adalah satu helah yang dapat kita bayangkan yang akan berlaku. Saya berpendapat kini tiba masanya kita memulakan semula sistem yang benar-benar telus dan ikhlas iaitu mulakan kembali sistem pemilihan bagi semua jawatan terutama Presiden dan Timbalannya. Insya Allah dengan izinnya akan ada pemimpin yang benar-benar ikhlas untuk menentukan kesejahteraan pengikut-pengikutnya didunia dan diakhirat.
Kita perlu "reset system" dan "break the vicious circle". Sekian sehingga lain kali.
Datuk KK
kalau ikut pendapat saya, TSM kena tanding Post No. 1 terus. Najib dia punya pasai kalu dia buat malu-malu kucing...asyik nak play safe je...
saya ada blog pasai TSM jumaat lepas.
Salam...
Hmmm....masalahnya sekarang ini, Najib ada think-tank ke? Setelah Razak Baginda kena cekup.
Kemudian, ada ke yang sanggup jadi atau bekepit dengan Najib setelah musibah yang terjadi kepada Razak Baginda?
Siapa laaaa think-tank Najib sekarang ni....
Pada hemat saya, yang perlu dipersalahkan adalah orang sekeliling beliau yang memberi nasihat dan panduan yang salah! Mereka inilah punca segala-galanya!!
Salam Dato',
Sekarang pemimpin dan ahli UMNO perlu berani dan tidak lagi berselindung dalam apa jua situasi. Bila seseorang pemimpin telah mengisytiharkan kesediaan untuk bertanding, sememangnya mereka telah bersedia untuk memegang amanat. Itulah kejujuran dan keberanian seorang pemimpin.
Seperti yang kita sedia maklum, Pak Lah, Tengku Razaleigh dan Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kesediaan mereka bertanding jawatan tertinggi parti Disember ini. Tapi bagaimana pula Najib yang terus-terusan berlagak "play safe" yang jelas tidak nampak keyakinan diri sebagai pemimpin?
Pak Lah mengumumkan akan mempertahankan jawatan Presiden yang diwarisi sebelum ini, Tengku Razaleigh juga telah mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden sekiranya percalonan mencukupi dan Muhyiddin Yassin juga menyatakan kesediaan bertanding jawatan Timbalan Presiden. Mereka² inilah sebenarnya yang berani untuk memikul tanggungjawab setelah mempertimbangkan segala aspek sebelum menawarkan diri. Maka ini lah sebenarnya sikap seorang pemimpin, berani dengan keputusan yang dibuat dan bertanggungjawab. Sebaliknya Najib masih mendiamkan diri hendak kata Ya pun Tidak, hendak kata Tidak pun Ya. Sekurang-kurangnya Najib perlu bernai menyatakan pendirian beliau. Sekiranya pendirian sendiri agak susah untuk dinyatakan, bagaimana pula hendak menyatakan pendirian Negara satu masa nanti selaku pemimpin. Jelas Najib lebih gemar "play safe" dan tidak berani bergelar seorang pejuang.
Lihat saja kerjaya politik Tengku Razaleigh tidak pernah berakhir meskipun beliau pernah tewas kepada Tun Dr Mahathir 1988, kerana pertandingan tersebut berlandaskan keutamaan perjuangan parti bukan untuk kepentingan peribadi.
Jadi, ahli² UMNO sudah mempunyai calon² yang telah menyatakan kesediaan mereka memikul tanggungjawab perjuangan parti maka buatlah pilihan yang ada sebaiknya.
Wasalam
Najib memang mengecewakan kita semua. Dia asyik nak kata dia mahu bertindak budiman (gentleman). Sikap ini hanya relevan dalam suasana biasa. Dalam suasana darurat, yang jadi asas pertimbangan kita adalah soal hidup dan mati. Dalam konteks UMNO hari ini, kita dalam keadaan separuh mati. Kalau pemimpin no. 2 UMNO nak bersikap budiman dalam suasana separuh mati, elok kita biarkan dia terkorban bersama suasana itu. Lagi pun, pertandingan adalah dihalalkan oleh perlembagaan parti. Apa yang Najib risau sangat. Kalau gitu, kita ramai-ramai pakat supaya Muhyiddin jadi ketua kita. Sekurang-kurang anak kiyai dari Muar ni terbukti ada keberanian – ada bola! Hidup Muhyiddin!
Kita lupakan soal Najib. Orang tak minat jangan kita paksa-paksa. Pedulikan sama dia. Kita tengok Ku Li atau Muhyuddin macam mana. Saya rasa kedua-duanya boleh kita timbangkan. Kalau nak Dolah lagi, jahanam UMNO. Kalau nak tunggu Najib sampai buka mulut nak tanding kita akan kehilangan masa. The best line od defence now is ATTACK. Orang UMNO kena attack Dolah dengan calonkan Ku Li atau Muhyiddin.
Saya setuju dengan putra bentan
Buat apa nak tolak ke tengah kalau empunya badan tak berminat - dan tak sanggup menerima risiko.
Undilah di antara calon-calon yang berminat yang telah memberi persetujuan untuk bertanding.
Aku Dato'
ini serampang 100 mata AAB saja. sbb beliau tahu hayatnya akan berkahir bulan December. Jadi satu caranya dgn memberi gula2 pada ds najib dan secara logiknya Najib kena kerja sungguh2 pastikan AAB menang. Kalu dah menang bulan Dec ni, cerita sudah lain lagi. Pada amatan saya DS Najib sudah dan sedang di perbodohkan oleh AAB dan ramai ahli dan pemimpin UMNO tertipu. Hee hee lucu dan malu tengok pada mentaliti pemimpin UMNO.
Ibarat menjanjikan bulan jatuh keriba.
Pak Lah dah umumkan perletakkan dan penyerahan jawatan kepada Najib pun masih orang tak setuju.
Pak Lah minta 2 tahun lagi untuk habiskan developement projek dia pun orang tak bagi.
Projeck Pak Lah ni banyak yang berbentuk modal insan..bukannya bangunan 17 tingkat kerana beliau tahu projek sebegini lebih baik dan menguntungkan rakyat walaupun hasilnya agak lama untuk dinikmati.
Benda baik tak semestinya terus lahir serta merta.
Kesian najib. ambik masa dua tahun nak belajo jadi PM. Dulu Dolah nak jadi PM belajo cuma satu setengah tahun aje. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah: Kalau tiba-tiba berlaku sesuatu pada Dolah, tentu Najib tak boleh jadi PM sebab tak habis belajo lagi.
dah takda pemimpin ikhlas sekarang ni.yang ada hanya mementingkan kedudukan sendiri termasuk najib.
www.mencandat.blogspot.com
Dear Dato Ron..
Saya rasa prinsip demokrasi didalam UMNO akan terus terkubur...
Suara akar umbi sudah tidak kedengran dan yang ade hanyalah kuasa presiden untuk menentukan siapa yang akan naik dan siapa yang akan dicantas...
Yang rugi akhirnya adalah bangsa melayu sendiri...
DSAAB akan terus berkuasa untuk satu atau dua penggal lagi.
Kemungkinan besar, pada akhir penggal kedua nye nanti, beliau akan melantik seorang menteri tua sebagai Timbalan nye.
Yg nyata bukan DS Najib.
Pada penggal ketiga nye nanti dia akan berundur dan menteri tua (Timbalan nye) akan dilantik nye menjadi PM untuk menganti tempatnye.
PM tua ini akan melantik YB Khairy menjadi timbalan nye.
Setelah tamat satu penggal PM tua ini akan berundur dan terus melantik YB Khairy menjadi PM.
Dlm UMNO mana ada pecacai di bawah PM yg berani buka mulut untuk melawan. Sebab mulut mereka telah tersumbat ketat dgn 'fulus'.
Datuk,
Sudah tiba masanya orang-orang UMNO sendiri mengeluarkan kata-kata keramat sepertimana Sukarno pernah keluarkan terhadap Malaysia. "Ganyang Pemimpin-pemimpin UMNO!".
UMNO sudah tenat, perlu diundurkan daripada persada pemerintahan Malaysia.
Diperhimpunan UMNO nanti, ganyanglah kamu orang-orang UMNO pemimpin-pemimpin kamu yang sudah lupa diri.
Salam
Dato,
Hairan gak Dato...berpolitik dah lama...umur dah meningkat tapi terpaksa belajar dari PL macam mana nak perintah Malaysia...nak kena probation 2 tahun pulak tu...lepas tu kalau lemah bole tendang...Apa cerita yang nak mengajar pun ilmu tak banyak mana... Tenguk apa dah jadi pada Malaysia selama ni sebagai TPM Najib tak pernah buat apa2 kerjakah...? Tulah pasal kalau suka jadi Yes man...takan kemana ilmu yang ada pun jadi pekasam.
Sebenarnya kerana sokongan Najib pada PL rakyat makin meluat dan menyampah...maklumlah tempuh 2 tahun tu macam2 bole jadi....Harap pada pemilihan Disember ni ada pemimpin2 UMNO yang akan menentang PL dan Najib sebab makin lama mereka berdua memerintah makin tak tentu arah negara di buatnya...entah apa lagi agenda mereka lepas ni...kalau bole ketepikan aje mereka berdua ni...tapi jangan lupa pengikut setia dia orang sekali...
Wasalam
sdr garden,
Mana de pecacai2 UMNO yg berani menentang boss nye?
Klu nak pendek rezeki cube le buke mulut.
Itu sebab dah lebih 50 tahun memerintah, melayu makin mundur kebelakang.
Melayu dah jadi bangsa kelas 3.
Pecacai2 UMNO ni semua nye 'kaya raye banyak harta wang ringgit ber jute2'
Ape yg berlaku pada melayu pada hari ini semua nye disebabkan oleh pecacai2 UMNO yg gila kuasa dan harta.
Post a Comment