ADNAN MINTA CAWANGAN HENTI USUL PEMIMPIN TERTENTU TANDING JAWATAN PRESIDEN UMNO
KUANTAN, 29 Julai (Bernama) - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari Selasa meminta semua cawangan Umno di negeri itu menghentikan membuat usul mencadangkan pemimpin tertentu untuk bertanding jawatan presiden Umno.
Beliau berkata hanya Umno bahagian yang berhak membuat pencalonan bagi jawatan Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti Disember ini.
"Mesyuarat cawangan bertujuan membincangkan agenda-agenda tertentu bukannya menimbulkan usul mencalonkan pemimpin seperti yang dilakukan beberapa cawangan parti sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dua cawangan Umno di Pahang iaitu Kampung Ubai dan Bukit Kuantan 3 yang membuat usul Timbalan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak bertanding jawatan presiden Umno. - BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=349317
KUANTAN, 29 Julai (Bernama) - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari Selasa meminta semua cawangan Umno di negeri itu menghentikan membuat usul mencadangkan pemimpin tertentu untuk bertanding jawatan presiden Umno.
Beliau berkata hanya Umno bahagian yang berhak membuat pencalonan bagi jawatan Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti Disember ini.
"Mesyuarat cawangan bertujuan membincangkan agenda-agenda tertentu bukannya menimbulkan usul mencalonkan pemimpin seperti yang dilakukan beberapa cawangan parti sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dua cawangan Umno di Pahang iaitu Kampung Ubai dan Bukit Kuantan 3 yang membuat usul Timbalan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak bertanding jawatan presiden Umno. - BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=349317
15 comments:
Salam Dato'
Saya ingin mengulas tentang komen Dato Sri najib tentang hanya keputusan UMNO Bahagian sahaja diambilkira. Saya tidak bersetuju langsung dengan pendapat itu. Jika begitu, baik kita bubarkan sahaja cawangan dan terus kepada bahagian sahaja.
Salam Datuk,
Menghairankan apa MB Pahang gagal menggunakan keterbukaan untuk menerima apa yang disuarakan dan dikehendaki oleh akar umbi UMNO.
Langkah Cawangan² UMNO membincang dan membuat usul semasa persidangan adalah memenuhi dan mengunapakai perlembagaan parti menurut Fasal :-
17.5.1 Membincangkan dasar parti untuk dikemukakan kepada mesyuarat Perwakilan Bahagian.
Jika MB Pahang melihat kepada skop yang lebih meluas sebenarnya ini adalah langkah untuk menyelamatkan parti UMNO daripada mengalami krisis kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran. Jadi langkah tersebut diambil dari dasar dan asas bagi mengembalikan kepercayaan dan keutuhan kepada parti UMNO.
Wasalam.
Salam Datuk,
Kenyataan kurang bijak seperti Adnan Yaakob inilah yang merosakkan umno.
Apakah tanggungjawab ahli cawangan hanya untuk tolong dan bertungkus-lumus semasa pilihanraya sahaja?
Apakah tiada hak ahli untuk memberi pandangan pemimpin mana yang mereka inginkan?
Apakah ahli mesti mengikut telunjuk pemimpin seperti Adnan Yaakob ini?
Selagi ahli umno bersikap mengikut pemimpin secara membuta tuli inilah selagi itulah umno tidak akan disenangi oleh majoriti rakyat Malaysia.
umno akan hancur lebur kerana pemimpin seperti Adnan ini. umno dia kerana kepentingan peribadi.
Inilah salah satu contoh bagaimana pemimpin besar dalam UMNO (pemimpin di peringkat negeri) hendak mengawal pemimpin kecil di peringkat cawangan. Aktiviti dan tindakan pemimpin di peringkst cawangan jelas hendak dibatasi dan ditentukan apa yang boleh mereka buat dan apa yang tidak boleh mereka buat. Jadi bagaimana demokrasi hendak berkembang dalam UMNO?
mereka ingat ini masalah peraturan mesyuarat, malangnya mereka lupa bahawa hal ini meruapakan sebahagian daripada demokrasi..biarlah ahli-ahli cawangan ingin bersuara menyuarakan hati mereka..
Salam Datuk Ron
Agaknya Tok Nan bersandiwira atas arahan siapa kali ini? Apalah nak dirisaukan tentang usul-usul cawangan kerana yang boleh membuat keputusan tentang pencalonan ialah Bahagian. Biarkanlah cawangan merasai sedikit kebebasan dalam tindakan mereka. Takkan yang sedikit itu pun mahu dikawal. Sakit hati dengan tindakan cawangan serupalah dengan tidak mahukan akar umbi. Kalau begitu maksudnya, biarlah semua cawangan di seluruh negara membubarkan diri, jadikan Bahagian sebagai unit asas dalam Umno. Bolehlah mereka berbuat sesuka dan sekehendak hati mereka. Sekiranya cawangan dikatakan tidak boleh bersuara mengenai pencalonan, Badan Perhubungan Umno Negeri juga tidak boleh mengumumkan persetujuan mereka kerana bukan haknya untuk berbuat demikian. Agaknya Umno hari ini dipenuhi pemimpin jahil di peringkat atasannya.
Dato
Walaupun apa usaha yang dibuat untuk mendesak AAB berundur, percayalah tidak akan berjaya. Sistem dan pelbagai peraturan dalam parti yang di buat oleh TDM memberikan ruang yang banyak untuk AAB memanipulasikan untuk kekal.
Jika kita lihat dari tindakan-tindakan AAb, tidak ada satu peraturan baru pun yang beliau buat bagi memastikan kedudukan tidak dicabar.
1. Cadangan AAB dan NTR dicalonkan presiden & Timbalan = Jawatan presiden & Timbalan tidak dipertandingkan masa TDM.
2. Sistem kuota = Ini TDM yang buat.
Satu kesilapan besar yang dibuat TDM sebelum meletak jawatan dulu adalah menarik balik semua peraturan yang tidak demokratik dibuat masa beliau menjadi presiden.
Ada orang marah kepada AAB kerana seolah-olah tidak menghormati dan memperlekehkan TDM. Ini juga bukan perkara baru. Ada precedent semasa TDM.
Dato Ron...You should know better what l am referring to. Kepada akar umbi yang mahukan AAb berundur - sorrylah AAB tidak akan berundur.
Itulah hakihat UMNO(Baru).
bat8
Salahkah akar umbi menunjukkan pendirian mereka?
Salam Datuk,
Akar umbi memang boleh menunjukkan reaksi mereka tetapi keputusan di peringkat Bahagian yang di ambil kira. Berapa ramai pembesar Bahagian yang sanggup menyangggah keputusan pembesar peringkat nasional. Perut kena jaga juga Datuk, al-maklumlah nak dapat pencalunan pun kena keluar modal. Adakah sesaorang ahli perniagaan sanggup rugi dalam perniagaannya.
Politik dan perniagaan sukar dipisahkan sekarang ini. Setiap langkah memerlukan wang. Ahli UMNo menilai kepimpinan bukan berlandaskan kewibawaan tetapi berdasarkan kekuatan kewangan sesaorang calun terutama diperingkat Bahagian.
peon pencen dah bermadah,
anda semua tunggu dah lihat apa yg berlaku selepas Perhimpunan Agung nanti.
'DSAAB akan melepaskan jawatan nye dan serahkan kpd DSNTR selepas 2 tahun' itu hanya cerita dongengan sahaja.
**********************************
Ketua2 cawangan yg diujudkan itu hanya sebagai 'pelapik punggung' ketua2 bahagian.
Ketua2 bahagian pula adalah sebagai 'pelapik punggung' perhubungan negeri.
'Pelapik2 punggung' ini telah di sumbat penuh dgn 'kekabu' supaya sedap dan selesa apabila diduduki.
Sebenar nye, kumpulan 'pelapik punggung' ini lah yg merosak kan UMNO. Di sebab kan tamak wang ringgit, mereka lupa tugas terhadap agama, bangsa dan negara.
Selagi ada 'YANG MEMBERI' selagi itu lah ada 'YANG MENERIMA'.
Yang paling penting, hapuskan pihak 'YANG MEMBERI'.
Saya rasa tidak ada KUASA yg boleh MENGHAPUSKAN kan pihak 'YANG MEMBERI' melainkan ALLAH.
Azlan
Tidak salah akar umbi hendak menunjukkan pendirian yang bertentangan dengan kehendak pimpinan.
Ia bergantung sejauh mana ahli akar umbi hendak naik dalam UMNO(baru), dimana kedudukan anda dalam parti ( cawangan?Bahagian?negeri? ) dan berapa banyak masalah peribadi yang anda ada.
UMNO mempunyai makenisma yang tersusun untuk senyapkan. Kalau anda kat cawangan, cukup ketua bahagian je deal dengan anda. Begitulah seterusnya.
Sistem dalam UMNO lebih favour pemimpin yang lebih atas. Yang setingkat dibawah sentiasa menjadi timun kepada yang setingkat diatasnya. Begitulah susunannya hinggalah ke peringkat tertinggi.
Walaupun ada perlembagaan tetapi dari segi amali politik UMNO memang macam tu sdra azlan.
sdra zeme dan berasiam,
Apa nak heran dengan tindakan MB Pahang? Itulah namanya nak jaga periok nasi.
Periok nasi dalam UMNO adalah satu perkara besar. Makin tinggi kedudukan seseorang maka makin besarlah periok nasi. Inilah yang dinamakan sistem patronage atau habuan dalam UMNO.
It makes alot of difference periok nasi besar dengan periok nasi kecil. Periok nasi ketua bahagian lebih besar dari periok nasi ketua cawangan. Begitulah seterusnya.
Dalam konteks ini kita harus fahamlah mengapa MB Pahang membuat kenyataan tersebut. Kalau diperhatikan kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO menjelang pemilihan disember ini semuanya menjurus kepada perkara periok nasi.
Satu hakikat perangai manusia. Periok nasi ni, kalau ader peluang nak yang lebih besar, gerenti sanggup buat apa sahaja.
bat8
Salam,
Ya, jelas kini amalan menyekat kebebasan bersuara dan pendirian akar umbi untuk menjaga kepentingan sesetengah pihak semakin berleluasa. Kerana apa? Kerana landasan perjuangan bukan berteraskan konsep "Alif-Agama, Ba-Bangsa, Ta-Tanahair" tetapi lebih kepada mencari, mengutamakan kepentingan peribadi.
Hari ini saya begitu sedih melihat perjuangan asal UMNO yang dahulunya rata-rata dipelopori oleh pendidik, guru-guru, kaum ibu telah disalahgunakan oleh ahli-ahli yang kini rata-rata berintelekual, ahli korporat yang menjadikan parti UMNO sebagai tunggangan dalam mencari habuan. Inilah hakikat dan padah bila parti UMNO hendak dikorporatkan perjuangannya tanpa mempedulikan asas penubuhannya untuk apa sebenarnya.
Anda saksikan sendiri apa yang saya saksikan bagaimana budaya ini semacam menjadi pekara biasa dalam perjuangan UMNO kini. Wang dan harta segala-galanya:-
http://zarulzeme.blogspot.com/2008/03/pru12-coretan.html
Begitu tidak ternilai maruah perjuangan UMNO kini, jika wang dan harta segala-galanya dan menjadi keutamaan elok dan molek rasanya membubarkan parti UMNO dalam ROS dan mengkorporatkan dengan menubuhkan UMNO BERHAD menajdi senarai terbaru ROC.
Wasalam
Dato,
Adnan Yaacob adalah salah seorang dari species yang membuatkan orang ramai kian jelak dan muak dengan UMNO.Kenyataan yang keluar dari mulutnya amat jarang sekali bersifat cerdik dan akedemik.Lagi seorang yang sekapal dengannya adalah Mohd Ali Rustam.
Jika inilah kualiti yang ada kepada pemimpin, usah mimpilah Malaysia maju 2020.Makin mundur kebelakang mungkin terjadi.
Datuk,
Bila kadok naik junjung beitulah jadinya. Pemimpim UMNO yang macam inilah yang akan melingkupkan UMNO pada masa depan.
Mereka ini lamgsung tidak mempunyai ide tentang demokrasi, tentang perubahan, tentang aspirasi ahli dll. Yang mereka tahu untuk mengekalkan jawatan dan kerja ampu bodek yang berterusan!
Selagi UMNO mengekalkan pemimpin macam ini alamatnya dalam PRU13 ini UMNO akan luput.
Aku cukup setuju jawatan presiden tidak boleh dipertandingkan.Bg aku, AAB tetap pemimpin No.1 negara dan patut memerintah negara lagipun ia telah dipilih oleh rakyat masa PR-12 yg lalu.Kalaulah DSAI memerintah negara, maka aku rasa Malaysia akan lagi hancur.
Post a Comment