JANGAN SEKAT ATAU PERKECIL PANDANGAN ANGGOTA CAWANGAN, TEGAS MUHYIDDIN
JOHOR BAHARU 31 Julai — Pemimpin UMNO tidak sepatutnya menyekat mana-mana anggota parti di peringkat cawangan daripada menyuarakan pandangan mereka mengenai pucuk pimpinan parti dan negara, kata Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, anggota parti di peringkat cawangan berhak mengikut Perlembagaan UMNO mengeluarkan pandangan tentang pucuk pimpinan parti dan pandangan tersebut tidak boleh diperkecilkan oleh mana-mana pihak.
“Mereka (anggota cawangan) rasa agak terlibat untuk menyuarakan hasrat atau perasaan tentang kepimpinan negara. Kita tidak boleh memperkecilkan pandangan ahli-ahli di bawah itu kerana mereka ahli parti dan di dalam Perlembagaan, mereka mempunyai hak untuk bersuara.”
“Kita mengamalkan demokrasi di dalam UMNO, jikalau mereka hendak bersuara kita tidak boleh menghalangnya, nanti mereka kata kita ini kuku besi,” katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis minum petang dengan anggota-anggota UMNO Johor di sini, hari ini.
Muhyiddin mengulas kenyataan beberapa pemimpin UMNO yang meminta anggota-anggota cawangan berhenti daripada mencalonkan nama-nama pemimpin untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan beberapa pemimpin parti meminta cawangan menghentikan usul mencadangkan pemimpin sebagai calon pada pemilihan UMNO Disember ini.
Pencalonan pemimpin-pemimpin itu hanya dilakukan di peringkat Bahagian, kata mereka.
Menurut Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), walaupun calon-calon yang akan bertanding pada Perhimpunan Agung UMNO Disember ini akan ditentukan oleh UMNO Bahagian, tetapi pandangan daripada anggota cawangan tidak boleh diketepikan.
“Soal sama ada ia (pencalonan oleh anggota cawangan) itu akan di ambil berat oleh peringkat Bahagian atau nama-nama yang dicalon (oleh cawangan), itu adalah soal yang lain.”
“Mereka merasakan ada sesuatu yang luar biasa dan jika mereka hendak memberi pandangan, biarkanlah,” katanya.
Apa yang lebih penting kata Muhyiddin, adalah pandangan dan hasrat anggota parti di peringkat cawangan itu tidak diperkecil dan disekat.
Menurutnya, pemimpin-pemimpin UMNO tidak seharusnya memperkecil-kecilkan anggota di peringkat cawangan kerana ramai di antara mereka merupakan pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan berpengetahuan tinggi.
“Saya juga merupakan anggota UMNO di peringkat cawangan, walaupun saya Naib Presiden UMNO,” katanya. – Bernama (Utusan On-line 31 Julai 2008, 7:06pm)

13 comments:
Jika beginilah saranan Mahyuddin maka bersedialah Mahyuddin menghadapi 3 suasana:
l) Meneruskan perjuangan untuk menerajui UMNO dan
2) Akan terpinggir jika masih mengharapkan Pah Lah dan Najib dan
3) Ambil kesimpulan menyertai PAKATAN RAKYAT.
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Tabik hormat Tan Sri. Kenyataan ini sangat-sangat menyuntik semangat keberanian kepada pihak warga UMNO akar umbi. Kenyataan ini juga bukti Tan Sri berani menyatakan kebenaran. Kita akan jadikan kenyataan ini perangsang untuk menyelamatkan UMNO bermula di peringkat akar umbi.
Sudah tiba masanya warga UMNO diberi kebebasan untuk merasai nilai demokrasi yang sebenarnya dalam parti. Percayalah ianya dapat menguatkan parti UMNO dalam jangka masa panjang. Demokrasi sejati dalam UMNO memberikan tenaga untuk parti terus hidup.
Ingatlah bahawa UMNO bukan hak pemimpin UMNO tetapi adalah milik warga UMNO. Tanpa ahli akar umbi apalah ada pada UMNO. Suara akan umbi perlu didengar kerana suara keramat akar umbi cuma datang dalam saat UMNO kelesuan.
Selagi aliran demokrasi dalam UMNO tidak mengalir dengan semulajadi selagi itu lah lebih payah untuk kita memulihkan semangat UMNO yang telah terpendam sekian lama.
Amaran kepada pembesar-pembesar UMNO: Kami yang berada di cawangan adalah merupakan PAKSI, atau sokong yang menegakkan UMNO sekian lama. Jika pandangan dan suara kami diperkecilkan serta tidak diambil endah, NANTIKANLAH hari kerebahan UMNO dan kamu, kamu dan kamu akan diingati oleh anak cucu kami sebagai pengkhianat Bangsa Melayu. Anak cucu kami akan kami ingatkan agar KENCING di atas kubur-kubur kamu setiap kali mereka lalu di tanah perkuburan!
Kamu, kamu dan kamu tidak layak memanggil diri kamu sebagai ahli-ahli "berkuasa" UMNO kerana kamulah penjahanam UMNO.
Kamu, kamu dan kamu hidup mewah kerana UMNO, sedangkan kami adalah ahli UMNO PARIAH yang hidup di kampung-kampung dan tidak pernah mengharap apa-apa faedah daripada keahlian UMNO kami.
Sokongan kami kepada UMNO sebagai wadah Melayu adalah tulen dan ikhlas demi masa depan anak-anak cucu kami. Pandangan kami lahir daripada hati nurani kami yang tidak tercemar oleh wang ringgit, kuasa dan kedudukan, berbeza dengan kamu, kamu dan kamu yang mengejar kedudukan, harta dan kuasa justeru sanggup mengadai Parti Keramat ini dan MENIDAKKAN SUARA kami seolah-olah kami ini sampah sarap yang berbau hanyir dan jijik bagi kamu.
Kami sedar semasa perhimpunan UMNO kami tidak berpeluang duduk di pentas indah di PWTC, malah untuk duduk di dalam dewan pun kami tidak dapat apatah lagi menginap di hotel mewah! namun begitu setiap kali perhimpunan UMNO kami datang beramai-ramai tidur di hotel-hotel murah atau menumpang di rumah saudara mara dan hadir di PWTC bersila di lantai dan sekadar menonton TV di luar dewan. Tapi sokongan kami kepada UMNO jelas bersih, ikhlas dan murni.
Dan takala Dr Mahathir mengumumkan perletakkan jawatannya, kamilah yang menangis mencucurkan airmata penuh kesedihan. kepiluannya masih terpahat di hati kami hingga ke hari ini, malah akan kekal hingga akhir hayat, tapi waktu itu di dalam dewan berduyun-duyun PEMBESAR UMNO menyerbu Tun Mahathir sambil menangis tersedu-sedu, tapi semua itu PALSU! Tangisan mereka hanya semasa DrM masih ada kuasa. Lihat apa terjadi selepas itu? DrM dihina dan ada antara mereka mengatakan DrM sudah tua dan sering terlupa!
Inilah contoh-contoh Pembesar UMNO yang saban tahun dipilih menjadi ketua, tapi bagaimana mereka dipilih? Pemilihan mereka bukan atas dasar kami di akar umbi sokong tapi atas dasar mereka disenangi oleh pemegang kuasa, di peringkat Bahagian bisa beres asal ada ganjaran - wang tunai atau projek atau kedudukan. Pilih sahaja mana suka.
Sekali lagi ingin saya berpesan kepada Pembesar-pembesar UMNO yang mulut celupar, yang LUPA DARATAN, yang bodoh sombong, yang menafikan hak kami di cawangan-cawangan, tunggulah penetuan dari KAMI.
Kami fikir dengan PETUNJUK di PRU lalu yang kami dah beri cukup untuk menyedarkan mereka yang bangang ini, rupa-rupanya mereka hendak LEBIH lagi. TUNGGU lah pembalasan dari kami wahai pembelot bangsa!
Berapa ramai pemimpin UMNO macam Muhyiddin? Tapi, kawan rasa Muhyiddin pun akan cuba disembelih oleh Dolah Badawi. Sebab itu, kita selaku warga akar umbi kena banyakkan lagi usul tolah Dolah dan calon Najib atau Muhyiddin sebagai Presiden UMNO. Jangan takut. Muhyiddin pembekal semangat kita semua!!!
Sayangnya tokoh macam Muhyiddin ni kena block Najib dan Dollah. Dia tanding Timbalan orang Najib sembelih dia. Dia tanding Presiden orang Dollah dan Najib mandikan dia. Tapi kalau banyak cawangan berani usulkan Muhyiddin lawan Dollah atau Najib, mungkin bahagian-bahagian akan calonkan Muhyiddin ke jawatan Presiden atau Timbalan. Kita tengok sapa berani ambil langkah ini.
Mungkin akibat berita di bawah inilah TS Muhyiddin buat kenyataan yang memihak kepada UMNO akar umbi. Terima kasih dan syabas Tan Sri.
Be more open on motions, Umno urged
Thursday, 31 July 2008 13:32
(Daily Express) - Sabah Umno should adopt a more open approach on motions by some party branches supporting nomination of Gua Musang Umno Division Head Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) to contest the party presidency post.
Information Chief of Sabah Secretariat Liaison Body of Tengku Razaleigh Hamzah, Musli Oli said Sabah Umno need to respect democratic principles when hear or receive such motions voiced out by some party branches in Sabah in conjunction for the coming party election this October.
"Actually there are 30 Umno branches in Sabah, in average, that have informed their respective divisions on the motion after conducted their meetings.
"However, we found out that there are several Sabah Umno division heads who have pressured and threatened party branches for making and supporting such motions in their meetings," he said in a statement on Wednesday.
In fact, Musli said there is one Umno division head in the West Coast South area who has made a statement in a local newspaper (not Daily Express) recently to deny such motion was supported by some of its party branches.
He said the concerned division head has also denied of hearing or receiving such motions that were not objected by the members of the party branches.
"Based on meeting procedure at party branches level, a motion that is not objected by the members would be accepted as a motion for the particular party branch to be passed on to the party division level.
"However the motion to support the nomination of Ku Li to contest the presidency post at party branch level will not necessary be the motion or proposal at the party division level.
"Hence, the members at branch level should be given more freedom to voice out their views and stance on issue related to the future of the party and its leadership helm," Musli said.
He said the high level of Umno leadership has issued statements to restore the party and to reliven the democracy spirit by allowing its members to contest the top posts in the party.
Nonetheless, Musli said it is unfortunate as there are some Umno division head acting like 'Little Napoleon' and practising feudal system and dictatorship to defend their self-interest and interest of certain leaders.
He also claimed that one head of Umno branch in the State, who proposed a motion to support Ku Li nomination as the party president, has been investigated by a police officer for hours but later he was asked to deny in supporting the motion.
In spite of this unwarranted situation, Musli said there are many Sabah Umno Division Heads who are open-minded and do not prevent or intervene matters in regard to motions at the party branch level.
http://malaysia-today.net/2008/content/view/10589/84/
salam ta'zim
“Saya juga merupakan anggota UMNO di peringkat cawangan, walaupun saya Naib Presiden UMNO," kata Pak yiddin.... Ini adalah tanda orang yg sedar diri dan tahu akan kepayahan kelompok bawahan umno.
bagi pembesar2 lain yg mana masih belum sedar diri lagi, jgn terus sangka anda akan kekal di tanah bumi selamanya...
Salam Datuk,
Tan Sri Muhyiddin ni dah letih berkias, tapi Orang UMNO ni masih tak faham2 terutamanya yang ada pangkat dan jawatan dalam perti dan kerajaan. Nak kata "bodoh", semuanya dikatakan hebat, sampai berdebat berbuih-buih mulut....tak tahu nak kata apa...
For UMNO CyberTroopers,
Pls come in to the "Persidangan Tahunan Cawangan Taman Cahaya, Bahagian Pandan, Selangor" yang akan berlansung pada 16 August 2008 jam 9.00 mlm bertempat di Balai Raya, Taman Cahaya. Antara-usul-usul yang akan dibawa ialah:
UsulPertama:
Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Taman Cahaya, Bahagian Pandan, dalam Persidangan Tahunan 2008, mengusulkan kepada UMNO Bahagian Pandan untuk menggunakan Fasal 14.5.4 supaya tidak mematuhi formula peralihan kuasa yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Selaras dengan ini, UMNO Bahagian Pandan hendaklah mencalonkan tokoh-tokoh lain untuk menerajui kepimpinan tertinggi UMNO. (Cadangan agar Tengku Razaleigh dicalonkan untuk jawatan Presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dicalonkan sebagai Timbalan Presiden).
UsulKedua (Jika Dirasakan Usul Pertama Tidak Sesuai)
Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Taman Cahaya, Bahagian Pandan, dalam Persidangan Tahunan 2008, mendesak UMNO Bahagian Pandan menggunakan Fasal 14.5.3 untuk mengemukakan satu usul ke peringkat Persidangan Agung UMNO 2008 meminta tempoh peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, dipercepatkan mulai 1 Januari 2009.
Usul Ketiga:
Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Taman Cahaya, Bahagian Pandan, dalam Persidangan Tahunan 2008, mendesak UMNO Bahagian Pandan untuk menggunakan Fasal 14.5.4 agar mencalonkan Datuk Mukhriz Tun Mahathir bertanding jawatan Ketua Pergerakan PEMUDA UMNO Malaysia pada Persidangan Agung UMNO 2008 yang akan datang.
Kami sudah muak dengan inflasi ciptaan pimpinan tertinggi parti. JOM KEMPEN SELAMATKAN UMNO !!!!
Datuk, jika ada nasihat tentang usul-usul diatas sila kemukakan dalam blog . Terima kasih.
Ayuh penduduk-penduduk berbilang kaum dalam kawasan Parlimen Pematang Pauh.....TUNJUKKAN LAGI PETANDA_PETANDA YANG ANDA SEMUA TIDAK MAHUKAN KERAJAAN PIMPINAN DSAAB.
Mereka dah lupa yang mereka datang dari Cawangan, kemudian ke Bahagian, kemudian ke Badan Perhubungan Negeri kemudian barulah ke Pusat....kemudia kalau tak sedar diri lagi...pergilah gali kubur sendiri untuk PRU 13 nanti.
Saya sokong kenyataan berani dan tegas dari Tan Sri Muhyiddin Yassin! Pada pendapat saya, Najib sudah surrender dan bermain play safe. Agak malang sekali kita semua mendapat pemimpin seperti Najib yang tidak mahu mara ke hadapan demi perjuangan bangsa, agama dan negara!
Sekali lagi saya menyeru agar seluruh cawangan UMNO di JOHOR bersatu padu untuk menjadi penyelamat bangsa Melayu, Islam dan Malaysia kerana UMNO JOHOR merupakan akar tunjang kekuatan Melayu sejak 1946! HIDOP UMNO JOHOR!
BIAR KITA MENONGKAH ARUS DEMI PERJUANGAN MEMARTABATKAN BANGSA KITA DI BUMI BERTUAH! SALAM HORMAT!
Post a Comment